Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’(Al-Baqarah : 45)
MBSA Kota Kemuning |
MBSA Seksyen 17
Kawasan Depoh Tunda Seksyen 17 |
MBSA Seksyen 17/Depoh Tunda Seksyen 17 Ini stor letak kereta-kereta yang ditunda |
Caj bayaran semasa ditunda
- Kalau kita, eh bukan kita, kalau anda kembali ke kereta anda masa pakcik tunda (baca : kontraktor tunda) tengah pasang baby tayar, jadi anda perlu bayar RM100 sahaja ke dia.
- Andai kata, masa anda sampai ke lokasi parking, baby tayar dah siap pasang, tapi pakcik tunda tak gerak lagi, jadi anda kena up sikit bayar denda ke dia RM150. untuk dapat semula kereta. Tapi ingat, hanya anggota penguatkuasa sahaja yang layak mengutip wang denda anda dan mengeluarkan resit rasmi majlis perbandaran
- Jika majlis perbandaran kena simpan kereta anda semalaman, maksudnya besoknya baru anda datang ambil kereta anda, caj tambahan RM10 akan dikenakan. Bagaimanapun, caj ini hanya applicable pada kenderaan ringan, caj untuk kenderaan berat(lori etc) dan info-info selanjutnya, boleh rujuk pada pautan di bawah.
Rujuk di sini : http://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/penguatkuasaan/Halaman/tunda.aspx
- Bagaimana jika anda sampai ke tempat parking, tapi kereta dah tak ada dah ?
- Untuk kes 'sampai-sampai je, kereta dah takda' macam saya ni, anda perlu tahu rate denda yang dikenakan ke atas kenderaan anda
Rate nilai denda sebelum diskaun. kredit - Kenalpasti kawasan kereta anda ditunda dan pejabat MBSA yang mana ianya ditempatkan untuk anda pergi tuntut, anda boleh call je pejabat MBSA tu minta check kan kenderaan anda jika anda tak pasti
- Pastikan anda buat rayuan diskaun jika denda yang dikenakan adalah harga asal. Mudah-mudahan dapat
- Sabar, rileks, baca bismillah dan selesaikan dengan baik. Tak perlu marah-marah majlis perbandaran, cukuplah kita bermuhasabah diri sendiri maka kita akan dapati penghujung ujian ini manis sekali. Setiap peraturan di dunia walaupun kita rasa tak perlu dan tak masuk akal, adalah salah satu bentuk didikan dengan izin Allah. Allah sedang memberi hadiah berbentuk ujian khas untuk anda ! hanya hambaNya yang terpilih.
Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
[Hadith riwayat Muslim]