-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

3 September 2013

Home » , , » Pajak Gadai

Pajak Gadai

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Hai (!)


Pajak gadai ni yang saya faham ada banyak kepentingannya malah sangat berharga dalam masa yang mungkin seseorang tu berkeadaan tersedak tulang ikankan.  Contohnya semasa kita teramat perlukan wang untuk tunaikan haji ke, bayar hutang ke, so emas boleh kita gunakan untuk bayar semua tuh. Kalau korang terjumpa but emas orang kat tepi jalan ke, bolehlah jual jadikkan wang untuk lanjutkan pelajaran pergi oversea ke kan. Cumanya haramlah pasal ambik orang punya. 
Bila cerita bab muamalat saya suka sangat ^^ Awak pun boleh tengok lagi yang lain kat sini > TEKAN. belum banyak update lagi .kuhkuh
Oh hampir terlupa pajak gadai kita panggil juga AR-RAHNU in arabb :)






Emas seperti budak tujuh tahun pun tahu, adalah sejenis logam yang sangat berharga malah Allah jamin nilainya melalui banyak ayat Al-Quran yang menyebutkan teantang emas serta banyak jugak hadis Rasulullah SAW yang juga menyebutkan berkaitan emas. Nilai emas bukan kita yang tentukan, tetapi ditentukan oleh pemilik, pencipta emas yang Maha Hebat iaitu ALLAH. Kemudian Allah campakkan dalam hati manusia suatu pandangan yang tinggi terhadap emas sampaikan manusia berebut-berut sampai boleh gaduh semata-mata nakkan emas. 
Eh tapi bukanlah saya ni nak cerita sejarah nenek moyang emas ni jauh sekali nak cerita berapa kilo emas yang saya ada. Almaklum tak ada manusia yang waras fikirannya tak mahukan emas. Qarun pun tenggelam kerana emas.
Tapi ada ke korang bayar masa kat shopping complex ke atau lagi rock kat warung beli sardin, bayar guna emas . Silap-silap tuan kedai terus telefon tanjung rambutan. Emas punya hal. hikss . Habih tu emas takleh guna buat bayar-bayar ka ? Boleh je. Caranya korang cairkan emas tu dengan memasukkan emas tersebut dalam ketuhar pada suhu 300 degree celcius. jelas ? Kalau rasa nak mencontohi pak pandir buatlah :) ekeke
Maksud cair di sini adalah dengan menjadikan ia sebagai satu komoditi yang bernilai dan sah diperlakukan untuk tujuan jual beli. Senang cite, emas tu ditukarkan kepada wang. Nak tukarkan jadi wang baru kita gunakan konsep macam tajuk entry ni, pi gadailah. Apakah jauh jugak rupanya diriku ini membebel baru balik pada tajuk. Takpe kasik faham kan. hope fahamlah hihi.
Tak kiralah emas kepunyaan kita tu dalam bentuk  jongkong ke, cincin ke, cangkul ke, yang penting 'emas' dan 'tulen' bukan emas yang adik-adik kita dapat dalam jajan 20 sen tu ya.



CARA PERTAMA :

Kita boleh menjual emas tersebut kepada sesiapa je yang berminat nak membelinya. Bila berlaku jual beli, maka emas kita tadi akan berpindah milik. Kita pulak dapatlah wangnya. Nilaian emas bergantung kepada berat emas tersebut selain bergantung kepada nilai semasa.

*sila klik gambar bawah ni supaya lebih faham.




CARA KEDUA :

Tapi kalau tak ada orang nak beli emas kita tu, kita boleh jual emas kita di kedai emas terus. Cumanya kalau di kedai emas, mereka tolak beberapa persen dari harga pasaran. 



NOTA KAKI.
Kita memang kena ambil tahu bab muamalat ni . tak sikit pun, bayaklah. supaya kita takkan tersesat pulak buat jual beli yang tak sah. Banyak lagi tentang muamalat ni yang saya nak cerita. Untuk hari ni, ini je dulu.

Syukran jazakumullah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)