-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

21 Februari 2013

Home » , » Kandungan "RAHSIA" Coca Cola yang disimpan dari pengetahuan umum selama 125 tahun dibongkar !

Kandungan "RAHSIA" Coca Cola yang disimpan dari pengetahuan umum selama 125 tahun dibongkar !

(MESTI TONTON) Kandungan "RAHSIA" Coca Cola yang disimpan dari pengetahuan umum selama 125 tahun dibongkar !


Segala pujian bagi Allah swt ,Tiada Tuhan melainkan Dia,Tuhan pencipta alam semesta,yang maha pengasih lagi maha penyayang,yang maha adil,yang maha mengetahui,yang maha baik,yang menurunkan Muhammad s.a.w sebagai pembawa berita gembira kepada umat manusia,ketua kepada umat manusia dan jin.selawat ku ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

video

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,

Pada posting kali ini aku ingin menulis mengenai Coca - cola. Tajuk kali ini Coca - cola kerana aku ingin posting ini kalau boleh sampai pada majlis fatwa negara,untuk mengkaji semula produk minuman coca - cola ini boleh dikategorikan HALAL atau HARAM,juga perlu dikaji produk ini sesuai dijadikan produk minuman atau pencuci mangkuk jamban dan pencuci karat di besi, satu kerana kandungannya,kedua kerana kesannya. Untuk menjadikan perkara ini sampai ke telinga mereka,aku perlukan bantuan pembaca - pembaca yang membaca posting ini untuk sebarkan ke seberapa ramai yang boleh untuk menilai sendiri Coke. Ini kerana,seperti kita ketahui Coke diminum setiap hari oleh saudara - saudara muslim kita, malah setiap kali Ramadhan, Coke juga di iklankan di Televisyen sebagai juadah berbuka puasa dan sahur untuk para muslimin memilih coke untuk diminum, setelah kita menilai kandungan coke, bagaimana dengan status puasa kita? ini yang menyebabkan aku memilih tajuk ini untuk posting kali ini,untuk kita sama - sama menilai, bagi aku Coke adalah seperti minuman arak yang lain yang perlu diharamkan untuk muslimin.

Seperti kita lihat video di atas(sedutan dari rancangan Al Jazeera diupload 2 bulan yang lalu),saudara - saudara sedar akan formula rahsia mereka yang telah disimpan selama 125 tahun tanpa pengetahuan umum, kini rahsianya telah dibongkar dan diumumkan melalui syarikat radio di America, formula mereka yang dipanggil "Merchandise 7x flavouring" di mana mengandungi 1. ALCOHOL 2.Lemon oil 3.Nutmeg oil 4.coriander 5.Neroli 6.cinnamon
Formula rahsia inilah yang telah dirahsiakan daripada pengetahuan umum, di mana formula rahsia ini mengandungi ALCOHOL.. Mengikut video ini lagi hanya 2 orang sahaja yang benar - benar mengetahui bagaimana untuk mengadunkan bahan - bahan ini. Jadi ini adalah sebab utama aku menekankan kandungan ALCOHOL di dalam Coca Cola ini.



Selain dari itu, Coca cola juga adalah sangat tidak sihat untuk diminum oleh manusia. Salah satu kandungannya yang mengandungi Phosphorus Acid. Apa yang Phosphorus Acid ini boleh lakukan pada badan kita? Mengikut kajian American Journal of clinical journal menunjukkan bukti bahawa mereka yang kerap meminum coca cola akan cepat menghadapi Osteoporosis, iaitu tulang menjadi kurang kuat atau lemah,ini lah adalah kerana kesan Phosphorus Acid yang mempunyai kesan tidak bagus pada Kalsium di dalam badan.Coca Cola juga mengandungi kandungan Caffein yang tinggi, di mana pengambilan yang banyak mampu membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dan juga batu karang. Untuk pengetahuan saudara - saudara sekalian, Phosporus Acid juga digunakan oleh doktor gigi untuk memutihkan gigi yang berKARAT. Ada juga satu kesan yang baik coke ini,ia boleh memutihkan gigi anda.

Satu lagi kegunaan Phosporus Acid ialah,ia mampu membuang karat di besi. Phosphorus Acid digunakan untuk menukarkan ironIII Oxide atau Ferric oxide (dipanggil KARAT dalam bahasa melayu) ditukar menjadi IronIII Phosphate atau Ferric phosphate (Karat yang menjadi warna Hitam) yang apabila karat bertukar menjadi Ferric phosphate hitam ini,ia menjadi mudah untuk ditanggalkan,dan meninggalkan besi yang berkilat berseri - seri kembali.

Untuk pengetahuan saudara - saudaraku, Phosphorus Acid juga mampu menghilangkan kesan - kesan degil di mangkuk jamban anda dengan mudah, kerana itu ada kajian telah membuktikan COKE mampu memutihkan kembali mangkuk jamban anda. Bayangkan apa yang mampu dilakukan oleh COKE ini kepada usus saudara - saudara sekalian. Kesan pasti lebih dahsyat jika pada bulan ramadhan coke di minum oleh saudara - saudara kita kerana ketika berpuasa perut kita kosong,kandungan acid juga menjadi tinggi, ditambah lagi dengan Citrus acid dan phosphorus Acid pula dalam coke, boleh mengakibatkan kesakitan perut yang amat sangat atau Gastrik yang amat menyakitkan. Sudahlah kandungannya mengandungi ALCOHOL,saudara - saudara kita meminumnya pada bulan ramadhan pula,maklumat ini baru diketahui,jadi kita jangan jadi yang ketinggalan, oleh itu saudara - saudaraku, tolonglah sebarkan maklumat ini sebanyak mungkin, inilah tanggungjawab kita.

Jadi Coca Cola yang dijual dengan meluas di negara kita ini selama beberapa puluhan tahun ini,adalah seperti "RACUN" yang berleluasa tanpa dikawal. Ia lebih merosakkan dari membawa kepada kebaikan, malah kandungan alcohol yang kini sudah diketahui,perlu diambil perhatian yang serius oleh majlis fatwa negara kita,Coke sepatutnya diletakkan sekali di bahagian - bahagian arak.Maklumat ini masih baru, jadi kita perlu tekan isu ini supaya ia dikaji dengan serius perkara ini, kita perlu selamatkan umat Islam yang masih tidak tahu akan hal ini,kita perlu memberitahu ibu bapa supaya jangan berikan lagi racun ini kepada anak - anak mereka. Coca cola lebih sesuai dijadikan bahan pencuci tandas dan pencuci karat besi dari diminum oleh manusia.

Di samping itu juga, pembelian Coca Cola juga menyumbang duit kepada ekonomi Kerajaan Firaun yahudi, mereka menggunakannya untuk membuat senjata dan kempen mereka menyerang negara - negara saudara Islam kita,mahukah kita juga yang menjadi antara penyumbang kepada perkara - perkara ini?


video

Aku share satu lagi video yang aku download di youtube ini, menunjukkan demonstrasi kegunaan Coca Cola untuk mencuci Jamban anda dengan mudah. Malah individu di dalam video ini juga mengatakan ia juga boleh mengakibatkan osteoporosis.mari kita tonton


P/s: Utk tengok video, sila klik link ni. Sori, sy x pandai letak video dlm MR ni, huhuhu.http://abdullahkas.blogspot.com/2011/04/mesti-tonton-kandungan-rahs...
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)