-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

9 Disember 2010

Home » , » jangan TAMAK!

jangan TAMAK!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alkisah...

Tiga orang perompak tergesa-gesa membawa emas yang dirompaknya ketempat persembunyian diorang. Setelah sampai diorang pun bercadang untuk membahagikan harta tersebut tapi perompak A mencadangkan diorang makan dulu sebelum membahagikan harta setelah penat merompak. Perompak B bersetuju dengan cadangan itu. Sementara itu perompak C sanggup pergi membeli makanan.

Sementara perompak C membeli makanan, perompak A dan perompak B telah merancang sesuatu yang jahat.
"Aku rasalah, apa kata kita bagi dua je harta ni?" Perompak A memberi cadangan.
"Eh, bagus jugak tu. Kalau kita bagi tiga nanti dapat sikit pulak...tapi camna denagn perompak C tu? Nanti mesti sia marah." Perompak B memberi persetujuan tapi takut.
"Laa kau ni...apa salahnya, kita ni kan ke perompak. Perompak mesti la kena ganas sikit, nanti bila dia balik kita bunuh la dia." Perompak A berkata selamba.
"Aku okey je...harta punya pasal bunuh member pun takpe." Perompak B bersetuju.

Sejam kemudian, perompak C pun balik. Sebaik saja beliau menyerahkan bungkusan makanan kepada perompak A, beliau telah ditikam dari belakang oleh perompak B. Akibatnya perompak C pun mati la serta merta.

Lepas tu diorang berdua pun membahagi dua harta tersebut. Setelah selesai diorang pun bersiap sedia untuk balik ke rumah masing-masing tapi perompak A memberi satu lagi cadangan.
"Nak mengngkat emas ni berat...kita perlukan tenaga yang banyak untuk sampai ke rumah, aku pulak tengah lapat gila ni. Apa kata kita makan dulu?"
"Okey gak tu...aku pun lapar ni. Mari lakita makan."

Perompak A dan perompak B pun makan dengan lahapnya...tapi sebaik saja diorang habis makan, diorang telah muntah darah lalu mati berhampiran mayat perompak C.
Rupa-rupanya semasa membeli makanan tadi, perompak C jugak telah merancang untuk membolot harta tersebut sorang diri lalu dibubuhnya racun dalam makanan tersebut. Akhirnya ketiga-tiga mereka mati akibat perasaan tamak.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. Entri baguzz banget...biasa dah jumpa manusia tamak ni. Tamak perhatian, tamak kasih sayang, tamak makanan. Dah kayo nak kayo laei dan pandang org lain sebelah mata....

    BalasPadam
  2. @mamawana Alhamdulillah..macam tulah fitrah manusia yg sentiasa nk hidup senang..moga kita tidak..ameen..syukran.

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)