-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

15 Disember 2010

Home » » Hari Asyura

Hari Asyura

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hikmat berpuasa pada hari 'Asyura' sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhuma berkata: Maksudnya:
"(Tatkala) Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sampai di Madinah, baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura'. Baginda bersabda:
"Apakah ini?" Mereka menjawab:
"Hari yang baik, ini adalah hari yang mana Allah menyelamatkan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu" Nabi bersabda:
"Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu" Lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa (pada hari itu.)" (Hadits riwayat Bukhari)

Adalah disunatkan juga di samping berpuasa pada hari 'Asyura', berpuasa pada hari Tasu'a' iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram.

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a' (sembilan Muharram) itu dari berbagai-bagai aspek:

1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura' (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.
3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari 'Asyura'. (lihat I'anah Ath-Thalibin 2/301) Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu'a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi'e Rahimahullahu Ta'ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a'), kesepuluh ('Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.
*ahaa..! nilah bubur asyuraa..sedapnyer..tpi bubur ni bkn cm zaman nabi
Nuh a.s lagi, dh 'dinaik taraf' jdi lgi sdp dn menyelerakan..slurppp!



jdi disenaraikan di cni, seperti ni,


Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
  • Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
  • Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
  • Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
  • Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
  • Allah menjadikan Siti Hawa.
  • Allah menjadikan Syurga.
  • Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
  • Taubat Nabi Adam diterima Allah.
  • Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
  • Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
  • Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
  • Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
  • Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
  • Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
  • Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
  • Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
  • Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
  • Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
  • Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
  • Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
  • Sunat menginai dan mengerat kuku.
  • Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
  • Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
  • Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
  • Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir )
Wallhu'alam..~

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 ulasan :

  1. jom puasa yok! insyaAllah akak puasa..

    jemputlah baca entri baru, ia ttg lagu2an dan tarian di restauran..Over 30 Minutes, I'm OuUUTT.. di shirashafrida.blogspot.com

    BalasPadam
  2. syukran ats peringatan..ana pon puase gak,, jom b'puase dn m+ amal!! insyaAllah..~

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)