-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

29 Julai 2015

Dia Kekasih Allah part#1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 1 )

Dari kecil hinggalah besar Fatma Az Zahra tidak seperti gadis remaja lain . Yang hidup dipenuhi warna warni duniawi yang kadang melalaikan sehingga kemaksiatan di negara Malaysia semakin meningkat . Fatma Az Zahra hidupnya penuh dengan berbagai dugaan . Dia buta , buta kerana tidak pernah melihat perkara yang dapat meneggelamkan imannya . Dia juga seorang yang pekak , pekak kerana tidak mendengar keburukkan yang mendatangkan kesan negatif terhadapnya hatinya . Dia juga bisu , bisu kerana tidak pernah menyebut benda yang sia sia kecuali kebaikkan . Dan dari segi sudut Fatma Az Zahra merupakan seorang gadis yang sukar dicari pada zaman sekarang .

' Fatma mari turun makan ' panggil umminya . Fatma juga anak yang taat pada kedua ibu bapanya . Usai makan tengah hari bersama . Fatma membersihkan diri serta mengambil wudhuk sementara menunggu waktu zohor . Fatma akan mengambil 30 minit untuk membaca al quran . Apabila azan sudah kedengaran . Fatma menunaikan solat . Sudah solat dia mendapatkan umminya . ' Ummi , Fatma rasa hari ini nak pergi kedai buku dengan Jannah , ummi izinkan ? kata Fatma sambil memeluk umminya dari belakang . ' ya sayang , ummi izinkan dan jangan lupa tanya walid sama ' ucap ummi . ' Sudah ummi ' . balas Fatma .

Petang itu selepas asar Jannah menjemputnya dirumah . ' Ummi walid , Fatma pergi dulu ya ' kata Fatma sambil menyalami kedua orang tuanya . Setibanya dihadapan kedai buku Popular Jannah dan Fatma masuk bersama-sama kedalam kedai . Fatma mencari buku yang ingin dibelinya iaitu buku kisah ' Tarim kota sejuta wali ' .


Tiba tiba ada seseorang melanggarnya dari belakang dan mengakibatkan buku yang dipegangnya terlepas . 'Maafkan ana ukhti , ana tak sengaja' ucap gadis tinggi lampai yang bertudung labuh itu .
'La'basa . Ana tidak apa-apa ' balas Fatma sambil membetulkan niqab yang dipakainya agar kemas kembali . ' Maafkan adik ana ya ukhti dia buta jadi kadang dia tak dapat agak orang dihadapan tetapi dia dapat rasakan orang itu muslimat or muslimin ' jelas lelaki berjubah putih dan berseban itu pada Fatma . Fatma menundukkan pandangan dan meminta diri untuk pergi . Dalam hati Fatma beristifar panjang kerana sepanjang hidupnya dia tidak pernah bercakap dengan lelaki lain selain ahli keluraganya .

Tepat pukul 6:30 petang Jannah menghantar Fatma pulang kerana inilah pertama kali Fatma keluar itu pun setelah puas dipujuk . Selama ini Fatma hanya terperap dirumah dan hanya akan keluar bersama walid dan umminya kerumah adik beradiknya sahaja .

Selepas makan malam Fatma naik kebiliknya dan mengambik wuduk mencapai al quran untuk dibaca baru Fatma akan tidur . Itulah rutin malam Fatma sebelum tidur . Fatma tertidur diatas sejadah . Entah kenapa dia boleh tertidur dan dia termimpikan dia duduk ditempat yang lapang dan ada suara lelaki yang merdu mengalunkan ayat suci al quran . Dia tercari-cari siapakah gerangan lelaki yang membaca al quran itu dan sejurus dengan itu Fatma terjaga . 'Astaghfirullahhalazim , apa yang aku mimpi tadi ? Kenapa aku mimpi macam ni ? Fatma meraup wajahnya berulang kali dan dia melihat jam di dinding jam 3 pagi . Dia membuka telekungnya melangkah ke tandas untuk mengambil wudhuk . Dia menunaikan solat tahajud . Ketika itu berjuraian air matanya lebat turun membasahi pipinya yang putih kemerah merahan itu .


Hari ini genap 44 hari arwah nenek meninggalkan mereka bertiga . Jadi walid mengadakan kenduri arwah . Fatma menjemput sahabatnya iaitu Jannah sekeluarga datang kerumah . Kenduri diadakan selepas solat isyak . Imam Hassan mengimamkan bacaan tahlil pada malam itu . Fatma duduk bersama Jannah , umminya dan juga ibu Jannah serta adik perempuannya .

Selesai sudah bacaan doa . Fatma , ummi , Jannah dan kaum wanita yang lain membantu megangkat dulang yang berisi lauk pauk kepada kaum lelaki . Semasa Fatma sibuk membersihkan pinggan didapur berseorangan sementara yang lain sedang menjamu selera . ' Em , ukhti boleh ana minta izin untuk basuh tangan sekejap ' ucap seorang lelaki . Suara itu macam pernah dengar . Monolog Fatma dalam hati . Rupa rupanya lelaki itu adalah lelaki yang dia jumpa di kedai buku tempoh hari . ' Eh , ukhti kan yang ana jumpa tempoh hari di kedai buku hari tu ? ' soal lelaki lingkungan sebayanya itu . Fatma megangguk dan cepat cepat keringkan tangannya pada tisu dan berlalu meninggalkan lelaki itu . ' Kenapa setiap kali aku lihat mata dia hatiku berdebar ? Arghh , ini hanyalah mainan syaitan ' . Kata Wildan Faqih .

Sesudah majlis kenduri . Umminya memanggil Fatma . ' Fatma , sini kejap ini ummi nak kenalkan pada sahabat walid masa mengajar dipondok dulu . Haji Ismail dan Hajah Zainab . Ini anaknya yang lelaki ini Wildan Faqih dan yang perempuan ini Wardah Umairah . ' terang ummi padanya . Fatma menyalami Hajah Zainab dan Wardah . ' Ummi Fatma nak pergi layan keluarga Jannah kejap ya ' . kata Fatma separa berbisik . Ummi megangguk .

' Puan Maimunah dah kenyang makan ? Jannah tak

nak tambah lagi ka ? soal Fatma . ' Alhamdulillah Fatma , dah kenyang mak cik ni sedap ummi kamu masak ya ' balas Puan Maimunah . ' Jannah dah kenyang dah Fatma ' balas sahabatnya Jannah . Tiba tiba ada yang mencelah ' Fatma tak makan ka ? Dari tadi Abang Qayyum tengok Jannah asyik buat kerja didapur ja ' kata abang Qayyum iaitu abang kepada Jannah . ' Ish , sibuk ja abang ini . ' marah Jannah pada abangnya kerana dia tahu Fatma tidak pernah bercakap dengan lelaki .

Malam itu selepas pulang dari rumah Fatma . Qayyum tidak senang duduk . Dia membayangkan bagaimana rupa Fatma tanpa niqab . ' Aku mesti buat baik dengan keluarga Fatma dan cuba pikat hati Fatma ' kata Qayyum dengan nada sinis .

Keesokkan paginya . Qayyum berborak dengan Ibu dan adiknya Jannah . ' Ibu , Qayyum suka la dekat Fatma tu . Qayyum rasa macam nak jadikan dia zaujah Qayyum la ' kata Qayyum sambil mengunyah epal hijau . ' Qayyum , ingat senang ka nak dapat Fatma itu . Dia tu bukan sebarangan perempuan . Susah kamu nak pikat dia ' balas Puan Maimunah . ' Betul tu ibu Jannah sokong sebab Jannah tahu dia bukan senang nak didekati . Jannah tahu la Jannah kan sahabat baik dia ' ucap Jannah . ' Apa kata ibu pergi masuk meminang dia ' balas Qayyum lagi . ' Kamu ingat kahwin ni main main ka ? Kalau betul kamu sukakan Fatma dan kamu dah dapat petunjuk dari Allah ibu akan terima cadangan kamu ' ucap Puan Maimunah lagi .

Hari ini Fatma megemas rumah , memasak dan melakukan semua kerja rumah kerana umminya sakit manakala walidnya pula kerja . ' Fatma pergi berehat ya sayang . Ummi tengok Fatma dari tadi tak berhenti buat kerja rumah . ' kata umminya dengan nada lemah . ' Takpa ummi Fatma dah biasa . Selama ini pun Fatma dah selalu buat semua ini . Jangan risau ya ummi . Ummi rehat ya . ' kata Fatma dan berlalu masuk kebiliknya untuk menunaikan solat sunat dhuha .

gambar hiasan.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

26 Julai 2015

Jenis-Jenis Sakit Kepala

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kredit kepada pemilik artikel ini. Semoga Allah mudahkan urusan tuan hamba, dan mengurniakan ilmu yang bertambah-tambah lagi buat tuan hamba agar dapat disebarkan demi kebaikan dunia akhirat umat ini.
Ameen.
Sesungguhnya saya menyimpan artikel ini adalah untuk rujukan saya sendiri yang juga sering teserempak dengan pakcik migrain dan mungkin yang seangkatan dengannya. pashal baru tahu lah ni kann. ingat sahabat2, sikit atau teruknya sakit kita semuanya datang dengan izin Allah, jadi marilah kita kureng-kurengkan merungut yekkk. bukan sonang nak jadi muslim yang Allah sayang ni. mujahadah ! uhoh. 

proceed.



Sakit kepala disebabkan ketegangan
Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
Menyerang pada bila-bila masa.
Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


Sakit Kepala Migrain
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih
teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama.
Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.


Sakit Kepala Bertumpu
Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


Keradangan Sinus
Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya
jika berlaku titis postnasal (pangliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak,
semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal
Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
Penglihatan terganggu
Sakit-sakit pada seluruh badan.
Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap.
Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera.



FAKTOR2 LAIN

⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubatan simpatomimetik atau ubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti dariapda mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Julai 2015

Jodoh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Cikgu, "Baiklah masa Ibadat2 dah habis. take5 dan lepasni kita sambung subjek favourite awak, subjek munakahat.."

Murid, "yeayyyyy !"

meriah. kerana saya menjadi salah seorang dari pelajar tersebut, saya faham benar bahawa mereka 'yeayyy' itu adalah kegembiraan nak belajar subjek munakahat sedangkan subjek seperti faraid, ibadah2(mualmalat), bahasa arab, semua meja rata dan hanya kedengaran suara cikgu yang setia mengajar tanpa menghiraukan dengkuran nak-nak mughidnya. mashaAllah. Waktu itu adalah kelas darjah khas pada hari sabtu di sekolah saya yang mana guru2 darjah khas diimport dari sekolah lain memandangkan sekolah kami sekolah menengah manada guru sekolah rendah agama.
Kalau tak tahu apa darjah khas, bolehlah google dengan kata kunci darjah khas johor. tangan ni dah limit nak taip apa. maaf :p



seawal darjah enam sehingga kami naik ke tingkatan satu ketika itu, hampir semua pelajar suka benar bila nak start subjek munakahat (perkahwinan). sebaliknya, saya. saya tak suka benar ! benarbenar. mungkin hanya saya sorang yang letak dua penumbuk bawah dagu sambil terlentuk kepala ke kiri dan ke kanan *jangan tiru aksi ini* mashaAllah. geleng2. saya tidak berminat. saya lebih suka dan cenderung akan subjek sirah anbiya' dan para sahabat dan subjek-subjek-subjek lain seperti tafsir.

saya menghormati pendapat dan kecenderungan masing-masing dalam hal ini. Namun ingin saya tekankan, usahlah terlau bersungguh mencari cinta sebelum sampai masanya. Kita tersalah mentafsirkan cinta, malah ada yang takut menjadi andartu dan ketinggalan zaman kerana pengaruh untuk mencari couple kerana persekitaran yang begitu. aduhhh

benar sungguh, kita generasi sungguh rapuh. ramai umat islam, tapi apa jelah yang kita boleh buat untuk menggentarkan hati mereka yang kita 'boikot' itu ? atau hanya boikot di mulut dan bermusim pula ? uppsss. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 Julai 2015

Hebatnya kita, apabila hebatnya Subuh kita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  



mungkin saya bukanlah orang yang paling tepat untuk membincangkan soal ini, kerana saya bukan seorang lelaki ke ? Hm. Mungkin, kerana seorang perempuan tidaklah sama galakannya untuk solat berjemaah di masjid; tapi bukan yang utama. Tidak mengapa. Saya sering mendengar akan kepentingan solat subuh berjemaah memandangkan solat subuh ini waktunya special jadi ganjaran solat subuh yang dilakukan berjemaah secara Istiqamah amatlah special. 
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat×Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.

Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.

Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pergantian antara malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.

“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.

Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)


Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini jugalah syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh. Kalau kita dapat bayangkan bagaimanalah syaitan tu peluk dan ikat kita, nescaya lintang-pukanglah kita berlari pegi bersihkan diri dan solat subuh. Ffuh. Takkan nak kena nampak kot baru nak jalan.

Termenung.

Solat qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantiklama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).


Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.

Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat. Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.

Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang melalaikan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.

Jadilah kita, insan yang special di mata Allah. Ehemm.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai