Terlalu lama rasanya saya tidak menaip di papan kekunci untuk isi blog ni.
Terlalu lama juga saya menyimpan rasa dan topik2 yang berlegar2 di dalam kepala
saya dan tercatat di nota saya. banyak..memang banyak ! hanya menunggu masa
lebih luang. mudah-mudahan sempat saya luahkan rasa ini secara ringkas andai
tiada siapa pun yang sudi membaca dan menghiraukan. sekalipun tajuk2 itu nanti
sungguh lapuk dan Zzzzz. Hehe bukankah allah itu maha menilai niat kita ?
bermula cuti yang sungguh singkat ini sebelum next sem bermula, telah saya
jadualkan pembacaan saya di samping jadual yang mungkin juga hectic di rumah.
ah well, budak sekolah tak cuti, maka ku kan menambah pahala menjadi suri rumah
lagi untuk adik-adik dan ummiku sayang ! ^^ seronok juga sebenarnya. moga Allah
kurniakanku keikhlasan berpanjangan. ameen.
Benar kata orang, makin banyak yang kita belajar, makin terasalah
kebodohannya. Semakin banyak buku yang saya baca, semakin banyak topik dan
kupasan perbincangan yang saya selak dan teliti, mashaAllah bodohnya aku !
Namun bezanya adalah dengan membezakan diri kita yang membaca ini dengan mereka
yang tidak membaca. Ubahlah sikap kita ! sebarkan dakwah dan tarbiyah !
hakikatnya lebih banyak dari ini ! |
Ah ! jauh sekali saya ingin merasakan bahawa membaca ini sesuatu hobi yang sungguh mulia. tiada gunanya jika tiada hasil untuk allah, untuk deen yang haniff ini. Alangkah rugi. sedangkan pembacaan ini juga merosot kerana penggunaan smartphone yang semakin meningkat. saya tak dapat menafikan kerana saya sendiri terlalu memerlukannya.emm.perlu dikurangkan..heheh. nak salahkan siapa ? *tengokcermin* Astaghfirullah..
Membaca DIAgnosis #1 membuatkan saya ingin sangat mendapatkan yang kedua dengan segera. Membaca Bedtime Story Sentap #1 menjadikan saya mencari serata dunia yang ke #2. Apatah lagi buku2 dari penulis yang amat saya kagumi, Ustaz Pahrol Mohd Juoi ! Karya ustaz banyak sehingga saya belum terlarat nak beli semua.
Apa yang boleh saya react adalah, subhanallah, awesome thorbaekk Membaca buku ustaz Pahrol khususnya, menjadikan saya impressed, dan termenung lama. Terinsaf saya sendiri. Alangkah ruginya hidup ini. Alangkah jahilnya hidup ini. Jalan ini masih terlalu memerlukan mujahadah dan sabar yang tinggi.
Setiap kata dan luahan ustaz, ingin saja saya mengajak semua kawan-kawan dan remaja di luar sana, baca sekali bersama. Marilah berubah dan merancang perubahan !
Alangkah ruginya kita, jika kita tidak bersyukur !
Alangkah ruginya kita jika tidak manfaatkan peluang ini untuk agama yang kita akui sayang ini !
salam sayang kepada yang disayangi Allah
As Salam.. yup.. sesungguhnya buku2 itu buat sy rasa terlalu kerdil ilmu yg ada buat sy... terima kasih kpd pengarang buku kerana berkongsi ilmu Allah.. sungguh sy pun ingin mencari Allah, rindu serta ingin sekali bertemu dgn Allah..
BalasPadammoga hijrah kita diteima olehNya dan dipelihara istiqomah kita sbgai hamba yg mengabdikan diri kepada Sang pencipta Teragung, Allah.. :)
As Salam.. yup.. sesungguhnya buku2 itu buat sy rasa terlalu kerdil ilmu yg ada buat sy... terima kasih kpd pengarang buku kerana berkongsi ilmu Allah.. sungguh sy pun ingin mencari Allah, rindu serta ingin sekali bertemu dgn Allah..
BalasPadammoga hijrah kita diteima olehNya dan dipelihara istiqomah kita sbgai hamba yg mengabdikan diri kepada Sang pencipta Teragung, Allah.. :)