»
Ramadan Kareem, Allahu Akram !
Assalamualaikum. Ramadan Kareem
Ramadan bukan hanya berpuasa tahan lapar, tapi tahan juga segala apa yang patut ditahan. Tambah ketatkan penjagaan mata, hati, mulut, telinga, akhlak dan segala anggota kita. DAN penjagaan hubungan kita sesama manusia dan of course lah our KING of the king, Allah
Solat adalah tiang agama, Bukan puasa yaa. Bukan juga terawikh. Kalau nak cerita suasana terawikh di Malaysia yang ada naik surutnya, biasa dengar dah. Jadi dipendekkan cerita, utamakanlah yang utama. Bahkan solat sunat rawatib itu lebih dituntut, maka tunaikanlah. Moga solat terawikh kita cantik letaknya di sisi Allah insyaAllah.
Keduanya, jagalah lisan kita dari berkata perkara-perkara yang tidak atau kurang baik, bergurau berlebihan, lagha, ghibah, dan mengumpat apatah lagi menfitnah. Na'uzubillah. Sebaliknya, perbanyakkanlah berzikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan berbicara perkara-perkara yang baik.
Saya juga ingin sekali mengajak rakan-rakan saya yang muslimah khususnya dan duduk rumah lebih khususssnya lagi, untuk ringan-ringankan tulang membantu ibu kita mengurus rumah tangga. Pleaselah. Jangan bangun tengah hari. Kucing dah berlari berjogging keliling rumah, burung dah berangkat pi kerja, hampa duk mengular melingkar lagi dalam selimut. Atoyaii. Walaupun memang ramai yang buat, saya nak jugak cakap. Buruklah sungguh perempuan bangun pagi lambat. Huduhlah sungguh gelaran muslimah itu kalau tak jaga kebersihan *kesopanan bagi perkataan 'pengotor'*. Ruginya jadi perempuan muslimah kalau pemalas. Muhasabahlah kitaa. Jangan jadikan puasa itu alasan. Puasalah best ! Makin banyak tenanga kita sumbang, makin banyak kita dapat ! Sepatutnya bulan Ramadan menjadi motivasi dan pencetus kita menjadi Muslimah yang lebih baik *Menjaga lisan khasnya*. Bila lagi kalau bukan sekarang ;)
Tahun ni insyaAllah sepanjang Ramadan saya akan berpuasa di rumah setelah bertahun-tahun memang duk asrama jaa. Alhamdulillah. Terasa semangat dan kelebihan di situ. Mana tidaknya..umi berkerja pada sebelah petang. Jadi, tanggungjawab memasak untuk berbuka, bertukar tangan kepada saya. What a rezeki !
Kesempatan menyelami sirah para anbiya' dan para sahabat Nabi bertemankan buku-buku-buku-bukuu saya sering menyentuh dan menyentakkan hati saya. Begitu juga dengan ceramah-ceramah di ikim, tv-alhijrah,astro oasis, masjid-masjid, dan yang paling best, teguran percuma tanda kasih sayang dari sesetengah rakan-rakan saya secara langsung atau tidak. Sungguh, aku berasa malu wahai Allah. Diri ini berasa sungguh kerdil di hadapanMu. Ilmuku terlalu cetek. Moga Allah menemani hajat kita untuk memperbaiki diri dengan bimbingan dan kasih sayangNya.
Teringat saya ketika sedang mambaca kisah perjuangan salah seorang sahabat Rasul yang dijanjikan syurga, Panglima Saad bin Abu Waqqas R.A. Sewaktu beliau dalam misi yang diarahkan oleh Khalifah Umar untuk menakluk Parsi, kejatuhan beberapa daerah jajahan Parsi ke tangan tentera Islam memaksa Raja Parsi yang ketakutan meninta bantuan ketenteraan dari negara Cina. Namun maharaja cina menolak untuk memebri bantuan. Apa sebabnya dia enggan memberi bantuan kepada Parsi ? Katanya, selagi tentera Islam patuh kepada agama mereka dan taat kepada pemimpin mereka, mereka tidak akan dapat dihancurkan.
Bagaimana pula kedudukan kita sekarang sebagai seorang Islam di mata dunia ? Lihatlah diri kita. Lihatlah sekeliling kita. Lihatlah.
Semoga Ibadah kita diterima. Jangan kita pentingkan diri di saat saudara-saudara kita dahagakan pertolongan dari kita. Jangan kita pentingkan diri sehingga kita menjadikan agama kita sebagai jinjingan dan meletakkan urusan dunia sebagai junjungan. Muhasabahlah kitaa.
ANEKDOT
Lazimi Tilawah Quran. Imarahkan masjid. Berbuka puasalah dengan penuh kesederhanaan. Moga Allah menerima puasa kita. Ameen.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
Salam Ramadhan. Jemput join http://syaza-applemints.blogspot.com/2014/07/segmen-saya-mahu-kad-raya.html
BalasPadamsalam ramadhan dik,semoga lebih tabah menghadapi hari2 mendatang.YM follow di sini ye.
BalasPadam