Tersebutlah kisah..
Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...
Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionhua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...
Ada satu seolan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?
Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...
Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.
Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"
Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...
Nah, terang-terang kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....
Wahai rakan2ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...
Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...
[cerita yang dikongsi]
Malunya kita bila rakan yang berbeza bangsa dan agama lebih tahu tatatertib agama kita..dan kadangkala mereka lebih tahu daripada kita sendiri..ini isyarat..agar kita lebih peka bukan pekak..lebih perihatin bukan tin kosong..andai kita benar benar hidup berlandaskan syariat pastinya kita mampu menjadi dai'..
BalasPadamBenar. Kerana pada hakikat ramai antara kita yang menolak walaupun dah disuap dengan ilmu agama. Allahu'alam.
Padamsinggah sini baca entry..
BalasPadam