-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

3 Jun 2014

Home » , , » Ummu Habibah; Mimpi Menjadi Nyata

Ummu Habibah; Mimpi Menjadi Nyata

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Alangkah seronoknya saya nak menaip bercerita tentang salah seorang ummul mukminin ni. 



Biodata ringkas Ummu Habibah

Nama Sebenar : Ramlah binti Abu Sufian
Nama panggilan : Ummu Habibah 
Ayah : Abu Sufian bin Harb [Pemimpin kaum musyrik Quraisy Mekah yang mempelopori penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW menggantikan Abu Lahab dan Abu Jahal selepas Peraang Badar]
Kelahiran : Tiga belas tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Kelebihan : Mempunyai keperibadian yang unggul, kefasihan dalam berbicara, sangat cerdas, dan memiliki paras rupa yang menawan.
Suami : Ubaidillah bin Jahsy [Pemuda yang terkenal sebagai seorang teguh memegang agama Ibrahim AS. Suaminya bukan penyembah berhala dan berusaha menjauhi minuman keras dan judi. Bahkan Ubaidillah telah bertekad untuk memerangi agama berhala.]





Selepas berkahwin, hidup Ramlah berubah sepenuhnya. Lebih-lebih lagi selepas tersebarnya berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah hadir membawa agama baharu. Mendengar kekuatan dan kesungguhan Rasulullah, Ubaidillah dan Ramlah mengambil keputusan untuk memeluk agama tersebut yang merupakan agama Samawi yang berbeza dengan agama orang Quraisy. Maka bermulalah penganiayaan terhadap orang muslimin, termasuklah kepada Ramlah dan suaminya. Melihat keadaan yang berlaku, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin agar berhijrah ke Habsyah.
Ubaidillah dan Ramlah mengambil kesempatan itu untuk turut berhijrah. Pada ketika itu, Ramlah sedang mengandung. Setibanya di Habsyah, Ramlah telah melahirkan seorang puteri yang diberi nama Habibah. 

Beberapa tahun tinggal di Habsyah, kaum muslimin di Mekah terus-menerus ditindas. Dalam hati setiap mereka sentiasa mengharapkan penderitaan cepat berlalu dan muslimin menjadi kuat berbeza pula pada Ubaidillah yang mula berputus asa dan merasakan bahawa umat Islam tidak akan pernah kuat. Sedikit demi sedikit, hatinya mula terarah pada gama Nasrani (kristian), yang dianuti kebanyakan orang Habsyah. Suatu malam, Ummu Habibah bermimpi bahawa suaminya berubah menjadi manusia yang buruk bentuknya. Dia sungguh terkejut dan paginya Ubaidillah telah berkata kepadanya, "Wahai Ummu Habibah, aku melihat tidak ada agama yang lebih baik dari agama Nasrani, dan aku telah menyatakan diri untuk memeluknya. Setelah memeluk agama Muhammad, aku akan memeluk agama Nasrani." Ummu Habibah sungguh terkejut, lantas menceritakan mimpinya namun tidak diendahkan Ubaidillah. Malah suaminya itu terus-menerus meminum minuman keras sehingga meragut nyawanya.

Ummu Habibah tetap kukuh di dalam Islam dan mempertingkatkan keimanannya kepada Allah SWT dan beliau pun berhijrah ke Mekah kerana berasa terasing di tengah kaum Muslimin kerana terlalu malu dengan kemurtadan suaminya. Ummu Habibah berasa tidak selamat di rumahnya setelah keluarganya meninggalkannya lalu kembali ke Habsyah dengan menanti takdir dariapada Allah dengan derita yang berpanjangan. Kisah penderitaan Ummu Habibah sampai kepada Rasulullah SAW ketika baginda memantau keadaan umat Islam di Habsyah. Hal ini membuatkan baginda berniat untuk membelanya.




Mimpi menjadi nyata

Pada masa yang sama, Ummu Habibah telah bermimpi bahawa; "Dalam tidurku, aku melihat seseorang menemuiku dan memanggilku dengan panggilan Ummul Mukminin. Aku terkejut. Kemudian aku mentakwilkan bahawa Rasulullah SAW akan menikahiku. Hal itu aku lihat setelah masa eddahku habis"
Takwil mimpinya itu menjadi nyata apabila seorang utusan Najasyi yang bernama Abrahah datang menyampaikan berita pemingan baginda Rasulullah SAW. Ummu Habibah berasa sungguh gembira mendengar khabar itu, lantas dia menghadiahkan Abrahah dua gelang perak, gelang kaki, dan sbentuk cincin perak.
Pernikahan Ummu Habibah telah diwalikan oleh Khalid bin Said bin Ash. Berita pernikahan itu merupakan tamparan hebat kepada ayahandanya, Abu Sufian. Tentang hal itu, Allah SWT telah menurunkan ayat Al-Quran ;
"Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka..." (al-Mumtahanah:7)

Setelah menikahi Ummu Habibah, baginda Rasulullah SAW mengajak isterinya itu ke rumah. Pada ketika itu juga baginda telah menikahi Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab, puteri salah seorang pemimpin Yahudi Khaibar yang ditawan tentera Islam.Rasulullah SAW telah membebaskannya dan menikahinya. Ketika kedatangan Ummu Habibah, isteri-isteri Rasulllah yang lainnya telah menyambut kedatangan Ummu Habibah dengan baik sekali serta rasa penuh hormat, berbeza pula dengan sambutan terhadap Shafiyyah. 
Perjalanan hidup Ummu Habibah bersama Rasulullah SAW tidak banyak menimbulkan konflik. Kedudukan Ummu Habibah di antara ister-isteri baginda sungguh istimewa kerana ayahnyaadalah seorang pemimpin kaum musyrik ketika Ummu Habibah mendapat cahaya keimanan. 



Cintanya kepada Rasulullah SAW

Dikisahkan ketika orang-orang Quraisy mengingkari perjanjian Hudaibiyah, denagn serangan yang dilakukan terhadap Bani Qazaah, Rasulullah SAW telah bertindak menyerbu Mekah yang di dalamnya tinggal Abu Sufian dan keluarga Ummu Habibah. Hal ini dapat diagak oleh kaum Quraisy, bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Megetahui kekuatan pasukan muslimin membuatkan kaum musyrikin memilih untuk berdamai. Maka diutuslah Abu Sufian yang terkenal dengan kemampuan dan kepintarannya dalam berdiplomasi untuk berdamai dengan Rasulullah SAW. 


Sesampainya di Madinah, Abu Sufian tidak terus berjumpa Rasulullah SAW, tetapi terlebih dahulu bertemu dengan Ummu Habibah dan berusaha untuk memperalat puterinya untuk kepentingan dirinya sendiri. Saat melihat kedatangan ayahnya itu, wajah Ummu Habibah sungguh terkejut kerana sudah lama tidak menemui ayahnya. Abu Sufian telah masuk ke dalam rumah anaknya itu dan mahu duduk di atas tikar. Melihat keadaan itu, segera Ummu Habibah melipat tikar tersebut sehingga tidak dapat diduduki oleh Abu Sufian. Ternyata sikap puterinya itu mengecewakan Abu Sufian, lalu dia berkata, "Apakah kau melipat tikar itu kerana tidak mahu aku duduk atau kerana mahu menyingkirkanku ?" Lantas Ummu Habibah menjawab, "Tikar ini adalah alas duduk Rasulullah, sedangkan engkau adalah orang musyrik yang najis. Aku tidak suka engkau duduk di atasnya." Di sinilah nampak keteguhan iman dan cinta Ummu Habibah kepada Rasulullah SAW.


Setelah itu, Abu Sufian pulang dengan merasakan tamparan yang hebat daripada puterinya. Di merasakan usahanya untuk menggagalkan serangan kaum muslimin ke Mekah tidak berjaya. Ummu Habibah telah menyedari apa yang akan terjadi, lantas dia berdoa agar kaum muslimin akan memperoleh kemenangan, walaupun di Mekah terdapat keluarganya, namun fikirannya hanya mengingati Rasulullah yang dicintainya.
Allah SWT mengizinkan kaum muslimin membebaskan kota Mekah. Abu Sufian dapat ditawan. Akhirnya ayahanda Ummu Habibah membuat keputusan untuk memeluk Islam dengan kerendahan diri dan sepenuh hati kerana Allah SWT.
Setelah baginda wafat, Ummu Habibah hidup menyendiri di rumahnya hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)