-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

25 April 2014

Home » , » VLOG sebagai saham

VLOG sebagai saham

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour 

Alhamdulillah. Ntah saham pulak tajuk tu. Saya maksudkan saham akhirat. Well. Video letak youtube ni akan insyaAllah terus kekal dalam dunia maya. Mood vlog sebab saya memaang admire tengok video.-..- ya ka. Tak jugak. sesekali je tengok actually. Dan disebabkan ssssekali  tulah hanya video dan vlogger dalam senarai saya ja yang 'boleh' tengok. *jamak 'sss' di situ. Takuttakut banyak lagha and melencong. Lastlast ? kerja tertangguh. Haishh..MashaAllah2. 

Video banyaks *sila jangan tiru grammar tambah 's' sebagai jamak ni* bawa kebaikan kepada yang menonton mahupun yang merakam, mengupload dan yang. sewaktu dengannya. Tetapi yang zahir lagi terang bercahaya sekarang adalah fenomena ke'melampau'an berkongsi video tanpa memepedulikan hak dan izin pengupload video. You know what ? Ah I know you know. budak couple seminggu, macam comel macam cantik je, bobo, and so whatever. And yang saya paling tak suka adalah video-video yang berunsur mengaibkan orang lain yang bertepek-tepek dalam memory phone saya melalui whatssapp. Allah Allahh. 


Tidakkah kita terfikir jika kita yang berada di tempat mereka? Adakah kita akan berasa malu ? marahkah ? Kalau saya, mau sampai keluar berjalan pakai topeng ninja. Haa. Cite lain pulak. Jadi kesimpulannya mudah ibarat nak buat karangan SPM *haa tu dia. mudah bagi korang yang hebat laa*, Cuba fahami perasaan orang lain sebagaimana kita mahu difahami. iyalah. c u b a. Well. we are human. >Husnuzon. Selagi mana kita mampu dan mengaharap perkara yang sama kepada kita daripada orang sekeliling kita. Indah kan Islam ? Tiada jual ikan.*selfish ? Boleh ke entry sahabat saya :  Kita Dan Pemuat Turun Video
Tiadalah saya nak share sekadar nak bagitahu taste vlogger kesukaan saya atas kerana ngadangada. phuu. Mereka menyampaikan mesej yang baik. Jadi saya rasa nak sangat bercerita bila saya jumpa or dapat sesuatu yang baik terutama di alam maya yang semakin melekat di jari-jari, dan otak-otak remaja abad ni. haa agak lapar bila dengar perkataan 'otak-otak' itu. Haishh syaitonirrajiiim. Asyik ajak makaan ja. Fin, Teruskan.

Apakah vlog itu ? Apa yang saya sibuk nak cite berkaitan vlog ni ? Haishh misteri~ so dengan mengabaikan kemisterian yang tak misteri langsung tu, saya nak share beberapa orang vlogger yang saya minat dan bagi saya, mereka sungguh menyampaikan sesuatu atau mengupas topik2 yang begitu baik untuk remaja remaji remaju (?) seperti saya dan kita khususnya.  Mudahan-mudahan dapat jugaklah bagi inspiration or maybe sedikit sebanyak titik tolak perubhan dalam diri kita. Manalah tahu...masa tengah sedih kehilangan orang tersayang, teringat dialog MatLutfi dalam video beliau, 
certain dialog;
"Ada banyak lagi orang jahat kat luar sana..awat depa hidup bahagia dengan family depa ? Awat Tuhan tak ambik nyawa family depa ? Awat aku ?"

"Kau ada adik istimewa, kau tahu Nabi ada siapa ?"

"tak ada sapa-sapa"

"Tapi dia ada bapak sedara"

"Tapi bapak sedara dia mana masuk Islam, bapak sedara dia dapat teman dia sekejap je"

"Tapi dia ada isteri"

"Bukan time umur kau"

"Tapi dia nabi, manalah sama dengan aku"

"Memangla tak sama..sebab dia lagi tak ada apa-apa kalau nak banding ngan kau"

"Tapi aku tak boleh hidup sorang macamni"

"Memangla tak boleh, selagi kau tak bergantung pada yang tak mati"

"...."
Part yang paling saya suka setakat ni dari video-video yang saya tengok. InsyaAllah, ingat sentiasa part yang bold tu. Sebahagian dialog tu datang dari video MatLuthfi 90, Rokok dan kopiah. Silakan tonton . Saya ada selitkan kat bawah dalam entry ni :)
Yaaa mereka adalah vlogger-vlogger yang dirahmati Allah  :
1  Qawiem Khairi (Team Langit Ilahi) 

2  AIMAN AZLAN *cece admire lebih sikit. Dapat anugerah di'capital'kan namanya dari secret admire deperti diriku ini :p

3  Mat Luthfi

3 Anwar Hadi

4 Mr The All Shared


Tu je -..- beriya saya ni menulis tentang v l o g g e r . Baruku sedar rupanya ni ja yang ingin ku tulis. Haaah. Actually ramai yang vlogger yang saya tahu. Memang ramaaaai sangat vlogger yang well-known. As well as Maria Elena, Aman Wan, Shazreen Fazlynda, Tapi hanya yang saya senaraikan yang atas tu mendapat ranking teratas dari segi video-video yang membawa kebaikan dari segi kehidupan dan Islam 'bagi saya'. Bagi saya ye  MatLuthfi pun tau. Mesej yang dia sampaikan ada yang sangaaat menusukk qalbu. 
err tu je. So jom kita tonton dan ambil iktibar daripada beberapa video terpilih bawah ni ;)
Barakallah.
Shoot the Target !-Qawiem Khairi


LIVE di MHI bersama Ustaz Vlog-Qawiem Khairi


Ramadan: A Visual Expression -Aiman Azlan (feat. Umar Mita)
#19 Salam-Anwar Hadi
#15 Pesta Ibadah-Anwar Hadi
Muslim Women. Don't They Feel Hot?-Aiman Azlan
ROKOK DAN KOPIAH-Mat Luthfi
PERPECAHAN UMMAH-Mat Luthfi
SEBELAH SAYAP-Mat Luthfi
Imam? Eleh Small Matter Habaq Hang!-Mr The All Shared
20 Cara Stylo Nak Elak Bersalaman Ketika Hari Raya-Mr The All Shared

voila !

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)