-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

10 Mac 2014

Home » » Bai Bithaman Ajil [Bayar sikit-sikit]

Bai Bithaman Ajil [Bayar sikit-sikit]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. 

"Haish, zaman belajar sekarang ni semua pun kena beli. Kalau tak ada, lambat pulak nak kena siapkan tugasan yang berlambak yang Lecturer bagi kan. Keluarga aku pun bukannya orang kaya. Boleh senang-senangje nak mintak apa-apa je." rungut Khairul dalam hati. Itulah realiti yang harus Khairul tempuh, dunia pendidikan sekarang bukan seperti zaman ibu bapanya yang cukup sekadar menelaah buku. Maklumat yang bergerak pada era sekarang sangat pantas, bak kata sesetengah orang, air tertumpah atas meja pun, seminit kemudian satu dunia boleh tahu.

"Macammana nak update berita semasa dan siapkan tugasan pensyarah tanpa laptop ?! Hari ni beri, esok pagi dah nak kena hantar. Pergi Cyber Cafe ? Duit juga. Tambah aku pula kurang selesa nak buat kerja kalau orang bising-bising dengan main game. Pinjam laptop kawan ? ermm.. Dia pula nak buat tugasan. Aku tak suka susah-susahkan orang. Macam mana ni ?" Khairul semakin resah. Pengajiannya dalam bidang kewartawanan memang menuntut dia memiliki sebuah laptop seiring dengan perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan sekarang ni. 

"Rol ! Kau buat apa sorang-sorang kat dalam dewan ni ? Semua orang dah balik.Kejap lagi pengawal nak kunci pintu. Nanti kau terkunci kat dalam ni sape susah ? Aku yang hensem ni jugak," gurau Amin, kawan rapat Khairul sejak sekolah rendah.

Khairul membisu tanpa sebarang respon. Dia lantas memasukkan buku-buku ke dalam beg sandangnya. "Jom balik. Aku tak nampak masalah aku boleh selesai dalam dewan ni.," ujar Khairul. Amin pula mengerutkan keningnya, mengerti yang ada sesuatu tidak ken adengan kawan baiknya itu. Mereka berjalan keluar dari dewan sambil Amin menyusun soalan untuk ditanyakan kepada kawan baiknya.

"Kita ni kawan dah lama Khairul. Takde masalah kalau kau nak cerita kat aku. Mana tahu aku boleh tolong.. Kalau tak dapat tolong sekalipun, sekurang-kurangnya kau akan lega sebab kau dapat luahkan apa yang terpendam di hati kau" pujuk Amin.  

"Emmm..aku tahu Khairul, tapi aku pun kadang-kadang segan nak cerita pada kau. Tapi sebab kau kawan baik aku, aku ceritakan jelah. Tapi kau kena janji, kau takkan cerita dengan mak bapak aku okey ?" "Ok bos !"  jawab Amin bersungguh-sungguh.

"Sebenarnya aku nak beli laptop, tapi aku takde duit nak beli. Kau pun tahu keluarga aku bukan berada sangat macam kau. Duit ptptn yang aku dapat ni pun, cukup-cukup je untuk perbelanjaan bulanan aku di kampus dan untuk bayar sewa rumah. Kalau ada lebih sikit pun, aku hantar ke mak ayah aku di kampung.," ujar Khairul.

"Owh boleh aku tanya berapa upah bualanan kau dapat sebagai cashier sambilan dekat kedai Pak Meon tu ?" tanya Amin. "Seratus lima puluh ringgit." "Ok. benda kecil je tu Khairul, aku boleh aplikasikan konsep Baith Bithaman Ajil untuk kau beli laptop. Agak-agak RM100 sebulan kau mampu tak, nak bayar ?" "Ya ! Aku mampu cuma mungkin aku terpaksa potong sikit duit belanja makan aku hujung minggu sebab aku selalu tengok football match kat kedai mamak. Heheheh" Khairul tersenyum segan. "Tapi Bai Bithaman Ajil tu apa? Berbelit lidah aku nak menyebutnya."

"Haha. Berkonbanlah sikit demi sebuah laptop dan masa depan kau, okey ? Bai Bithaman Ajil atau singkatannya BBA adalah satu jenis bentuk pembayaran secara tertangguh yang terdapat dalam kewangan Islam. Kalau ikut Imam Hanafi, ia disebut sebagai Bai Mu'ajjal. Jadi aku terfikit untuk dahulukan duit aku untukbeli laptop tu dan aku jual pada kau dengan harga tertangguh. Kau setuju ?" "Cadangan yang sangat baik Min ! Untung aku ada kawan yang faham tentang kewangan Islam. Selain untung duniawi, ukhrawi pun dapat sebab menggunakan sistem yang berlandaskan syariat." Khairul rasa teruja dengan ilmu baru tentang kewangan Islam yang difahaminya dan tidak sabar untuk memiliki sebuah laptop tidak lama lagi.

"Okey kalau gitu, kita pergi kedai komputer . Tengok mana yang kau berkenan. "


Di kedai komputer.

"Aku nak yang ni Min ! Harganya RM1900," laung Khairul kepada Amin sambil tangannya menunjuk kepada laptop yang dia berkenan. Amin datang sambil memeriksa laptop yang diiginkan Khairul. Dengan sedikit kemahiran teknologi, yang dimili Amin, dapat juga dia faham tentang kelebihan dan kekurangan jenama laptop tersebut.

"Okey, kalau kau berminat Khairul, aku beli laptop ni" ukar Amin kepada Khairul. Jiwa Khairul yang tadinya resah, kini sudah terpancar sedikit kegembiraan. Amin datang kepada Khairul dan berkata, "Baiklah Khairul, sekarang aku jualkan laptop ini kepada kau dengan harga dua ribu. Kau bayar secara tangguh iaitu sebayak seratus ringgit setiap bulan mulai bulan Jun depan sehinggalah 20 bulan.

Kau setuju ?" tanya Amin kepada Khairul. "Baik bos !" jawab Khairul gembira. Begitulah kisahnya, sekalipun Khairul mampu untuk menyedekahkan laptop tersebut kepada Khairul, tetapi Amin sebenarnya telah melakukan satu tindakan  yang sangat baik iaitu dengan menjadikan penjualan laptop itu berasaskan hutang. 



Sesungguhnya memberi hutang itu lebih baik dari memberi sedekah, sepertimana sabda Nabi Muhammmad SAW menyatakan :"Pada malam aku diisra'kan (Mikraj) aku melihat tulisan di atas pintu syurga,'Pahala sedekah ialah 10 kali ganda, memberi hutang ialah 18kali ganda.'. Aku bertanya kepada Jibril kenapa memberi hutang memeberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah ? Jawabnya, kerana orang yang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangakn orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecualai kerana suatu keperluan" (Ibnu Majah Al-Baihaqi)

Dishare dari : Muslim Teens.

#PrayForMH370

Jazakillah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)