-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

2 Januari 2013

Home » » murabahah.

murabahah.


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.
hai (!)


awq tahu apa tu murabahah (mark up price) ?
baiklah.jom sama2 belajar n insyaAllah faham melalui story mory ni ae. alright !



Zurain : Amboi Farhah ! cantiknya shawl-shawl ni. Mana awq dapat?

Farhah : Oh semua shawl ni saya beli masa saya balik kampung hujung minggu lepas.

Zurain : Langkawi ke? wah....bestlahh  !

Farhah : Yelah...Langkawi. Barangnya murah2 belaka. Di sana barang yang dijual bebas cukai.

Zurain : Oh, ye ke?

Farhah : Sekejap aeh..kat dalam kotak tu ada banyak lagi yang cecantik, cun2, macam kite hehe

Zurain : =..= mulalah tu..eh Ya Allah banyaknya ! awq nak jual ke?

Farhah : Cadangnya camtulahh..

Zurain : Berapa untung awq boleh dapt ya? mesti banyak kan..

Farhah : Tengoklah, tolak kos barang, kos pengangkutan, kos pembungkusan dan lain2 dapatlah sikit.

Zurain : Pandai juga awq berniaga ek Farhah..ingatkan tahu bercerita je..hehe ok2 berapa ringgit kos untuk sehelai shawl ni?

Farhah : Haha..Kos untuk sehelai shawl ni dalam RM6 je. Saya mark up harga untuk shawl ni dalam RM4. Jadi harga jual, saya jual RM10. Okey tak?

Zurain : Okay sangatlah tu. Eh, mark up tu apa Farhah?

Farhah : Mark up tu maksudnya kita menaikkan harga jualan meliputi kos asal dan keuntungan. Dalam sistem muamalat, ia dikenali sebagai Murabahah.

Zurain : Apabila kita menaikkan harga sesuka hati, itu bukan riba' ke?

Farhah : Riba' berlaku apabila menaikkan jumlah hutang. Hutang RM10, kita naikkan jadi RM15. manakala Murabahah, menaikkan jumlah harga jualan setelah dicampur kos modal, untung dan lain2. Dalam Al-Quran jelas Allah menyatakan bahawa Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'.*rujuk surah Al-Baqarah : 275

Zurain : Oh...begituu.

Farhah : Selain daripada tu, murabahah yg terbaik adalah penjual akan menyatakan kepada pembeli maklumat kos modal. Selepas itu, mungkin akan berlaku tawar-menawar antara penjual dan pembeli sehinggalah kedua-dua belah pihak berpuas hati dan bersetuju.

Zurain : Tetapi kenapa saya beli baju kat pasaraya, mereka tak bagitahu pun maklumat yg detail tu?

Farhah : Biasanya, konsep sebegini akan dipraktikkan apabila berlau kontrak jual beli yang melibatkan jual beli barang2 yang besar. Contohnya seperti pembelian bahan mentah yang banyak, mesin yang bernilai puluhan ribu, ataupun jual beli secara pukal. Maka pihak pembekallah yang akan menyatakan kepada agent jualan mereka berkaitan maklumat tersebut secara terperinci. 

Setelah sampai kepada agent jualan, cukup sekadar pembeli berpuas hati  dan bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh agent jualan. Kalau kita nak beli barang tersebut, kita belilah. Kalau tak mahu, tak payah beli. Lagipun harganya bukanlah sehingga mencecah puluhan ribu ringgit pun. Harga yang ditawarkan oleh agent jualan biasanya mapu milik. Lainlah kalau agent jualan tersebut tu cekik darah kerana nak untung lebih.

Zurain : Oh...barulah saya faham. Maknanya kalau seseorang tu pandai mengurangkan kos untuk modal sesuatu barang, maka untung yang akan dia perolehi berlipat gandalah kan?

Farhah : Lebih kurang macam tulah.

Zurain : Kalau saya nak beli dengan awq pada harga asal juga boleh tak? Hehehe

Farhah : Boleh, tapi dengan syarat awq tolong jualkan kesemua shawl ni. Nanti dah terjual kesemua shawl ni, bukan setakat harga asal je yang saya bagi... Siap free gift satu lagi.. Hehehe


NOTA KAKI.

Murabahah / Mark Up Price :

Persetujuan dua pihak pada paras harga yang meliputi harga kos modal, kos lain2 dan keuntungan. Penjual akan membeli sesuatu barang daripada pemborong dengan harga yang lebih murah. Kemudian penjual akan menjual kepada pembeli pada harga yang lebih daripada harga pembelian asal.

Kesemua mazhab menerima prinsip muarabahah ini sebagai instrument yang sah dan dibenarkan dalam urusan perniagaan. namun begitu terdapat perbezaan dari segi pelaksanaannya.



Jumlah harga yang dinaikkan adalah sesuatu jumlah yang realistik dan munasabah.




Pembeli atau pengguna mempunyaihak untuk membuat pilihan sama ada 
bersetuju atau pun tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan.


Tujuan Murabahah :

Menerima keuntungan setimpal dengan kebijaksanaan pengurusan kewangan keluar masuk dan usaha yang telah dibuat.



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. Tips yg sgt baik...sbb sy pon ade jual kecil2 lan..terima kasih!! ^_^

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)