-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

23 Mac 2016

Home » , » Masalah saya, bukan mereka..

Masalah saya, bukan mereka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk :  2)

Alkisah..



Seorang pemandu teksi kelihatan sugul. Dia memarkir teksinya di bahu jalan. Sudah lumrah keretanya yang dah berusia lebih 10 tahun asyik rosak itu dan ini. Si pemandu teksi menelefon mekanik. Mekanik tiba dan memeriksa keretanya dan akhirnya keretanya terpaksa ditarik ke bengkel. Ada kerosakan serius yang memerlukan kos membaiki yang agak tinggi.

Pemandu teksi mengeluh. 
Nampaknya wang simpanan untuk anak-anaknya pula yang terpaksa dikorbankan. Pemuda mekanik tersebut yang sedari tadi memerhati kegelisahan pemandu teksi tersebut menawarkan untuk menghantar pemandu teksi tersebut pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, si pemuda melihat pemandu teksi berdiam diri seribu bahasa dengan wajah yang muram. barangkali, berat benar masalahnya, bisik mekanik dalam hatinya.

Sebaik sahaja tiba dirumah, pemandu teksi tersebut mengajak si pemuda singgah di rumahnya. Sebelum memasuki rumahnya, pemuda tersebut melihat pemandu teksi tersebut menyentuh-nyentuh dahan pokok di halaman rumahnya.

Setelah memberi salam, mereka pun masuk. Wajah sugul pemandu teksi tiba-tiba berubah. kini dia tersenyum manis. Huluran tangan isteri dan anak-anak disambut penuh gembira sambil memeluk seorang demi seorang anak-anaknya. Kemudian mereka makan bersama-sama dengan tetamu mereka dengan gembira.

Pemuda tersebut lalu meninta diri, Dalam hatinya, dia mengagumi sikap ceria pemandu tersebut bersama bersama keluarganya.

"Apa yang encik buat di depan rumah tadi ? Seolah-olah mengusap dahan pokok." tanya pemuda tersebut sebaik sahaja mereka di luar.

"Oh, saya gantungkan seketika masalah dan beban kerja di dahan pokok itu ! Apabila saya keluar besok pagi, saya akan kutip semula. Saya tidak mahu membawa masalah masuk ke dalam rumah."

 ...
well, sikap orang yang cemerlang adalah mengetahui ketika, keadaan dan tempat yang sesuai untuk "meletakkan" seketika masalah yang ditanggung.
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.
dan ingatlah firman Allah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)