Masa benar-benar mengubah zaman kanak-kanak kini, juga gejala sosial yang
membiak-biak yang sukar sekali menujukkan penurunan positif.
Zaman tadika saya, yang saya tahu hanyalah main buayan dan main nyorok2 dan
yang seangkatan dengannya. tapi kerana teknologi, media, dan persekitaran,
zaman kanak-kanak itu semakin musnah ! tidakkk ! saya yang merasa betapa
seronoknya zaman kanak-kanak dulu pula semakin annoyed dan geleng kepala saja
memerhati tingkah anak-anak zaman sekarang.
Ada yang asyik dengan crush dan couple, dan pemandangan yang menyedihakan
bagi saya adalah budak-budak hanya lebih kurang 2 tahun lebih dah sebati dengan
phone. kalau setakat nangis sebab nak pegang phone, takpa juga, ini memang nak
guna..main game, selfie dan sebaginya. macam lucu juga saya tujukan ini semua
pada kanak-kanak yang mumayyiz pun belum. namun saya melihat sendiri di hadapan
kanan kiri saya pemandangan aneh. aneh !
Pendapat saya, mereka sebenarnya tidak wajar sama sekali dilpeaskan dengan
begitu mudah oleh ibu bapa untuk menggunkan gadget2 mahal serupa iphone, S3, Note2,
Xperia dsb. kenit sangat adik manis tu. biarlah mereka dilepaskan bermain dan
mengenal dunia luar berbanding hanya terkunci dengan alat-alat canggih itu !
penghujungnya akan banyak efek buruk. cthnya, seawal tadika dah pakai spec,
communication dengan ibu bapa sendiri pun fail. lahai, kalau kemaruk game
sangat bagilah nokia picit2 tu haa. itupun wujud masa saya darjah empat.
'fuyooo !' tu je yang keluar dari mulut saya waktu tu. oh sungguh kanak-kanak
1990+ :p maaf jika saya bercakap seolah-olah saya ada pengalaman mendidik anak
sendirik. heh.
tidak semua perkara perlu didik dengan pengalaman. kita ada quran, dan
sunnah dan dikurniakan otak yang geliga !
manfaatkan. timbalah ilmu. anak-anak yang kecil perlu dididik dan dipenuhi
dalam dada mereka dengan ilmu agama dan cinta yang mendalam untuk membangunkan
dan mewarisi ummah ini ! sehebat Nabi Muhammad! Para Sahabat ! sudah....aku
merindui mereka...*nangestutupmuka*
sollu alannabi !
saya teringat pula entri ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang cinta.
mari baca ^^