Kaifa halk ? Semoga iman kita juga sihat dan gemok. Apalah agaknya yang menjadikan semangat saya untuk menaip ni melonjak2. Herher. Alhamdulillah saya just nak share sedikit pengalaman sekaligus me'review' sedikit sebanyak tentang beberapa online shop dan brand yang saya ♡. Haa I heart gituu. Cee macam dah banyak sangatla pengalaman tu. Tak juga :3 kita nak share, jadilah sikit pung. And so, ehemm. Of course la kedai pilihan saya ni semuanya atas kemampuan saya ^^. Yang branded2 mahai2, saya memang tak tengok r walaupun cantik. Takut. Tergoda. Syaitonirrajim. Banyak.
Untuk tudung yang menutup aurat (ya, kita bertudung belum tentu kita menutup aurat.) saya memang akan cari tudung yang lebih dari bahu. Among lerang 50, 55, or 60. Ahyelah ramai orang yang faham word 'bidang' instead lerang. Faham ek ? So there are my choices.
dari kak Aisyah Shakirah. Kami ada chemistry. ha ha. perasan sendiri
1 Hijab For Muslimah.
Pengalaman pertama saya beli tudung online bermula dari muslimah dari online shop ni. Boleh belek skirt labuh, tudung2, blouse, pashmina, wide shawl, dekat SINI-->TEKAN (page fb). Ringkasnya, Hijab For Muslimah ada menjual tudung, skirt labuh, blouse, pashmina and telekung dll. Harga memang affordable je. Kalau tak takkan saya beli as pilihan first saya kan. Saya memang agak memilih nak beli. Ringkasnya, cerrrriwit. ya iyalah, salah pilih nanti nyesal or rasa rugi kemudian pula kan. Fin. Next.
2 Hijab Galeria
Hijab Galeria ada juga jual stongan (handsock cotton), shawl, tudung berdagu, tudung ready solat and telekung lycra. The latest saya beli tudung saiz L. Saiz L la saya sebab saya kecil -.- herher. Yang best, saya memang lama juga cari tudung bidang 60 jenis siang malam atau tribal. And found them kat Hijaib Galeria. Harga semuaaaa tudung, haishh. Alhamdulillah. Sangat berpatutan dan murahh mashaAllah. Korang boleh dapat harga wide shawl dalam lebih kurang RM12 and tudung bidang 60 bermula RM19 je. Series ni.
3 Mysouq Hijab
Alhamdulillah saya juga berpuas hati membeli tudung dari Mysouq Hijab. Material ok dan selesa juga pakai. Kalau nak cari handsock Tasmiah and tudung Akel pun boleh cari sini. Well, memang tudung saya majoriti dari Akel. Sukasuka :D
Tutup cerita tudung, saya nak share pula berkaitan pakaian. Blouse and T-Shirt. kalau baju kurung memang banyak sangatla. Takyah cakap. Nak tahu ? Mudah saja. Carilah di kedai-kedai pakaian yang berhampiran dengan anda. InsyaAllah banyak. herher. First time saya beli blouse online dari Zalora. Tapi agak besar dan materialnya saya tak berapa suka. Itula risiko kalau beli online. Kena pandaila cari online shop yang menepati citarasa dan saiz yang sesuai dan juga fulus yang berbaloi dan sesuai dengan kemampuan. Eh tapi saya tak kata Zalora tak bagus. Saya beli kasut kat Zalora ok ja :) Takyahla nak bergaya or nak shopping sangat sampai membazir or menyusahkan diri sendiri or orang lain. Fulahh nasihat manjang ni. MashaAllah. Kalau saya, prefer kepada T-shirt Labuh ja.
1 Aqeela Muslimah
Memang baju-baju dari sinilah yang memang melekat dekat hati saya. Ha ha. cam over ja. Kebanyakan bajunya dijual dengan harga yang berpatutan dan kenalah dengan selera saya kann. Alhamdulillah. ok ja. Saya beli dengan branded Aqeela sendiri or 'Ameera' or lain-lain. Semuanya sedap dipakai. Shipping RM5 je. Nak berurusan pun sangat senang. Korang boleh beli terus dari online blog shopping Aqeela Muslimah Wear atau boleh pm admin kat page fb Aqeela Muslimah WEAR. So kalau beli kat blog boleh terus addchart and bayar online. besok lusa sampailah rumah korang. Baju memang banyak pilihan dengan harga yang saaaangat memuaskan. Alhamdulillah. Latest, Aqeela muslimah ada jual jubah dengan shawl. Jomjom.
2 Wardatul Baydha
Wardatul Baydha ni jual dress and tudung yang harganya agak okla bagi saya. Menutup aurat dan takdalah over sangat. Cool je gitu. Bolehlah stalk album beliau di sini--> Wardatul Baydha.
3 Muslimah4u
Aaa well. Muslimah4u memang well-known. Bagi sayalah sebab saya selalu juga dengar baju-baju brand Muslimah4u ni yang cuncun cantik lagi menutup aurat. Harga pun..haa macamtulah. Bersesuaianlah dengan jenamanya yang best. Jengah --> Muslimah4u jadilah kalau tak beli pun. Maybe lain kali ? tu sayalah --' Korang belilahhh ^^
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."