BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Fuhfuhhh. Blog dah makin berhabuk --' hihik. Alhamdulillah baru lepas exam Math & French hari ni. Tawakkal jelah dengan soalan-soalan yang macam mintak rotan je. AllahhAllah. Serious makin penat kat sini and of course sangat sibuk dengan exam yang belum habis pun lagi ye. Alhamdulilah internet kat MFI ni dah baik demam berminggu2 *dapat curik masa update blog sat^^ * . Alhamdulilllah. Tak mo cerita banyak tentang diri sendirik yang tak berapa best pun, saya ada dengar and baca beberapa artikel tentang baru-baru Husni Mubarak dah dilepaskan dari penjara. Apakahh ?
Tanya diri kita sendiri. Dalam masa yang sama saya terbaca juga satu pendapat mungkin yang bagi saya membuka minda kita untuk berfikir dan fikir. Kenapa kita tak hantar tentera ke Mesir ? Mehla baca sendirik. SINI . Jadi apa pendapat korang ? Saya tak menzahirkan tentang politik pulak ni, tapi sekadar membuka minda. Ada betulnya. Saya petik kata-kata ni,
Jum penuhkan masjid dan surau setiap subuh mcm kita penuhkan setiap jumaat. Kita berdoa di subuh hari semoga kekuatan milik umat islam. Org kafir tidak akan takut dgn org islam selagi kita tidak mampu penuhkan masjid dan surau pada setiap solat 5 waktu.
SYRIA ?
Kira-kira 3:00 pagi tadi, sekali lagi tentera rejim Syiah Assad mengganas dengan sesuka hati nafsu mereka gugurkan bom kimia di Zamallaka dan di kawasan Al Zainia di Ein Turma.
Sebilangan besar orang awam terdedah kepada gas, dan akibatnya ribuan mati syahid. Menurut laporannya :
41 orang mati syahid .Kebanyakan aktivis melaporkan bahawa jumlah kematian kepada lebih daripada 100 sehingga kini. Ramai yang mati syahid adalah kanak-kanak, yang dilihat dalam video-video berikut :
dan lain-lain yang dikutip di sini -->
TEKAN.
Sebak rasa. AllahuAkbar. Syawal, syawal gak, tapi jangan dilupakan saudara-saudara kita yang beraya macam tak raya je. Syukursyukurrr. #PrayforSyria+Mesir.#SaveGaza
Moga bermanfaat walau sikit. kbai
!
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
subhanaAllah, sedih tngok keadaan umat islam sekarang, semoga,syurga milik mereka.. syukran for info ^_^
BalasPadamya Allah selamatkan mereka semua..
BalasPadampray for eygpt .huu
BalasPadam@mujahidah maisarah @Ahmad Amiruddin Amiin mudah-mudahan . untuk semua umat islam juga :)
BalasPadam