Alkisah..
Syaqiq al-Balkhi merupakan seorang pedagang dan mempunyai
hubungan yang baik dengan Ibrahim bin Adham, seorang alim dan ahli ibadah. Pada
suatu hari, Al-Balkhi pergi berniaga
ke luar kota. Namun, tidak lama kemudian, dia kembali ke kotanya. Kepulangannya
yang terlalu cepat itu menyebabkan Ibrahim bin Adham bertanya kepadanya akan
hal yang menghairankan tersebut.
“Wahai sahabatku,
mengapa begitu cepat engkau kembali ?”, tanya Ibrahim.
“Dalam
perjalanan, aku terlihat suatu perkara yang aneh, sehingga aku memutuskan untuk
tidak meneruskan perjalanan.”
“Apa keanehan
yang kau lihat itu ?”
Maka Syaqiq
Al-Balkhi menceritakan kisahnya. Dia menjelaskan bahawa di tengah perjalanan,
dia beristirehat di sebuah bangunan yang sudah rosak. Secara tidak sengaja dia
melihat seekor burung yang cacat sayapnya dan buta matanya. Burung itu tidak
boleh terbang dan tidak boleh mencari makanan sendiri disebabkan dua
kekurangannya itu.
Perkara itu membuatkan
al-Balkhi berasa hairan. Bagaimana burung itu boleh bertahan hidup dengan
keadaan begitu ? burung itu hidup sendirian dan tidak mampu merawat dan mencari
makan sendiri. Kerana rasa inkuiri yang tinggi, al-Balkhi memutuskan untuk
menunggu dan melihat apa yang terjadi pada burung itu seterusnya.
(gambar hiasan) |
Tidak lama
kemudian, ada seekor burung lain yang datang ke tempat itu dengan makanan di
mulutnya. Burung itu kemudiannya menghampiri burung yang cacat dan menyuapkan
makanan ke paruhnya. Burung yang cacat itu kemudian memakan makanan yang
disuapkan kepadanya. Al-Balkhi memutuskan untuk terus memerhati dan dia berasa semakin
takjub. Burung yang cacat itu tidak kelaparan sama sekali, kerana burung yang
kedua selalu datang secara rutin untuk
memberikan makanan kepadanya.
“Maka saya pun
membuat kesimpulan bahawa Yang Maha Rezeki telah memberikan rezeki yang cukup
kepada seekor burung yang cacat lagi buta dan jauh daripada rakan-rakannya.
Jika demikian, Allah juga akan mencukupkan rezeki saya sekalipun saya tidak bekerja.
Itulah sebabnya saya memutuskan untuk segera pulang ketika itu juga.”
“Wahai sahabatku, mengapa engkau mempunyai
pemikiran sebegitu ? mengapa engkau rela menyamakan darjatmu dengan seekor
burung yang cacat lagi buta ? Mengapa engkau rela jika dirimu hidup atas belas
kasihan dan bantuan orang lain ? mengapa engkau tidak berfikiran sihat untuk
cuba menjadi seperti burung yang seekor lagi itu ? Dia bekerja keras untuk
mencukupkan keperluan hidupnya sendiri dan sahabatnya yang memang tidak mampu
bekerja. Apakah engkau tidak tahu, bahawa tangan yang ada di atas itu lebih
mulia daripada tangan yang di bawah ?
Kata-kata ini
membuatkan al-Balkhi terpegun. Kata-kata
Ibrahim telah membuka pandangannya tentang sesuatu yang lebih agung dan mulia.
Maka dia pun bangkit lalu mencium tangan Ibrahim bin Adham sebagai tanda terima
kasih. Setelah itu dia pun memutuskan untuk memulakan kembali perniagaannya.
IBRAH
Ramai yang tersalah tafsir hidup secara tepat. Merasa hidup akan tetap aman tanpa usaha
keras dan luar biasa. ‘Malaysia masih aman’ katanya. Belajarlah menjadikan
hidup kita selalu berpandangan luas dan positif, maka hidup kita akan lebih
tenteram dan bahagia. Antara lain, sentiasa belajar untuk menerima teguran
dengan sebaik mungkin walau dari siapapun datangnya teguran itu.
Bekerja dan
berusahalah untuk menjadi tangan yang di atas, usah ditunggu kaya bak Dato’ Aliff Syukri atau Dato' Vida baru rasa nak memberi. Its a no-no. Bekerja dan menempuh
kesusahan memang memenatkan, tetapi pada akhirnya ia akan membawa kemudahan,
insyaAllah.
Inna ma’al ‘usri
yusra. :))