-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

29 Ogos 2015

Ada peduli ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Beberapa kali kubuka dashborad blog, tutup kembali, buka, dan tutup lagi. Aduhhh  banyak sekali inginku tulis, tapi final nak dekat dahh.  he he. Namun, ada sedikit yang ingin kuluah.

Sahabat yang asyik mengupload gambar selfie dengan pelbagai caption yang menarik banyak likes. Sahabat yang kerap menupdate laman sosial tentang kegiatannya, luahan perasaannya, rasa kesal, malas, geramnya.
sungguh..

aku sesekali dan berkali-kali merasakan bahawa adalah kita tidak adil menggunakan media-media sosial yang kita miliki, hanya untuk meluah perasaan, berkongsi aktiviti yang tidak pula memberi faedah, gilakan hiburan yang tidak pernah pula menjengah jemunya. 
aduh ! kita terlalu pentingkan diri !

Sahabat,
sudahkan hari ini kita berselawat ke atas Muhammad yang kita sayang ?
sudahkan hari ini kita mendoakan keselamatan dan ketabahan saudara-saudara kita yang deritanya tidak pernah padam itu ?

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, mengejar cita, berapa kali pula kita memikirkan tentang ummah ini ? apakah agaknya nasib umat Islam ini jika insan seperti kita ini tidak mahu dan sombong untuk berubah ?

bergurau senda, berhibur, berdemonstrasi, meluah perasaan marah, caci dan maki. sudahkah kita didik diri kita agar sungguh-sungguh beristiqamah menunaikan setiap perintah Tuhan ? sunnah untuk diamalkan sebanyak yang mampu ?

Aku melihat. Aku termenung dan sedih sendiri. Saban hari, aku menjenguk..apa khabar saudara-saudara kami di Palestin ? Bagaimana pula dengannya Masjid Al-Aqsa yang mulia itu ?  Aku sedang makan, apakah kau sudah kenyang juga wahai saudaraku di syria ? 
Wahai saudara-saudara seislamku di seluruh dunia yang Tuhan muliakan, aku di sini menikmati udara yang nyaman, dapat beribadah dengan tenang, makan dengan kenyang, menuntut ilmu dan mencium tangan ibu bapa kami..
bagaimana kamu semua di sana ?
Aku telahpun menunaikan solat Zuhur..apakah kamu juga dapat solat dengan tenang ?
Bagaimanakah pakaianmu ? Makan minummu ?

Sahabat, sedarkah kita..bahawa mereka..adalah tanggungjawab kita ?
hingga nanti, apakah jawapan kita di hadapan yang Maha Saksi ?

 Embedded image permalink

kasihan ? Ah ! aku tidak mampu berbuat apa-apa. derma ? aduh, aku pun banyak keperluan yang aku belum penuhi..
kau boleh saja berdiam diri jika kau mahu. kerana kau tahu, kau bukan lagi hidup zaman yang hanya dikelilingi batu, haiwan, dan tumbuhan. tetapi manusia yang kebanyakan hatinya ibarat batu. keras sekali !
tapi bisa lembut kerana pada hak dan iradatNya, tiada satupun yang mustahil !

Ya Tuhan,

umat ini sedang sakit. maka kepada Engkau juga akhirnya kami tunduk,mengharap dan merayu-rayu saban hari., tiap solat, tiap sujud. Allahuakbar. *nangis*
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#10 (Last !)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 10 )


Malam itu Fathi tertidur semasa membaca al quran di atas meja kerjanya . Dia terkejut jaga pada pukul 4 pagi . ' Allah , apa yang aku mimpi tadi adakah benar ? ' soalnya didalam hati . Dia mimpi dia duduk di satu yang wangi dan cantik sangat . Di situ dia melihat Fatma berpakaian serba putih sambil tersenyum kearahnya .

' Abang , Fatma tidak sedih atau kecewa jika abang mencari pengganti Fatma . Abang berhak untuk semua itu . Kita hanya merancang Allah yang aturkan . ' kata Fatma didalam mimpinya . 

Disaat dia ingin mendekati Fatma untuk memegangnya . Fatma hilang dan saat itu dia terkejut bangun . Dia cepat bangun dan mengambil wudhuk untuk solat tahajud sebelom menunggu waktu subuh tiba . Hari ini Fathi mengambil cuti . Dia ingin memberitahu sesuatu kepada keluarganya . 

' Assalamualaikum ' kata Fathi sambil melangkah masok sambil mendukung kedua anaknya . 
' Waalaikummussalam Fathi ' balas Haji Ismail dan Hajah Zainab serentak . 
' Ibu , ayah sihat ? ' soal Fathi sambil menyalami kedua ibu bapanya . 
' Alhamdulillah kami sihat , kenapa tiba-tiba datang ni ? Macam ada something ja ' balas ibunya . 

' Ibu Fathi dah buat keputusan . Fathi nak ibu pinangkan Jannah untuk Fathi secepat mungkin ' kata Fathi sambil tersenyum . 
' Mashaallah , bagus la kalau kamu dah cakap macam itu ' Haji Ismail membalas . 

Kring !!!! Telefon rumah Jannah berdering . Puan Maimunah menjawab panggilan tersebut . Rupanya panggilan itu dari ibu Fathi . Ibu Jannah tersenyum dan mendapatkan Jannah yang sedang memasak didapur . 

' Ibu kenapa senyum lebar sangat ni , ada orang nak masuk minang ibu ka ? ' ujar Jannah . 
' Ya ada orang nak masuk minang ' balas ibu selamba . 
' Betul ni ibu ? Alhamdulillah dapat ayah baru la Jannah ' balas Jannah lagi . 
' Bukan ibu , tapi Jannah ' ibu meninggalkan Jannah didapur dengan jawapannya yang membuat Jannah tidak keruan . 

Selepas pinangan dari pihak Fathi diterima . Maka majlis kahwin yang sederhana bakal diadakan dalam masa sebulan lagi . Saat bahagia itu bakal tiba . Saat dua insan akan bersatu menjadi suami isteri yang sah . Hidup juga bakal berubah . Mempunyai tugas baru . Malam itu lama Fathi lama berteleku di atas sejadah . Dia mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan Allah meredhai apa sahaja yang dia lakukan .


Kini genap setahun usia perkhawinan mereka . Anaknya Ammar Farish dan Ammar Farhan juga sudah besar . Petah berkata .

' Assalamualaikum ibu , abang adik datang ni . Kami datang nak tengok ibu ' kata Ammar Farish di ikuti Ammar Farhan . 
' Mari sini sayang kita duduk atas tikar ni . Baca yassin sama sama ' panggil Fathi untuk menyuruh anaknya duduk . 
Selepas selesai membaca dan membersihkan kawasan perkuburan arwah Fatma mereka berempat bangun untuk bergerak pulang .

' Ummi, kami balik dulu ya ummi nanti abang , adik , ayah dan ummi datang tengok ummi lagi . Semoga ummi tenang disana . ' kata Ammar Farhan . 
Kata kata anak kecil itu membuatkan hati Fathi dan Jannah tersentuh .

' Ummi , abang nak ummi dukung ' ucap anak kecil itu pada Jannah . 
' Mana boleh sayang , kan dalam perut ibu ada baby tu ' kata Fathi . 
' Takpa abang , Jannah boleh lagi ni dukung . Masih larat ' balas Jannah sambil tersenyum .

 Jannah sedang mengandung anak mereka hasil dari perkhawinan mereka yang di dirikan pada tahun lepas . Walaupun Fathi sudah berkhawin dengan Jannah setiap hari dia akan tetap mencari masa untuk menziarahi kubur Fatma . Dia tidak pernah lupakan Fatma . Jannah juga faham tidak pernah terbit rasa cemburu dalam hatinya kepada Fatma . Fatma sahabat yang paling dia sayang . 

Kasih sayang dia pada anak-anak Fatma dan Fathi juga melimpah ruah . Dia menggangap Amar Farish dan Amar Farhan seperti darah dagingnya sendiri . Kadang dia pernah terlihat saat Fathi membaca doa dan menyebut nama Fatma ada cecair putih yang keluar dari mata suaminya itu . 

' Sayang jom la balik , termenung apa lagi ' tanya Fathi pada Jannah kerana dia melihat Jannah merenung lama kubur arwah Fatma . 
' Hah , apa abang kata ? ' terkejut Fatma dari lamunannya . 
' Sayang ni ' balas Fathi sambil mengeleng kepala . Kereta Honda City warna kelabu itu menyusur keluar dari kawasan perkuburan itu . 

Bahagia tidak selamanya dan kesedihan tidak kekal abadi . Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri . Jangan menyoal kenapa dan mengapa semua ini terjadi . Allah tahu apa yang terbaik buat kita . Dan orang yang hadir dalam hidup kita tidak akan selalu bersama . Ada yang pergi tinggalkan kita kerana mereka hanya pinjaman sementara buat kita . Anggap semua itu kenangan yang mematangkan diri .

Apabila dirimu dilanda ujian, hidup dengan tekanan, kesusahan, dan kesedihan.Tabahkan hatimu, Ingatlah janji Allah bahawa "Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan" [Al-Insyirah:6]

Dia Kekasih Allah.
-The End !-
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#9

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Dia kekasih Allah ( PART 9 ) 

gambar hiasan.
Kini seminggu sudah Fatma meninggalkan Fathi dan cahaya mata mereka Ammar Farish dan Ammar Farhan . Hari ini Fathi mengemas rumahnya kerana nanti selepas dia mula masuk bekerja dia tidak lagi sempat melakukan semua ini . Nasib juga hari ini Farish dan Farhan tidak meragam mereka hanya tidur jadi dapatlah dia mengemas apa yang patut . Dia menyusun semua buku-buku kepunyaan arwah Fatma dan tiba-tiba terjatuh sekeping sampul surat putih atas sampul itu tertera

' Untuk Imamku ' . Fathi membuka sampul surat itu dan surat itu tulisan tangan Fatma , Fathi mula membaca 

" Cintaku adalah lautan yang airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda . Cintaku adalah waktu yang akan berdetik sepanjang zaman . Cintaku adalah udara yang akan kau sedut sekalipun di bawah sedar . Cintaku adalah mentari dikala siang dan bulan dikala malam , yang akan setia memerhatimu . Cintaku adalah cinta yang tidak akan dibiaskan oleh mana mana kekuatan kecuali Tuhan . Cintaku adalah kesetiaan yang abadi . Akan ku menantimu di pintu syurga "
ikhlas dari isterimu . 

' Ya Allah , aku sangat merindukan isteriku ' ujar Fathi dalam tangisan kerinduan . Malam sudah tiba Fathi harus tidur awal kerana esok dia akan mula bekerja . Anak-anaknya pula dihantar ditempat mengasuh kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya walaupun ibunya sendiri menawarkan diri untuk menjaga . Keesokkan paginya Fathi menghantar Ammar Farish dan Ammar Farhan di tempat mengasuh ' Nur Cahaya ' . Dia terserempak dengan Jannah . 

' Jannah , buat apa disini ? ' soal Fathi . 
' Saya tolong hantar anak jiran saya kebetulan tempat kerja saya hanya berdekatan sini sahaja ' jawab Jannah . ' Oh begitu ' balas Fathi dan berlalu pergi .




Telah setahun Fatma meninggalkan Fathi serta anak kembar mereka . Hidup Fathi juga tidak seperti dulu . Terkejar sana terkejar sini . Dengan kerja di pejabat yang menimbun dan juga dengan tugas sebagai seorang ayah dan ibu pada anaknya . Hantar mengasuh , kadang pada waktu malam dia perlu bersengkang mata melayan ragam anaknya yang mahukan ayat suci al quran dibaca oleh Fathi sehingga mereka tertidur .Hari ini hari minggu jadi dia menghabiskan masa dirumah ayah ibunya sahaja .

' Fathi , ibu tengok sekarang Fathi dah tak macam dulu ' ujar Hajah Zainab . 
' Kenapa ibu cakap macam tu ? soal Fathi . 
' Yala , hidup tak terurus , kadang lewat ambil anak kamu ditempat mengasuh sampaikan selalu sahaja Jannah mengambil anak kamu dan hantar di rumah ibu . ' balas ibunya . 
' Hmm , tak tahu la ibu nak buat macam mana lagi . ' kata Fathi .

' Kamu tak mahu carikan ibu untuk anak kamu tu ka ? ' soalan yang tidak diduga disoal oleh ibunya . 
' Fathi masih tak dapat lupakan Fatma ibu lagipun mahu ka wanita lain kahwin dengan Fathi yang dah ada anak ni ' Fathi membalas dengan riak mendung diwajahnya . 
' Insyaallah pasti ada ' kata kata ibu ibarat memberikan keyakinan pada Fathi untuk berkhawin lagi .

Fathi membiarkan sahaja perbualan ibunya tadi ibarat angin yang lalu sahaja . Pada hari hari yang berikutnya Fathi masih sibuk dengan tugasnya . Pulang kerja lambat kadang anaknya Jannah tolong ambilkan lagipun tempat kerja Jannah tidak sejauh mana . Fathi dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di rumah ibunya . 

' Tengok Fathi asyik lewat balik kerja , anak macam dah diabaikan . Nasib ada si Jannah tu tolong ambilkan . Kenapa dengan kamu ni Fathi ' bebel ibunya . 
' Ibu , Fathi macam ni sebab Fathi nak sibukkan diri dari ingat Fatma . Tambahan wajah Farish dan Farhan hampir mengikut mirip Fatma . Fathi rindukan kasih sayang serorang isteri . 
' Fathi , senang macam ni lah apa kata ibu minangkan Jannah untuk kamu ' kata ibu . Terkejut Fathi dengan kata kata ibunya itu . 

' Fathi tak tahu nak cakap apa lagi . Bagi Fathi masa untuk mintak petunjuk dari Allah ' balas Fathi sambil matanya merenung jauh . Setiap hari Fathi mohon petunjuk dari Allah . Dia masih sayangkan Fatma dia rasa bersalah bila ibunya mahu dia berkhawin lagi . ' Mesti Fatma sedih kan bila dia tahu aku nak khawin lain ' monolog Fathi didalam hati . Dengan kekesalan yang menebal dihati kerana dia cuba mengantikan tempat Fatma untuk wanita lain cepat cepat Fathi istifar .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#8

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 8 )



Selepas pertemuan kembali antara Jannah dan Fatma . Jannah sering melawat dan menemani Fatma dirumah semasa ketiadaan Fathi .

' Sementara Jannah tak dak buat apa-apa kat rumah dan tengah tunggu dapat kerja . Jannah nak habiskan masa dengan Fatma . Takut nanti bila dh kerja tak sempat nak jumpa Fatma ' ulas Jannah pada Fatma .
' Syukran ya sahabatku dunia wa akhirah . Sayang Jannah lillahi taala ' balas Fatma sambil mendepankan tangan untuk memelok Jannah . 

Jannah dan Fatma akan makan serta masak bersama . Kadang Fatma tidak dibenarkan buat kerja rumag oleh Jannah . Jannah yang buatkan semua walaupun itu rumah Fatma . Dia berasa kasihan melihat keadaan diri Fatma yang sarat megandung itu . Tak lama lagi Fatma bakal melahirkan dua orang khalifah dimuka bumi ini untuk meneruskan perjuangan dan sunnah Nabi Muhammad saw .
Pada hari bertikutnya Jannah memberitahu Fatma dia tidak dapat menemani Fatma ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungannya jadi Fatma terpaksa pergi bersendirian . 

' Fatma Az Zahra Binti Adam ' panggil seorang jururawat berkaca mata itu . Fatma bangun dengan berhati-hati dan masuk kedalam bilik rawatan . Selesai diperiksa oleh Doktor Maisarah , Fatma duduk dikerusi yang disediakan berhadapan doktor muda itu . 
' Puan Fatma hasil daripada pemeriksaan saya Puan Fatma harus segera melahirkan anak kerana makanan tidak sampai pada anak disebabkan Puan Fatma juga mengalami tekanan darah rendah . ' kata Doktor Maisarah . 

Pada petang itu Fatma dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad bersalin . Fathi bermundar mandir dihadapan wad bersalin . Ibu dan ayah Fathi serta adiknya Wardah tiba dihospital . ' Fathi , macam mana dengan Fatma ? soal Hajah Zainab . 
' Tak tahu la ibu dah hampir 2 jam Fathi diluar ni . Doktor pun masih belum bagi tahu apa-apa pada Fathi ' balas Fathi dan terpamer riak cemas dan risau diwajah Fathi . 

Mereka berempat tunggu dengan debaran . Tiba tiba doktor keluar dari wad bersalin dan memanggil Fathi untuk berbicara didalam biliknya . Macam ada sesuatu yang tak kena dari raut wajah doktor itu. ' Encik Fathi , isteri Encik perlu jalani pembedahan . Dia tidak boleh bersalin normal jadi saya minta Encik tandatangan surat persetujuan melakukan pembedahan keatas isteri Encik ' kata doktor itu . Tanpa berlengah Fathi mendatangani surat itu .

gambar hiasan.
Doktor keluar dan tertunduk .
' Maafkan kami , kami tak dapat menyelamatkan isteri encik tetapi anak kembar encik selamat dilahirkan ' ujar doktor dengan nada sedih . 

Fathi terkaku seketika dia merasakan yang semua ini bagaikan mimpi . Masih terkenang lagi saat dia bersama Fatma semalam . Fatma ceria seperti selalu tidak ada tanda yang dia akan pergi meninggalkan semua orang didunia ini . Melihatkan keadaan Fathi begitu ibu ayah serta adiknya cuba menenangkan Fathi . Fathi cuba mencari kekuatan . 

Perlahan-lahan dia gagahkan diri bagun masuk ke wad bersalin dia melihat sekujur tubuh yang amat dicintainya dan sepasang kembar yang menangis teresak-esak seperti memahami bahawa umminya telah pergi mengadap illahi . Dia mengazankan anaknya lalu meletaknya . Fathi membuka selimut yang menutupi wajah isterinya . Bercahaya dan bersinar . 

' Fatma , abang cintakan sayang kerana Allah tetapi Allah lebih sayangkan Fatma . Abang redha dengan takdir Allah . Abang halalkan semuanya namun kenangan kita akan tetap bersemi didalam ingatan abang . ' ucap Fathi bersama tangisan air mata yang tidak mampu dibendung lagi . 

Awan berarak mendung seperti hujan akan turun juga seperti hati Fathi yang sedih akan pemergian insan yang bermakna buatnya . Jannah mendukung anak Fatma iaitu Ammar Farish manakala Fathi mendukung Ammar Farhan . Jannah merasa dia telah kehilangan seorang sahabat yang cantik akhlaknya dan sungguh indah perwatakannya . Setelah selesai semuanya mereka menggulung tikar dan bergerak meninggalkan perkuburan itu . 

' Semoga tenang disana ya sayang ' ucap Fathi sebelum melangkah pergi . 

Tanpa Fatma disisi walaupun baru beberapa jam dia tetap merasa rindu . Rindukan suara merdu isterinya yang mengalunkan ayat suci al quran , berzikir dan segala perbuatan Fatma membuatkan dia terbayang-bayang walau bagaimana pun Fathi redha akan ketentuan illahi
.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Ogos 2015

Dia Kekasih Allah part#7

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 7 )



Selepas kemalangan yang menimpa mereka berdua . Mereka menjalani hidup seperti biasa dan kini genap setahun usia perkhawinan mereka . Sekali lagi Fatma mengandung tetapi kali ini Fatma disahkan mengandung anak kembar . Lantas Fathi dan Fatma melakukan sujud syukur kepada Allah . Sebelum tidur Fatma akan memohon maaf pada Fathi .

' Abang maafkan Fatma ya . Dan kalau suatu hari nanti andai Fatma meninggal masa melahirkan anak kita Fatma harap abang maafkan segala salah silap Fatma , halalkan makan minum Fatma dan jaga ank kita ni baik baik ya abang ' ujar Fatma kepada Fathi .

' Sayang ni apa cakap macam tu . Dah dah Fatma dah merepek apa ni malam macam ni . Jom tidur . ' balas Fathi untuk menutup kerisauan dihatinya . Kandungan Fatma kini berusia 5 bulan .
' Abang nanti jangan lupa belikan Fatma buku nama nama ya . Fatma nak pilih nama untuk anak kita'. pesan Fatma pada Fathi sebelum Fathi pergi kerja .
' Ok sayang dan jangan lupa pesan abang . Jangan buat kerja rumah berat berat ya . Jaga anak abang ni ' balas Fathi sambil mengusap perut Fatma yang semakin membesar .

Maklumlah anak kembar kan walaupun baru 5 bulan tapi nampak macam 7 bulan . Ketika Fatma berseorang dirumah Fatma menghabiskan masanya membaca al quran . Dia berazam untuk khatam al quran berulang kali semasa mengandung . Solat sunat juga dia tidak pernah ketinggalan . Tepat jam 6 petang Fathi pulang . Fatma menyambut dengan senyuman yang manis buat suaminya . Rutin hariannya dia akan menunggu dihadapan pintu untuk menyalami suaminya .
Fathi merasakan dirinya bertuah sangat kerana memiliki Fatma yang cukup lengkap dari setiap sudut.

' Hah sayang , ini buku yang sayang minta abang belikan tu ' kata Fathi sambil menghulur plastik yang berisi buku setebal 300 ratus muka surat itu .
' Terima kasih abang , malam nanti kita cari sama sama ya abang . Sekarang abang pergi bersihkan diri dan nanti kita solat maghrib isyak di masjid sama sama ya abang ' ujar Fatma .

Fathi mengangguk dan mengusap rambut Fatma dan berlalu naik ketingkat atas untuk membersihkan diri . Selepas pulang dari masjid Fatma memanaskan lauk yang dimasaknya . Selesai menjamu selera Fatma dan Fathi duduk di buayian ditempat letak kereta . Fatma melentokkan kepalanya diatas bahu Fathi sambil memegang buku nama . Mereka melihat satu persatu nama .


Azan zohor berkumandang . Fatma lekas bangun dari katil dan masuk kedalam tandas untuk mengambil wudhuk . Macam mana hari ini dia terlena . Sepatutnya 30 minit sebelum solat dia dah ready dia atas sejadah sambil membaca al quran tetapi hari ini lain pula jadinya . Fatma masuk kedalam tandas dan dia tiba tiba hilang pertimbangan lalu jatuh kelantai darah banyak yang mengalir. Fatma tidak terdaya lalu pengsan .

Hari itu Fathi rasa tidak sedap hati . Dia rasa macam ada sesuatu yang berlaku pada Fatma jadi dia pulang lebih awal dari biasa . Fathi memberi salam namun senyap sunyi . Berulang kali dia memanggil nama Fatma namun tiada sahutan . Fathi naik kebilik dan alangkah terkejutnya Fatma jatuh dalam bilik air disekelilingnya penuh dengan darah yang banyak . Ayah ibu Fathi dan bersama sahabat Fatma iaitu Jannah serta abangnya Qayyum . 

Jannah baru pulang dari Australia selepas melanjutkan pelajarannya disana . Dia singgah dirumah lama yang Fatma tinggal bersama arwah walid dan umminya tetapi jirannya bagi tahu yang Fatma dah kahwin . Jirannya tidak tahu alamat rumahnya hanya tahu alamat rumah bapa mertua Fatma . Bila sampai sahaja Haji Ismail dan Hajah Zainab bagi tahu Fatma masuk hospital dia pun bergegas mengikuti mereka ke hospital melihat Fatma . Doktor menerangkan pada semua yang Fatma kehilangan banyak darah jadi dia perlukan penderma darah jenis A . 

' Doktor saya darah A , saya boleh dermakan darah saya pada Fatma ' ujar Qayyum . Niatnya kali ini ikhlas ingin menebus silapnya selama ini . Selesai ujian doktor terhadap Qayyum memang betul darah Qayyum sesuai dengan Fatma . Setelah beberapa jam selepas Qayyum menjalankan pendermaan darahnya kepada Fatma . Fatma sedar . 

' Abang , Fatma kat mana ni ? soal Fatma pada Fathi . 
' Sayang kat hospital . Sayang Jannah datang ' balas Fathi . 
' Jannah lama tak jumpa . Rindunya ' kata Fatma walaupun masih dalam keadaan lemah . 
' Jannah pun rindu dekat Fatma . Maafkan Jannah sebab pergi luar negara tak bagi tahu . Bukan apa... belum sempat Jannah menghabiskan ayatnya Fatma mencelah . 
' Takpa Fatma dah lama lupakan semua itu dan tak berdendam pun dengan keluarga Jannah malah Fatma dah maafkan ' .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#6

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 6 )



Genap dua bulan pemergian arwah umminya . Dan hari ini merupakan hari pernikahannnya . Dia tidak pernah berjumpa dengan abang Wardah . Bukan Haji Ismail dan Hajah Zainab tidak bagi namun dia sendiri yang tidak mahu . Dia rasakan apa pun takdir hidup dia selepas ni dia redha dan terima dengan hati yang lapang . Fatma mengenakan jubah putih longgar bersama niqab putih yang dibuat oleh Mak cik Ramlah . 

Pengantin lelaki telah tiba dan dia tidak mahu untuk turun kebawah kerana dia sangat malu untuk duduk dengan bercampur lelaki perempuan . Sayup-sayup dari bawah kendengaran pengantin lelaki melafazkan akad . Sejurus selesai akad dilafazkan . Pengantin lelaki masuk untuk menyarungkan cincin . Fatma tunduk . Sungguh saat ini dia merasa teramat malu kerana sebelum ni dia tidak pernah disentuh oleh lelaki lain kecuali arwah walidnya . 

' Assalamualaikum Fatma Az Zahra ? ' ucap seorang lelaki yang kini bergelar suaminya . Fatma membalas salam itu didalam hati . Terketar ketar Fatma menghulurkan tanganya buat suaminya . Semua tetamu keluar dari bilik pengantin dan membiarkan Fatma dan suaminya . Fatma medonggak dan melihat suaminya . Sekali lagi dia terkejut . 

' Wildan ? ' kata Fatma sepatah . 
' Ya Fatma , ana Wildan Fathi kembar kepada Wildan Faqhi ' . kata Wildan Fathi sambil tersenyum . Malam itu mereka sekeluarga berkumpul walaupun Fatma masih rasa terkejut namun sekarang dia sudah faham apabila Haji Ismail bapa mertuanya dan Hajah Zainab ibu mertuanya menjelaskan perkara sebenar . Wildan disisi Fatma hanya mampu mengukir senyuman . Dalam hati Wildan bermonolog.

' Patutlah Arwah abang aku Wildan Faqhi jatuh cinta pada si pemilik nama Fatma Az Zahra dan benar kata arwah abangnya Fatma berbeza dari perempuan lain . Selama beberapa bulan aku mengetahui cara hidup dan melihat sendiri perwatakan Fatma walaupun dari jauh dia tetap kagum akan keindahan Fatma yang seperti bidadari itu ' .

Pagi itu Fatma dan Fathi bertolak kerumah ayah ibu Fathi . Tiba dirumah mereka duduk dimeja makan kerana ibu Fathi telah sediakan makan tengah hari . Usai makan mereka kemudian merehatkan diri diruang tamu . 

' Fathi , Fatma ini hadiah dari ayah dan ibu buat kamu berdua ' kata Haji Ismail . Fathi mengambil sampul itu dan melihat pakej menunaikan umrah pada bulan hadapan . Fatma dan Fathi bersyukur dan berterima kasih atas hadiah yang bermakna itu .


Fathi dan Fatma selesai menunaikan umrah dan telah pulang ke Malaysia . Kini perasaan Fatma pada Fathi semakin hari semakin memuncak sayang dan cintanya pada si suaminya begitu juga perasaan Fathi pada Fatma . Bahtera rumah tangga mereka bahagia sekali .

' Abang ? Fatma ada something nak bagi tahu abang ni ' ujar Fatma pada Fathi yang sedang membaca buku tentang kisah perjuangan sahabat nabi . Fathi menutup buku yang dibaca dan fokusnya sekarang pada Fatma . 
' Tak lama lagi abang bakal jadi ayah ' kata Fatma dalam nada gembira . Terdiam Fathi seketika mendengar berita gembira itu . Dia mengenggam tangan Fatma sambil mengucapkan terima kasih pada Fatma kerana mengandungkan zuriatnya . 

Kandungan Fatma kini 4 bulan . Malam itu Fathi ingin bawa Fatma pergi makan disebuah restoran sebagai meraikan hari lahir Fatma . Dalam perjalanan tiba tiba hujan turun dengan lebat dan mengakibatkan mata Fathi sukar melihat jalan . Fatma berzikir pada Allah dengan perasaan takut dengan keadaan mereka sekarang . Fathi hilang kawalan . Kereta yang dipandu terjatuh kedalam longkang besar . Fathi tersedar dan dia merasakan dia sekarang di hospital . Dia teringat akan Fatma.
' Doktor mana isteri saya ? Macam mana keadaan isteri saya ? Anak saya ? ' . bertubi tubi soalan dilontarkan Fathi pada doktor . 
' Encik Fathi bersabar ya . Mengucap . Isteri Encik Fathi dalam keaadan tidak sedarkan diri akibat pembedahan yang baru dijalankan kerana anak dalam kandungan meninggal akibat hentakan yang sangat kuat ' . ujar doktor itu . 

Fathi meramas rambutnya dan meraup wajahnya berulang kali . Fathi dibenarkan melihat isterinya . Dia melihat wajah lesu isterinya yang pucat dan perut Fatma yang sudah seperti dulu . 

' Sayang , maafkan abang sebab abang anak kita mati ' kata Fathi dalam tangisnya . 

Ayah dan ibu Fathi serta Wardah datang melawat Fatma di hospital . Mereka menasihati Fathi supaya bersabar dan kuat menghadapi ujian ini dia tidak boleh lemah nanti Fatma juga akan lemah . Fatma perlukan secebis kekuatan darinya . Fatma masih tak sedarkan diri . Fathi setia disisi bersama al quran ditangan . Fathi membaca al quran dan dia kepenatan lalu tertidur . Fathi terkejut jaga apabila dia terdengar Fatma memanggilnya . 

' Abang , apa dah jadi pada Fatma ? soal Fatma pada Fathi . Fathi menarik nafas perlahan lahan dia cuba mencari kekuatan untuk menyatakan kebenaran dan hal yang terjadi pada Fatma . Sesudah Fathi bercerita dia melihat Fatma . Setitis air mata pun dia tidak mengalir malah masih mampu tersenyum dan berkata . 

' Fatma redha abang . Mungkin anak itu hanya pinjaman Allah buat kita . Insyaallah ada rezeki Allah kurniakan kita anak lagi . Abang jangan sedih ya . Fatma sayangkan abang sangat ' . 

Dalam hati Fathi ' Ya Allah sungguh kuat hatimu Fatma . Betapa isteriku ini redha akan ketentuan Allah sedangkan aku seperti menyalahkan takdir . Ya Allah ampunkan hambamu ini .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#5

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 5 )

Hari itu dia diajak oleh ayah ibu arwah Wildan dan wardah untuk menjemput abangnya di aiport . Abang Wardah baru habis belajar di Kaherah , Mesir . Kini dia telah tamat belajar dan pulang ke tanah . Mula mula Fatma agak keberatan untuk ikut mereka ke airpot KLIA ( Kuala Lumpur International Airpot ) dia merasa tidak sedap hati namun cepat cepat diusir perasaan itu . Tepat jam pukul 8 pagi mereka bergerak ke aiport .

Setibanya di aiport, Fatma duduk dibangku yang disediakan bersama Wardah dan ibu Wardah . Dia mengambil al quran dari dalam beg dan mula membaca . Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi . Umminya menelefon memberitahu walidnya jatuh bilik air . Dia meminta izin untuk pulang menaiki teksi . Dan dalam keadaan kelam kabut itu dia terlanggar troli beg seorang lelaki mengakibatkan kakinya sakit . Dia tidak kisah walaupun dia dengar lelaki itu memanggilnya . 

' Ukhti , maafkan ana ' ujar lelaki itu . Sekilas pun dia tidak memandang wajah itu dan terus berlalu pergi . Setibanya dia di hospital ummi menangis memberitahu bahawa walidnya sudah tiada . Fatma merasakan bagaikan dunianya kelam dan dia cuba bertahan sedaya upaya untuk tidak menunjukkan didepan umminya yang dia lemah . Dia mesti kuat dihadapan ummi . Kata Fatma didalam hati . Selepas beberapa bulan pemergian walidnya dia tidak lagi pergi kerumah Wardah kerana umminya sakit dan tenat .

Hal ini berlaku pada umminya setelah walidnya meninggal . Ummi sering meracau-racau menyebut nama walidnya . Dan doktor memberitahu keadaan umminya tidak stabil emosinya juga terganggu . Fatma pasrah dan dia cuba kuat menerima segala ujian dari Allah . Wardah selalu juga datang kerumah Fatma untuk membantu Fatma menjaga umminya . Malam itu Fatma menjaga umminya dan dia terlelap .
Fatma terkejut jaga apabila umminya tenat dan Fatma menelefon ambulans . Keadaan ummi ketika itu sangat kritikal . Ummi dimasukkan ke wad kecemasan . Fatma tidak dibenarkan masuk . Selang beberapa jam doktor datang . 

' Cik , saya harap cik tenang sabar dan tabah ya . Kami mintak maaf kerana tidak dapat selamatkan ibu cik ' ujar doktor lingkungan 40 an itu . 

Fatma bagaikan hilang arah . Dia tidak lagi mampu menahan tangisan . Fatma merasakan tidak terdaya saat itu . Ujian yang Allah hadirkan buat dirinya begitu berat . Disaat dia masih sedih akan pemergian walid tercinta kini umminya pula dijemput illahi . Fatma masuk kedalam wad kecemasan . Dia mengusap lembut wajah umminya . 

' Ummi , ummi dah jumpa walid . Ummi tunggu Fatma ya . Fatma nak sama sama pegang tangan masuk syurga dengan walid dan ummi ' laju air matanya jatuh . Sekarang baru dia sedar . Sejauhnya pun sayang pada walid dan umminya tetapi Allah lebih sayangkan mereka . Dia harus redha menerima ketentuan Allah ini .




Selesai kenduri tahlil dirumah Fatma, semua beransur pulang . Dan dia pergi ke dapur untuk menyimpan apa yang patut . Dia akan ditemani oleh Mak ciknya iaitu adik bongsu walidnya yang belum kahwin sampai sekarang walaupun telah meningkat usia 50 an . Ketika sedang asyik termenung Fatma lamunan Fatma terhenti apabila ada orang terlangar meja makan didapur . Fatma memandang sekilas dan dia lelaki itu menoleh kearah Fatma . Jantung Fatma berdenyut laju . Wildan jeritnya dalam hati .

' Ish aku bermimpi ka apa ni ? Kenapa mukanya mirip Wildan ? Adakah itu roh Wildan ? ' berbagai soalan terbit dihati apabila lelaki itu berlalu tanpa sepatah kata dan hanya menguntum sebuah senyuman buat Fatma . Fatma duduk diatas sofa ruang tamu . 

' Amboi Fatma termenung jauh nampak ? Fikir apa tu ? ' . soal Mak cik Ramlah padanya . 
' Eh , mana ada termenung . Mak cik pergi la tidur . Mesti mak cik letih kan . ' ujar Fatma berdalih untuk menutup malu atas dirinya yang sekarang sering termenung sendiri . 

Walaupun kejadian itu sudah hampir seminggu berlalu tetapi fikiran Fatma masih tidak mampu mengusir segala soalan tentang kemunculan lelaki yang berwajah seperti Wildan tempoh hari . Pagi Sabtu itu Wardah menelefon Fatma . 

' Assalamualaikum kak Fatma , kak Fatma buat apa ? Malam nanti kak Fatma dan Mak cik Ramlah free tak ? soal Wardah dalam talian . 
' Waalaikummussalam . Kak Fatma baru habis masak dengan Mak cik Ramlah . Insyaallah free . Kenapa ya Wardah ? ' soal Wardah . 
' Malam nanti kami sekeluarga nak datang rumah kak Fatma boleh ? ' kata Wardah lagi . 
' Insyaallah ' balas Wardah ringkas kemudian mereka menamatkan perbualan apabila Wardah dipanggil oleh abangnya . 

Seperti yang diberitahu Haji Ismail , Hajah Zainab serta Wardah datang kerumah . Mereka berborak panjang . 

' Fatma sebenarnya hajat kami kemari ingin menyunting Fatma buat anak kedua kami ' kata Haji Ismail dengan nada berhati hati . Fatma tertunduk dan dia memandang Mak cik Ramlah mengharapkan ada jawapan disebalik mata wanita tua itu . 
' Apa pun keputusan Fatma saya terima ' . ujar Mak cik Ramlah . Fatma menarik nafas dalam dalam dan dia cuba mencari jawapan . 
' Macam ni lah pak cik , mak cik bagi Fatma masa 3 hari untuk fikir hal ni ' balas Fatma lembut . Haji Ismail , Hajah Zainab mengangguk . Kini cukup 3 hari dan Fatma perlu memberikan jawapan . Selama dia melakukan istikarah 3 malam berturut turut hanya wajah arwah Wildan yang muncul dia menganggap itu hanya mainan tidur kerana fikirannya yang bercelaru sekarang . Apa pun dia harus terima pinangan itu demi membalas jasa arwah Wildan padanya . Dia memberitahu tentang keputusannya pada Mak cik Ramlah dan Mak cik Ramlah tidak membantah . Kini Fatma rasa ini jalan yang terbaik buat dirinya .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Ogos 2015

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 


Ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dahulu, cincin baginda pernah dicuri oleh Jin Ifrit. Lantaran daripada itu, Jin Ifrit telah menyamar sebagai Nabi Sulaiman, sehingga baginda terpaksa menjadi nelayan kerana rakyatnya tidak percayakan baginda.

Bagaimana jin Ifrit mampu mencurinya ?

Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu mereka pun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlak yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrit kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan Nabi Sulaiman a.s mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan. Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal di perkampungan nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakala di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya ditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkan sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

sumber
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#4

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 4 )


' Sebelum Wildan meninggal dia ada mintak pak cik bagi surat ni pada Fatma ' ujar Haji Ismail pada Fatma sambil meghulurakn sebuah sampul surat berwarna coklat kepada Fatma .
' Adam , Aishah , Fatma sebenarnya Wildan yang mendermakan buah pinggangnya pada Fatma . Dia minta rahsiakan perkara ni sehingga dia meninggal . ' kata Hajah Zainab sambil mengesat air mata yang bertakung ditubir matanya .

' Wildan mengidap barah otak sejak zaman sekolah menengah lagi . Dia tidak mahu lakukan pembedahan sebab dia takut akan risikonya lagipun dia nak habiskan pengajian dipondok . Jika dia menjalani pembedahan berkemungkinan dia akan lupa daya ingatan ' ujar Haji Ismail lagi .
' Selepas dia tamat pengajiannya dipondok . Dia kembali membuat pemeriksaan tapi doktor cakap dia hanya tinggal berapa bulan lagi untuk hidup ' sambung Haji Ismail .

Malam itu mereka berborak panjang mengenai arwah Wildan . Fatma tertunduk air matanya jatuh membasahi pipi dan kain niqabnya . ' Oh Wildan , sunguh murni hatimu ' kata Fatma dalam hati sambil megenggam erat sampul surat berwarna coklat itu . Tiba dirumah dia terus menunaikan solat sunat hajat dan berteleku sebentar diatas sejada sebelum memulakan bacaan al quran .

Selesai semua dia duduk dibirai katil dan terpandang warkah dari Wildan yang diberi oleh ayahnya tadi . Perlahan-lahan Fatma membuka surat dan membaca setiap baris ayat .

" Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum kehadapan ukhti yang memiliki sepasang mata yang menawan . Ana tahu setelah ukhti menerima surat ini ana sudah dijemput illahi . Assif jiddan ya ukhti sebab ana tak pandai bermadah mahupun berkata kata . Ana gagahkan diri untuk tulis warkah ini buat ukhti . Ana tahu ukhti sudah mengetahui yang ana penderma buah pinggang itu . Ana bukan apa ana tak mahu ukhti merasakan apa yang ana rasa . Terlalu sakit menerima semua ini namun ana redha . Ana juga rasa amatlah bertuah kerana tidak semua orang tahu bila matinya . Ana pasrah setiap yang berlaku ada hikmahnya . Ukhti , jaga baik baik ya diri ukhti . Jaga iman , jaga solat , jaga mata , jaga hati dan jaga nafsu . Mungkin sampai sini sahaja yang mampu ana coretkan . Selamat tinggal ukhti "

Tersentuh hati Fatma membaca warkah itu walaupun hanya pesanan yang ringkas . Dia merasakan betapa kuatnya hati lelaki itu menahan derita sakitnya selama ini.


Fatma rasa terhutang budi dengan keluarga Wildan dia sering kerumah Wildan untuk menjaga adik Wildan yang buta iaitu Wardah . Dia kini seperti kakak kepada Wardah . Arwah Wildan dulu sangat rapat dan sangat menjaga adiknya Wardah lagipun adik dia tidak normal penglihatannya seperti manusia lain . Kini tugas ayah dan ibu Wildan untuk menjaga Wardah diganti oleh Fatma .
Fatma melakukan semua itu sebab dia terkenangkan segala jasa Wildan pada dirinya .

' Kak Fatma , kak Fatma mesti cantik kan orangnya . Dan arwah abang cakap kak bukan sahaja cantik rupa tetapi akhlak kak juga cantik ' ujar Wardah sambil meraba raba muka Fatma yang berlapikkan niqab .
' Kak biasa ja sayang . Semua ini pinjaman dari Allah ' . balas Fatma .

Setiap hari Fatma dan Wardah akan membaca al quran bersama sama . Dan Wardah sangat kagum dengan setiap alunan ayat al quran yang dibaca oleh Fatma . Sunguh merdu dan lunak . Suaranya serak basah macam orang arab asli . Puji Wardah didalam hati . Hari ini Fatma tak dapat temankan Wardah dirumah kerana Fatma demam panas .

' Fatma mari ummi bawakan Fatma ke klinik ' kata Hajah Aishah pada anak kesayangannya itu .
' Takpa ummi Fatma dah hampir sihat ni ' balas Fatma dan cuba bangun untuk duduk .

Ummi risau melihatkan keadaan Fatma . Selepas kejadian dia selamat dari penyakitnya amal ibadatnya makin bertambah . Fatma menyatakan yang dia sangat bersyukur kerana Allah masih beri dia peluang kedua . Sehinggakan kadang dia menghabiskan malamnya hanya untuk bermunajad pada Allah dan dia tidak tidur . Dia merasakan betapa indahnya bila saat dia banyak menghabiskan masa bersama kekasihnya Allah swt .

Fatma juga merasakan setiap saatnya amat berharga dan dia mahu semasa Allah masih memberikannya nafas dia tidak mahu sekali pun lalai mengingati Allah . Setiap kali berdoa Fatma selalu mengungkap
' Ya Allah , dindingkan hatiku untuk terus mencintaimu dan mencintai kekasihmu Muhammad . Dan biarkan aku terus tenggelam dalam lautan cintamu . Aku tidak mahu mensia siakan hariku tanpa mengingati dirimu walaupun sesaat . Jadikan aku hamba yang sentoasa mendahagkan curahan cinta dan sayangmu . '
Fatma duduk dibalkoni biliknya bersama senaskah buku berkisar kisah ' Tarim ' . Hari itu dia hanya sempat membaca beberapa helai kerana kesibukkan dirinya pada ketika itu menguruskan pernikahannya yang dibatalkan dan sebab penyakitnya dahulu . Ada satu kisah didalam buku itu yang begitu menarik perhatian Fatma kepada sepotong hadis bukhari iaitu Rahmat dan kurniaan Allah tidak putus-putus mencucuri bumi barakah ini. 

Maka nyatalah isyarat yang di pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW : “ Aku menghidu nafas ar-Rahman dari arah Yaman” Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman. “ (H.R. Bukhari)
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

6 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#3

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 3 )


Dia teringkatkan kisah dulu ketika ayahnya dan walid Fatma sama-sama mengajar dipondok . Fatma sering mengikuti ayahnya kepondok . Dan Wildan pula turut mengikuti ayahnya . Dari situ dia mengenali Fatma . Namun hanya mampu melihat dan tidak berkesempatan untuk bercakap dengan Fatma kerana Fatma bukanlah anak gadis yang bergaul dengan lelaki lain walaupun masih kecil . Dia sering melihat Fatma menemani walidnya sambil membaca al quran dan tidak membuang masa walaupun seminit dengan perkara lagha . Walaupun waktu itu usia Fatma baru 11 tahun namun perwatakannya sangat menyentuh hati . Ketika itu Wildan sudah ditingkatan dan belajar disekolah menengah agama . Sejak itu dia hatinya mula terpaut akan sebaris nama iaitu Fatma Az Azhra . Ingin sekali dia menyunting Fatma menjadi zaujahnya tetapi itu hanyalah angan angan . Dia sekarang sedang berperang dengan sakitnya dan sisa hidupnya tidak lama . Dia bakal dijemput Allah . Dia sedar akan hakikat sebenar . Mencintai tidak semestinya memiliki .

Wildan turun berborak dengan ibu ayahnya . Dia bersuara;
' Ayah , ibu Fatma perlukan penderma buah pinggang untuk pulih dan sihat semula . Hasil ujian makmal buah pinggang Wildan sepadan dengan Fatma . Jadi Wildan berhasrat ingin menderma buah pinggang Wildan pada Fatma ' .

' Apa pun keputusan kamu Wildan ayah ibu menyokong kami tahu Wildan dah lama sukakan Fatma . Cuma atas sebab penyakit Wildan menolak apabila kami ingin nikahkan Wildan dengan Fatma walaupun Haji Adam dan Haji Aishah tidak kisah tentang hal ini mereka terima takdir Allah dengan hati yang terbuka '. Ucap ayahnya dengan nada sebak .

Hari pernikahan telah tiba . Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari tetapi pihak pengantin lelaki masih belum sampai . Tok kadi telah lama sampai . Kring kring telefon rumah berbunyi dan umminya Hajah Aishah menjawab . ' Ya Allah ' hanya sepatah kata keluar dari mulut umminya . 

Qayyum ditangkap atas tuduhan membunuh dan mengedar dadah . Selama ini dia hanya berpura-pura baik didepan ibunya untuk mendapatkan Fatma atas kepentingan dirinya . Kerana rakannya mencabarnya untuk mendapatkan perempuan yang alim . Dia menyahut cabaran itu dan jika cabaran itu berjaya dia akan mendapatkan sejumlah wang yang banyak . Qayyum lelaki bermata duitan . Sanggup mempergunakan Fatma untuk kesenangannya memperoleh wang dengan cara yang mudah . 

Puan Maimunah datang memohon maaf bagi pihak anaknya sambil menangis tersedu-sedu majlis pernikahan itu juga dibatalkan . Tiba tiba kedengaran dalam bilik Fatma seperti ada yang tidak kena . Ummi dan walid beristifar serentak . ' Astarfirullahhalazim Fatma ' . Melihatkan Fatma yang jatuh terkulai di lantai biliknya . Tetamu yang hadir tekejut melihat keadaan Fatma . Mereka cepat cepat menelefon ambulans .


Fatma dimasukkan ke hospital . Segala rahsianya dengan Wildan telah terbongkar . Namun doktor memberitahu yang penderma sudah ada cuma mereka memerlukan persetujuan dari walid dan umminya sahaja . Selesai urusan dengan doktor . Walid dan umminya melihat keaadan Fatma . Fatma masih tak sedarkan diri . Tiba tiba tangannya seperti bergerak gerak . 

' Ya Allah abang , Fatma dah sedar panggil doktor ' .
Ucap umminya dalam keadaan sebak . Doktor Jasmin datang memeriksa keaadan Fatma . Doktor Jasmin memberitahu yang Fatma perlu dibedah secepat mungkin kalau tidak Fatma akan lumpuh akibat kegagalan sistem badannya yang semakin lemah . Fatma dicucuk ubat tidur kerana pembedahan bakal dijalankan . Wildan masuk kedalam wad kecemasan . Dan buat pertama kali dia melihat wajah Fatma .

' Ya Allah , sungguh berseri wajahmu Fatma '
Monolog Wildan dalam hati . Kini Wildan dibaringkan di katil yang berasingan dan agak berdekatan . Ini memudahkan pemindahan buah pinggang dilalukan . Wildan juga dicucuk ubat tidur . Pembedahan memakan masa yang agak lama . Fatma tersedar dan dia memanggil walid dan umminya .

' Walid , ummi macam mana dengan Fatma ? ' ujar Fatma .
' Alhamdulillah sayang semuanya berjalan lancar . Dan ada hamba Allah telah mendermakan buah pinggangnya pada Fatma namun namanya dirahsiakan kami juga tidak tahu siapa '
kata Hajah Aishah umminya .
Setelah sebulan Fatma berada di hospital, Fatma dibenarkan pulang .

' Fatma , malam ini ikut walid dan ummi pergi rumah sahabat walid yang hari tu datang rumah kita . Mereka adakan kenduri arwah anaknya yang dah sebulan lebih meninggal '
ujar ummi sambil membasuh pinggan di singki . 

' Wildan ka ummi ? balas Fatma dengan riak muka terkejut . '
Ya sayang wildan , dia meninggal selepas seminggu kamu jalani pembedahan '
ujar ummi lagi .
' Kenapa ummi tak bagi tahu Fatma . Ummi dia lah orang yang selamatkan Fatma masa Fatma jatuh hari itu ' kata Fatma lagi .
' Kami tak nak Fatma risau sebab kami tahu Fatma yang suruh Wildan rahsiakan penyakit Fatma kan'
balas ummi . 
Apabila semua orang sudah pulang yang tinggal hanya keluarga Fatma sahaja .

' Adam aku nak kau datang rumah aku malam esok , ada benda yang nak dibincangkan '
ujar Haji Ismail .
' Insyaallah ' balas Haji Adam .
Malam itu seperti biasa Fatma akan membaca al quran sebelum tidur dan dia tertidur di atas tikar sejadah .

' Fatma , walaupun ana tak dapat memiliki anti, namun ana bahagia sebab secebis diri ana ada pada diri Fatma . Semoga Fatma jaga baik baik ya . ' kata wildan .

Fatma mengejar Wildan kerana dia masih tak faham kenapa Wildan berkata begitu . Namun bayang bayang itu hilang sekelip mata sejuruh itu Fatma terjaga dari tidur .
' Ya Allah , dia selalu muncul dalam mimpi aku ' kata Fatma dalam hati . 
Pada keesokkan harinya seperti yang diminta mereke tiga beranak sekali lagi bertandang kerumah agam Haji Ismail . 

' Sebenarnya aku suruh kamu semua datang sini sebab aku ada benda nak bagi tahu ' ujar Haji Ismail .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Ogos 2015

Dia Kekasih Allah part#2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 2 )

Semasa Fatma sedang leka menyiram pokok bunga sambil sambil itu dia berangan dan dia terdengar ada seorang lelaki menyapanya . ' Assalamualaikum , kaifa haluki enti ? ujar Qayyum diluar pagar sambil tersenyum . ' Allahuakhbar ' ucap Fatma dengan nada terkejut . Fatma cepat cepat lari masuk kedalam rumah . ' Apa la Abang Jannah ni nak . Kacau orang waktu petang macam ini ' . kata Fatma . ' Oh , kau jual mahal ya Fatma , takpa kau . Tunggu . Kau akan jadi milik aku juga ' kata Qayyum dan berlalu pergi .

Pagi subuh itu suara imam yang mengalunkan azan begitu berbeza . Tidak seperti suara Iman Hassan yang tinggal di hujung kampung itu . Dengan itu Fatma teringatkan mimpinya . ' Suara itu macam suara dalam mimpi aku ' ucap Fatma .

Walid dan umminya hari ini bercuti . Biasalah hari Ahad macam ini mereka akan berkumpul bertiga dan berborak bersama . ' Walid pagi tadi masa Walid solat di Masjid siapa ya yang azan . Lain benar suara macam lelaki muda ja ? soal Fatma pada walidnya . Walid tersenyum lantas menjawab . ' Oh itu suara anak sahabat walid ' terang walid ringkas . Dalam fikiran Fatma dia ingin menyoal tapi niatnya dibatalkan kerana dia tidak mahu walid dan umminya meyangka yang dia sekarang sudah mula ambil tahu hal ajnabi . Fatma membelek-belek surat yang diambil dari dalam peti surat diluar rumah tadi . Dengan tidak sengaja dia ternampak iklan tentang kem muslimah yang diadakan di Pendang , kedah selama seminggu dan segala aktivit yang dijalankan agak menarik . Seperti memanah , ceramah , dan pelbagai aktiviti . Fatma berminat .

Malam itu dia menyatakan hasrat kepada walid dan umminya untuk mengikuti kem itu . Alhamdulillah walid dan umminya bersetuju dan mengizinkan . Pada malam sebelum berangkat menaiki bas bersama muslimah lain . Fatma telah mengemas segala kelengkapan yang diperlukan .

Kini sudah 5 hari Fatma disana . Sepanjang dia bermusafir disana . Dia merasa tenang dan dia rasa ilmu yang dia ada selama ini tidaklah banyak . Masih banyak yang perlu dia pelajari walaupun dia telah bersekolah agama dari kecil hingga dewasa .

' Abang , saya rindukan anak kita la ' kata Hajah Aishah . ' Awak ni Aishah esok kan Fatma dah nak balik . Isbir ' . balas Haji Adam . ' Abang , macam mana kita nak sampaikan hajat Puan Maimunah ibu kepada Jannah dekat Fatma . Menggunung harapan mereka nakkan Fatma ' kata Hajah Aishah lagi . ' Abang tahu Fatma anak yang mendengar kata dan anak yang baik . Dia akan dengar cakap kita ' kata Haji Adam memberikan kelegaan pada isterinya .

Kepulangan Fatma pada pagi itu walid dan umminya masih diam . Apabila tiba waktu malam semasa mereka sedang berehat di luar rumah . Haji Adam bersuara ' Fatma , masa Fatma mengikuti kem tempoh hari ibu Jannah datang menyatakan hasrat yang ingin meminang Fatma untuk anak lelakinya Qayyum ' . Fatma terkesima . Ya Allah , apa aku harus buat . ' monolog Fatma dalam hati . ' Ummi nak Fatma buat solat istikarah . Keputusan ini sangat besar buat hidup Fatma . Dan ummi takut kalau Fatma menolak hubungan Fatma dan Jannah renggang . Lagipun Jannah dan Fatma dah lama berkawan dengan Fatma dari kecil lagi . ' Hajah Aishah mencelah . Malam itu Fatma tidak dapat tidur . Berulang kali dia melakukan istikarah . Dan selama 7 hari dia melakukan istikarah . Dia masih buntu . ' Ya Allah , jadikan lah keputusan aku ini keputusan yang engkau redhai . ' tangis Fatma terlerai . Walaupun dalam hati dia masih terkenang mimpinya terhadap pemilik suara yang membaca al quran itu . Kerana mimpi itu sering menghantuinya dan sukar untuk dia melupakan .


Fatma rasa itu keputusan yang terbaik buatnya . ' Assalamualaikum , walid ummi . Fatma dah buat keputusan ' kata Fatma walaupun nada suaranya bergetar . ' Apa keputusannya ? ' serentak walid dan umminya bertanya . ' Fatma terima pinangan itu ' . balas Fatma . ' Alhamdulillah nanti ummi telefon Puan Maimunah bagi tahu berita gembira ini ya ' kata umminya .

Selepas dia dan Qayyum menjadi tunang . Qayyum seperti berubah . Sering ke masjid . Ibunya Puan Maimunah merasa gembira akan perubahan anaknya itu .

Pada hari ini Fatma , walid dan umminya keluar bandar untuk mencari barang perkhawinan Fatma . Semasa mereke bertiga mencari barang yang hendak dibeli . Fatma merasakan hidungnya mengeluarkan cecair . Dia cuba meraba- raba hidungnya disebalik niqab yang dipakai . Rupanya hidungnya berdarah dan darah semakin banyak keluar . Fatma memberitahu ibu bapanya yang dia ingin ke tandas . Dia membersihkan darah dihidungnya . Keluar dari tandas dia merasakan ibarat dunia ini gelap akhirnya dia terjatuh . Kebetulan waktu itu Wildan Faqhi pun ingin ketandas selepas penat berjalan membeli barang dapur bersama keluarganya . Dia terlihat sekujur tubuh jatuh kelantai . Dia cepat cepat meminta bantuan perempuan yang berhampiran untuk mengangkat Fatma . Beberapa kali dikejut Fatma masih tak bergerak . Ayah , ibu dan adik perempuannya datang dan menyoal Wildan tentang wanita berniqab ini . ' Ayah ibu wildan rasa lebih baik kita bawa perempuan ini pergi hospital ' . Kata Wildan .

Wildan memandu manakala ayahnya duduk disebelah . Ibu dan adiknya pula duduk dibelakang sambil memangku Fatma . ' Wildan ini anak sahabat ayah yang tempoh hari kita makan kenduri dirumahnya ' kata ayahnya Haji Ismail . ' Ayah telefon walid dan umminya mesti diorang risau nanti bila tunggu Fatma tak muncul-muncul ' balas Wildan dengan nada cemas .

Setibanya di hospital . Ayah , ummi dan adiknya menyuruh Wildan menunggu Fatma sementara walid dan umminya dalam perjalanan ke hospital . ' Encik , doktor nak berjumpa dengan Encik ' kata jururawat tersebut . Doktor menerangkan satu persatu keadaan Fatma . Dia faham Fatma memerlukan penderma buah pinggang untuk memulihkannya .

Wildan masuk kebilik 3030 iaitu bilik Fatma ditempatkan . Dia menerangkan kepada Fatma tentang apa yang diberitahu kepadanya . Alangkah terkejutnya Fatma . ' Wildan , boleh enta rahsiakan hal ini dari pengetahuan walid dan ummi ana . Lagipun majlis pernikahan ana semakin dekat . Ana tidak mahu merunsingkan sesiapa ' ucap Fatma lemah . Lama Wildan diam dan dia setuju . Walid dan umminya datang bertanya tentang keadaan Fatma . Seperti yang diminta Wildan merahsiakan perkara sebenar dan menyatakan bahawa Fatma cuma perlukan rehat .

Apabila pulang dari hospital . Wildan menunaikan solat . Dia merasakan dia perlu menyelamatkan Fatma dari penyakitnya selebihnya dia berserah pada Allah . Dalam malam yang sunyi sepi Wildan bermunajat kepada Allah . ' Ya Allah , aku tahu hidupku bakal berakhir . Sebelum aku menghembuskan nafas terakhirku, iIzinkan aku berbakti pada hambamu yang lain dan sejujurnya aku telah jatuh cinta pada pemilik sepasang mata itu . Jika cintaku ini tidak kesampaian berikan aku kesempatan untuk menyatakan cintaku ini dalam bentuk pertolongan walaupun aku tahu dia bakal menjadi milik orang ' rayu Wildan bersama titisan jernih . Dia tahu dia sebenarnya telah lama terpikat akan Fatma . Perkara ini berlaku 10 tahun yang lalu .

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai