-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Anbiya'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anbiya'. Papar semua catatan

12 Ogos 2015

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 


Ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dahulu, cincin baginda pernah dicuri oleh Jin Ifrit. Lantaran daripada itu, Jin Ifrit telah menyamar sebagai Nabi Sulaiman, sehingga baginda terpaksa menjadi nelayan kerana rakyatnya tidak percayakan baginda.

Bagaimana jin Ifrit mampu mencurinya ?

Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu mereka pun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlak yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrit kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan Nabi Sulaiman a.s mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan. Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal di perkampungan nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakala di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya ditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkan sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

sumber
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Disember 2014

Nabi Idris A.S ; Melawat Syurga dan Neraka

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Mari mulakan dengan selawat dan salam ke atas nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Macam biasa, kebanyakan sirah-sirah yang saya nukilakan di blog kesayangan saya ni, adalah melalui pembacaan buku-buku saya. Alhamdulillah ^^v


Nama asal : Ukhnuj cucu Nabi Adam a.s. Nabi Adam a.s masih hidup apabila Nabi Idris a.s dilantik Allah SWT menjadi Rasul. Umur Nabi Adam a.s 930 tahun. Nabi Idris adalah orang yang pertama yang menulis menggunakan pena dan orang yang pertama memakai pakaian daripada kulit.
Asal : Negeri Babylon, kini Iraq. 
Kaum : Qabil. Qabil adalah anak kepada Nabi Adam yang telah membunuh adiknya Habil kerana ingin berkahwin dengan Iqlima. Kaum Qabil menyembah berhala.


Allah menurunkan 30 lembaran suhuf kepada Nabi Idris a.s sebagai panduan untuk memimpin kaum baginda. nabi Idris lebih suka berada di tempat-tempat sunyi, mengasingkan diri dari perbuatan kejahatan manusia seperti menyembah berhala. baginda membaca kitab atau suhuf yang diwarisinya daripada datuknya Nabi Syith a.s bin Adam. Oleh sebab suka membaca suhuf, nama baginda ditukar kepada 'Idris' yang bermaksud 'orang yang selalu membaca suhuf'. Nabi Idris a.s menyeru kaum Qabil supaya menyembah Allah s.w.t dan mengajak mereka merantau tetapi mereka enggan. Kaum Qabil enggan mengikut ajaran Nabi Idris a.s kerana mereka tidak yakin akan perpindahan itu. Nabi Idris a.s mengatakan berhijrah kerana Allah s.w.t akan mendapat rezeki. 

Kesolehan Nabi Idris a.s diketahui Malaikat Izrael atau Malaikat Maut. Pada suatu hari, Malaikat Izrael memohon kepada Allah s.w.t untuk melawat baginda nabi yang soleh. Malaikat Maut menyerupai dirinya seorang pemuda lalu mengunjungi Nabi Idris a.s yang ketika itu, sedang berpuasa. Malaikat Maut datang dengan membawa makanan dari syurga untuk Nabi Idris a.s. Nabi Idris a.s bersyukur kerana dapat menikmati makanan itu untuk berbuka puasa. Kemudian, Nabi Idris a.s berkata kepada pemuda itu, "Wahai saudara, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama."Pemuda menolak pelawaan itu dengan lembut. 

Selepas berbuka puasa, Nabi Idris a.s meneruskan ibadat bersama pemuda itu sehingga matahari terbit.
Nabi Idris a.s berasa hairan melihat sikap pemuda itu yang terus beribadat tanpa makan dan minum. Pemuda itu berkata, "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama ? Kita lihat keindahan persekitaran." Nabi Idris a.s manjawab. "Baiklah. itu satu cadangan yang baik". Mereka pun pergi melihat keindahan persekitaran. "Allah Maha Besar, Allah Maha Pencipta" Kata Nabi Idris a.s. Pemuda dan Nabi Idris sampai ke sebuah kebun anggur. Pemuda berkata kepada Nabi Idris, "Wahai Idris a.s, adakah tuan mengizinkan aku untuk mengambil buah anggur untuk aku makan ?" Nabi Idris a.s menjawab, "Subhanallah, mengapa malam tadi kamu tidak mahu makan makanan yang halal, sekarang kamu mahu makan makanan yang haram ?" Pemuda berasa kagum dengan sikap Nabi Idris a.s ang soleh. 

Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan, Mereka menemui padang rumput yang penuh dengan kambing. "Bolehkah kita sembelih kambing ini ?"tanya pemuda itu. Nabi Idris a.s menjawab; "Ini kambing kepunyaan orang, aku tidak mahu berdosa". Baginda sentiasa menjaga akan dan minum kerana tubuh badan yang membesar daripada makanan haram akan dibakar api neraka. Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan mereka yang telah menjangkau 4 hari. Selama bersahabat dengan pemuda itu, Nabi Idris a.s melihat beberapa keanehan temannya itu yang berbeza daripada sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris bertanya; "Siapakah kamu sebenarnya ?" Pemuda yang kacak itu menjawab," Aku Malaikat Maut, aku mencabut nyawa manusia." Nabi Idris a.s terkejut. Kemudian baginda bertanya lagi, "Apakah kamu akan mencabuy nyawa setiap orang ?"

Malaikat Maut menjawab,"Ya, bagaimanapun, aku tidak mencabut nyawa orang sesuka hati. Aku hanya menurut perintah Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi, "Selama empat hari kamu bersamaku, apakah kamu juga mencabut nyawa orang?" Malaikat maut menjawab."Ya, aku mecabut beberapa nyawa. Sesungguhnya jiwa makhluk itu bagiku sama seperti hidangan di depanku atau seperti kamu menghadap sesuap makanan. Itu sudah menjadi tugasku yang diberi oleh Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi," Wahai Malaikat Maut, apakah tuan datang ke sini sekadar berkunjung atau hendak mencabut nyawa aku?" Malaikat Maut menjawab," Aku datang hanya untuk berkunjung dangan izin Allah s.w.t kerana kasih kepada kamu. Allah memerintahkan untuk aku melihat kehidupan kamu yang soleh. Jika aku dapat perintah dariapada Allah, barulah aku mencabut nyawamu. janganlah bimbang. Semunaya bergantung kepada perintah yAllah s.w.t yang maha mengetahui."


INGIN MERASAI MATI

Tiba-tiba Nabi Idris a.s berasa ingin merasai kematian. Tidak pernah ada manusia yang menceritakan
tenatng kematian. Nabi Idris a.s berfikir panjang tentang kematian. Nabi Idris a.s berkata kepada Malaikat maut, "Wahai Malaikat Maut, aku ada satu permintaan daripadamu. Kamu mencabut nyawaku. Aku ingin marasa kematian. Dengan itu aku dapat beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimanapun, Allah s.w.t hendaklah menhidupkan aku kembali." Malaikat Maut berkata," Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali dengan izin Allah swt. "."Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Allah memperkenan permintaan Malaikat Maut kerana Nabi Idris a.s orang yang soleh. Kemudian, Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut suapaya mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menurut perintah Allah. Pada masa itu juga, Nabi Idris a.s wafat.

Malaikat Maut menangis melihat Nabi Idris a.s wafat. Malaikat Maut memohon kepada Allah swt supaya menghidupkan Nabi Idris a.s semula lalu Allah memakbulkan permintaan itu dan menghidupkan Nabi Idris a.s kembali."Aku bersyukur atas pertolongan tuan" Kata Nabi Idris a.s. Kemudian Malaikat Maut bertanya,"Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang kau hadapi?" Nabi Idris a.s manjawab, "Aku berasa sangat sakit. Rasanya seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup. Rasa sakit menghadapi mut itu lebih daripada 1000 kali ganda sakit biasa" Malaikat Maut berkata,"Aku mencabut nyawa kamu secara berhati-hati dan lembut Cara ini belum pernah aku lakukan terhdap orang lain. Bagaimana keadaannya jika aku buat dengan kasar. Pasti lebih sakit"



INGIN MELIHAT NERAKA

"Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai satu permintaan lagi kepada tuan"."Apakah permintaan itu?" tanya Malaikat Maut. "Aku mahu naik ke langit." jawab Nabi Idris a.s. "Aku mahu lihat kebesaran Allah swt. Alam semesta ciptaan Allah swt." Malaikat MAut bersetuju dengan cadangan itu. Malaikat Maut membawaNabi Idris a.s ke langit. Nabi Idris a.s berasa sangat gembira. "Aku ada permintaan lagi," kata Nabi Idris a.s untuk memuaskan rasa ingin tahu baginda. "Permintaan apa?" tanya Malaikat maut. "Aku ingin melihat neraka. Aku dapat beribadat kepada Allah swt setelah melihat betapa dahsyatnya keadaan neraka itu."jawab Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menjawab,"Wahai Idris a.s, aku tidak dapat pergi ke neraka tanpa izin daripada Allah swt.". "Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Akhirnya Allah memerintahkan malaikat Maut agar membawa Nabi Idris a.s ke neraka. Nabi Idris a.s diberitahu Malaikat Maut bahawa semua benda yang dicipta Allah untuk menyeksa mereka yang ingkar perintahNya di dunia. Semuanya terdiri daripada bahan api. 



Di dalam api neraka terdapat rantai-rantai yang panas, timah yang mendidih, dan pokok-pokok yang penuh berduri. Terdapat juga haiwan-haiwan seperti ular dan kala daripada api dan lain-lain. Malaikat Maut dan Nabi Idris a.ssampai ke neraka. Mereka ditahan oleh Malaikat Penjaga Pintu Neraka iaitu Malaikat Malik. "Jangan masuk ke neraka, panas" Kata Malaikat Malik. "Aku hendak lihat neraka sahaja, tetapi tidak mahu masuk." jawab Nabi Idris a.s. Selepas itu Nabi Idris a.s dan malaikat Maut meninggalkan neraka.
Allah swt berfirman  tentang kebesaran Nabi Idris a.s yang bermaksud,"...Sesungguhnya dia (Nabi Idris a.s) adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
-Quran: Maryam; 56-57-

MELAWAT SYURGA
Nabi Idris a.s berakata kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai hajat yang lain, iaitu agar kamu membawa aku masuk ke dalam syurga. Apabila aku dapat melihat keadaan syurga dapatlah aku meningkatkan lagi ibadah kepada Allah swt." Setelah mendapat izin daripada Allah swt, Malaikat Maut membawa Nabi Idris a.s ke dalam syurga tetapi baginda mesti keluar semula dari dalam syurga.Baginda dapat melihat syurga dengan sungai yang jernih, kebun buah-buahan, udara yang segar dan lain-lain. Sesiapa pun tidak mahu keluar lagi jika sudah masuk ke dalam syurga.
Setelah lama Nabi Idris berada di dalam syurga, Malaikat Maut memanggil baginda keluar dari syurga. Nabi Idris a.s enggan. Baginda hendak tinggal di dalam syurga untuk beribadat. "Tidak boleh Idris a.s, di sini bukan tempat orang beribadat." kata Malaikat Maut. "Tiada siapa yang dibenarkan tinggal di syurga sebelum hari kiamat. Syurga adalah tempat orang yang menurut perintah Allah swt semasa hidup di bumi."
Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut membenarkan Nabi Idris a.s tinggal di langit kedua untuk beribadat. Demikianlah betapa hebatnya mukjizat Nabi Idris a.s. Baginda dapat merasi maut dan melawat neraka dan syurga. Selain itu, Bagind dapat tinggal di langit buat selama-lamanya hingga hari kiamat.

Anekdot
Nabi Idris a.s orang yang soleh. Baginda sentiasa dihasut oleh iblis suapaya tidak beriman kepada Allah swt. Bernagai-bagai cara iblis menghasut Nabi Idris a.s seperti merendahkan kekuasaan Allah. Baginda bosan dengan kerenah iblis. Akhirnya baginda mencederakan mata iblis.

Rujukan ; Mukjizat Para Nabi, Pustaka Azhar
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Jun 2014

Peluk Islam Selepas Baca Kisah Nabi Isa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain. Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam. Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

“Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya di sini hari ini.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 April 2014

Muhammad The Last Prophet

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum.  


Pada tarikh hari lahir saya ni, saya dengan rasa suka dan bangga publish entry ni. Sama2 kita lahirkan rasa cinta dengan mendalami sirah baginda SAW. Tarikh birthday saya ni sama dengan tarikh maulid Nabi masa saya darjah 5 ^^ Hope berulang lagi. Movie ni telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Lama dah cerita ni. Kalau tak silap saya first time saya tengok film ni masa umur saya baru 9 tahun. Tapi movie ni tetap di hati saya. Sebab memang menarik dan bagus sangat ceritanya. Lepastu bile saya baca kisah para sahabat dalam novel sejarah Islam hasil nukilan Abdul Latip Talib dan Al-Ghazali, saya dapat bayangkan melalui kisah dari movie ni. ya Allah beremang dan melelah air mata. 



Dari movie ni, kita dapat lihatkisah dari awal Nabi menerima wahyu, semasa mekah dipenuhi berhala, ketika Nabi menyebarkan dakwah secara sulit dan terbuka, ketika umat Islam berhijrah ke habsyah dan ketika Nabi dan Abu Bakr berhijrah ke Madinah, Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Khandaq atau Perang Ahzab. Dan juga menampilkan tokoh-tokoh dan para sahabat semasa sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam seperti, Abu Talib, Abu Jahal, Abu Lahab, Umaiyah bin Khalaf, Amru Al-As, Hamzah bin Abdul Mutalib, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Suhail bin Amru, Khalid Al-Walid, Keluarga Yasir, dan lain-lain. Wajah Nabi, Hamzah, dan Ali tidak ditayangkan sebagai pernghormatan kepada sahabat tertinggi tersebut. ke ada yang lain lagi ek ? saya x berapa ingat. Allahua'alam. Selawatlah ke atas Nabi. Sollahu 'Alaihi Wasallam. AllhuAkbar.
Muhammad Utusan Terakhir FULL Movie

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Julai 2013

Zoo berbentuk bahtera Nabi Nuh A.S

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. 

Rodolfo Almira, Reniel Aguila, Osmar Oliva, dan Manuel Guerra ialah empat penganut kristian yang alim. Mereka percaya kisah Bahtera Nabi Noh bukan sebuah fiksyen tetapi fakta sejarah. Oleh itu mereka mahu membina sebuah zoo mini bernama Hidden Ark berbentuk bahtera di Miami Florida. Bahtera sepanjang 500 kaki ini bakal memuatkan haiwan seperti yang digambarkan di dalam Injil. Mereka memerlukan USD 1.5 Juta (RM 4.5 Juta) untuk menyiapkan bahtera ini.




   Laporan asal HiddenArk


P/s : Kalau kapal samudera kat Melaka dijadikan muzium melaka, lain pulak dengan yang ini, serupa dengan kisah asal masa kaum Nabi Nuh a.s dilanda bencana banjir besar yang juga memuatkan banyak haiwan dalam kapal gergasi tersebut. AllahuAkbar :D Orang Islam belum ada yang buat lagi nih :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Jun 2012

NABI IDRIS & PEDOMAN HIDUP





Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.


Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.

2. Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.

3. Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.

4. Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.

5. Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.

6. Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.

7. Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.

8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 November 2010

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.


Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.

Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.





.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Mei 2010

Ukhti Syamimi mimpi bertemu Rasulllah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah. Lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

.......

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.



Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.



Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..



Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.



Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.


Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.


Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."



Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.



Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...


.......

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



kisah ini dinukilkan oleh sahabat ukhti Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..sesungguhnya, saya sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)


sungguh..berderai air mata saya mengalir membaca kisah ini...

daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Nabi kita di mata tokoh dunia


1) MAHATMA GANDHI (Komentar mengenai karakter Muhammad di YOUNG INDIA)

“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahwa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih karena tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.



2) SIR GEORGE BERNARD SHAW (The Genuine Islam,’ Vol. 1, No. 8, 1936.)

“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah - beberapa ratus tahun dari sekarang, Islam-lah agama tersebut.”
Saya senantiasa menghormati agama Muhammad karena potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok pribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristus, dia harus dipanggil ’sang penyelamat kemanusiaan

“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia modern ini, dia akan berhasil mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia: Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah tika saat ini.

“Dia adalah manusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaruan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamis untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi pikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.

Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 masehi, memulai misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah merubah Jazirah Arab dari paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan anarkis menjadi kaum yang teratur, dari kemunduran ke keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal tranformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat ini bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.”



3) MICHAEL H. HART (THE 100: A RANKIN G OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY, New York, 1978)


Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang sukses baik dalam tataran sekular mahupun agama. (hal. 33). Lamar tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahwa: “Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya fasiliti yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kegeniusan seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad? Tokoh-tokoh itu membangun pasukan, hukum dan kerajaan saja. Mereka hanyalah menciptakan kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri.
Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentera, hukum, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi jutaan manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu; lebih dari itu, ia telah merubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, pikiran, kepercayaan serta jiwa… Kesabarannya dalam kemenangan dan misinya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahya ngnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannnya dan kemenangan-kemenang an (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia memiliki kekuatan untuk mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan kebijaksanaan. Seorang prajurit, ahli hukum, penakluk idea, pengembali dogma-dogma rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan( pemujaan) , pendiri 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah terdapat orang yang lebih agung dari dia?”



4) LAMAR TINE, Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277

“Dunia telah menyaksikan banyak pribadi-pribadi agung. Namun, dari orang orang tersebut adalah orang yang berjaya pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau militan. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali terselimuti kaburan waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang waktu dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan perincian ajaran mereka, serta tingkat dan ukuran kejayaan mereka sehingga sulit bagi manusia untuk merekonstruksi ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.
Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam berbagai bidang pikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap perincian dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya t elah secara tepat dan jelas didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana penyulusuran yang dilakukan para pengikut setianya tapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, penguasa massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang - semua menjadi satu.
Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut -hanya dengan keperibadian seperti dia-lah keagungan seperti ini dapat diraih.”



5) K. S. RAMAKRISHNA RAO, Professor Philosophy dalam bookletnya, “Muhammad, The Prophet of Islam”


”Kepribadian Muhammad, hhmm.....sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda bisa lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad si pengusaha, Muhammad si negarawan, Muhammad si ulung, Muhammad si pembaharu, Muhammad si pelindung anak yatim-piatu, Muhammad si pelindung hamba sahaya, Muhammad si pembela hak wanita, Muhammad si hakim, Muhamad si pemuka agama. Dalam setiap peranannya tadi, ia adalah seorang pahlawan.”
“Saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan secercah harapan abadi tentang ubat atas segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah tuntutan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak terelakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias.”



6) PROF. (SNOUCK) HURGRONJE

Liga bangsa-bangsa yang didirikan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan internasional dan persaudaraan manusia di atas kedudukan yang universal yang menerangi bagi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam capaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa.
Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kapada Tuhan dalam aturan-aturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahwa ia adalah putra Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan, dia sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.



7) THOMAS CARLYLE in his Heroes And Heroworship

Betapa menakjubkan seorang manusia secara sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad (Badwi) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad.
“Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri. “Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.


8) EDWARD GIBBON and SIMON OCKLEY speaking on the profession of ISLAM

Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang mudah dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Sang Nabi tidak pernah berubah menjadi pengkultusan berlebihan; dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama



9) (HISTORY OF THE SARACEN EMPIRES, London, 1870, p. 54).

Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan serta untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai ‘hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya.



10) SAROJINI NAIDU, penyair terkenal India (S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169):

Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mempraktikkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan dikumandangkan dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: ‘Allah Maha Besar’..Ermm.. saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriahnya membuat manusia menjadi bersaudara.



11) DIWAN CHAND SHARMA

“Muhammad adalah sosok penuh kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya. (D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)



12) JAMES A. MICHNER, “Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.


Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masihi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang pengusaha yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, sang majikan melamarnya. Meski usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat sang istri.
“Seperti halnya para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi2 kerana menyedari kelemahannya. Tapi “Baca” adalah perintah yang diperolehnya, -dan meskipun sampai saat ini diyakini bahwa Muhammad tidak boleh membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimat yang akan segera mengubah dunia: “Tiada tuhan selain Tuhan.”
“Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan akal. Ketika putranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan umatnya bahawa hal tersebut adalah wujud rasa kasihan Tuhan kepadanya, Muhammad berkata: “Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengkaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia.
“Sesaat setelah ia meninggal, sebahagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keingingan ummatnya itu dengan salah satu pidato keagamaan terindah sepanjang masa: ‘Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahawa Ia hidup selamanya (Ayat terkait: Q.S. Al Imran, 144 - pen.)



13) W. MONTGOMERY WATT, Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p. 52.

“Kesiapannya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan kehebatannya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada figur hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad.



14) ANNIE BESANT, The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932, p.

“Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusan-Nya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya mersakan kekaguman dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut.”



15) BOSWORTH SMITH, Mohammad And Mohammadanism, London, 1874, p. 92.

“Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa lakonannya dan seorang caesar tanpa Legionnaire- nya (kisahnya): tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap; jika ada seorang manusia yang layak untuk berkata bahawa dialah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu, kerana dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala instrument atau penyokongnya.



16) JOHN WILLIAM DRAPER, M.D., L.L.D., A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330

“Empat tahun setelah kematian Justinianus, pada 569 AD, telah lahir di Mekkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia..Muhammad.



17) JOHN AUSTIN, “Muhammad the Prophet of Allah,” in T.P. ’s and Cassel’s Weekly for 24th September 1927.

Dalam kurun waktu, hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap mengguncang dunia.



18) PROFESSOR JULES MASSERMAN

“Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu hal (intelektualitas) . Gandhi dan Konfusius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga (keagamaan dan militan). Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang berjaya pada ketiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama.
nabi Muhammadlah pemimpin yg tidak ada tolok bandingannya di serata dunia hingga hari akhirat.


Allahumma solli a'ala Muhammad Al-Mustafa..


__._,_.___


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai