-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

21 Disember 2015

Ya Super Syabab !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Masa benar-benar mengubah zaman kanak-kanak kini, juga gejala sosial yang membiak-biak yang sukar sekali menujukkan penurunan positif.

Zaman tadika saya, yang saya tahu hanyalah main buayan dan main nyorok2 dan yang seangkatan dengannya. tapi kerana teknologi, media, dan persekitaran, zaman kanak-kanak itu semakin berubah. tidaaaaak ! adakah kita hanya mampu memerhati saja telatah anak-anak zaman sekarang. scroll phone. kita sendiri dapat melihat pemandangan modenisasi ini. mashaAllah. tahap hang bagi handphone 3310 pun depa scroll atas bawah kanan kiri ! ahaha. lucu juge

Pendapat saya, mereka sebenarnya masih belum wajar dilepaskan dengan begitu mudah oleh ibu bapa untuk menggunakan gadget-gadget mahal serupa S3, Note2, Xperia dsb. kenit sangat adik manis tu. biarlah mereka dilepaskan bermain dan mengenal dunia luar berbanding hanya terkunci dengan alat-alat canggih itu. kanak-kanak sifatnya menyerap, inkuirinya tinggi, pergerakannya aktif. pengaruhilah mereka dengan pemantapan jati diri dan ilmu agama. sungguh, zaman yang bakal mereka lalui dewasa mereka nanti cabarannya luar biasa. gitu.

Budak kecil memang masih mentah. Ilmunya belum banyak dan pengalamannya belum matang. Namun mereka adakalanya memliki kemampuan yang tidak ada pada kaum dewasa. meeka ada potensi yang besar. Even dalam sirah kita, siapa saja yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu, suaranya akan didengar meskipun usianya masih sangat muda.

Setelah berhijrah ke Madinah yang berjiran dengan bangsa yahudi, semestinya umat Islam memerlukan seseorang yang mahir berbahasa Yahudi. Suatu hari Rasulullah SAW bertemu Zaid bin Tsabit yang hanya berumur 11 tahun ketika itu. Beliau sangat cerdik dan berpotensi besar dalam bidang bahasa. Rasulullah bersabda;

"Wahai Zaid, pelajarilah untukku bahasa kaum Yahudi. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak berasa aman dengan Yahudi untuk menulis suratku."
[Riwayat Ahmad]

Sahabat kecil ini segera melaksanakan perintah baginda dan berjaya menguasai bahasa Yahudi hanya dalam masa setengah bulan dan berkhidmat menulis surat untuk Rasulullah apabila diperlukan. ohoi..tak sampai sebulan kottt subhanallah ! 
“Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan kepada kesabaran.” [Surah Al-‘Asr 103 : 1 – 3]
aduhai masa kanak-kanak itu !


Masa muda untuk dimanfaatkan

Kita, pemuda-pemudi perlu menyedari akan tanggungjawab yang bakal kita galas pada masa akan datang. ayuh ! selamilah ke dalam diri kita, melihat betapa besarnya harga kita demi sebuah masa hadapan. Syabab ini harus bangkit dari lena dan mula bersiaga, mempersiapkan diri. Mempunyai matlamat yang jelas, dan membina perancangan untuk sampai kepadanya.

Masa muda ini hanya sekali datang. sekali ini saja, Tiada kerugian yang lebih besar selain membazirkannya pada perkara yang sia-sia. Allahu rabbi.
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. "
[At-Taubah 9 : 41]

Suara Syabab

Syabab (pemuda) adalah aset yang tidak ternilai. Potensi diri mereka sangat bernilai untuk disia-siakan. kalau tak terarah kepada perkara positif, boleh jadi melencong pula ke arah negatif. oh tentu sekali kita tak mau ini berlaku. sudahkah ia berlaku ? lihatlah sekeliling anda. mashaAllah.
Islam sangat mengangkat dan menghargai belia. Sebagai seorang pemimpun umat, Rasulullah SAW menyedari kepentingan suara para sahabat tidak baginda sisihkan suara belia, pemuda, bahkan kanak-kanak.

Sejarah menyaksikan bahawa Rasulullah SAW pernah memilih 'Attab bin Asid menjadi amir Makkah ketika usianya baru 17 tahun. Usamah bin Zaid pernah dilantik menjadi pemimpin pasukan ke Syam pada umurnya hanya 20 tahun//ada riwayat yang mengatakan ketika itu usianya 18 tahun.

khalifah Abu Bakar memilih Zaid bin Tsabit menjadi ketua projek membukukan Al-Quran sedangkan ramai lagi ahli projek tersebut yang lebih dan jauh lebih tua seperti Usman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. 

Yang ini pula memang menarik, korang bayangkan Mesyuarat Tertinggi Negara.
bayangkan.
dah ? ok. then Saidina Umar Al-Khattab, khalifah islam ketika itu memilih Ibn Abbas yang hanya seawal 20-an menyertainya malah menerima saranan dan nasihat darinya dalam banyak perkara. eh *tengokdirisendiri* *malunya*

betapa para pemimpin islam sangat hormat dan pentingkan pemikiran mereka. subhanallah.

wahai sahabat-sahabiahku,
sedarkah kita akan tanggungjawab kita kepada ummah ini ?
seruan amar makruf nahi mungkar itu tidak harus dipandang sepi. ianya tidak patut hanya dilagukan dibir-bibir dan hanya dibaca ayat-ayatnya dalam kitab Quran itu.

mehla kita sama-sama tuntut ilmu dan tunduk kepada suruhan Allah yang agung ini. Tiada suruhan dan kata-kata Allah yang patut didiamkan. ianya tanggungjawab kita.
meh kita penuhi masa-masa kita dengan kerja yang ganjarannya terbaik dari Allah, tuhan kita ><
Ya Syabab !



MashaAllah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 November 2015

Memiliki rasa syukur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ziya berjalan kaki di sepanjang jambatan merentas Sungai Mengkibol itu sambil matanya tidak lekang bertasbih, memerhati alam dan makhluk2 ciptaan Yang Maha Bijaksana.

'Subhanallah, cantiknya pokok itu !
subhanallah, sungguh indah air sungai yang mengalir ini !
subhanallah, cantiknya saudari itu!
subhanallah, bahagianya keluarga itu !'

Secantik rupa paras dan akhlaknya, hatinya memuji apa yang dilihatnya tanda memuja kebesaran Tuhan. Juga sebagai tanda syukur yang tidak terhingga dikurniakan mata yang melihat, akal yang berfikir, kaki yang mampu melangkah, dan masih punya hati yang mampu bersyukur dan 'merenung'. Tidak jauh, Ziya ternampak seorang tua yang sedang duduk berteleku di sisi jambatan tersebut dengan sebuah mangkuk di hadapannya. Pantas dia meraba sakunya dan meletakkan targetnya untuk bersedekah pada hari itu. lelaki tua itu not-yet muslim. pantas Ziya menghulur sambil niat dan mendoakan semoag lelaki tua itu sempat memperoleh hidayah dari Allah.

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-ku niscaya aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-ku.’
[QS. Al-Baqarah:152]
....

pengertian syukur itu hakikatnya luas sekali. Tidak hanya pada apabila kita sujud syukur atau berhamdalah sekurang-kurangnya 33 kali setiap hari.

kita melihat alam ciptaanNya, dan kita ucapkan subhanallah ! kita sedang bersyukur.
kita dapat anugerah, pujian dari manusia, hadiah dan nikmat kebaikan dari orang lain, kita berterima kasih, melontarkan senyuman dan mengucapkan Alhamdulillah ! kita sedang bersyukur.
kita melihat ibu bertungkus lumus menyiapkan makan al-ghadak(lunch) kita membantu kerana kasih kita kepadanya, kerana rasa syukur itu selagi kita masih mampu memegang tangan berkat seorang ibu !

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” [QS Al-A’raf, 7:179]

sujud syukur, berhamdalah, berterima kasih kepada mereka, ..sudahkah cukup ? Allahh..bahkan ! penilaianNya jauh lebih indah lagi andai hati kita ikhlas, andai syukur itu benar disaksikan anggota tubuh yang mempraktikkan. sedangkan jari yang menaip, mata yang melihat skrin, dan kaki yang boleh duduk bersila ini pun Allah yang punya ! *tarik nafas..senyum ^^ Alhamdulillah.

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah)."[Al-kauthar: 1-3]

Terlalu banyaknya nikmat Allah yang tidak terkira itu menjadikan syukur satu keperluan yang teramat sangat. sehingga dalam surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan kita bersolat dan berkorban keranaNya sebagai bentuk penghambaan kita pada Allah yang telah memberi nikmat tersebut. Jika tidak, masakan Allah sendiri yang memerintahkan kita bersyukur ? bukankah jelas syukur itu adalah kewajipan ? mashaAllah.
Hakikatnya syukur itu adalah mensyukuri nikmatnya dengan membuktikan dengan perbuatan ! ini baru sebanar-benar syukur. Gunakanlah nikmatnya ini kerana Allah, untuk agama dan keredaanNya.


bangun tidur, sudahkah kita baca doa sebagai tanda syukur ?
solat subuh,zuhur asar, maghrib dan isya', sudahkah kita sujud syukur kerana Allah masih ingatkan kita untuk tunaikan kewajipan; solat dan sujud kepadaNya ? 
makan, minum, dan melakukan tugasan harian dan urusan dunia, sudakah kita menadah tangan atau at least berhamdalah kerana masih diberi pinjam nafas, waktu lapang dan kesihatan ini ?

dan...

apakah setiap amalan kita disusuli dengan niat yang lurus semata-mata keranaNya ?
apakah setiap perkara yang kita lakukan diiringi dengan bimbingan agama yang disayangi ini ?
sebagai tanda syukur kita ?


mashaAllah. bahkan ! sedikit sekali dari kalangan kita yang bersyukur. Tanyakan diri kita, tanyakan iman di dada. Di manakah tahap syukur kita.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [QS Ar-Rahman, 55:13]
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 November 2015

hero zaman berzaman

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

[sumber]

Ingat superman otroman lizardman kluangman je ke hero budak-budak ? (aik, kluangman pun adaa o.o) Jika budak-budak itu dididik dan didendangkan dengan sirah inspirasi 'hero' sebenar kita, mereka mungkin menjadikan Nabi agung kita, Muhammad sebagai hero mereka. bahkan hero abadi yang bukan takat hanya pada zaman kanak-kanak yang akhirnya berkubur bila rasa diri dah meningkat remaja. ihiks.
sebab superhero yang satu ini supernya bukan main menawan lagi. 

bila kali terakhir kita berselawat selain daripada dalam solat dan menyambut selawat dari lidah orang lain ? aduh, kami merinduimu wahai rasul ! *meleleh. pinjam sapu tangan plis ?

Munsyeed : Harris J
Album : Salam 2015 (Awakening Records)
Written by: Paddy Dalton, Moh Denebi, Maher Zain & Bara Kherigi





Lyrics:
My Hero

You were always unselfish and sacrificed
Everything you risked to change life
Even when there was darkness
You broke the shackles and brought light
You called everyone to believe in Allah
O Muhammad! You are my…

Chorus: 
You are my hero, you are my Hero
You are my hero, always my Hero
It's the way that you smiled with serenity
And how you forgave all your enemies
I will always hold your love
And all your teachings in my heart
You called everyone to believe in Allah
O Muhammad! You are my…

CHORUS 

You are my hero and I'll keep you safe in my heart
You are my hero till the end and from the very start
You are my hero and you'll always be the best part
Of every single day, I will follow you

CHORUS

....

dah kenapa jadikan seseorang hero tapi bila tanya berkenaan hero tersebut pun tergugap-gagup-tercungap-cungap sampai berpeluh nak jawab. Allahh.
seriesly kawan, jom belajar lagi sirah ? siapalah yang tak rindu nabi uii..*kesatayaqmata
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 November 2015

Dia ulama' kesayangan : Imam Syafiee

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Novel Sejarah Imam Syafiee karya Abdul Latip Talib
Di kala aku hanya mampu menitiskan air mata kerana insan agung ini. Membaca kitabnya, membaca sirah hidup dan keperibadian serta kelebihannya menjadikanku bertambah rasa cinta pada ulama' berketurunan Rasulullah SAW ini.
Semoga Allah memberkatinya kerana zuhudnya, keikhlasannya, tawaduknya, dan baktinya pada masyarakat islam zaman ini yang tidak tergambar nilainya. subhanallahh.


sedikit BIOGRAFI IMAM SYAFIEE yang kita hormati ini;

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun dan menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun sebelum beliau berguru dengan Imam malik. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa dan akhirnya dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh Imam Malik dan guru-gurunya yang lain seawal usia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.


MIMPI IBUNYA
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Bintang itu kemudiannya pecah dan jatuh bertaburan ke bumi. Cahayanya itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hanbali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.



SYAIR TERAKHIR IMAM SYAFIEE




إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Kitab Al-Umm karangan Imam Syafiee.
[sumber]

[sumber]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

16 September 2015

Aku ingin bersamamu di sana nanti..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Zaman sekolah menengah telah 3tahun berlalu. fuh masa berlalu bagaikan machine gun yang kau tak sempat pun nak throwback banyak-banyak then kena teruskan hidup sebagai seorang pelajar pada peringkat seterusnya. MashaAllah ! kerana itulah ada pepatah arab yang menyebut al-wakt kassaif ! atau lebih tepat,  الوَقْتُ كَالسَّيْفِ إِذَا لَـمْ تَقْطَعْهُ قَطَعَكَ--waktu bagaikan pedang, jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotongmu.

Saat umi ayahku sedang berhoneymoon di langkawi saat ini, aku pula ingin menanam subur lagi rasa cinta pada mereka yang tidak berbelah bagi dan rasa syukurku kepada Tuhan yang tidak akan mungkin hanya dapat aku tafsirkan dengan kata-kata. Perjalananku di sekolah menengah berasrama selama 5 tahun menyebabkan aku tidak begitu rapat dengan umi ayahku. sumpah, ini ALASAN. bukan salah sekolah berasarama mengandungkanku. ia kerana kelemahanku sendiri. Saat itu, aku rasa sahabat-sahabat sekelilingkulah tempat aku meluah, tempat aku berkongsi cerita dan kebahagiaan.

Banyak sebab musabab kenapakah aku tak rapat dengan umi ayahku waktu itu. Masalah family, dan masalah aku sendiri. Aku kurang mengerti, aku kurang merasa dan memahami. Inilah konflik remaja kata orang, mungkin ? Dan masa yang berlalu akhirnya mendidikku sendiri. Masa yang banyak terluang di rumah lepas SPM dan lepas Mfi, aku usaha memanfaatkannya. Banyak dari masa lapangku sejak dari suburnya minat membacaku, aku baca sirah. tanganku tidak lekang dari bahan bacaan yang ada di rumah (kerana masih belum ampu membeli buku yang pada hematku agak mahal waktu itu).
ya, sirahla yang banyak mengubah sikap, pandangan, dan perangaiku yang tah hape-hape.

Kagumku pada Rasulullah SAW  dan para sahabat dan keluarganya, dan aku ingin menjadikan mereka contoh agung dalam hidupku. Aku ingin hapuskan rasa teruja dan minatku pada retis-retiss atau apa saja jenis hiburan melalaikan. biralah aku berilmu, nanti aku dapat sebarkan. biarlah aku berilmu, nnti aku rapat dan lebih kenal denganNya. biarlah aku berilmu, hingga nanti, aku dapat menyelamatkan umi ayah yang nombor satu di hatiku.

*meleleh*

Sungguh, kekesalan yang ada dan pernah berlaku dalam hidupku yang menjadikan aku begini. mungkin aku tidak banyak bicara dengan orang sekelilingku, tetapi aku ingin menjadi yang paling banyak bicara apabila aku bersama ibu dan ayahku. aku ingin menjadi yang mereka sayang; aku ingin menjadi yang mereka rasa syukur melahirkanku dan membesarkanku. aku ingin menjadi yang mereka rasa bangga menhantarku ke smakj menuntut ilmu agama, ke samura,, mendidik mematangkan diri.

Dengan kelemahanku, aku ingin meraih reda Tuhan semahunya, aku mahu memimpin tangan mereka tanpa hisab ke syurga. umi, ayah, ibu tiri, ayah tiriku, saudara-saudara kandung dan saudara-saudara tiriku. sumpah ! mereka adalah hartaku yang aku tidak pernah menyesal mengenali dan mempunyai ikatan dengan mereka.
Jahat manapun mereka, apakah aku layak memandang mereka rendah ? apalah lebihnya aku. Banyak mana sakit hatiku pada mereka, apakah aku tidak pernah menyakiti hati mereka ?

*meleleh*
Kepada umi dan ayah tiriku, aku sayang pada kamu berdua sampai nanti kita kembali bertemu di akhirat kerana reda tuhan.

Kepada ayah, aku rindu...terlalu rindu masa laluku, hingga nanti, aku akan memipin tanganmu yang penuh bakti itu.

Terima kasih kerana kini, kamu semua menjadi sahabat baikku, setiap masa mendengar ceritaku. Terima kasih kerana kini, kamu semualah yang selalu minta nasihat dariku dan tidak jemu pula menasihati anakmu ini.

Alhamdulillah.
TERIMA KASIH.

omma appaga.

appaaaa.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 Ogos 2015

Ada peduli ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Beberapa kali kubuka dashborad blog, tutup kembali, buka, dan tutup lagi. Aduhhh  banyak sekali inginku tulis, tapi final nak dekat dahh.  he he. Namun, ada sedikit yang ingin kuluah.

Sahabat yang asyik mengupload gambar selfie dengan pelbagai caption yang menarik banyak likes. Sahabat yang kerap menupdate laman sosial tentang kegiatannya, luahan perasaannya, rasa kesal, malas, geramnya.
sungguh..

aku sesekali dan berkali-kali merasakan bahawa adalah kita tidak adil menggunakan media-media sosial yang kita miliki, hanya untuk meluah perasaan, berkongsi aktiviti yang tidak pula memberi faedah, gilakan hiburan yang tidak pernah pula menjengah jemunya. 
aduh ! kita terlalu pentingkan diri !

Sahabat,
sudahkan hari ini kita berselawat ke atas Muhammad yang kita sayang ?
sudahkan hari ini kita mendoakan keselamatan dan ketabahan saudara-saudara kita yang deritanya tidak pernah padam itu ?

Dalam kesibukan kita mengejar dunia, mengejar cita, berapa kali pula kita memikirkan tentang ummah ini ? apakah agaknya nasib umat Islam ini jika insan seperti kita ini tidak mahu dan sombong untuk berubah ?

bergurau senda, berhibur, berdemonstrasi, meluah perasaan marah, caci dan maki. sudahkah kita didik diri kita agar sungguh-sungguh beristiqamah menunaikan setiap perintah Tuhan ? sunnah untuk diamalkan sebanyak yang mampu ?

Aku melihat. Aku termenung dan sedih sendiri. Saban hari, aku menjenguk..apa khabar saudara-saudara kami di Palestin ? Bagaimana pula dengannya Masjid Al-Aqsa yang mulia itu ?  Aku sedang makan, apakah kau sudah kenyang juga wahai saudaraku di syria ? 
Wahai saudara-saudara seislamku di seluruh dunia yang Tuhan muliakan, aku di sini menikmati udara yang nyaman, dapat beribadah dengan tenang, makan dengan kenyang, menuntut ilmu dan mencium tangan ibu bapa kami..
bagaimana kamu semua di sana ?
Aku telahpun menunaikan solat Zuhur..apakah kamu juga dapat solat dengan tenang ?
Bagaimanakah pakaianmu ? Makan minummu ?

Sahabat, sedarkah kita..bahawa mereka..adalah tanggungjawab kita ?
hingga nanti, apakah jawapan kita di hadapan yang Maha Saksi ?

 Embedded image permalink

kasihan ? Ah ! aku tidak mampu berbuat apa-apa. derma ? aduh, aku pun banyak keperluan yang aku belum penuhi..
kau boleh saja berdiam diri jika kau mahu. kerana kau tahu, kau bukan lagi hidup zaman yang hanya dikelilingi batu, haiwan, dan tumbuhan. tetapi manusia yang kebanyakan hatinya ibarat batu. keras sekali !
tapi bisa lembut kerana pada hak dan iradatNya, tiada satupun yang mustahil !

Ya Tuhan,

umat ini sedang sakit. maka kepada Engkau juga akhirnya kami tunduk,mengharap dan merayu-rayu saban hari., tiap solat, tiap sujud. Allahuakbar. *nangis*
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#10 (Last !)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 10 )


Malam itu Fathi tertidur semasa membaca al quran di atas meja kerjanya . Dia terkejut jaga pada pukul 4 pagi . ' Allah , apa yang aku mimpi tadi adakah benar ? ' soalnya didalam hati . Dia mimpi dia duduk di satu yang wangi dan cantik sangat . Di situ dia melihat Fatma berpakaian serba putih sambil tersenyum kearahnya .

' Abang , Fatma tidak sedih atau kecewa jika abang mencari pengganti Fatma . Abang berhak untuk semua itu . Kita hanya merancang Allah yang aturkan . ' kata Fatma didalam mimpinya . 

Disaat dia ingin mendekati Fatma untuk memegangnya . Fatma hilang dan saat itu dia terkejut bangun . Dia cepat bangun dan mengambil wudhuk untuk solat tahajud sebelom menunggu waktu subuh tiba . Hari ini Fathi mengambil cuti . Dia ingin memberitahu sesuatu kepada keluarganya . 

' Assalamualaikum ' kata Fathi sambil melangkah masok sambil mendukung kedua anaknya . 
' Waalaikummussalam Fathi ' balas Haji Ismail dan Hajah Zainab serentak . 
' Ibu , ayah sihat ? ' soal Fathi sambil menyalami kedua ibu bapanya . 
' Alhamdulillah kami sihat , kenapa tiba-tiba datang ni ? Macam ada something ja ' balas ibunya . 

' Ibu Fathi dah buat keputusan . Fathi nak ibu pinangkan Jannah untuk Fathi secepat mungkin ' kata Fathi sambil tersenyum . 
' Mashaallah , bagus la kalau kamu dah cakap macam itu ' Haji Ismail membalas . 

Kring !!!! Telefon rumah Jannah berdering . Puan Maimunah menjawab panggilan tersebut . Rupanya panggilan itu dari ibu Fathi . Ibu Jannah tersenyum dan mendapatkan Jannah yang sedang memasak didapur . 

' Ibu kenapa senyum lebar sangat ni , ada orang nak masuk minang ibu ka ? ' ujar Jannah . 
' Ya ada orang nak masuk minang ' balas ibu selamba . 
' Betul ni ibu ? Alhamdulillah dapat ayah baru la Jannah ' balas Jannah lagi . 
' Bukan ibu , tapi Jannah ' ibu meninggalkan Jannah didapur dengan jawapannya yang membuat Jannah tidak keruan . 

Selepas pinangan dari pihak Fathi diterima . Maka majlis kahwin yang sederhana bakal diadakan dalam masa sebulan lagi . Saat bahagia itu bakal tiba . Saat dua insan akan bersatu menjadi suami isteri yang sah . Hidup juga bakal berubah . Mempunyai tugas baru . Malam itu lama Fathi lama berteleku di atas sejadah . Dia mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan Allah meredhai apa sahaja yang dia lakukan .


Kini genap setahun usia perkhawinan mereka . Anaknya Ammar Farish dan Ammar Farhan juga sudah besar . Petah berkata .

' Assalamualaikum ibu , abang adik datang ni . Kami datang nak tengok ibu ' kata Ammar Farish di ikuti Ammar Farhan . 
' Mari sini sayang kita duduk atas tikar ni . Baca yassin sama sama ' panggil Fathi untuk menyuruh anaknya duduk . 
Selepas selesai membaca dan membersihkan kawasan perkuburan arwah Fatma mereka berempat bangun untuk bergerak pulang .

' Ummi, kami balik dulu ya ummi nanti abang , adik , ayah dan ummi datang tengok ummi lagi . Semoga ummi tenang disana . ' kata Ammar Farhan . 
Kata kata anak kecil itu membuatkan hati Fathi dan Jannah tersentuh .

' Ummi , abang nak ummi dukung ' ucap anak kecil itu pada Jannah . 
' Mana boleh sayang , kan dalam perut ibu ada baby tu ' kata Fathi . 
' Takpa abang , Jannah boleh lagi ni dukung . Masih larat ' balas Jannah sambil tersenyum .

 Jannah sedang mengandung anak mereka hasil dari perkhawinan mereka yang di dirikan pada tahun lepas . Walaupun Fathi sudah berkhawin dengan Jannah setiap hari dia akan tetap mencari masa untuk menziarahi kubur Fatma . Dia tidak pernah lupakan Fatma . Jannah juga faham tidak pernah terbit rasa cemburu dalam hatinya kepada Fatma . Fatma sahabat yang paling dia sayang . 

Kasih sayang dia pada anak-anak Fatma dan Fathi juga melimpah ruah . Dia menggangap Amar Farish dan Amar Farhan seperti darah dagingnya sendiri . Kadang dia pernah terlihat saat Fathi membaca doa dan menyebut nama Fatma ada cecair putih yang keluar dari mata suaminya itu . 

' Sayang jom la balik , termenung apa lagi ' tanya Fathi pada Jannah kerana dia melihat Jannah merenung lama kubur arwah Fatma . 
' Hah , apa abang kata ? ' terkejut Fatma dari lamunannya . 
' Sayang ni ' balas Fathi sambil mengeleng kepala . Kereta Honda City warna kelabu itu menyusur keluar dari kawasan perkuburan itu . 

Bahagia tidak selamanya dan kesedihan tidak kekal abadi . Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri . Jangan menyoal kenapa dan mengapa semua ini terjadi . Allah tahu apa yang terbaik buat kita . Dan orang yang hadir dalam hidup kita tidak akan selalu bersama . Ada yang pergi tinggalkan kita kerana mereka hanya pinjaman sementara buat kita . Anggap semua itu kenangan yang mematangkan diri .

Apabila dirimu dilanda ujian, hidup dengan tekanan, kesusahan, dan kesedihan.Tabahkan hatimu, Ingatlah janji Allah bahawa "Sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan" [Al-Insyirah:6]

Dia Kekasih Allah.
-The End !-
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#9

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

 Dia kekasih Allah ( PART 9 ) 

gambar hiasan.
Kini seminggu sudah Fatma meninggalkan Fathi dan cahaya mata mereka Ammar Farish dan Ammar Farhan . Hari ini Fathi mengemas rumahnya kerana nanti selepas dia mula masuk bekerja dia tidak lagi sempat melakukan semua ini . Nasib juga hari ini Farish dan Farhan tidak meragam mereka hanya tidur jadi dapatlah dia mengemas apa yang patut . Dia menyusun semua buku-buku kepunyaan arwah Fatma dan tiba-tiba terjatuh sekeping sampul surat putih atas sampul itu tertera

' Untuk Imamku ' . Fathi membuka sampul surat itu dan surat itu tulisan tangan Fatma , Fathi mula membaca 

" Cintaku adalah lautan yang airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda . Cintaku adalah waktu yang akan berdetik sepanjang zaman . Cintaku adalah udara yang akan kau sedut sekalipun di bawah sedar . Cintaku adalah mentari dikala siang dan bulan dikala malam , yang akan setia memerhatimu . Cintaku adalah cinta yang tidak akan dibiaskan oleh mana mana kekuatan kecuali Tuhan . Cintaku adalah kesetiaan yang abadi . Akan ku menantimu di pintu syurga "
ikhlas dari isterimu . 

' Ya Allah , aku sangat merindukan isteriku ' ujar Fathi dalam tangisan kerinduan . Malam sudah tiba Fathi harus tidur awal kerana esok dia akan mula bekerja . Anak-anaknya pula dihantar ditempat mengasuh kerana dia tidak mahu menyusahkan ibunya walaupun ibunya sendiri menawarkan diri untuk menjaga . Keesokkan paginya Fathi menghantar Ammar Farish dan Ammar Farhan di tempat mengasuh ' Nur Cahaya ' . Dia terserempak dengan Jannah . 

' Jannah , buat apa disini ? ' soal Fathi . 
' Saya tolong hantar anak jiran saya kebetulan tempat kerja saya hanya berdekatan sini sahaja ' jawab Jannah . ' Oh begitu ' balas Fathi dan berlalu pergi .




Telah setahun Fatma meninggalkan Fathi serta anak kembar mereka . Hidup Fathi juga tidak seperti dulu . Terkejar sana terkejar sini . Dengan kerja di pejabat yang menimbun dan juga dengan tugas sebagai seorang ayah dan ibu pada anaknya . Hantar mengasuh , kadang pada waktu malam dia perlu bersengkang mata melayan ragam anaknya yang mahukan ayat suci al quran dibaca oleh Fathi sehingga mereka tertidur .Hari ini hari minggu jadi dia menghabiskan masa dirumah ayah ibunya sahaja .

' Fathi , ibu tengok sekarang Fathi dah tak macam dulu ' ujar Hajah Zainab . 
' Kenapa ibu cakap macam tu ? soal Fathi . 
' Yala , hidup tak terurus , kadang lewat ambil anak kamu ditempat mengasuh sampaikan selalu sahaja Jannah mengambil anak kamu dan hantar di rumah ibu . ' balas ibunya . 
' Hmm , tak tahu la ibu nak buat macam mana lagi . ' kata Fathi .

' Kamu tak mahu carikan ibu untuk anak kamu tu ka ? ' soalan yang tidak diduga disoal oleh ibunya . 
' Fathi masih tak dapat lupakan Fatma ibu lagipun mahu ka wanita lain kahwin dengan Fathi yang dah ada anak ni ' Fathi membalas dengan riak mendung diwajahnya . 
' Insyaallah pasti ada ' kata kata ibu ibarat memberikan keyakinan pada Fathi untuk berkhawin lagi .

Fathi membiarkan sahaja perbualan ibunya tadi ibarat angin yang lalu sahaja . Pada hari hari yang berikutnya Fathi masih sibuk dengan tugasnya . Pulang kerja lambat kadang anaknya Jannah tolong ambilkan lagipun tempat kerja Jannah tidak sejauh mana . Fathi dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di rumah ibunya . 

' Tengok Fathi asyik lewat balik kerja , anak macam dah diabaikan . Nasib ada si Jannah tu tolong ambilkan . Kenapa dengan kamu ni Fathi ' bebel ibunya . 
' Ibu , Fathi macam ni sebab Fathi nak sibukkan diri dari ingat Fatma . Tambahan wajah Farish dan Farhan hampir mengikut mirip Fatma . Fathi rindukan kasih sayang serorang isteri . 
' Fathi , senang macam ni lah apa kata ibu minangkan Jannah untuk kamu ' kata ibu . Terkejut Fathi dengan kata kata ibunya itu . 

' Fathi tak tahu nak cakap apa lagi . Bagi Fathi masa untuk mintak petunjuk dari Allah ' balas Fathi sambil matanya merenung jauh . Setiap hari Fathi mohon petunjuk dari Allah . Dia masih sayangkan Fatma dia rasa bersalah bila ibunya mahu dia berkhawin lagi . ' Mesti Fatma sedih kan bila dia tahu aku nak khawin lain ' monolog Fathi didalam hati . Dengan kekesalan yang menebal dihati kerana dia cuba mengantikan tempat Fatma untuk wanita lain cepat cepat Fathi istifar .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#8

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 8 )



Selepas pertemuan kembali antara Jannah dan Fatma . Jannah sering melawat dan menemani Fatma dirumah semasa ketiadaan Fathi .

' Sementara Jannah tak dak buat apa-apa kat rumah dan tengah tunggu dapat kerja . Jannah nak habiskan masa dengan Fatma . Takut nanti bila dh kerja tak sempat nak jumpa Fatma ' ulas Jannah pada Fatma .
' Syukran ya sahabatku dunia wa akhirah . Sayang Jannah lillahi taala ' balas Fatma sambil mendepankan tangan untuk memelok Jannah . 

Jannah dan Fatma akan makan serta masak bersama . Kadang Fatma tidak dibenarkan buat kerja rumag oleh Jannah . Jannah yang buatkan semua walaupun itu rumah Fatma . Dia berasa kasihan melihat keadaan diri Fatma yang sarat megandung itu . Tak lama lagi Fatma bakal melahirkan dua orang khalifah dimuka bumi ini untuk meneruskan perjuangan dan sunnah Nabi Muhammad saw .
Pada hari bertikutnya Jannah memberitahu Fatma dia tidak dapat menemani Fatma ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungannya jadi Fatma terpaksa pergi bersendirian . 

' Fatma Az Zahra Binti Adam ' panggil seorang jururawat berkaca mata itu . Fatma bangun dengan berhati-hati dan masuk kedalam bilik rawatan . Selesai diperiksa oleh Doktor Maisarah , Fatma duduk dikerusi yang disediakan berhadapan doktor muda itu . 
' Puan Fatma hasil daripada pemeriksaan saya Puan Fatma harus segera melahirkan anak kerana makanan tidak sampai pada anak disebabkan Puan Fatma juga mengalami tekanan darah rendah . ' kata Doktor Maisarah . 

Pada petang itu Fatma dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad bersalin . Fathi bermundar mandir dihadapan wad bersalin . Ibu dan ayah Fathi serta adiknya Wardah tiba dihospital . ' Fathi , macam mana dengan Fatma ? soal Hajah Zainab . 
' Tak tahu la ibu dah hampir 2 jam Fathi diluar ni . Doktor pun masih belum bagi tahu apa-apa pada Fathi ' balas Fathi dan terpamer riak cemas dan risau diwajah Fathi . 

Mereka berempat tunggu dengan debaran . Tiba tiba doktor keluar dari wad bersalin dan memanggil Fathi untuk berbicara didalam biliknya . Macam ada sesuatu yang tak kena dari raut wajah doktor itu. ' Encik Fathi , isteri Encik perlu jalani pembedahan . Dia tidak boleh bersalin normal jadi saya minta Encik tandatangan surat persetujuan melakukan pembedahan keatas isteri Encik ' kata doktor itu . Tanpa berlengah Fathi mendatangani surat itu .

gambar hiasan.
Doktor keluar dan tertunduk .
' Maafkan kami , kami tak dapat menyelamatkan isteri encik tetapi anak kembar encik selamat dilahirkan ' ujar doktor dengan nada sedih . 

Fathi terkaku seketika dia merasakan yang semua ini bagaikan mimpi . Masih terkenang lagi saat dia bersama Fatma semalam . Fatma ceria seperti selalu tidak ada tanda yang dia akan pergi meninggalkan semua orang didunia ini . Melihatkan keadaan Fathi begitu ibu ayah serta adiknya cuba menenangkan Fathi . Fathi cuba mencari kekuatan . 

Perlahan-lahan dia gagahkan diri bagun masuk ke wad bersalin dia melihat sekujur tubuh yang amat dicintainya dan sepasang kembar yang menangis teresak-esak seperti memahami bahawa umminya telah pergi mengadap illahi . Dia mengazankan anaknya lalu meletaknya . Fathi membuka selimut yang menutupi wajah isterinya . Bercahaya dan bersinar . 

' Fatma , abang cintakan sayang kerana Allah tetapi Allah lebih sayangkan Fatma . Abang redha dengan takdir Allah . Abang halalkan semuanya namun kenangan kita akan tetap bersemi didalam ingatan abang . ' ucap Fathi bersama tangisan air mata yang tidak mampu dibendung lagi . 

Awan berarak mendung seperti hujan akan turun juga seperti hati Fathi yang sedih akan pemergian insan yang bermakna buatnya . Jannah mendukung anak Fatma iaitu Ammar Farish manakala Fathi mendukung Ammar Farhan . Jannah merasa dia telah kehilangan seorang sahabat yang cantik akhlaknya dan sungguh indah perwatakannya . Setelah selesai semuanya mereka menggulung tikar dan bergerak meninggalkan perkuburan itu . 

' Semoga tenang disana ya sayang ' ucap Fathi sebelum melangkah pergi . 

Tanpa Fatma disisi walaupun baru beberapa jam dia tetap merasa rindu . Rindukan suara merdu isterinya yang mengalunkan ayat suci al quran , berzikir dan segala perbuatan Fatma membuatkan dia terbayang-bayang walau bagaimana pun Fathi redha akan ketentuan illahi
.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Ogos 2015

Dia Kekasih Allah part#7

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 7 )



Selepas kemalangan yang menimpa mereka berdua . Mereka menjalani hidup seperti biasa dan kini genap setahun usia perkhawinan mereka . Sekali lagi Fatma mengandung tetapi kali ini Fatma disahkan mengandung anak kembar . Lantas Fathi dan Fatma melakukan sujud syukur kepada Allah . Sebelum tidur Fatma akan memohon maaf pada Fathi .

' Abang maafkan Fatma ya . Dan kalau suatu hari nanti andai Fatma meninggal masa melahirkan anak kita Fatma harap abang maafkan segala salah silap Fatma , halalkan makan minum Fatma dan jaga ank kita ni baik baik ya abang ' ujar Fatma kepada Fathi .

' Sayang ni apa cakap macam tu . Dah dah Fatma dah merepek apa ni malam macam ni . Jom tidur . ' balas Fathi untuk menutup kerisauan dihatinya . Kandungan Fatma kini berusia 5 bulan .
' Abang nanti jangan lupa belikan Fatma buku nama nama ya . Fatma nak pilih nama untuk anak kita'. pesan Fatma pada Fathi sebelum Fathi pergi kerja .
' Ok sayang dan jangan lupa pesan abang . Jangan buat kerja rumah berat berat ya . Jaga anak abang ni ' balas Fathi sambil mengusap perut Fatma yang semakin membesar .

Maklumlah anak kembar kan walaupun baru 5 bulan tapi nampak macam 7 bulan . Ketika Fatma berseorang dirumah Fatma menghabiskan masanya membaca al quran . Dia berazam untuk khatam al quran berulang kali semasa mengandung . Solat sunat juga dia tidak pernah ketinggalan . Tepat jam 6 petang Fathi pulang . Fatma menyambut dengan senyuman yang manis buat suaminya . Rutin hariannya dia akan menunggu dihadapan pintu untuk menyalami suaminya .
Fathi merasakan dirinya bertuah sangat kerana memiliki Fatma yang cukup lengkap dari setiap sudut.

' Hah sayang , ini buku yang sayang minta abang belikan tu ' kata Fathi sambil menghulur plastik yang berisi buku setebal 300 ratus muka surat itu .
' Terima kasih abang , malam nanti kita cari sama sama ya abang . Sekarang abang pergi bersihkan diri dan nanti kita solat maghrib isyak di masjid sama sama ya abang ' ujar Fatma .

Fathi mengangguk dan mengusap rambut Fatma dan berlalu naik ketingkat atas untuk membersihkan diri . Selepas pulang dari masjid Fatma memanaskan lauk yang dimasaknya . Selesai menjamu selera Fatma dan Fathi duduk di buayian ditempat letak kereta . Fatma melentokkan kepalanya diatas bahu Fathi sambil memegang buku nama . Mereka melihat satu persatu nama .


Azan zohor berkumandang . Fatma lekas bangun dari katil dan masuk kedalam tandas untuk mengambil wudhuk . Macam mana hari ini dia terlena . Sepatutnya 30 minit sebelum solat dia dah ready dia atas sejadah sambil membaca al quran tetapi hari ini lain pula jadinya . Fatma masuk kedalam tandas dan dia tiba tiba hilang pertimbangan lalu jatuh kelantai darah banyak yang mengalir. Fatma tidak terdaya lalu pengsan .

Hari itu Fathi rasa tidak sedap hati . Dia rasa macam ada sesuatu yang berlaku pada Fatma jadi dia pulang lebih awal dari biasa . Fathi memberi salam namun senyap sunyi . Berulang kali dia memanggil nama Fatma namun tiada sahutan . Fathi naik kebilik dan alangkah terkejutnya Fatma jatuh dalam bilik air disekelilingnya penuh dengan darah yang banyak . Ayah ibu Fathi dan bersama sahabat Fatma iaitu Jannah serta abangnya Qayyum . 

Jannah baru pulang dari Australia selepas melanjutkan pelajarannya disana . Dia singgah dirumah lama yang Fatma tinggal bersama arwah walid dan umminya tetapi jirannya bagi tahu yang Fatma dah kahwin . Jirannya tidak tahu alamat rumahnya hanya tahu alamat rumah bapa mertua Fatma . Bila sampai sahaja Haji Ismail dan Hajah Zainab bagi tahu Fatma masuk hospital dia pun bergegas mengikuti mereka ke hospital melihat Fatma . Doktor menerangkan pada semua yang Fatma kehilangan banyak darah jadi dia perlukan penderma darah jenis A . 

' Doktor saya darah A , saya boleh dermakan darah saya pada Fatma ' ujar Qayyum . Niatnya kali ini ikhlas ingin menebus silapnya selama ini . Selesai ujian doktor terhadap Qayyum memang betul darah Qayyum sesuai dengan Fatma . Setelah beberapa jam selepas Qayyum menjalankan pendermaan darahnya kepada Fatma . Fatma sedar . 

' Abang , Fatma kat mana ni ? soal Fatma pada Fathi . 
' Sayang kat hospital . Sayang Jannah datang ' balas Fathi . 
' Jannah lama tak jumpa . Rindunya ' kata Fatma walaupun masih dalam keadaan lemah . 
' Jannah pun rindu dekat Fatma . Maafkan Jannah sebab pergi luar negara tak bagi tahu . Bukan apa... belum sempat Jannah menghabiskan ayatnya Fatma mencelah . 
' Takpa Fatma dah lama lupakan semua itu dan tak berdendam pun dengan keluarga Jannah malah Fatma dah maafkan ' .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#6

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 6 )



Genap dua bulan pemergian arwah umminya . Dan hari ini merupakan hari pernikahannnya . Dia tidak pernah berjumpa dengan abang Wardah . Bukan Haji Ismail dan Hajah Zainab tidak bagi namun dia sendiri yang tidak mahu . Dia rasakan apa pun takdir hidup dia selepas ni dia redha dan terima dengan hati yang lapang . Fatma mengenakan jubah putih longgar bersama niqab putih yang dibuat oleh Mak cik Ramlah . 

Pengantin lelaki telah tiba dan dia tidak mahu untuk turun kebawah kerana dia sangat malu untuk duduk dengan bercampur lelaki perempuan . Sayup-sayup dari bawah kendengaran pengantin lelaki melafazkan akad . Sejurus selesai akad dilafazkan . Pengantin lelaki masuk untuk menyarungkan cincin . Fatma tunduk . Sungguh saat ini dia merasa teramat malu kerana sebelum ni dia tidak pernah disentuh oleh lelaki lain kecuali arwah walidnya . 

' Assalamualaikum Fatma Az Zahra ? ' ucap seorang lelaki yang kini bergelar suaminya . Fatma membalas salam itu didalam hati . Terketar ketar Fatma menghulurkan tanganya buat suaminya . Semua tetamu keluar dari bilik pengantin dan membiarkan Fatma dan suaminya . Fatma medonggak dan melihat suaminya . Sekali lagi dia terkejut . 

' Wildan ? ' kata Fatma sepatah . 
' Ya Fatma , ana Wildan Fathi kembar kepada Wildan Faqhi ' . kata Wildan Fathi sambil tersenyum . Malam itu mereka sekeluarga berkumpul walaupun Fatma masih rasa terkejut namun sekarang dia sudah faham apabila Haji Ismail bapa mertuanya dan Hajah Zainab ibu mertuanya menjelaskan perkara sebenar . Wildan disisi Fatma hanya mampu mengukir senyuman . Dalam hati Wildan bermonolog.

' Patutlah Arwah abang aku Wildan Faqhi jatuh cinta pada si pemilik nama Fatma Az Zahra dan benar kata arwah abangnya Fatma berbeza dari perempuan lain . Selama beberapa bulan aku mengetahui cara hidup dan melihat sendiri perwatakan Fatma walaupun dari jauh dia tetap kagum akan keindahan Fatma yang seperti bidadari itu ' .

Pagi itu Fatma dan Fathi bertolak kerumah ayah ibu Fathi . Tiba dirumah mereka duduk dimeja makan kerana ibu Fathi telah sediakan makan tengah hari . Usai makan mereka kemudian merehatkan diri diruang tamu . 

' Fathi , Fatma ini hadiah dari ayah dan ibu buat kamu berdua ' kata Haji Ismail . Fathi mengambil sampul itu dan melihat pakej menunaikan umrah pada bulan hadapan . Fatma dan Fathi bersyukur dan berterima kasih atas hadiah yang bermakna itu .


Fathi dan Fatma selesai menunaikan umrah dan telah pulang ke Malaysia . Kini perasaan Fatma pada Fathi semakin hari semakin memuncak sayang dan cintanya pada si suaminya begitu juga perasaan Fathi pada Fatma . Bahtera rumah tangga mereka bahagia sekali .

' Abang ? Fatma ada something nak bagi tahu abang ni ' ujar Fatma pada Fathi yang sedang membaca buku tentang kisah perjuangan sahabat nabi . Fathi menutup buku yang dibaca dan fokusnya sekarang pada Fatma . 
' Tak lama lagi abang bakal jadi ayah ' kata Fatma dalam nada gembira . Terdiam Fathi seketika mendengar berita gembira itu . Dia mengenggam tangan Fatma sambil mengucapkan terima kasih pada Fatma kerana mengandungkan zuriatnya . 

Kandungan Fatma kini 4 bulan . Malam itu Fathi ingin bawa Fatma pergi makan disebuah restoran sebagai meraikan hari lahir Fatma . Dalam perjalanan tiba tiba hujan turun dengan lebat dan mengakibatkan mata Fathi sukar melihat jalan . Fatma berzikir pada Allah dengan perasaan takut dengan keadaan mereka sekarang . Fathi hilang kawalan . Kereta yang dipandu terjatuh kedalam longkang besar . Fathi tersedar dan dia merasakan dia sekarang di hospital . Dia teringat akan Fatma.
' Doktor mana isteri saya ? Macam mana keadaan isteri saya ? Anak saya ? ' . bertubi tubi soalan dilontarkan Fathi pada doktor . 
' Encik Fathi bersabar ya . Mengucap . Isteri Encik Fathi dalam keaadan tidak sedarkan diri akibat pembedahan yang baru dijalankan kerana anak dalam kandungan meninggal akibat hentakan yang sangat kuat ' . ujar doktor itu . 

Fathi meramas rambutnya dan meraup wajahnya berulang kali . Fathi dibenarkan melihat isterinya . Dia melihat wajah lesu isterinya yang pucat dan perut Fatma yang sudah seperti dulu . 

' Sayang , maafkan abang sebab abang anak kita mati ' kata Fathi dalam tangisnya . 

Ayah dan ibu Fathi serta Wardah datang melawat Fatma di hospital . Mereka menasihati Fathi supaya bersabar dan kuat menghadapi ujian ini dia tidak boleh lemah nanti Fatma juga akan lemah . Fatma perlukan secebis kekuatan darinya . Fatma masih tak sedarkan diri . Fathi setia disisi bersama al quran ditangan . Fathi membaca al quran dan dia kepenatan lalu tertidur . Fathi terkejut jaga apabila dia terdengar Fatma memanggilnya . 

' Abang , apa dah jadi pada Fatma ? soal Fatma pada Fathi . Fathi menarik nafas perlahan lahan dia cuba mencari kekuatan untuk menyatakan kebenaran dan hal yang terjadi pada Fatma . Sesudah Fathi bercerita dia melihat Fatma . Setitis air mata pun dia tidak mengalir malah masih mampu tersenyum dan berkata . 

' Fatma redha abang . Mungkin anak itu hanya pinjaman Allah buat kita . Insyaallah ada rezeki Allah kurniakan kita anak lagi . Abang jangan sedih ya . Fatma sayangkan abang sangat ' . 

Dalam hati Fathi ' Ya Allah sungguh kuat hatimu Fatma . Betapa isteriku ini redha akan ketentuan Allah sedangkan aku seperti menyalahkan takdir . Ya Allah ampunkan hambamu ini .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#5

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 5 )

Hari itu dia diajak oleh ayah ibu arwah Wildan dan wardah untuk menjemput abangnya di aiport . Abang Wardah baru habis belajar di Kaherah , Mesir . Kini dia telah tamat belajar dan pulang ke tanah . Mula mula Fatma agak keberatan untuk ikut mereka ke airpot KLIA ( Kuala Lumpur International Airpot ) dia merasa tidak sedap hati namun cepat cepat diusir perasaan itu . Tepat jam pukul 8 pagi mereka bergerak ke aiport .

Setibanya di aiport, Fatma duduk dibangku yang disediakan bersama Wardah dan ibu Wardah . Dia mengambil al quran dari dalam beg dan mula membaca . Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi . Umminya menelefon memberitahu walidnya jatuh bilik air . Dia meminta izin untuk pulang menaiki teksi . Dan dalam keadaan kelam kabut itu dia terlanggar troli beg seorang lelaki mengakibatkan kakinya sakit . Dia tidak kisah walaupun dia dengar lelaki itu memanggilnya . 

' Ukhti , maafkan ana ' ujar lelaki itu . Sekilas pun dia tidak memandang wajah itu dan terus berlalu pergi . Setibanya dia di hospital ummi menangis memberitahu bahawa walidnya sudah tiada . Fatma merasakan bagaikan dunianya kelam dan dia cuba bertahan sedaya upaya untuk tidak menunjukkan didepan umminya yang dia lemah . Dia mesti kuat dihadapan ummi . Kata Fatma didalam hati . Selepas beberapa bulan pemergian walidnya dia tidak lagi pergi kerumah Wardah kerana umminya sakit dan tenat .

Hal ini berlaku pada umminya setelah walidnya meninggal . Ummi sering meracau-racau menyebut nama walidnya . Dan doktor memberitahu keadaan umminya tidak stabil emosinya juga terganggu . Fatma pasrah dan dia cuba kuat menerima segala ujian dari Allah . Wardah selalu juga datang kerumah Fatma untuk membantu Fatma menjaga umminya . Malam itu Fatma menjaga umminya dan dia terlelap .
Fatma terkejut jaga apabila umminya tenat dan Fatma menelefon ambulans . Keadaan ummi ketika itu sangat kritikal . Ummi dimasukkan ke wad kecemasan . Fatma tidak dibenarkan masuk . Selang beberapa jam doktor datang . 

' Cik , saya harap cik tenang sabar dan tabah ya . Kami mintak maaf kerana tidak dapat selamatkan ibu cik ' ujar doktor lingkungan 40 an itu . 

Fatma bagaikan hilang arah . Dia tidak lagi mampu menahan tangisan . Fatma merasakan tidak terdaya saat itu . Ujian yang Allah hadirkan buat dirinya begitu berat . Disaat dia masih sedih akan pemergian walid tercinta kini umminya pula dijemput illahi . Fatma masuk kedalam wad kecemasan . Dia mengusap lembut wajah umminya . 

' Ummi , ummi dah jumpa walid . Ummi tunggu Fatma ya . Fatma nak sama sama pegang tangan masuk syurga dengan walid dan ummi ' laju air matanya jatuh . Sekarang baru dia sedar . Sejauhnya pun sayang pada walid dan umminya tetapi Allah lebih sayangkan mereka . Dia harus redha menerima ketentuan Allah ini .




Selesai kenduri tahlil dirumah Fatma, semua beransur pulang . Dan dia pergi ke dapur untuk menyimpan apa yang patut . Dia akan ditemani oleh Mak ciknya iaitu adik bongsu walidnya yang belum kahwin sampai sekarang walaupun telah meningkat usia 50 an . Ketika sedang asyik termenung Fatma lamunan Fatma terhenti apabila ada orang terlangar meja makan didapur . Fatma memandang sekilas dan dia lelaki itu menoleh kearah Fatma . Jantung Fatma berdenyut laju . Wildan jeritnya dalam hati .

' Ish aku bermimpi ka apa ni ? Kenapa mukanya mirip Wildan ? Adakah itu roh Wildan ? ' berbagai soalan terbit dihati apabila lelaki itu berlalu tanpa sepatah kata dan hanya menguntum sebuah senyuman buat Fatma . Fatma duduk diatas sofa ruang tamu . 

' Amboi Fatma termenung jauh nampak ? Fikir apa tu ? ' . soal Mak cik Ramlah padanya . 
' Eh , mana ada termenung . Mak cik pergi la tidur . Mesti mak cik letih kan . ' ujar Fatma berdalih untuk menutup malu atas dirinya yang sekarang sering termenung sendiri . 

Walaupun kejadian itu sudah hampir seminggu berlalu tetapi fikiran Fatma masih tidak mampu mengusir segala soalan tentang kemunculan lelaki yang berwajah seperti Wildan tempoh hari . Pagi Sabtu itu Wardah menelefon Fatma . 

' Assalamualaikum kak Fatma , kak Fatma buat apa ? Malam nanti kak Fatma dan Mak cik Ramlah free tak ? soal Wardah dalam talian . 
' Waalaikummussalam . Kak Fatma baru habis masak dengan Mak cik Ramlah . Insyaallah free . Kenapa ya Wardah ? ' soal Wardah . 
' Malam nanti kami sekeluarga nak datang rumah kak Fatma boleh ? ' kata Wardah lagi . 
' Insyaallah ' balas Wardah ringkas kemudian mereka menamatkan perbualan apabila Wardah dipanggil oleh abangnya . 

Seperti yang diberitahu Haji Ismail , Hajah Zainab serta Wardah datang kerumah . Mereka berborak panjang . 

' Fatma sebenarnya hajat kami kemari ingin menyunting Fatma buat anak kedua kami ' kata Haji Ismail dengan nada berhati hati . Fatma tertunduk dan dia memandang Mak cik Ramlah mengharapkan ada jawapan disebalik mata wanita tua itu . 
' Apa pun keputusan Fatma saya terima ' . ujar Mak cik Ramlah . Fatma menarik nafas dalam dalam dan dia cuba mencari jawapan . 
' Macam ni lah pak cik , mak cik bagi Fatma masa 3 hari untuk fikir hal ni ' balas Fatma lembut . Haji Ismail , Hajah Zainab mengangguk . Kini cukup 3 hari dan Fatma perlu memberikan jawapan . Selama dia melakukan istikarah 3 malam berturut turut hanya wajah arwah Wildan yang muncul dia menganggap itu hanya mainan tidur kerana fikirannya yang bercelaru sekarang . Apa pun dia harus terima pinangan itu demi membalas jasa arwah Wildan padanya . Dia memberitahu tentang keputusannya pada Mak cik Ramlah dan Mak cik Ramlah tidak membantah . Kini Fatma rasa ini jalan yang terbaik buat dirinya .
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Ogos 2015

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 


Ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dahulu, cincin baginda pernah dicuri oleh Jin Ifrit. Lantaran daripada itu, Jin Ifrit telah menyamar sebagai Nabi Sulaiman, sehingga baginda terpaksa menjadi nelayan kerana rakyatnya tidak percayakan baginda.

Bagaimana jin Ifrit mampu mencurinya ?

Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu mereka pun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlak yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrit kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan Nabi Sulaiman a.s mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan. Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebut pun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal di perkampungan nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakala di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya ditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkan sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

sumber
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 Ogos 2015

Dia kekasih Allah part#4

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dia kekasih Allah ( PART 4 )


' Sebelum Wildan meninggal dia ada mintak pak cik bagi surat ni pada Fatma ' ujar Haji Ismail pada Fatma sambil meghulurakn sebuah sampul surat berwarna coklat kepada Fatma .
' Adam , Aishah , Fatma sebenarnya Wildan yang mendermakan buah pinggangnya pada Fatma . Dia minta rahsiakan perkara ni sehingga dia meninggal . ' kata Hajah Zainab sambil mengesat air mata yang bertakung ditubir matanya .

' Wildan mengidap barah otak sejak zaman sekolah menengah lagi . Dia tidak mahu lakukan pembedahan sebab dia takut akan risikonya lagipun dia nak habiskan pengajian dipondok . Jika dia menjalani pembedahan berkemungkinan dia akan lupa daya ingatan ' ujar Haji Ismail lagi .
' Selepas dia tamat pengajiannya dipondok . Dia kembali membuat pemeriksaan tapi doktor cakap dia hanya tinggal berapa bulan lagi untuk hidup ' sambung Haji Ismail .

Malam itu mereka berborak panjang mengenai arwah Wildan . Fatma tertunduk air matanya jatuh membasahi pipi dan kain niqabnya . ' Oh Wildan , sunguh murni hatimu ' kata Fatma dalam hati sambil megenggam erat sampul surat berwarna coklat itu . Tiba dirumah dia terus menunaikan solat sunat hajat dan berteleku sebentar diatas sejada sebelum memulakan bacaan al quran .

Selesai semua dia duduk dibirai katil dan terpandang warkah dari Wildan yang diberi oleh ayahnya tadi . Perlahan-lahan Fatma membuka surat dan membaca setiap baris ayat .

" Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum kehadapan ukhti yang memiliki sepasang mata yang menawan . Ana tahu setelah ukhti menerima surat ini ana sudah dijemput illahi . Assif jiddan ya ukhti sebab ana tak pandai bermadah mahupun berkata kata . Ana gagahkan diri untuk tulis warkah ini buat ukhti . Ana tahu ukhti sudah mengetahui yang ana penderma buah pinggang itu . Ana bukan apa ana tak mahu ukhti merasakan apa yang ana rasa . Terlalu sakit menerima semua ini namun ana redha . Ana juga rasa amatlah bertuah kerana tidak semua orang tahu bila matinya . Ana pasrah setiap yang berlaku ada hikmahnya . Ukhti , jaga baik baik ya diri ukhti . Jaga iman , jaga solat , jaga mata , jaga hati dan jaga nafsu . Mungkin sampai sini sahaja yang mampu ana coretkan . Selamat tinggal ukhti "

Tersentuh hati Fatma membaca warkah itu walaupun hanya pesanan yang ringkas . Dia merasakan betapa kuatnya hati lelaki itu menahan derita sakitnya selama ini.


Fatma rasa terhutang budi dengan keluarga Wildan dia sering kerumah Wildan untuk menjaga adik Wildan yang buta iaitu Wardah . Dia kini seperti kakak kepada Wardah . Arwah Wildan dulu sangat rapat dan sangat menjaga adiknya Wardah lagipun adik dia tidak normal penglihatannya seperti manusia lain . Kini tugas ayah dan ibu Wildan untuk menjaga Wardah diganti oleh Fatma .
Fatma melakukan semua itu sebab dia terkenangkan segala jasa Wildan pada dirinya .

' Kak Fatma , kak Fatma mesti cantik kan orangnya . Dan arwah abang cakap kak bukan sahaja cantik rupa tetapi akhlak kak juga cantik ' ujar Wardah sambil meraba raba muka Fatma yang berlapikkan niqab .
' Kak biasa ja sayang . Semua ini pinjaman dari Allah ' . balas Fatma .

Setiap hari Fatma dan Wardah akan membaca al quran bersama sama . Dan Wardah sangat kagum dengan setiap alunan ayat al quran yang dibaca oleh Fatma . Sunguh merdu dan lunak . Suaranya serak basah macam orang arab asli . Puji Wardah didalam hati . Hari ini Fatma tak dapat temankan Wardah dirumah kerana Fatma demam panas .

' Fatma mari ummi bawakan Fatma ke klinik ' kata Hajah Aishah pada anak kesayangannya itu .
' Takpa ummi Fatma dah hampir sihat ni ' balas Fatma dan cuba bangun untuk duduk .

Ummi risau melihatkan keadaan Fatma . Selepas kejadian dia selamat dari penyakitnya amal ibadatnya makin bertambah . Fatma menyatakan yang dia sangat bersyukur kerana Allah masih beri dia peluang kedua . Sehinggakan kadang dia menghabiskan malamnya hanya untuk bermunajad pada Allah dan dia tidak tidur . Dia merasakan betapa indahnya bila saat dia banyak menghabiskan masa bersama kekasihnya Allah swt .

Fatma juga merasakan setiap saatnya amat berharga dan dia mahu semasa Allah masih memberikannya nafas dia tidak mahu sekali pun lalai mengingati Allah . Setiap kali berdoa Fatma selalu mengungkap
' Ya Allah , dindingkan hatiku untuk terus mencintaimu dan mencintai kekasihmu Muhammad . Dan biarkan aku terus tenggelam dalam lautan cintamu . Aku tidak mahu mensia siakan hariku tanpa mengingati dirimu walaupun sesaat . Jadikan aku hamba yang sentoasa mendahagkan curahan cinta dan sayangmu . '
Fatma duduk dibalkoni biliknya bersama senaskah buku berkisar kisah ' Tarim ' . Hari itu dia hanya sempat membaca beberapa helai kerana kesibukkan dirinya pada ketika itu menguruskan pernikahannya yang dibatalkan dan sebab penyakitnya dahulu . Ada satu kisah didalam buku itu yang begitu menarik perhatian Fatma kepada sepotong hadis bukhari iaitu Rahmat dan kurniaan Allah tidak putus-putus mencucuri bumi barakah ini. 

Maka nyatalah isyarat yang di pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW : “ Aku menghidu nafas ar-Rahman dari arah Yaman” Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman. “ (H.R. Bukhari)
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai