Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantine keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.
 |
| Wilayah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. [sumber] |
Mamluk
Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di
lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa
Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman
Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu
Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini
berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.
Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh
puak Monggol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan, seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus berkembang semasa
"tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.
Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan. Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan
karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu
Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu
geografi, matematik, dan astronomi seperti
Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti
Al-Biruni dan sebagainya.
Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.
Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan
Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.
Dalam bidang matematik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar matematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.
Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.
Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.
Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.
Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah
• 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
• 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
• 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
• 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
• 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
• 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
• 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
• 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
• 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.