31 Oktober 2014
Don't look down on anybody unless you're helping them up.
30 Oktober 2014
Sejarah Islam Disebalik 7 Hari
Hebatnya Allah menjadikan semua hari-hari penuh bermakna. Nak tahu apa peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari-hari tersebut ? Let's review.
Hari Isnin
Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...
1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
Hari Selasa
1. Wafatnya Nabi Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.
Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut itu).
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.
Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Adam dan hawa.
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.
Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab.
1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.
Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.
Sebagai umat Islam yang taat kepada-Nya kita seharusnya rasa bersyukur sebab Allah menjadi seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas boleh menjadi ikhtibar kepada kita betapa Allah itu Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk-Nya. Sama ada segala fakta ini benar-benar sahih atau tidak, wallahu'alam. yang baik kita jadikan sebagai iktibar insyaAllah.
Labels:
News and Info
25 Oktober 2014
Selamat ulang tahun keempat tv Al-Hijrah !
kasi besar sikit. Haa ada nuur gitu. |
i heart <3 p="">3> |
A video posted by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Labels:
REVIEW
22 Oktober 2014
Saya Mahu Sentuh Al-Quran !
Naib Juara = RM200
Ketiga = RM100
Dapat saguhati pun boleh saja bahh.
Kempen individu pula ?
- Tilawah sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.
- Kempan upload gambar masing-masing di media sosial (FB, twitter, instagram) dengan Alquran, dan quote di dalam gambar tersebut PERASAAN bila bersama alquran.
- Kemudian hashtag ; #sayamahusentuhAlquran #TarbiahSentap #Indahnyaislam
- Viralkan hashtag tersebut di media sosial tak kira FB, twitter, instagram!!
- Kempen “Al Akh Alwahid” (Seorang satu), sebagai insiatif untuk setiap orang, sekurang-kurangnya mengajak seorang kawannya yang lain untuk membaca Alquran.
- Tukar profile picture dan cover photo anda dengan design yang kami sediakan, untuk lebih menghidupkannya program ini .
Then kempen ipta/ipts, blablabla dan bla dan pokoknya adalah team #TarbiahSentap akan menjelajah ke universiti dan juga memerlukan sukarelawan untuk mengajar quran di tempat masing-masing, membuka group di telegram, street dakwah and the other fabolous activities. Ehemms. Kalau saya cerita banyak-banyak pun, nanti korang akan bukak blog ustaz adnin jugak kan. kankan. so dah la tu. Cuma nak kecoh sikit sebab suka sangat. kekeke. InsyaAllah jika ada masa terluang, saya nak join juga group di telegram ni. Kalau korang nak join pun, boleh isi form,
PEREMPUAN, isi di sini: http://goo.gl/forms/NTqTbcR5Fd
Interesting. seriously wehh.
Untuk maklumat lanjut dan bersaing dengan saya, cewahh kan klik sini > TEKAN. Semoga semua mendapat manfaat dari kempen yang sungguh bagus ini insyaAllah.
Labels:
The Power of Quran
13 Oktober 2014
Berwuduk Sebagai Penawar
*repentance* typing and eye error. err |
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini beliau menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah beliau mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya prof Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Syukur Alhamdulillah, semoga akan bertambah kukuhnya Islam dengan bertambahnya umat Islam. InsyaAllah.
Hikmah Wudhu
Ulama Feqah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa.Anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa..
Dosa mengambil hak orang lain contohnya bermula dengan ? Tangan.., begitu juga kebanyakan pancaindera yang kebanyakannya terletak pada bahagian muka. Ada pancaindera dekat selain muka ke ? Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru dilihat mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dihidu hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Allah Allahh..sobss
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa malah para ulama' melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti tayammum dan mandi junub. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, iaitu memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Labels:
Because Allah is GREAT
,
News and Info
9 Oktober 2014
The night of Jumaat
The moon embraces the sun [tajuk drama korea nih] subhanallah. |
- Memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Mandi sunat pagi Jumaat
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Brangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka itu baik. Namun barangsiapa yang mandi ketika itu,maka itu lebih baik."
{Hadis Riwayat An-Nasaie, Tarmidzi dan Ibn Majah}
- Menggunakan minyak wangi dan bersugi
- Solat sunat ketika menunggu Imam atau Khatib
{Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim}
- Bersegera untuk berangkat ke masjid (Bagi lelaki)
Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar berkata :"Hadis ini bermaksud, para sahabat memulakan solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang (waktu Qailullah) Berbeza dengan kebiasaan mereka ketika menunaikan solat Zohor ketika panas. Sesunnguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian menunaikan solat ketika matahari telah rendah (kurang panasnya)."
- Solat sunat setelah solat Jumaat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat..." Amr menambahdalam riwayatnya, bahwa Suhai berkata :"Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang." {Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi}
- Membaca surah Al-Kahfi
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya antara dua Jumaat" {Hadis riwayat Imam Al-Hakim}
- Memperbanyakkan berdoa
"Pada hari itu, terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim solat, kemudian berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia (Allah) akan memakbulkannya." Lalu baginda mengisyaratkan dengan tangannya, (yang kami fahami) untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." {Hadis riwayat Bukhari dan Muslim}
Labels:
The Power of Ibadah
2 Oktober 2014
Derita syaitan di Hari Arafah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Daripada Abu Talhah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :"Selain daripada hari peperangan Badar, tidak ada lagi hari di mana syaitan terlihat sangat rendah, sangat kecil, sangat hina dan sangat marah, kecuali pada hari Arafah. Perkara itu berlaku kerana melimpah ruahnya rahmat Allah yang turun pada hari itu, dan banyaknya ampunan Allah terhadap dosa-dosa hamba-Nya. {Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al-Misykat}
Labels:
Alkisah
,
The Power of Ibadah