-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label The Power of Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label The Power of Quran. Papar semua catatan

22 Oktober 2014

Saya Mahu Sentuh Al-Quran !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

Alhamdulillah100x. Syukur atas segala nikmat yang tidak dapat dikira ataupun terlintas bayangan di fikiran kita betapa banyaknya nikmat kurniaan Allah tersebut. Tarik nafassssss sambil dalam hati menyebut 'Allah', dan hembus sambil dalam hati menyambung 'huAkbar !' . Alhamdulillah. Sesampainya saya di rumah, siap kemaskemas rumah, so macam biasalah.. kita teruskan membaca blog-blog favourite selain buku, jyeahh ! 

So with high desire and spirit, marilah menjayakan kempen menarik lagi bagus meletup-letup ni. Kempen "Saya Mahu Sentuh Alquran" Anjuran Tarbiah Sentap!. Kita boleh join pertandingan yang dianjurkan oleh team #TarbiahSentap atau boleh juga menjayakan dengan tindakan individual. Bezanya, bahagian pertandingan akan diadili oleh team #TarbiahSentap tetapi kempen secara individu adalah tanggungjawab diri sendiri untuk mendekatkatkan diri dengan Al-Quran. Dengan kata lain, amanahkan diri sendiri. Yeahh that's the good way to get connected with Allah the Almighty.


Pertandingan yang dianjurkan termasuklah design poster bertemakan sayamahusentuhalquran yang insyaAllah dijanjikan dengan hadiah yang sangat memberangsangkan saya. ye lah. saya nak join la ni.

Juara = RM300
Naib Juara = RM200
Ketiga = RM100
Dapat saguhati pun boleh saja bahh.

Kempen individu pula ?  
  • Tilawah sekurang-kurangnya 10 ayat sehari.
  • Kempan upload gambar masing-masing di media sosial (FB, twitter, instagram) dengan Alquran, dan quote di dalam gambar tersebut PERASAAN bila bersama alquran.
  • Kemudian hashtag ; #sayamahusentuhAlquran #TarbiahSentap #Indahnyaislam
  • Viralkan hashtag tersebut di media sosial tak kira FB, twitter, instagram!!
  • Kempen “Al Akh Alwahid” (Seorang satu), sebagai insiatif untuk setiap orang, sekurang-kurangnya mengajak seorang kawannya yang lain untuk membaca Alquran.
  • Tukar profile picture dan cover photo anda dengan design yang kami sediakan, untuk lebih menghidupkannya program ini . 
Then kempen ipta/ipts, blablabla dan bla dan pokoknya adalah team #TarbiahSentap akan menjelajah ke universiti dan juga memerlukan sukarelawan untuk mengajar quran di tempat masing-masing, membuka group di telegram, street dakwah and the other fabolous activities. Ehemms. Kalau saya cerita banyak-banyak pun, nanti korang akan bukak blog ustaz adnin jugak kan. kankan. so dah la tu. Cuma nak kecoh sikit sebab suka sangat. kekeke. InsyaAllah jika ada masa terluang, saya nak join juga group di telegram ni. Kalau korang nak join pun, boleh isi form, 

LELAKI, isi di sini: http://goo.gl/forms/ng6yj0vRuu
PEREMPUAN, isi di sini: http://goo.gl/forms/NTqTbcR5Fd

Interesting. seriously wehh.

Untuk maklumat lanjut dan bersaing dengan saya, cewahh kan klik sini > TEKAN. Semoga semua mendapat manfaat dari kempen yang sungguh bagus ini insyaAllah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Ogos 2014

Ayat-Ayat Cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamulaikum :)


Syukur. Syukur. Alhamdulillah atas nikmat yang terbesar untuk kita iaitu Iman dan Islam. Berkata-kata, bercakap, bersembang, bertutur, bertutor dan apa-apa sajalah yang berkaitan Al-Quran ni, maka hendaklah kita bersikap agak serius. Kening rapat. Yang dimaksudkan dengan serius di sini haruslah difahami bahawa kita kena start dengan belajar adab-adab dengan Al-Quran dulu, after that, pas ke belajar membaca, istiqamahkan membaca dan seterusnya...Hafaz ! Uuuu yeah. Tiada yang mustahil bagi kita unutk melakukan apa yang Allah suka ni asalkan nak sejuta daya, tak nak satu dalihpun. Bagi yang bukan beraliran tahfiz, ada sikit tips menghafaz yang telah saya kongsikan sebelum ini. Ianya bermanfaat bagi saya. Sungguh ! Anda ? Err. Mari sini tengok kalau rajin > Tips Menghafaz Al-Quran Bagi Yang Bukan Aliran Tahfiz

Seterusnya kita study dalil-dalil sahih agar kita lebih bersemangat menambah power dan megecas bateri agar lebih bertenaga dan dikurniakan kefahaman hendaknya. InsyaAllah.

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

wow. wow. Baru satu hadis. Satu cerita.


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)



Ya Allah, dekatkan kami dengan Quran, hiaskan kami dengan perhiasan Al-Quran, 
Muliakn kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan tinggikan kami dengan ketinggian kami.
Redai kami dengan keredaan Al-Quran. Ameen.

Barakallah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Oktober 2013

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum gaiss.

Alhamdulillah. This time kan, ramai kot yang sakit berbahaya ni. Macam yang kita dah sedia maklumlah kan, penyakit ni sukar nak sembuh. Almost all yg menghidap penyakit ni memang innalillah. Tapi kuasa Allah kan tiada yang mustahil. Kalaupun kita rasa tak mananyalah sembuhnya penyakit ni dengan hanya baca-baca ayat-ayat quran or zikir. Takpe, no hallah. Buat je, kalau Allah tak izinkan kesembuhan kepada kita, kita sekurang-kurangnya dah berusaha dengan cara mendekatkan siri pada Allah pule. tak ke gitu .Ohh hope bukan 'KITA' lah kan yang kena. nauzubillah.
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Hanya dengan izin Allah. Kalau tak sembuh, memang dah masa kita Allah nak panggil balik ^^,

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.
Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 Julai 2013

Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 

Satu info menarik yang saya tahu, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu. Semua pekerja atau pemerhati adalah hafiz, jadi untuk menjaga aurat dan mengelakkan mereka tak lupa hafalan, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu.

*bersih 


























Inilah yg dikatakan islam agama yg suci lagikan terpelihara sehingga hari qiamat. insyaAllah :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Jun 2013

KIita bertanya lalu Al-Quran menjawab

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum and hye :)

Alhamdulillah untuk semua kebaikan yang Allah kurniakan untuk kita hari ini. Bermanfaatnya mukabuku kalau kita gunakan sebaiknya :face44:
Jom teruskan dengan artikel beserta dalil ni. 



KENAPA AKU YANG DIUJI ?   :face29:
Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (29:2-3)


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM2KAN ?    :face6:
Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (2:216)


KENAPA UJIAN INI SANGAT BERAT UNTUKKU ?   :face30:
Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (2:286)


KENAPA AKU KECEWA ?    :face23:
Quran menjawab, “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (3:139)


BAGAIMANA HARUS AKU MENEMPUHINYA ?    :face14:
Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (2:45)


KEPADA SIAPA YANG HARUS AKU BERHARAP ?    :8:
Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadanya aku bertawakkal” (9:129)


APA YANG AKU DAPAT DENGAN UJIAN INI ?    :face20:
Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (9:111)


AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA...     :face36:
Quran menjawab, “... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (12:87)


SAMPAI BILA AKU AKAN MERANA, MENDERITA DENGAN UJIAN NI  ?
   :face34:
Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (94:5-6)


NOTA KAKI.
Baca setiap satu dan insyaAllah kita akan dapat apa yang Allah ajarkan melalui Al-Quran . Mudah saja . Ingat akan janji Allah setiap kali kita berasa susah hati. Baca surah Alam Nashrah selalu. Pastu pastikan selepas semua emosi yang muram kita kan berkahir dengan ketenagan kerana ALLAH. camni haa -->:17: 

Jangan putus asa jika Allah SWT menunda apa-apa yang kamu sukai. Jangan bersedih hati. Tetapi bersabar dan tersenyumlah. Kerana DIA berfirman dengan penuh kasih sayang. 

ان مع العسر يسرا

Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.



credit
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai