-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Angguk geleng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Angguk geleng. Papar semua catatan

21 Julai 2015

Jodoh

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Cikgu, "Baiklah masa Ibadat2 dah habis. take5 dan lepasni kita sambung subjek favourite awak, subjek munakahat.."

Murid, "yeayyyyy !"

meriah. kerana saya menjadi salah seorang dari pelajar tersebut, saya faham benar bahawa mereka 'yeayyy' itu adalah kegembiraan nak belajar subjek munakahat sedangkan subjek seperti faraid, ibadah2(mualmalat), bahasa arab, semua meja rata dan hanya kedengaran suara cikgu yang setia mengajar tanpa menghiraukan dengkuran nak-nak mughidnya. mashaAllah. Waktu itu adalah kelas darjah khas pada hari sabtu di sekolah saya yang mana guru2 darjah khas diimport dari sekolah lain memandangkan sekolah kami sekolah menengah manada guru sekolah rendah agama.
Kalau tak tahu apa darjah khas, bolehlah google dengan kata kunci darjah khas johor. tangan ni dah limit nak taip apa. maaf :p



seawal darjah enam sehingga kami naik ke tingkatan satu ketika itu, hampir semua pelajar suka benar bila nak start subjek munakahat (perkahwinan). sebaliknya, saya. saya tak suka benar ! benarbenar. mungkin hanya saya sorang yang letak dua penumbuk bawah dagu sambil terlentuk kepala ke kiri dan ke kanan *jangan tiru aksi ini* mashaAllah. geleng2. saya tidak berminat. saya lebih suka dan cenderung akan subjek sirah anbiya' dan para sahabat dan subjek-subjek-subjek lain seperti tafsir.

saya menghormati pendapat dan kecenderungan masing-masing dalam hal ini. Namun ingin saya tekankan, usahlah terlau bersungguh mencari cinta sebelum sampai masanya. Kita tersalah mentafsirkan cinta, malah ada yang takut menjadi andartu dan ketinggalan zaman kerana pengaruh untuk mencari couple kerana persekitaran yang begitu. aduhhh

benar sungguh, kita generasi sungguh rapuh. ramai umat islam, tapi apa jelah yang kita boleh buat untuk menggentarkan hati mereka yang kita 'boikot' itu ? atau hanya boikot di mulut dan bermusim pula ? uppsss. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Jun 2015

Umat yang sakit

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

Masa benar-benar mengubah zaman kanak-kanak kini, juga gejala sosial yang membiak-biak yang sukar sekali menujukkan penurunan positif.




Zaman tadika saya, yang saya tahu hanyalah main buayan dan main nyorok2 dan yang seangkatan dengannya. tapi kerana teknologi, media, dan persekitaran, zaman kanak-kanak itu semakin musnah ! tidakkk ! saya yang merasa betapa seronoknya zaman kanak-kanak dulu pula semakin annoyed dan geleng kepala saja memerhati tingkah anak-anak zaman sekarang.

Ada yang asyik dengan crush dan couple, dan pemandangan yang menyedihakan bagi saya adalah budak-budak hanya lebih kurang 2 tahun lebih dah sebati dengan phone. kalau setakat nangis sebab nak pegang phone, takpa juga, ini memang nak guna..main game, selfie dan sebaginya. macam lucu juga saya tujukan ini semua pada kanak-kanak yang mumayyiz pun belum. namun saya melihat sendiri di hadapan kanan kiri saya pemandangan aneh. aneh !

Pendapat saya, mereka sebenarnya tidak wajar sama sekali dilpeaskan dengan begitu mudah oleh ibu bapa untuk menggunkan gadget2 mahal serupa iphone, S3, Note2, Xperia dsb. kenit sangat adik manis tu. biarlah mereka dilepaskan bermain dan mengenal dunia luar berbanding hanya terkunci dengan alat-alat canggih itu ! penghujungnya akan banyak efek buruk. cthnya, seawal tadika dah pakai spec, communication dengan ibu bapa sendiri pun fail. lahai, kalau kemaruk game sangat bagilah nokia picit2 tu haa. itupun wujud masa saya darjah empat. 'fuyooo !' tu je yang keluar dari mulut saya waktu tu. oh sungguh kanak-kanak 1990+ :p maaf jika saya bercakap seolah-olah saya ada pengalaman mendidik anak sendirik. heh.

tidak semua perkara perlu didik dengan pengalaman. kita ada quran, dan sunnah dan dikurniakan otak yang geliga !
manfaatkan. timbalah ilmu. anak-anak yang kecil perlu dididik dan dipenuhi dalam dada mereka dengan ilmu agama dan cinta yang mendalam untuk membangunkan dan mewarisi ummah ini ! sehebat Nabi Muhammad! Para Sahabat ! sudah....aku merindui mereka...*nangestutupmuka*
sollu alannabi !

saya teringat pula entri ustaz Pahrol Mohamad Juoi tentang cinta.
mari baca ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Mei 2015

Pandang muhasabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
syukur. saya masih di sini bernafas, melihat, mendengar, duduk, menaip-naip pada skrin laptopku sendiri. allahh. alangkah beruntungnya diri ini sedangkan masih ramai umat islam yang dahagakan ilmu, kasih sayang dan bimbingan.
Sejurus tamat peperiksaan untuk subjek-subjek sakit kepala, saya dan ayu melemparkan ketenangan dengan berjalan-jalan di ioi. *tenang eh ?* dapatlah melepaskan pandangan sekejap dari uniten. eheh. ketika sedang duduk di bench sementara menunggu ayu di tandas, saya melihat sesuatu lakonan yang merobek hati saya dan membuatkan saya berfikir panjang...dari hari ke hari.

satu susuk tubuh yang amat saya kenali lalu di hadapan saya bersama seseorang yang berlainan jantina dan agak rapat kedudukannya antara satu sama lain. bilamana mereka lalu di hadapan saya, dengan jelas saya dapat melihat bahawa mereka berdua bukan sahaja rapat bahkan berpegangan tangan mesra. dan berborak mesra. senyuman lebar terukir bahagia, agaknya.
oh ! mungkin pelanduk dua serupa ?! namun akhirnya saya kalah sendiri untuk berhusnuzon lagi.
benar, itu dia. lagak, senyum, cara jalan dan semuanyalah ! memang dia. kerana kelibat itu sendiri yang akhirnya mengenali dan lari dari saya.


kerana saya tahu benar..dulu
dia bukan student biasa-biasa
dia bukan student yang tidak menjaga ikhtilat
dia bukan student bermasalah
dia bukan student...hm yang berkaitan dengannyalah.
malah, dia student yang membawa agama. dakwah, usrah, nadhwah, kem kepimpinan islam bahkan tazkirah ibarat makanannya.
kerana itu, saya kecewa. saya pulang, dan melihat diri saya di cermin. 

Wahai allah, tetapkan hatiku dengan iman yang indah ini. tetapkan aku, dengan jalan dakwah ini.
benarlah, yang memegang hati itu, adalah Yang Maha Kuasa. kasih sayang-Nya begitu luas sehingga dalam firmanNya dan sabda Nabinya ada tercatat;
"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS. al-An’am 6:125) 
Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)
sungguh, manusia tidak layak menghukum !
sedangkan manusia yang pernah membunuh 100 nyawa masuk syurga, inikan pula seseorang yang pernah menyebarkan kebaikan dan menyubur dakwah.
usah berbalah, dan menyebar fitnah. berkata-kata dan menghukum bagaikan kita tidak pernah salah ! sedangkan kita hanya bertuah kerana aib kita, ditutup Allah.
Allahuakbar.

selagi nyawa belum bertemu ajalnya, mari doakan semua sahabat kita, semua yang pernah melakukan kebaikan bahkan jika hanya membalas senyuman kita di jalanan sekalipun ! ayuh. usah pentingkan diri.

muhasabahlah.

cermin diri kita.

kerana esok di alam seterusnya, kita akan ditanya akan amal kita sendiri.
hakikat dunia, adalah 'lakonan;.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 Mac 2015

Faith

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ?

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?

Student :
Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes.

Professor:
My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor:
You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No.

Professor: Where does satan come from ?

Student : From … GOD …

Professor:
That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student :
Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor:
Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor:
Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student :
No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor : Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Professor :
Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor :
According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor :
Yes, faith. And that is the problem Science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor : Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor : Yes.

Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.
(There was pin-drop silence in the lecture theater.)


Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor : Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?

Professor : So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor :
Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor : If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student :
Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)



Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.


NOTA KAKI.
Bukan semua dari kalangan manusia biasa seperti kita, mempunyai akal yang bijak dan kemampuan luar biasa bila berhadapan dengan psiko atau sikap ingin tahu orang bukan Islam atau Atheis. Namun, kita dituntu untuk untuk mengukuhkan akidah kita, dan tidak jahil tentang agma sekurang-kurangnya. Sekurang-kurangnya lagi, kita tidak sombong apabila mendapat ilmu agama yang baru. Semoga iman kita sentiasa baharu dan meningkat agar kita sentiasa special dan cantik di hadapan Allah. Allahua'alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 November 2014

Mesyuarat iblis sedunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alkisah..

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata;

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK !"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. 

Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?


NOTA KAKI.
Bagi saya yang sentiasa turut balajar, saya merasa begitu terkesan dengan setiap intipati perbincangan iblis-iblis tersebut. lihatlah sekeliling kita !
think it, ask our imaan.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 November 2014

Abu Nawas; Kesempitan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Do visit here;
NOTA KAKI.
Syukurlah. Kita sering merasakan kita malang, selalu ditimpa musibah lebih dari orang lain. Kerana ? Kerana kita tidak melihat orang-otrang yang jauh lebih susah dan malang dari diri kita. Allahh.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

31 Oktober 2014

Don't look down on anybody unless you're helping them up.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

marilah kita bersyukur dengan nikmat iman dan islam.
what to talk. isk isk

\


Habis tonton ? Marilah kita bermuhasabah. Tidakkah kita terlalu banyak merungut dengan apa yang kita ada ? Jika tidak, berapa banyak saja kita bersyukur ?

kebanyakan orang berpendapat bahawa orang yang meminta-minta a.k.a pengemis ini banyak yang masih kuat bekerja. kenapa harus meminta-minta ? atau banyak juga yang takut memberi kerana bimbang mereka adalah agen sindiket. atau juga mereka yang bimbang pengemis-pengemis jalanan yang kaiki tempang, buta, patah tengkuk dan sebagainya itu ternyata hanyalah lakonan di belakang mereka. wait. (aku tulis tengkuk ke ?)

namun pendapat personal saya, kepada siapa pun kita memberi dengan ikhlas, ganjarannya tetap; pahala. uwaaa mashaAllah tidakkah kita berasa beruntung merasai hidup dalam keadaan muslim ? apa sahaja kebaikan yang kita lakukan terhadapa makhluk bernyawa kerana Allah, adalah pahala. alhamdulillah.
bagi saya, hanya perlu beri kepada yang memerlukan apatah lagi semasa kita berada dalam keadaan kesempitan.

"dah kenapa kau ngah ! kau tu dah la kais pagi makan pagi, kalau tak kais ikat perut, tapi yang engkau bagi pengemis makanan kau dah tu kenapa ?"

what you give, you will get more. double ! uwaaa. this is islam again. how best la bebeh ! kalaupun kita memberi pada orang yang salah, berdosakah kita ? ya. berdosa jika kita memberi dengan duit haram. maha adil kan Allah ? asalnya, tetap datang dari niat kita. tidakkah kita merasa bersyukur kerana dengan adanya mereka, kita mempunyai banyak option, choice untuk bersedekah ? 

mari kita lihat pula; kita sungguh berasa kasihan sehingga lap-lap hingus hijau bila menonton rancangan bersamamu misalnya dan apabila kita melihat kesengsaraan penduduk-penduduk afrika dan saudara-saudara seislam kita di negara lain yang ditimpa musibah, malah kita turut memberi sumbangan yang banyak. mashaAllah. sungguhhhh good. jempol sikit

tetapi ya, bagaimana dengan penduduk-penduduk di negara kita sendiri yang masih terlalu ramai yang miskin dan fakir sih. mungkin tahun ini kadar kemiskinan semakin meningkat dek kenaikan harga minyak sekaligus harga barang ? mungkin. namun  selepas kita memberi, janganlah lupa untuk mendoakan mereka. jangan hanya mengharapkan doa mereka sahaja.

semoga dengan pemberian kita kerana Allah itu, Allah akan memudahkan urusan dan meluaskan rezeki kita dan juga mereka yang kita beri. mudah-mudahan sedekah dan kebaikan kita itu akan menjadi salah satu pintu syurga bagi kita. alah seronoknyaaa ya ampun.

btw, we have to remember; sedekah bukan pada manusia je, tetapi bagi setiap makhluk yang bernyawa. lepas bagi makan kucing tu, talktalk la sikit dengan dia;

"ali, kite tengah study dan menghafal quran sekarang, nanti ali doakan kite tau. kalau ali lapar, ali datang cari kite k. kite 'amin'kan dulu, ameeen"

jadi ali adalah nama kucing tu. mungkin kucing tu kecil-kecil tapi gagah macam saidina Ali Abu Talib kwj mungkin. 


tidak usah kita memandang hina kepada orang lain melainkan kita boleh uruskan diri kita dan seluruh kehidupan kita totally sendiri. boleh ? bak lirik lagu siti nurhaliza, takkan mungkin kita bertahan hidup dalam bersendirian. mudahnya, kita sering memandang hina kepada yang lebih rendah darjat dunianya berbanding kita adalah kerana kita kurang bersyukur. hehh. ini betul-betul, bukan cobaaan. kita tidak pernah tahu tahap keimanan dan kekuatan iman kita jika yang ditakdirkan berada di tempat mereka. allahurabbi. maka bersyukurlah. dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain. 

Lagu pilihan saya hari ini adalah, Rahmat Ujian by Mestica.


voila ! Salam muhasabah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 September 2014

Kesombongan; So you think you are the best ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Tidakkah kita melihat sekeliling kita sikap yang suka  menghina dan merendahkan orang lain ?
Salah satu sebab.

SOMBONG. Bak peribahasa melayu, Hidung Pinoccio. [weyuuu] Correction ,; Hidung Tinggi.

Apabila adanya perasaan sombong dalam diri kita, maka dengan mudah kita memandang rendah manusia lain. Alah. Memang nak nafikan aje kalau orang kata kita sombong. Sedangkan Nabi kita, SAW pernah bersabda;
“ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"(HR At-Thabbrani dari Anas RA). 
Cuba kau cermin diri kau, kau akan nampak diri kau cantik aje. Grrr [tetibe marah]

Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. Tak cukup dengan kesombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah S.W.T. dan sanggup menghina Nabi Adam a.s. dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. yang dijadikan daripada tanah yang hina.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri
. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.



7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Allah S.W.T.

1. Sombong kerana kelebihan dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan melalui sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud :
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal soleh, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan. Bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Allah S.W.T, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi, merasakan keturunan mereka mulia dan dikasihi Allah S.W.T.

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendahkan ciptaan Allah S.W.T. hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. Eh, saya allergic dengan perkataan pendek, dan ketot ni. 

Aku lebih comel 20 ribu kali ganda daripada kau. So ?

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi oleh Allah S.W.T. membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Sedangkan kita lupa, bahawa kekuatan itu semua datangnya dari Allah, malahan setiap orang ada kekuatannya sendiri; pada tempat yang berbeza-beza. Jika kita dikurniakan kekuatan fizikal, gunakanlah ke arah yang dapat mendatangkan reda Allah dan manusia, contohnya, membantu kerja-kerja bersesuaian semasa bergotong-royong bersama keluarga dan penduduk setempat.


7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. Ahaa dan contoh yang insyaAllah paling dekat dengan kita; era moden kini adalah perkataan 'followers' di media sosial khususnya di twitter, instagram, blog dan anak cucunya. Jika tujuan kita wujudkan akaun-akaun media sosial tersebut adalah untuk berdakwah, maka gunakan cara sebaik-baiknya yang sesuai dengan kita untuk mengelakkan riak dan sombong. Moga segala usaha kita dalam maya yang kita gelar dakwah tersebut, tidak akan dicampak semula ke muka kita kerana sombong dan riak. Nauzubillah.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Fikirkanlah.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
Sedih. Sedih. Marilah kita panjatkan doa sebanyaknya pada Allah agar dibantu jauhkan segala penyakit hati dan hitam legam waktu malam ni. InsyaAllah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Ogos 2014

Abu Nawas; Menyelesaikan Perbalahan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Do visit here.

Alkisah..


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 Julai 2014

Golongan Yang Paling Suka Perkara Khurafat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v



“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, “Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir”. Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, “(QS. Al-Baqarah: 102).



KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya.




Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.


Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan dapat dikawal perasaan dan fikirannya.Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan ke rusakan di tengah masyarakat.

Mereka menggunakan sihir untuk menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara suami isteri.Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri, sekalipun dengan cara-cara sihir.


Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.


Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir

Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Julai 2014

Apabila non-muslim menegur orang Muslim

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. hai (!)

Tersebutlah kisah..

Semalam dalam tak berapa sihat aku terpaksa menghadiri "meeting" yang telah dijadualkan untuk aku..dan selepas mesyuarat aku mengajak rakan untuk makan tengahari di KLCC..maklum lah tekak tak beberapa bagus ingin mencari makanan yg menambat seleraku.

Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...

Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionhua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...

Ada satu seolan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?



Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...

Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.

Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...

Nah, terang-terang kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....

Wahai rakan2ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...

Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...

[cerita yang dikongsi]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Mei 2014

Ku Sangka Orang Gila

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

*gambar hiasan


THROWBACK.

26 May 2011.
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh" karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpa pakcik, saya akan bayar ansuran kalau pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik tadi tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pergi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik? Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut !). Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu. Amiin.

NOTA KAKI.
Beliau yang menceritakan kisah di atas bukanlah saya. Saya hanya menyampaikan kisah yang baik ini :)
Kamsa Hamnida. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 Januari 2014

Abu Nawas; Dihukum Mati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Do visit here.

NOTA KAKI.
Bagi seorang pemimpin, alangkah pentingnya berlaku adil dengan menyiasat sesuatu perkara hingga ke akar umbi terlebih dahulu.
Bagi orang yang dituduh, wajiblah mempertahankan diri dan berlaku jujur jika tidak bersalah. Berani kerana benar. Takut apabila salah. Maka, tak payahlah takut, kerana hidup dalam penipuan sungguh merugikan dan menyeksakan.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 Januari 2014

Abu Nawas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Alhamdulillah sem2 saya di MFI dahpun bermula. Alhamdulillah juga dapat ambil sedikit masa menaip kejap  So kehidupan as a buzy woman dah kembali. eh ehhh  'woman' lah sangaat. And kelas saya adalah kelas Mechanical2 and jadual memang sesungguhnya menguji keimanan dan tahap kesabaran sebagai seorang yang bergantung harap dan belajar kerana Allah. hee faham2 jelah. Kelas hampir setiap hari tamat pukul 6:45 p.m. kesahnya solat asar lambat tu bukan hape pun.
Btw, inilah ujiannya. Baru kat mfi :) ok ! untuk mengurangkan masa menaip sini, so habis sini jaa :P yok baca komik yang bermanfaat ni pulaa 



^^


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Oktober 2013

Abu Nawas; Istana di Atas Awan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

Do visit here.
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 September 2013

Fakta-fakta menarik tentang orang Malaysia



1. Suka buang masa - orang lain dah start kerja jam 8am, dia masih minum kat kedai sambil merokok dan cerita. Dah sampai ofis, sempat lagi buka FB, blog dan macam-macam. ..

2. Makan sambil cerita - boleh sampai sejam lebih baru siap makan. Tangan tu bkn guna utk suap makanan dalam mulut tapi tunjuk sana sini.

3. Sibuk dengan hal orang lain - suka sangat ambil tahu hal orang lain "suka jaga tepi kain orang". Tak boleh nak duduk diam, nak cari kesalahan orang lain je....

4. Suka kritik orang - semua nak dikritik tapi jarang pula kritik diri sendiri. Melalut je kerjanya. contoh : orang ini kritik orang itu yang berbeza pendapat dengannya... pastu bila orang tu hentam dia, dia marah. Dia saja yang betul, orang lain tak betul...

5. Suka ikut lorong kecemasan apabila berlaku kesesakan di lebuhraya. Dalam hati dok fikir, kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh...

6. Suka mengharapkan orang lain, contoh jika ada gotongroyong di kawasan setempat " Ah...malas lah pergi...orang lain kan ramai lagi boleh pergi, kalau setakat aku sorang jer, tak luak pun". Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa orang lain pun berfikir seperti kita juga...jika semuanya penduduk setempat berfikiran seperti kita, abis siapa nak pergi?

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

16 September 2013

Cipta manusia abadi : Rusia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Hai 
Bukan satu rahsia lagi bahawa Rusia adalah salah satu negara yang maju membangunkan manusia mesin atau cyborg. Kali ini salah satu jutawan di negara tersebut ingin ciptakan manusia abadi.

Mashable (02/04) melaporkan bahawa ada seorang jutawan asal Rusia ingin menggabungkan tubuh manusia dengan mesin agar tercipta tubuh manusia abadi.

Sebenarnya, jutawan yang bernama Dimitry Itskov ini sudah mula melakukan pembiayaan kepada beberapa saintis untuk merealisasikan ideanya tersebut sejak 2011, namun hingga sekarang pola yang diinginkan masih belum tercapai dan terus dibangunkan.

Prinsip kerja yang dikehendaki oleh Itskov adalah dengan menggunakan otak manusia yang masih aktif ke dalam tubuh sebuah manusia mesin atau cyborg. Dengan menggunakan otak aktif tersebut, maka manusia si pemilik otak akan tetap hidup hanya dalam balutan tubuh mesin bukan daging dan tulang seperti manusia pada umumnya.

Tidak hanya itu saja, apabila organ manusia tersebut sudah dapat terintegrasi sempurna dengan tubuh mesinnya, maka ingatan, keperibadian dan segala hal yang dimilikinya masih akan tetap ada atau tidak dipadam serta dia akan mendapatkan tambahan keupayaan lain seperti dapat berhubung dengan internet, bergerak dengan kelajuan cahaya sampai mampu untuk hidup di luar angkasa.

Boleh saja orang awam melihat idea yang cuba direalisasikan Itskov ini adalah suatu perkara yang tak masuk akal, namun sekarang ini sudah ada teknologi yang tercipta sedikit mirip seperti idea dia tersebut.

Teknologi yang dimaksudkan adalah teknologi yang membolehkan manusia untuk menggerakkan, mengendalikan dan mengawal sebuah mesin hanya dengan pemaksimalan kerja otak atau yang disebut dengan Brain-Machine Interface (BMI).

Memang apabila melihat dari pola ketukangan dan ideanya sangat bercita-cita tinggi dan menentang undang-undang alam terutama hukum Tuhan, namun Itskov yakin bahawa apa yang telah dia dan para saintis lakukan dapat tercapai.

Itskov menyebut projek pertamanya ini dengan nama Avatar A atau projek pembuatan tubuh mesinnya saja. Dijangka akan selesai sekitar tahun 2020 mendatang. Projek seterusnya yang bernama Avatar B atau projek untuk menginplan otak manusia aktif ke dalam tubuh mesin tersebut dijangka disiapkan sekitar tahun 2025.

Itskov menjadualkan pada tahun 2035, projek Avatar-nya itu dapat diuji dan diharapkan sekitar tahun 2045, projeknya itu sudah boleh beroperasi sempurna.

Mungkin bagi orang-orang yang masih memegang teguh agama dan kepercayaan, apa yang dilakukan Itskov ini adalah bentuk dari perlawanan terhadap Tuhan sebagai pencipta perseorangan makhluk hidup khususnya manusia.

Akan tetapi, mungkin bagi para saintis, idea dari Itskov ini menjanjikan sesuatu perkara baru yang sangat hebat. Bergantung dari sudut mana kita melihatnya.

NOTA KAKI.
Pemikiran yang sungguh bernas sampai satu-satu benda yang kita rasa tak mungkin dan tak masuk akal sangat-sangatlah nak dicipta. Eh takpaa, wait and see. Hebat mana pun ciptaan manusia, Allah gak yang bagi ilham dan idea yang bernasnasnas tu. Subhanallah. Doa untuk umat Islam. Doa untuk Islam.
Ehemm. waiting filem "Ustaz, Mu tunggu aku datang !" :) hee

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Julai 2013

23 Ciri Syiah Yang Harus Kita Ketahui

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG*ini bukan iklan.
Syiah di Malaysia makin menjadi - jadi.
jangan ingat Syiaj takde kat Malaysia.

Kepada yang belum mengetahui, Syiah ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina 'Ali sebagai khalifah Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Mereka berpendapat bahawa Saidina 'Ali sahajalah yang layak dan berhak dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam.

ciri - ciri syiah, syiah di malaysia
Jadi terdapat 23 ciri - ciri (yang dapat kami kumpulkan) Syiah yang seharusnya kita ketahui supaya kita dapat menjauhkan diri dari fahaman Syiah ini. 23 ciri tersebut ialah:


1. Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3. Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mutaah

7. Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8. Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14. Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15. Kain kafan mayat mereka bertulis

16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
    Jadi kepada korang semua, ambillah peringatan kerana musuh - mush Islam tidak akan berputus asa menjatuhkan Islam.
    credit 
    Moga bermanfaat walau sikit. KEmanangan untuk Islam. InsyaAllah. kbai
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    1 Julai 2013

    Berlakon Mengucap Syahadah Untuk Dapatkan Simpati Dan Wang

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum. Hai 

    Peristiwa ni berlaku awal tahun 2013.



    Sebagai orang Islam memang kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berhajat untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana itulah, ada di antara kita turut menyumbang sedikit dana untuk diberikan kepada yang baru memeluk Islam. Namun, dalam usaha membantu golongan muallaf, masih ada yang cuba mengambil kesempatan dengan berpura-pura memeluk Islam semata-mata untuk mendapatkan wang. Kegiatan ini akhirnya berjaya dibongkarkan.



    Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

    Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.

    Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

    Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.

    Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.

    sumber: HMetro

    P/s : Dunia kini membuktikan semakin ramai manusia yang bijak tapi ramai jugak yang bijak tak kena tempat. Moga Allah memberi hidayah untuk mereka sekeluarga . Semoga sempat insyaAllah :)

    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    15 Jun 2013

    5 Tahun Memikul “Rumah”

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
    Assalamualaikum dan hai 

    Dengan kulit kulit yang telah hangus dibakar matahari dan kasut yang lusuh, Liu Lingchao berjalan sehari2 sambil membawa 1.5 meter lebar, 2.2 meter “rumah” di atas bahunya. Selepas berjalan kira-kira 50 meter, dia meletakkan ke “rumah” itu dan mula mengutip sampah sarap yang boleh dikitar semula atau sampah yang masih boleh diguna pakai, dia mengulangi ini berulang2 kali.

    Liu Lingchao berumur 38 tahun berasal dari wilayah Guangxi Liuzhou bandar Rong’an daerah bandar Tantou. 20 tahun yang lalu, beliau meninggalkan kampung halamannya untuk mencari kerja di kawasan Guangzhou dan Shenzhen. Atas desakan hidup yang miskin, 5 tahun yang lalu dia telah membuat sebuah “rumah” kira2 seberat 60kg dan berjalan dari Guangdong untuk pulang ke kampung halamannya. Sepanjang perjalanan, Liu Lingchao enggan menerima bantuan sesiapa, bergantung hanya pada mengumpul sisa dibuang untuk hidup dari hari ke hari.









    p/s : Susah mana pun kita syukurlah ^^

    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai