-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

31 Ogos 2014

Dikahwinkan dengan bidadari syurga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alkisah..
ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?”

Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”.

Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Kemudian Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?”

Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?”

Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.”

Rasulullah berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”


Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.

Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh.

Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah. Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan terus bertemu Rasulullah.

Selepas Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”

Maka pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?”

Amru berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”

Selepas itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada isterinya.



Lalu Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada saudara saya.”

Rasulullah berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200 dirham.”

Maka Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200 dirham.

Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!

Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!”

Maka Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”

Sa’ad menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.

Maka Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”


Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir.

Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”

Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Sebaik saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang melekat di mukanya.

Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”

Rasulullah menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”

Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?”

Maka Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”

Kemudian Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?”

Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Aku berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”

Kemudian Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.

Selepas itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri kamu"

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 Ogos 2014

Saidina umar Al-Khattab ; Pakaian Keredhaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sabda Rasulullah SAW; "Ketika aku sedang aku melihat dalam mimpi seluruh manusia diperlihatkan padaku dan masing-masig mengenakan baju. Ada yang mengenakan baju sehingga ke dadanya, ada yang mengenakannya di bawah dada, maka diperlihatkan padaku Umar sementara dia mengenakan pakaian panjang yang diseret-seretnya." Mereka bertanya, "Apa takwil mimpi itu wahai Rasulullah ?" Rasulullah SAW menjawab,"Agamanya." (Yakni kedudukannya dalam agama).
-Hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri-

Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang yang sangat tawaduk dan terkenal sangat tegas dalam urusan agama Allah dan beliau juga merupakan sahabat Rasulullah SAW yang pertama diberi gelaran Amirul Mukminin. Kehidupan keluarga Khalifah Umar teramatlah sederhana. Walaupun beliau seorang khalifah, beliau selalu menampal bajunya dengan kulit-kulit haiwan, bahkan bajunya mempunyai 14 tampalan.  

Suatu hari, anakandanya pulang dari tempat pengajian dengan menangis. Khalifah Umar yang prihatin dan berasa hairan bertanya, "Wahai anakku, perkara apakah yang berlaku yang menyebabkan engkau menangis sebegini ?" Maka anaknya menjawab dan menceritakan bahawa kawan-kawannya telah menghina bajunya yang penuh dengan tampalan. Mereka berkata."Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini !" Hatinya sedih dan berasa terhina apabila menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. 
Di saat Ramadan melabuhkan tirainya dan Syawal akan berkunjung tiba, Khalifah Umar Al-Khattab berhajat untuk membelikan pakain yang baru untuk anaknya. namun kerana ketidakcukupan wang, maka Khalifah Umar pun pergilah ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham. Khalifah Umar telah menulis sepucuk surat kepada bendahara Baitulmal. Isi suratnya adalah;

'Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat. Saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. InsyaAllah, pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari baitulmal, saya akan melunasinya.'

Bendahara Baitulmal mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui pemimpinnya itu bukan jenis yang penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Khalifah Umar dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas terhadap rakyatnya malah kepada anak-anaknya dan dirinya. Bendahara Baitulmal pun membalas surat khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan. isi surat tersebut adalah; 

'Kepada Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab, Telah saya baca surat anda tentang pinjaman daripada wang baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah tuan berani memberi jaminan bahawa diri tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan hingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal daripada Tuan ? Seandainya ajal menjemput ajal menjemput tuan sebelum ini berakhir, apakah tuan mampu dipertanggungjawabkannya di hadapan Allah ? Wassalam."

Selesai membaca surat balasan dari Baitulmal, Khalifah Umar berasa amat sedih kerana tidak mampu untuk melunasi hajatnya untuk membelikan baju baru untuk anaknya. Setibanya hari raya, Khalifah Umar Al-Khattab melihat baju anaknya bertampal-tampal dan beliau menangis. Melihat ayahandanya menangis, anaknya bertanya, "Mengapa engkau menangis wahai ayahku ?" 
"Aku bimbang hatimu sedih di hari raya apabila kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.". Kemudian anaknya tersenyum mendengar kata-kata ayahnya itu lantas dia berkata,

"Seharusnya yang bersedih itu adalah orang yang tidak mendapat keredaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza Wajalla memberikan redaNya kepadaku sebab redamu kepadaku."

Mendengar kata-kata anaknya itu, semakin deras air mata Khalifah Umar Al-Khattab dan beliau terus memeluk dan mendoakan anaknya. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan anak yang soleh kepadanya.


ANEKDOT
Tidak cukupkah kita merasa bersyukur dengan apa yang kita ada ? Agaknya jika kita yang berada di tempat mereka, mahu frust menonggeng kita. Cerita yang singkat ini sesungguhnya terlalu menyentuh hati yang sering lupa ini. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa meletakkan kita dalam kalangan hamba-hambanya yang sentiasa ditegur olehNya dan sentiasa berusaha mendekati mengharapkan reda Allah SWT. Ya Allah.. mulianya para sahabat..hidup mereka...hanya Allah yang tahu betapa tingginya taqwa mereka kepada kepada Allah. Mengingati keperitan juga ketabahan para sahabat apatah lagi Rasul junjungan kita, sungguh membuatkan air mata menitis. T.T~
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi Muhammad.
Jazakallah. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Ogos 2014

Ayat-Ayat Cinta

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamulaikum :)


Syukur. Syukur. Alhamdulillah atas nikmat yang terbesar untuk kita iaitu Iman dan Islam. Berkata-kata, bercakap, bersembang, bertutur, bertutor dan apa-apa sajalah yang berkaitan Al-Quran ni, maka hendaklah kita bersikap agak serius. Kening rapat. Yang dimaksudkan dengan serius di sini haruslah difahami bahawa kita kena start dengan belajar adab-adab dengan Al-Quran dulu, after that, pas ke belajar membaca, istiqamahkan membaca dan seterusnya...Hafaz ! Uuuu yeah. Tiada yang mustahil bagi kita unutk melakukan apa yang Allah suka ni asalkan nak sejuta daya, tak nak satu dalihpun. Bagi yang bukan beraliran tahfiz, ada sikit tips menghafaz yang telah saya kongsikan sebelum ini. Ianya bermanfaat bagi saya. Sungguh ! Anda ? Err. Mari sini tengok kalau rajin > Tips Menghafaz Al-Quran Bagi Yang Bukan Aliran Tahfiz

Seterusnya kita study dalil-dalil sahih agar kita lebih bersemangat menambah power dan megecas bateri agar lebih bertenaga dan dikurniakan kefahaman hendaknya. InsyaAllah.

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

wow. wow. Baru satu hadis. Satu cerita.


Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah berfirman: "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)



Ya Allah, dekatkan kami dengan Quran, hiaskan kami dengan perhiasan Al-Quran, 
Muliakn kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan tinggikan kami dengan ketinggian kami.
Redai kami dengan keredaan Al-Quran. Ameen.

Barakallah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Ogos 2014

Ummu Syuraik ; Pertolongan Allah di Bawah Terik Matahari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hanya hiasan. Sebab cantik.

Kisah beliau telah dirakamkan dalam kitab-kitab sejarah sebagai golongan sahabiyah yang cekal dan teguh imannya walaupun diseksa di tengah-tengah kepanasan padang-padang pasir.  Beliau adalah Ghaziyah binti Jabir bin Hakim atau lebih dikenali sebagai Ummu Syuraik.

Ummu Syuraik adalah seorang wanita Quraisy yang berasal dari bani Amir bin Lu'ai. Dalam hidupnya, beliau pernah menjadi isteri kepada Abu Al-Akr ad-Dausi. Beliau antara sahabiyah yang teguh dan faham akan tuntutan dakwah Nabi Muhammad SAW. Ummu Syuraik bergerak secara sembunyi menyampaikan risalah Allah SWT kepada wanita-wanita Quraisy, namun ramai yang menolak. Penolakan ,ereka terhadap Islam merupakan satu risiko jika diketahui pembesar-pembesar Quraisy kerana perkara itu mampu mengheretnya kepada penyeksaan dan kematian. Namun beliau yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. 

Dakwah Ummu Syuraik menyebabkan wanita-wanita lain berang dan mengadukan hal tersebut kepada saudara-mara Ummu Syuraik. Tindakan Ummu Syuraik menimbulkan kemarahan kaum keluarganya yang membenci agama Islam. Maka bermulalah ujian perit tehadap beliau.
Melalui Ummu Syuraik, Ibnu Abbas RA telah merekodkan kisah-kisahnya ini seraya berkata, "Hati Ummu Syuraik tersentuh dengan Islam sejak tinggal di mekah lalu dia pun memeluk Islam. Kemudian dia mula mendatangi wanita-wanita Quraisy secara senyap-senyap untuk mengajak mereka memeluk Islam. tetapi kegiatannya diketahui para pemuka Mekah sehingga mereka menangkapnya lalu berkata, "Seandainya tidak mempertimbangkan kaum kerabatmu, kami akan tangani sendiri. Akan tetpi, kami akan menyerahkan kamu kepada mereka."


Ummu Syuraik diseksa
Ummu Syuraik berkata, "Maka datanglah keluarga Abu Al-Akr (keluarga suaminya) kepadaku, mereka berkata, "Jangan-jangan engkau telah masuk kepada agama Muhammad ?" Aku menjawab, "Demi Allah, aku telah masuk agama Muhammad SAW." Kemudian mereka berkata, "Tidak, sesungguhnya demi Allah, kami akan menyeksamu dengan seksaan yang pedih." Ummu Syuraik menyambung, "Mereka membawaku ke satu tempat dengan menunggang seekor unta yang lemah. Mereka memberiku makanan dan madu, tetapi tidak memberiku air walau setitis. Mereka tinggalkanku di padang pasir dan ditengah teriknya matahari hingga hampir hilang akalku, pendengaranku dan penglihatanku. Mereka melakukan hal itu kepadaku selama tiga hari berturut-turut. Pada hari ketiga, mereka berkata kepadaku, 'Tinggalkanlah agama yang telah engkau pegang !' "
Ummu Syuraik berkata, "Aku sudah tidak dapat lagi mendengar perkataan mereka kecuali satu kata dan satu kata dan aku hanya memberikan isyarat dengan telunjukku ke langit sebagai isyarat tauhid."


Jika kita, adakah kita mampu ?

Tekadnya mendorong merek menyeksa Ummu Syuraik dengan lebih lama. Tatkala menahan dahaga yang luar biasa hingga menjerut tekaknya, beliau tidak jemu berzikir dan mangharapkan bantuan daripada Allah SWT. Beliau sangat mengharapkan bantuan sekaligus menimbulkan keinsafan dalam dada kaum Quraisy tersebut. Tanpa dijangka, sesuatu yang luar biasa berlaku pada dirinya di tengah-tengah terik mentari.
Ummu Syuraik melanjutkan kisahnya. "Demi Allah, tatkala aku dalam keadaan seperti itu, ketika berat sudah aku rasakan, tiba-tiba aku mendapati dinginnya bekas berisi air di atas dadaku (beliau dalam keadaan berbaring). Maka aku segera mengambilnya lalu meminumya seteguk. Kemudian bekas itu menjulur kepadaku buat kali yang kedua, maka aku meminumya dan kemudian ia terangkat lagi. Aku melihat bekas air tersebut berada di atas langit dan bumi. Kemudian bekas air itu menjulur kepadaku buat kali yang ketiga, dan aku meminumnya sehingga kenyang lalu aku menyapu air itu ke kepala, wajah dan bajuku."

 Allahh. Saat ini seringkali merasakan bahawa alangkah beruntungnya kita.


Memeluk Islam
Kemudian mereka (Kaum Quraisy tersebut) keluar dan berkata, "Dari amana engkau dapatkan air itu wahai musuh Allah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya musuh Allah adalah selain diriku yang menyimpang dari agamaNya. Ada pun pertanyaan kalian dari mana air itu, maka itu adalah dari sisi Allah yang menganugerahkan kepadaku." mereka segera melihat bekas-bekas air mereka lalu mereka mendapati bekas-bekas tersebut masih lagi tertutup dengan baik dan tiada tanda-tanda bekas ir mereka dibuka. Dengan izin Allah, mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa RabbMu adalah Rabb kami dan kami bersaksi bahawa yang telah memberikan rezeki kepadamu di tempat ini setelah kami menyeksamu adalah Dia Yang mensyariatkan Islam."

Saat itu juga, orang-orang musyrik yang membawa Ummu Syuraik itu  memeluk Islam lalu berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW. Kejadian luar biasa yang berlaku pada Ummu Syuraik telah menjadikan imannya semakin menebal. Ummu Syuraik yakin bantuan Allah ke atasnya adalah janji-janji Allah SWT yang tidak akan mempersia-siakan setiap amal soleh yang dilakukan oleh hambanya. Hal itu menjadikan beliau menjadi perantara kepada orang-orang musyrik yang memeluk agama Islam. 

[P/s : Berkaitan golongan yang memeluk Islam ini, saya tidak pasti orang-orang musyrik yang dimaksudkan termasuk kesemua ahli keluarga Abu Al-Ark atau pun tidak. Wallahu'alam.]
Sabda Rasulullah SAW, "Sungguh, seandainya Allah memberikan hidayah kepada seseorang kerana dakwahmu, maka itu lebih baik dari unta yang merah (harta kekayaan yang paling berharga)." 
Kehebatan iman Ummu Syuraik yang rela berkorban demi Islam juga menepati firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 10-12 yang bermaksud, 
"Wahai orang-orang yang beriman ! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan berjihad di jalan Allah dengan harta jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Nescaya, Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
Semoga  Allah SWT merahmati Ummu Syuraik dan menempatkannya dalam golongan orang-orang yang dicintaiNya. Begitu juga hendaknya kita semua InsyaAllah Ameen.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Ogos 2014

Kembali [Taqie NICE]

Bila saya nak cari some fresh Nasyeeds, saya akan cari dekat carta Ikim atau saya search je single-single dari mana-mana artis yang saya minat. Biasanya, UNIC dululaa. heh peminat tegar la katakan. Jangan jauh leka dengar nasyid je ssudahla.

So terjumpa nasyid ni dari Ikim yang sungguh telah menyebabkan saya addicted dengar satu hari entah berapa puluh ratus kali. Mungkin. Sungguh sssssayu dan menginsafkan. Dari melodi yang indah kepada lirik yang tersusun dan menyentuh hati. 
Part lirik favourite saya;

Terima lah daku
Tuhanku yang Penyayang
Kiranya ini sujud terakhir

Lagu ni mempunyai versi yang dibawa oleh Raqib Majid dalam single terbaru bro yang sedap suaranya ni subhanallah; iaitu Album Luahan rasa yang baru release Julai 2014 kalau tak silap saya. Boleh baca lagi maklumat lagu ni di blog nasyid favourite saya sini  > Single Kembali – Dari Taqie Nice Kepada Raqib Majid

Ayuh dengar dan hayati. Pastu pi download dekat link bawah tu jika berkenan :)


Raqib Majid

Raqib Majid's version :




Taqie dari kumpulan NICE

Taqie's version :


I like both versions, so I mixed and matched both following my taste. check this out !


btw, I've set this video to autopublish on 7th November 2020. Before that date, can't be watch. (i editted this post on 4/10/2020 since i accidentaly found this post on top1 google search while doing my reserach about this song again, lol)


Download Kembali mp3 sini


tbh, i like Taqie's version more he he
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

16 Ogos 2014

Waliiiiid ! Adik nak ikut walid

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.


Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.



Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.



Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. 



Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.




NOTA KAKI

Moga kita juga bakal memperoleh pahala syahid kerana Allah. Jom hulurkan sumbangan untuk Palestin. Boleh visit page pada banner di bahagian atas dalam blog saya, atau page2 di fb contohnya Haluan siswa. InsyaAllah.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Ogos 2014

Abu Nawas; Menyelesaikan Perbalahan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Do visit here.

Alkisah..


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Ogos 2014

Abu Nawas; Kuasa Allah Tiada Terbatas


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Do visit here.


“Janganlah engkau fikirkan zat-Ku, tapi fikirkanlah ciptaanKu"


NOTA KAKI.
Antara pekara yang paling kerap saya fikirkan adalah di mana penghujungnya alam ini? Ada hidupan atas bumi, ada bumi dalam sistem galaksi bima sakti, ada galaksi bima sakti antara semua galaksi-galaksi lain. Ada awan yang melindungi, ada pula langit. Jadi di manakah penghujungnya ? Di mana berakhirnya langit ? Allahuakbar. Allahuakbar. Fahamilah kini. 

Cukuplah segala persoalan saya itu berakhir dengan jawapan, "Subhanallah, Maha Suci Allah"  Dialah pemilik Alam semesta ini. Yang menciptakan . Yang tiada batas kuasanya. Persoalan itu haruslah bertukar menjadi kekaguman yang tidak terhingga dariapada ianya hanyalah persoalan yang tiad jawapan, dan hanya meragukan ciptaan Tuhan. 'Only God could do everything'. *dapat ayat ni dari filem english* Allahh.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Ogos 2014

Bridged Al-Qassam; Bantuan dari Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 


23 pejuang mujahidin ‘ditelan’ terowong berminggu-minggu, keluar dalam keadaan selamat

Sebaik sahaja bermulanya tempoh gencatan senjata, Gaza pula dalam keadaan memulihkan keadaan, mengimbau apa yang telah dilalui sepanjang tempoh 30 hari serangan Zionis, maka bermulalah sesi mengumpulkan kisah-kisah kepahlawanan, kesabaran dan pengorbanan yang terpancar di celah-celah kisah penderitaan.

Di antara kisah-kisah yang meniti bibir masyarakat Gaza adalah kisah yang disebarkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di laman web mereka. Ia berkenaan kisah 29 orang pejuang yang berjuang di sempadan timur Khanyounis di selatan Genting Gaza di awal-awal bermulanya fasa pertempuran darat dengan tentera Zionis kemudian terputusnya hubungan dengan mereka. Mereka terperangkap di bawah tanah untuk tempoh berminggu-minggu lamanya. Ketua mereka menyangka mereka semua telahpun syahid kesemuanya. Akan tetapi, di atas ketentuan Allah, 23 daripada mereka keluar dari terowong tersebut semalam dalam keadaan masih hidup. Subhanallah !

Kisah mereka bermula apabila mereka terlibat di dalam pertempuran yang dahsyat di selatan Gaza, di kawasan Al-Ghawafir di timur Qararah. Apabila bermulanya pertempuran darat dengan tentera Zionis, 29 orang tentera Al-Qassam dari Skuad Elit Al-Qassam menggunakan terowong bawah tanah sebagai laluan ke medan pertempuran langsung.

Salah seorang dari mereka menceritakan apa yang berlaku dan mengimbas kembali dengan tenang seolah-olah merasai perlindungan Allah terhadap beliau dan sahabat-sahabatnya sepanjang tempoh berada di bawah tanah tersebut.

Mujahid Al-Qassam yang dirahsiakan namanya menceritakan secara terperinci kisah mereka. Katanya, semuanya berjalan seperti yang telah dirancang. "Kemasukan musuh ke kawasan Qararah diiringi letupan di laluan-laluan keluar-masuk terowong dan pengeboman kawasan Qararah oleh bom-bom yang dijatuhkan pesawat F16 Israel. Ia menyebabkan semua laluan keluar dari terowong sedalam 25 meter ke bawah tanah tersebut tertutup. Ia berlaku ketika hari kedua operasi ketenteraan darat mujahidin bermula. Perhubungan dengan bilik operasi Al-Qassam juga terputus."

Komander Operasi Medan Al-Qassam turut mengulas, “Sejak terputusnya perhubungan dengan mereka pada hari tersebut, kami telah merekodkan semua mujahidin tersebut sebagai angka tentera yang tidak dapat dikesan. Kami juga tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka disebabkan pertempuran medan yang sangat dahsyat dan banyak berlaku pertempuran langsung dengan musuh. Dalam perkiraan kami juga, dengan kadar bekalan makanan, minuman dan udara di dalam terowong tersebut adalah tidak mencukupi untuk menampung mereka bagi tempoh yang panjang tersebut dan mustahil mengikut perkiraan logik bahawa akan ada di antara mereka yang hidup."

"Akan tetapi, selepas bermulanya tempoh gencatan senjata, pasukan penyelamat dan pertahanan awam mula melakukan kerja-kerja menggali laluan ke terowong tersebut untuk mengeluarkan mujahidin yang ada di dalam. Tentera yang terperangkap dikejutkan dengan bunyi jentera di pintu masuk terowong yang terkambus dan mereka menyangka ia adalah jentera Zionis. Mereka tidak tahu Zionis telah berundur. Kemudian terdengar laungan tahmid dan syukur bercampur kejutan. Kebesaran Allah terzahir apabila dua puluh tiga mujahidin keluar dari terowong dalam keadaan masih hidup dan sihat."

Usaha mencari 3 orang mujahidin yang masih hilang, selepas seorang dari mereka iaitu Iyad Al- Fara terkorban ketika dihantar untuk cuba membuka semula laluan masuk terowong bagi menyelamatkan sahabat-sahabatnya. Beliau hampir berjaya menyempurnakan tugas tersebut tetapi malangnya telah terkorban syahid.

Salah seorang mujahid yang selamat kembali dari dalam terowong berkata, “Allah telah memudahkan urusan kami ketika berada di dalam terowong tersebut dengan satu mata air. Kami meletakkan ceraian baju kami pada air tersebut dan minum dari kain tersebut. Kami juga membahagi-bahagikan buah tamar yang ada sesama kami sepanjang tempoh hampir satu bulan tersebut. Bahagian setiap seorang dari kami adalah setengah biji tamar dan separuh cawan kecil air sehari."

Maklumat yang diterima, mata air di kawasan tersebut berada pada kedalaman 90 meter ke bawah dari permukaan bumi, kira-kira 65 meter ke bawah dari kedudukan mereka berada.

Seorang lagi mujahidin yang selamat keluar dari terowong menambah, "Tugas kami adalah melaksanakan operasi menyusup di belakang barisan musuh dan menggempur jentera perang serta tentera mereka dengan segala kemampuan yang ada. Dan tugas sebahagian Mujahidin dari Skuad Terowong adalah menyediakan terowong, laluan keluar-masuk serta merapikannya bagi kegunaan Skuad Elit Al-Qassam. Semua Mujahidin berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah berada pada kedudukan masing-masing sebelum bermulanya pertempuran darat."

"Apabila bermulanya pertempuran darat, kami mula bertempur dengan tentera musuh. Kami juga berjaya melaksanakan beberapa operasi bahaya. Di antaranya adalah meletupkan kereta kebal dan jentera jentolak tentera di atas ‘ground zero’. Operasi-operasi kami dilancarkan dengan pelbagai strategi dan dibahagi-bahagikan tugas di antara para mujahidin mengikut kepakaran dan strategi yang telah digariskan oleh Bilik Operasi."

Beliau turut mengimbas kembali salah satu operasi yang paling menonjol, dua orang mujahid bernama As-Syahid Al-Agha dan As-Syahid Fadi Abu ‘Audah dengan bahan letupan masing-masing, dan meletupkan bahan letupan masing-masing dalam dua operasi syahid, satu meletupkan jentolak tentera dan satu lagi kereta kebal di atas lapangan sifar. Kedua-duanya telah menyebabkan kematian dan kecederaan di pihak musuh.

Komander Operasi Medan menutup perkongsian ini dengan berkata, “Peristiwa ini telah membuktikan kepada kita rakyat Palestin dan umat Islam bahawa jika seluruh dunia telah mengabaikan rakyat Palestin dan pejuang-pejuang mujahidin kita, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dan tidak mengabaikan kita. Allah memberikan bantuan kepada kita dari sisi-Nya."



NOTA KAKI.
Mereka tanpa kita, mereka yakin ada Allah.
Kita tanpa mereka, akan dipersoalkan di akhirat kelak. Apa yang kita lakukan untuk membela Al-Aqsa ? Apa yang kita lakukan di saat saudara-saudara kita ditindas musuh Allah. Ayuh bertindak. It's now, or never.

Ayuh bantu. !
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Ogos 2014

Yahya Schroder: Meninggalkan Kemewahan Kerana Memilih Islam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai ^^





Yahya Schroder

Bulan November tahun 2006, menjadi bulan bersejarah bagi remaja Jerman itu. Ini kerana pada usia 17 tahun, beliau mengucapkan dua kalimat syahadat dan menjadi seorang Muslim.
Beliau memilih nama Yahya Schroder selepas memeluk Islam dan remaja Jerman itu kini berhijrah ke Postdam untuk menjaga keimanannya.

Sebelum memeluk Islam, Yahya menetap dengan ibu dan ayah tirinya di sebuah perkampungan kecil di Jerman. Beliau tinggal di rumah yang besar dengan dilengkapi kolam renang yang besar. Di dalam biliknya mempunyai televisyen dan play station .Yahya juga tidak pernah menghadapi masalah kewangan. Seperti remaja yyang lain, Yahya sering melepak bersama teman-temannya, meminum arak dan melakukan perkara yang merosakkannya.

Tetapi semua kenikmatan dunia itu harus beliau tinggalkan ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam. Setelah menjadi seorang mualaf, Yahya memutuskan untuk tinggal bersama ayahnya yang telah memeluk Islam sebelumnya, di Postdam berhampiran kota Berlin. Yahya mengaku tidak berasa tenang ketika tinggal bersama dengan ibu dan ayah tirinya walaupun kaya dan mengecapi kehidupan yang mewah.
"Saya mencari sesuatu di dalam hidup saya," katanya.




Yahya bersama rakan Muslimnya

Yahya mengenali komuniti Muslim di Postdam ketika berusia 16 tahun. Ayah kandungnya telah terlebih dahulu masuki Islam pada tahun 2001. Ketika itu, beliau sering melawat ayah kandungnya sebulan sekali dan sering mengikut ayahnya menghadiri perjumpaan dengan komuniti Muslim yang diadakan setiap hari Minggu.
Yahya amat tertarik dengan Islam dan ayahnya sedar akan perubahan anaknya itu. Ayahnya mengambil jalan tidak mahu membincangkan mengenai islam dengan anaknya ketika mereka sedang berdua-duaan. Ayah

Yahya ingin anaknya itu belajar dari orang-orang yang mempunyai ilmu agama islam yang tinggi supaya Yahya memeluk Islam bukan sekadar ikut ikutan seperti yang dialami oleh ayahnya dahulu.
"Saya setuju dengan ayah dan saya mulai menghadiri perjumpaan setiap bulan dengan komuniti Muslim. Tetapi ketika itu terjadi peristiwa yang mengubah cara saya berfikir," ujar Yahya.
Beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pergi berenang bersama komuniti Muslim. Ketika ia melompat ke dalam kolam renang, kepalanya terhantuk di dasar kolam renang dan tulang punggungnya patah. Ayahnya membawa Yahya ke hospital dan doktor mengatakan sesuatu yang membuat hatinya tidak tenteram.

"Punggung kamu mengalami patah tulang yang parah, satu pergerakan yang salah, boleh melumpuhkan kamu," kata doktor.
Yahya harus menjalani pembedahan. Sebelum masuk ke tempat pembedahan, rakan Yahya di dalam komuniti Muslim bernama Ahmir memberi semangat kepada yahya, "Yahya, sekarang engkau berada di tangan Allah. Ini seperti naik rollercoaster. Sekarang engkau sedang berada dalam puncak kenikmatan di dalam perjalanan sebuah rollercoaster dan percayalah pada Allah."
Pembedahan berlangsung selama lima jam dan Yahya tersedar selepas tiga hari kemudian. "Saya tidak dapat menggerakan tangan kanan saya, tapi saya merasakan ketenangan dan sangat bahagia. Saya berkata kepada doktor bahawa saya tidak kisah dengan tangan kanan saya. Saya sudah sangat bahagia kerana Allah telah memberikan peluang untuk saya hidup," kata Yahya.

Doktor mengatakan Yahya harus dirawat di hospital selama beberapa bulan. Namun Yahya cuma berada dua minggu di dalam hospital tersebut, kerana beliau berlatih dengan tekun untuk pulih.
"Alhamdulillah saya cuma dua minggu di hospital. Sekarang saya sudah boleh menggerakan tangan kanan saya. Kemalangan itu banyak mengubah keperibadian saya," akui Yahya.
"Saya dapat rasakan, ketika Allah menginginkan sesuatu itu terjadi, hidup seseorang boleh berubah sepenuhnya tanpa tertangguh satu saat pun. Oleh sebab itu, saya lebih menghargai kehidupan dan mulai berfikir tentang kehidupan saya dan Islam, tapi waktu itu saya masih tinggal di sebuah perkampungan kecil," cerita Yahya.


Keinginan Yahya untuk menjadi seorang Muslim makin kuat, sehinggakan dia berani untuk meninggalkan keluarganya di perkampungan itu.
Yahya berkata, "Saya meninggalkan ibu dan ayah tiri saya, meninggalkan gaya hidup saya yang mewah dan pergi ke Postdam, tinggal di apartmen kecil ayah kandung saya. Saya tak kekok untuk menggunakan dapur yang kecil. Saya juga cuma membawa sedikit pakaian, buku pelajaran dan beberapa CD."
"Kedengarannya seolah-olah saya kehilangan segalanya, tetapi saya sangat berasa tenang disini, sebahagia ketika saya kembali sihat dselepas kemalangan buruk itu," ujar Yahya.


Diejek Rakan Sekolah

Sehari selepas hari pertamanya memasuki sekolah di Postdam, Yahya mengucapkan dua kalimat syahadat. Yahya menjalani kehidupan barunya sebagai seorang Muslim walaupun ramai yang mengejeknya di sekolah kerana Yahya seorang Muslim. Beberapa orang menganggapnya "gila" bahkan tidak percaya bahawa dirinya orang Jerman asli.
"Saya melihat perkara ini sebagai situasi yang biasa kerana maklumat yang mereka baca di media tentang Islam dan Muslim adalah bertentangan dengan Islam yang sebenarnya. Media masa sering memaparkan Islam sebagai pengganas, Osama bin Laden, jahat, dan sebagainya," tegas Yahya.
Sepuluh bulan selepas itu, situasi mula berubah. Yahya aktif berdakwah pada teman-teman sekelasnya dan dia telah mendapat sebuah bilik khas untuk solat, padahal cuma dia satu-satunya siswa Muslim di sekolahnya.
"Teman-teman bertanya tentang Islam dan mereka mengakui Islam tidak sama dengan agama-agama lainnya.
Teman-teman sekolahnya menilai Muslim memiliki adab yang baik dalam berinteraksi antara sesama manusia, bebas dari tekanan geng geng seperti yang terjadi di sekolah mereka. Siswa-siswi di sekolah Yahya cenderung berkawan mengikut kumpulan atau membentuk ”geng” seperti geng hip hop, punk sampai kepada kelompok geng siswa yang hobinya berpesta. Setiap siswa berusaha keras untuk diterima menjadi anggota geng yang diminati.


Tetapi Yahya, dia boleh berkawan dengan sesiapa saja. "Saya tidak perlu mengenakan pakaian khusus agar diterima oleh mana-mana geng. Malah yang terjadi sebaliknya, geng-geng itu sering menjemput saya dan teman-teman Muslim saya ke pesta barbeque mereka," ceritanya.
"Yang istimewa dari semua ini adalah, mereka menghormati saya sebagai seorang Muslim. Mereka menyediakan makanan halal untuk saya dan mereka menggelar dua pesta barbeque, satu untuk mereka dan satu untuk kami yang Muslim. Masyarakat di sini mulai terbuka dengan Islam," sambung Yahya mengenang masa sekolahnya dulu.

Dia merasakan lebih mudah menjadi seorang mualaf daripada menjadi seorang yang memang dilahirkan Muslim. Beliau banyak melihat anak-anak muda Muslim yang ingin menjadi orang Jerman dan melihat Islam hanya sebagai tradisi. Anak-anak muda itu, kata Yahya, bersedia melepas 'tradisi' keislamannya supaya boleh diterima di tengah tengah masyarakat Jerman.
"Apa yang jelas, orang-orang Jerman tetap tidak mahu menerima mereka walaupun mereka melepaskan agama Islam," ujar Yahya.


Beliau mengakui, kehidupan seorang Muslim di Jerman tidak mudah kerana majoriti masyarakat Jerman buta tentang Islam. "Kalau mereka ditanya tentang Islam, mereka akan mengatakan sesuatu tentang Arab. Bagi mereka, pertanyaan itu seperti soalan matematik, Islam=Arab". Padahal islam merangkumi pelbagai bangsa yang besar," jelas Yahya.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Ogos 2014

Rata-Rata Setiap Umat Islam Nusantara Membuang Duit $50,000 Seorang Setiap Hari. Kenapa?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Hadis Fadilat Solat Berjemaah, Solat Duha Dan Menunggu Solat Setelah Solat


حدثنا ‏ ‏أبو توبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الهيثم بن حميد ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏القاسم أبي عبد
الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أمامة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة
فأجره كأجر الحاج المحرم ومن خرج إلى ‏ ‏تسبيح ‏ ‏الضحى لا ‏ ‏ينصبه ‏ ‏إلا إياه فأجره
كأجر المعتمر وصلاة على أثر صلاة لا لغو بينهما ‏ ‏كتاب ‏ ‏في ‏ ‏عليين ‏

Telah Berkata Pada Kami Abu Taubah, Telah Berkata Kepada kami Al-Haytham bin Hamid dari Yahya bin Al-Harith dari al-Qasim Abu Abdul Rahman Dari Abu Umaamah,
Bahawa Rasulullah saw telah berkata : 'barangsiapa yang pergi keluar dari rumahnya dengan bersih untuk bersembahyang fardhu maka pahalanya adalah seperti pahala Haji Dan barangsiapa yang pergi keluar untuk solat Dhuha tiada niat lain melainkan itu sahaja maka pahalanya ialah seperti pahala umrah, Dan menunggu solat setelah solat yang tiada perbuatan sia-sia di antaranya adalah tertulis dalam kitab Illiyun.

Kata Ustaz penulis, umat Islam Nusantara sekarang amat boros, setiap mereka membuang $50,000 setiap hari. Kenapa?

Sebab mereka tidak tahu fadhilat solat berjemaah itu adalah seperti pahala haji. Jika sekali haji kita mesti membayar $10,000. Maka kalau 5 kali haji sehari semalam maka kita akan terpaksa membayar $50,000. Oleh itu bukankah boros namanya kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan pahala haji 5 kali sehari. Kalau setahun kita sudah dapat 365 x 5 = 1825 kali Haji.

Harganya ialah $18.25 Juta. Kalau 10 tahun = 18250 kali haji. Harganya ialah $182.5 Juta.
Bayangkan berapa banyakkah jumlah wang yang telah dibuang sia-sia kerana tidak mengambil kesempatan untuk mendapat pahala haji pada setiap kali solat fardhu.

Marilah sama-sama kita renungkannya.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Lailahaillallah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Ucapan Laillahaillallah.


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu" baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Takzirah@Sanura :)

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai