-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

27 Ogos 2014

Home » , » Saidina umar Al-Khattab ; Pakaian Keredhaan

Saidina umar Al-Khattab ; Pakaian Keredhaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sabda Rasulullah SAW; "Ketika aku sedang aku melihat dalam mimpi seluruh manusia diperlihatkan padaku dan masing-masig mengenakan baju. Ada yang mengenakan baju sehingga ke dadanya, ada yang mengenakannya di bawah dada, maka diperlihatkan padaku Umar sementara dia mengenakan pakaian panjang yang diseret-seretnya." Mereka bertanya, "Apa takwil mimpi itu wahai Rasulullah ?" Rasulullah SAW menjawab,"Agamanya." (Yakni kedudukannya dalam agama).
-Hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri-

Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang yang sangat tawaduk dan terkenal sangat tegas dalam urusan agama Allah dan beliau juga merupakan sahabat Rasulullah SAW yang pertama diberi gelaran Amirul Mukminin. Kehidupan keluarga Khalifah Umar teramatlah sederhana. Walaupun beliau seorang khalifah, beliau selalu menampal bajunya dengan kulit-kulit haiwan, bahkan bajunya mempunyai 14 tampalan.  

Suatu hari, anakandanya pulang dari tempat pengajian dengan menangis. Khalifah Umar yang prihatin dan berasa hairan bertanya, "Wahai anakku, perkara apakah yang berlaku yang menyebabkan engkau menangis sebegini ?" Maka anaknya menjawab dan menceritakan bahawa kawan-kawannya telah menghina bajunya yang penuh dengan tampalan. Mereka berkata."Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini !" Hatinya sedih dan berasa terhina apabila menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. 
Di saat Ramadan melabuhkan tirainya dan Syawal akan berkunjung tiba, Khalifah Umar Al-Khattab berhajat untuk membelikan pakain yang baru untuk anaknya. namun kerana ketidakcukupan wang, maka Khalifah Umar pun pergilah ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham. Khalifah Umar telah menulis sepucuk surat kepada bendahara Baitulmal. Isi suratnya adalah;

'Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat. Saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. InsyaAllah, pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari baitulmal, saya akan melunasinya.'

Bendahara Baitulmal mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui pemimpinnya itu bukan jenis yang penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Khalifah Umar dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas terhadap rakyatnya malah kepada anak-anaknya dan dirinya. Bendahara Baitulmal pun membalas surat khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan. isi surat tersebut adalah; 

'Kepada Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab, Telah saya baca surat anda tentang pinjaman daripada wang baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah tuan berani memberi jaminan bahawa diri tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan hingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal daripada Tuan ? Seandainya ajal menjemput ajal menjemput tuan sebelum ini berakhir, apakah tuan mampu dipertanggungjawabkannya di hadapan Allah ? Wassalam."

Selesai membaca surat balasan dari Baitulmal, Khalifah Umar berasa amat sedih kerana tidak mampu untuk melunasi hajatnya untuk membelikan baju baru untuk anaknya. Setibanya hari raya, Khalifah Umar Al-Khattab melihat baju anaknya bertampal-tampal dan beliau menangis. Melihat ayahandanya menangis, anaknya bertanya, "Mengapa engkau menangis wahai ayahku ?" 
"Aku bimbang hatimu sedih di hari raya apabila kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.". Kemudian anaknya tersenyum mendengar kata-kata ayahnya itu lantas dia berkata,

"Seharusnya yang bersedih itu adalah orang yang tidak mendapat keredaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza Wajalla memberikan redaNya kepadaku sebab redamu kepadaku."

Mendengar kata-kata anaknya itu, semakin deras air mata Khalifah Umar Al-Khattab dan beliau terus memeluk dan mendoakan anaknya. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan anak yang soleh kepadanya.


ANEKDOT
Tidak cukupkah kita merasa bersyukur dengan apa yang kita ada ? Agaknya jika kita yang berada di tempat mereka, mahu frust menonggeng kita. Cerita yang singkat ini sesungguhnya terlalu menyentuh hati yang sering lupa ini. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa meletakkan kita dalam kalangan hamba-hambanya yang sentiasa ditegur olehNya dan sentiasa berusaha mendekati mengharapkan reda Allah SWT. Ya Allah.. mulianya para sahabat..hidup mereka...hanya Allah yang tahu betapa tingginya taqwa mereka kepada kepada Allah. Mengingati keperitan juga ketabahan para sahabat apatah lagi Rasul junjungan kita, sungguh membuatkan air mata menitis. T.T~
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi Muhammad.
Jazakallah. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)