-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan

16 Ogos 2014

Waliiiiid ! Adik nak ikut walid

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.


Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar. Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.



Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum. Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" Tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.



Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata.

Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. 



Ummi senyum. "Nabi Muhammad s.a.w. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad s.a.w. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad s.a.w. Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar. Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil. Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang. Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain.

Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal. Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus- putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... .. "Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.




NOTA KAKI

Moga kita juga bakal memperoleh pahala syahid kerana Allah. Jom hulurkan sumbangan untuk Palestin. Boleh visit page pada banner di bahagian atas dalam blog saya, atau page2 di fb contohnya Haluan siswa. InsyaAllah.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Ogos 2014

Bridged Al-Qassam; Bantuan dari Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM 


23 pejuang mujahidin ‘ditelan’ terowong berminggu-minggu, keluar dalam keadaan selamat

Sebaik sahaja bermulanya tempoh gencatan senjata, Gaza pula dalam keadaan memulihkan keadaan, mengimbau apa yang telah dilalui sepanjang tempoh 30 hari serangan Zionis, maka bermulalah sesi mengumpulkan kisah-kisah kepahlawanan, kesabaran dan pengorbanan yang terpancar di celah-celah kisah penderitaan.

Di antara kisah-kisah yang meniti bibir masyarakat Gaza adalah kisah yang disebarkan oleh Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di laman web mereka. Ia berkenaan kisah 29 orang pejuang yang berjuang di sempadan timur Khanyounis di selatan Genting Gaza di awal-awal bermulanya fasa pertempuran darat dengan tentera Zionis kemudian terputusnya hubungan dengan mereka. Mereka terperangkap di bawah tanah untuk tempoh berminggu-minggu lamanya. Ketua mereka menyangka mereka semua telahpun syahid kesemuanya. Akan tetapi, di atas ketentuan Allah, 23 daripada mereka keluar dari terowong tersebut semalam dalam keadaan masih hidup. Subhanallah !

Kisah mereka bermula apabila mereka terlibat di dalam pertempuran yang dahsyat di selatan Gaza, di kawasan Al-Ghawafir di timur Qararah. Apabila bermulanya pertempuran darat dengan tentera Zionis, 29 orang tentera Al-Qassam dari Skuad Elit Al-Qassam menggunakan terowong bawah tanah sebagai laluan ke medan pertempuran langsung.

Salah seorang dari mereka menceritakan apa yang berlaku dan mengimbas kembali dengan tenang seolah-olah merasai perlindungan Allah terhadap beliau dan sahabat-sahabatnya sepanjang tempoh berada di bawah tanah tersebut.

Mujahid Al-Qassam yang dirahsiakan namanya menceritakan secara terperinci kisah mereka. Katanya, semuanya berjalan seperti yang telah dirancang. "Kemasukan musuh ke kawasan Qararah diiringi letupan di laluan-laluan keluar-masuk terowong dan pengeboman kawasan Qararah oleh bom-bom yang dijatuhkan pesawat F16 Israel. Ia menyebabkan semua laluan keluar dari terowong sedalam 25 meter ke bawah tanah tersebut tertutup. Ia berlaku ketika hari kedua operasi ketenteraan darat mujahidin bermula. Perhubungan dengan bilik operasi Al-Qassam juga terputus."

Komander Operasi Medan Al-Qassam turut mengulas, “Sejak terputusnya perhubungan dengan mereka pada hari tersebut, kami telah merekodkan semua mujahidin tersebut sebagai angka tentera yang tidak dapat dikesan. Kami juga tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka disebabkan pertempuran medan yang sangat dahsyat dan banyak berlaku pertempuran langsung dengan musuh. Dalam perkiraan kami juga, dengan kadar bekalan makanan, minuman dan udara di dalam terowong tersebut adalah tidak mencukupi untuk menampung mereka bagi tempoh yang panjang tersebut dan mustahil mengikut perkiraan logik bahawa akan ada di antara mereka yang hidup."

"Akan tetapi, selepas bermulanya tempoh gencatan senjata, pasukan penyelamat dan pertahanan awam mula melakukan kerja-kerja menggali laluan ke terowong tersebut untuk mengeluarkan mujahidin yang ada di dalam. Tentera yang terperangkap dikejutkan dengan bunyi jentera di pintu masuk terowong yang terkambus dan mereka menyangka ia adalah jentera Zionis. Mereka tidak tahu Zionis telah berundur. Kemudian terdengar laungan tahmid dan syukur bercampur kejutan. Kebesaran Allah terzahir apabila dua puluh tiga mujahidin keluar dari terowong dalam keadaan masih hidup dan sihat."

Usaha mencari 3 orang mujahidin yang masih hilang, selepas seorang dari mereka iaitu Iyad Al- Fara terkorban ketika dihantar untuk cuba membuka semula laluan masuk terowong bagi menyelamatkan sahabat-sahabatnya. Beliau hampir berjaya menyempurnakan tugas tersebut tetapi malangnya telah terkorban syahid.

Salah seorang mujahid yang selamat kembali dari dalam terowong berkata, “Allah telah memudahkan urusan kami ketika berada di dalam terowong tersebut dengan satu mata air. Kami meletakkan ceraian baju kami pada air tersebut dan minum dari kain tersebut. Kami juga membahagi-bahagikan buah tamar yang ada sesama kami sepanjang tempoh hampir satu bulan tersebut. Bahagian setiap seorang dari kami adalah setengah biji tamar dan separuh cawan kecil air sehari."

Maklumat yang diterima, mata air di kawasan tersebut berada pada kedalaman 90 meter ke bawah dari permukaan bumi, kira-kira 65 meter ke bawah dari kedudukan mereka berada.

Seorang lagi mujahidin yang selamat keluar dari terowong menambah, "Tugas kami adalah melaksanakan operasi menyusup di belakang barisan musuh dan menggempur jentera perang serta tentera mereka dengan segala kemampuan yang ada. Dan tugas sebahagian Mujahidin dari Skuad Terowong adalah menyediakan terowong, laluan keluar-masuk serta merapikannya bagi kegunaan Skuad Elit Al-Qassam. Semua Mujahidin berada dalam keadaan berjaga-jaga dan telah berada pada kedudukan masing-masing sebelum bermulanya pertempuran darat."

"Apabila bermulanya pertempuran darat, kami mula bertempur dengan tentera musuh. Kami juga berjaya melaksanakan beberapa operasi bahaya. Di antaranya adalah meletupkan kereta kebal dan jentera jentolak tentera di atas ‘ground zero’. Operasi-operasi kami dilancarkan dengan pelbagai strategi dan dibahagi-bahagikan tugas di antara para mujahidin mengikut kepakaran dan strategi yang telah digariskan oleh Bilik Operasi."

Beliau turut mengimbas kembali salah satu operasi yang paling menonjol, dua orang mujahid bernama As-Syahid Al-Agha dan As-Syahid Fadi Abu ‘Audah dengan bahan letupan masing-masing, dan meletupkan bahan letupan masing-masing dalam dua operasi syahid, satu meletupkan jentolak tentera dan satu lagi kereta kebal di atas lapangan sifar. Kedua-duanya telah menyebabkan kematian dan kecederaan di pihak musuh.

Komander Operasi Medan menutup perkongsian ini dengan berkata, “Peristiwa ini telah membuktikan kepada kita rakyat Palestin dan umat Islam bahawa jika seluruh dunia telah mengabaikan rakyat Palestin dan pejuang-pejuang mujahidin kita, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita dan tidak mengabaikan kita. Allah memberikan bantuan kepada kita dari sisi-Nya."



NOTA KAKI.
Mereka tanpa kita, mereka yakin ada Allah.
Kita tanpa mereka, akan dipersoalkan di akhirat kelak. Apa yang kita lakukan untuk membela Al-Aqsa ? Apa yang kita lakukan di saat saudara-saudara kita ditindas musuh Allah. Ayuh bertindak. It's now, or never.

Ayuh bantu. !
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

31 Julai 2014

Masih Gagal

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Perbezaannya di antara bumi dan langit.


1967 :

Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Irak dan beberapa negara Arab lain yang membantu.

Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).






2014 :

Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat). Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.
Andsaya dapat info lagi panjang lebar lebih mendalam dekat Blog Angel Pakai Gucci; Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat - Satu Analisa Marhaen. So ayuh singgah tambah pengetahuan k.

Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).

Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa.

Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membisu !

Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.

Kenapakah rejim Zionis gagal kali ini ? Ok kite kena sentiasa alet dan tahu perkembangan . InsyaAllah kita ada doa, kita ada Allah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Julai 2014

Islami Ya Quds

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

The important thing that we have to understand.

Oh Palestin, Kami bersamamu ! Al-Aqsa juga merupakan tanggungjawab semua orang Islam AllahuAkbar  .

Photo: ‎#GazaUnderAttack | Terkini 

Briged Saraya Al-Quds menyerang Netanya buat pertama kali dengan roket Buraq 100, dan Tel Aviv dengan dua roket Buraq 70. 

#OperasiBadar 

Sumber : شبكة قدس الإخبارية [IH]‎
Briged Saraya Al-Quds menyerang Netanya buat pertama kali dengan roket Buraq 100, dan Tel Aviv dengan dua roket Buraq 70


Photo: Maklumat ringkas untuk anda.
Pada pendapat saya sendiri, ada baiknya juga demonstrasi demi demonstrasi dilakukan untuk menyuarakan dan membantah tindakan pelampau Israel Zionis. Sedangkan orang-orang yahudi sendiri membuat bantahan atas kekejaman melampau ZIONIS ISRAEL.
Apa kata orang-orang Yahudi ?

"Engkau akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." (Surah Al-Ma'idah: 82)"

Photo: Para penunjuk perasaan di Turki melakukan bantahan di hadapan bangunan kedutaan Israel di sana Malam semalam.

Bantahan dilakukan di atas serangan ganas jet perang Israel terhadap rakyat Gaza.

Sumber;
Team Palestina
Para penunjuk perasaan di Turki melakukan bantahan di hadapan bangunan kedutaan Israel 
di sana Malam semalam.
Bantahan dilakukan di atas serangan ganas jet perang Israel terhadap rakyat Gaza.
Photo: Demontrasi di Holland membantah serangan kejam tentera Israel ke atas penduduk Gaza.

Sumber;
pcomalaysia
Demontrasi di Holland membantah serangan kejam tentera Israel ke atas penduduk Gaza.
Demonstrasi di Pakistan.
Gambar menunjukkan rakyat Saint-Etienne di timur Perancis menyatakan sokongan mereka terhadap Gaza.
Solidariti dari Australia.
\
Sokongan dari Turki.
Rakyat Jerman turun padang menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Rakyat Amerika Syarikat berkumpul bagi menyatakan solidariti mereka terhadap Gaza.
Photo: #GazaUnderAttack | Protes serangan Israel di seluruh dunia!

Sweden, France, German, Belanda, Belanda, England, Belgium, Indonesia, Afrika Selatan dan Chile. 

Malaysia?

Nantikan makluman dari kami berkenaan Demo dalam masa terdekat.

Anda besedia?

#OperasiBadar
Sekarang kita tunggu di Malaysia.
Saya tolong tambahkan McD di situ. Lanjut.
Please. We know ? So why deny ?
McD


Photo: ‎#GazaUnderAttack | Terkini 

Lantai salah sebuah hospital di Gaza dipenuhi dengan darah para syuhada dan mereka yang tercedera. 

#OperasiBadar 

Sumber : غزة الآن [IH]‎
Keadaan lantai di hospital Gaza. Dipenuhi darah para syuhada' dan mangsa-mangsa yang tercedera.
And how about this ?


And this ?

STAY UPDATED.
Muslim Care Society
Don'y forget to donate even just RM1. Buat kerana Allah, ganjaran adalah di sisi Allah. Kemenangan insyaAllah untuk Islam.

 Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 Februari 2013

Kehebatan kebaboom GAZA !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

Kawan2 seislam yg saya sayang kerana Allah, daripada kita asyik bergossip cerita yang kureng berfaedah, tengok tv cite kartun tu, better la kita ambik tahu kisah saudara kita yang tersangatlah istimewa dan dimuliakan Allah di Gaza. then sebarkanlah. Tiada kata yang lebih hebat untuk digambarkan melainkan lafaz Subhanallah AllahuAkbar !



KISAH PERANG GAZA MUHARAM 1434.


Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yg telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. (dah lama jugak senanye. xpe2 ilmu x de tarikh luput ^^) Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu?  takbir.Allahu Akhbar!


Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas bewarna  hijau  ! Habistu sapa yg berbaju putih tu? Allahu'alam.


Peristiwa 3
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik? MasyaAllah, bertakbirlah.  !



Peristiwa 4
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 5
Yang paling menakjubkan + marvellous !, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar insyaAllah yang perlu umat Islam ketahui.


mati dalam iman. hebatnya mereka !


NOTA KAKI :

Doa adalah senjata orang Mukmin. Berkaitan dengan perjuangan saudara kita di GAZA, eloklah kita selalu doakan kesejahteraan mereka. so what are waiting for? (cewahh cam lagu pule :D) jom kita berdoa ! bagi sesiapa yang belum baca novel MAHAR CINTA CINDERELLA , saya sarankan untuk baca. Kisah dalam novel ni mencatatkn kisah perjuangan seorang doktor sukarelawan di palestin. sangat menarik dan berilmu dan dan dan best sangatt! thumbs up !. serious beremang bulu roma saya baca, you know.ehehe saya harap awq pun sama, nak nanges2 air mata hijau lagi bagus. insyaAllah^^




.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Mei 2012

Palestina tercinta





Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al Aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu Al Aqsa yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Ya Robbi izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah masukanlah kami
Tercatat sebagai SyuhadaMu




.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai