-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

5 Julai 2013

Home » » 'Dosa-Dosa' Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi ?

'Dosa-Dosa' Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  
AllahAllahAllah. Selepas Gaza > Syria > dan sekarang Mesir. Betapa negara Islam benar-benar dimusuhi dan diancam. Saya masih rasa peliks sesangat akan sesetengah pihak media yang masih mengeluarkan statement dan 'informasi' tak betul yang mereka rasakan benar tu. Yang lebih penting adalah kita sendiri kena kena kena ambik tahu bukan ikut tunduk telunjuk media. Ada bukti ?
Presiden Mesir Dr Morsi Yang Memerjuangkan Islam, penuh 30 Juzuk Al Quran di dadanya (dah hafal 30 juzuk). Selalu mengimami solat, Memerintah dengan cara Islam- digulingkan dengan rampasan kuasa oleh tentera Mesir. Allahh.

Yang ni saya petik dari SINI
Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .

2) Presiden awam yang pertama.

3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.

5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.

6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.

9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

Mengapa kalangan liberal sangat kuat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? 
Apa lagi 'dosa' Mursi ?

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.

Dan banyak lagi 'dosa-dosanya' yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah. Kerana 'dosa-dosa' itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah ! Mereka memandang Mursi sudah gagal dan mengantarkan Mesir ke arah kehancuran. 'Diktator'kah seperti yang didakwa ?

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
*[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil yuliasari]
Diterjemah dari : Bersamadakwah.com


NOTA KAKI.
Sejarah akan menilai Morsi, sama ada dia mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri.Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri !! Tahu ?
Sabar.. Perancangan Allah sangat misteri.
Baca lagi SINI . Kisah sunni syria belum habis saya cerita dah muncul pergelutan di Mesir yang juga melibatkan politik dalam negara. AllahuRabbi.





TERKINI
Basyar Asad dan rejim Zionis mengucapkan tahniah kepada 'Presiden baru' Mesir, Adli Mansor yang ditabalkan secara haram oleh pihak tentera setelah menggulingkan Dr Morsy secara khianat.
Dalam masa yang sama, Turki dan Tunisia akan tetap mengiktiraf Dr Morsy sebagaima Presiden Mesir yang sah dan dipilih oleh rakyat.
Nah, sekarang sudah jelas dan terang siapa musuh Dan pendokong Islam yang sebenarnya. (sumber : SYRIAcare)

P/s : Lepas entry ni je saya nak cerita apa yang tentera Mesir buat sebaik sahaja rampas kuasa. Baca tau. Ambik tahu insyaAllah.

Sokonglah tanpa keraguan hanya jikalau itu yang kita termampu sebagai muslim di Malaysia.
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. kita doa sama2 agar kemenangan berpihak kepada org Islam :D

    BalasPadam
  2. itula..teruskan usaha buat entry mcm ni ye :)

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)