-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

16 Februari 2013

Home » » wadiah (deposit)

wadiah (deposit)


BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.

hai (!)

Alhamdulillah. saya masih bernafas ! awq pun sma ^^ ok, let use this opportunity with knowledge duniawi ukhrawi insyaAllah.  mood update hari ni tentang muamalat ^^ ya, sistem dalam islam.  kali ni berkaitan WADIAH. teringat bila saya sebut pasal 'wadiah' brsama kwn2 kat samura. saya dh agak x ramai yg tahu. kawan saya yg sememangnya dhgakan ilmu, terus tanya "menatang ape tu ?" hehe..kalau deposit insyaAllah semua org tahu kan :) so jom kaji lagi !





TOLONG JAGAKAN KEJAP !

Huzaifah : Berapa lama kaw balik kampung, Amin?

Amin : Lebih kurang dua minggu jugalahh.

Huzaifah : Lama juga tu..

Amin : Ha'ah...Banyak urusan-urusan berkaitan dokumen pendaftaran aku belum selesai. Aku kena selesaikan di kampung dengan segera. Kalau tak, tak boleh ambil examlah aku jawabnya..

Huzaifah : Oh, ingatkan kaw nak ambil cuti sebab bertunang ke, menikah ke...hahaha

Amin : Banyaklah kaw. Eh, zepah...Boleh tolong aku tak?

Huzaifah : Tolong apa? Tolong apa?? Toloooooonggg!!! Toloooooooooonggg!!! Dah, aku dah mintak tolong dah... Hehehe..

Amin : Cis, kaw main-mainkan aku eh !

Huzaifah : Hehe gurau jelah..Nak aku tolong apa?

Amin : Selama aku tak ada ni, kau tolong jagakan komputer aku tu boleh tak? 

Huzaifah : Apsal kaw tak bawak balik je?

Amin : Uish kaw ni ! logik la sikit. Komputer tu dahlah besar gedabak. Kalau laptop takpe gak. 

Huzaifah : Hehehe boleh-boleh insyaAllah..kicik punye hal maa.. Bolehlah aku main game spongebob dekat komputer kaw nanti..

Amin : Spongebob? haha kalah adik aku. sukati engkau lah..jangan rosak komputer aku, sudahh

Huzaifah : Taklah sampai rosak, paling tak pun, aku kasi komputer kaw berasap sikit-sikit, skrin tukar warna sikit, wayar kasi terburai muntah-muntah sikit...

Amin : Haaa, kaw jangan macam-macam hang jebat ! kaw kena berhadapan dengan aku, hang amin duluuu !

Huzaifah : Hahahaa..alah..gurau je bro Aku taulah jaga-jaga elok-elok harta orang. Itu kan amanah daripada kaw. Mestilah aku akan jaga sebaik-baiknya.

Amin : Tahu pun. Kalau macam tu, lega sikit rasanya. syukran banyak-banyak huzaifah zirafah..eheheh

Huzaifah : Amboi ! kemain lagi eh..hahaha..Hari ni aku tolong kau, lain aku mesti kan minta tolong kaw..hihi

Amin : namanya pun roomate. Kalau tak boleh nak diharapkan, siapa lagi? Takkan nak harap pakcik yang bawak van tu kan?


Awq faham tak apa yang nak disampaikan melaui dialog kat atas tu? Situasi di atas sebenarnya nak menggambarkan salah satu konsep yang dipraktikkan dalam sistem muamalah islam. Senanya memang susah sikit kalau kita faham term yang ada dalam sistem muamalat ni. 
Kalau ada yang dah belajar masa darjah khas atau belajar subjek feqah masa form2 (pljr sekolah agama cam SMAKJ ada belajar lah..hehe) Mau tergeliat urat saraf dalam otak nak memahamkannya. Tapi, insyaAllah saya kan cuba memudahkan awq semua supaya kita  boleh faham okey ^^


Istilah wadiah biasanya dipraktikkan dalam perbankan islam, manakala istilah deposit digunakan dalam perbankan konvensional. Namun maksudnya tetap sama iaitu simpanan.
Base on cerita tadi, Huzaifah telah menjadi pemegang amanah terhadap barang yang diamanahkan oleh Amin kepadanya. Di bank pula, seorang pendeposit akan mendepositkan  barang dalam bentuk dana atau wang ke dalam bank dan bank akan menjamin pembayaran balik semula kesemua amaun deposit berkenaan.
Lepas pendeposit serahkan dana tersebut kepada bank, (pemegang amanah), bank dibenarkan  menggunakan dana tersebut untuk tujuan pelaburan dgn syarat telah mndapat kebenaran daripada pendeposit. Kalau pendeposit tu tak benarkan dananya diusik, so bank tak boleh lah gunakan dana  pendeposit tersebut. Pendeposit insyaAllah akan diberi HIBAH (hadiah) atas budi bicara bank as penghargaan lah sebab benarkan penggunaan dana pendeposit kepada pihak bank. best kan?
(faham ke? ^^) 
Ok back to dialog tadi tuu, Amin izinkan Huzaifah untuk gunakan komputer tu yg telah pun diamanahkan utk Huzaifah jaga. But, Amin dah pun letakkan syarat supaya komputer tu dijaga dengan baik. 
Aktiviti wadiah ni senanya  dah dipraktikkan sejak zaman Rasulullah lagi. lama kan? hebatnyaa idola kita ni.. As we knew, Rasulullah seorang yg sangat amanah ! Baginda seorang yang dipercayai .semua bendalahh . >AL-AMIN< . Ada x antara awq yang special dapat gelaran hebat cam Rasul kesayangan kita? oh, nama Al-Amin adelah kan..hehe 
--->teringin-- 
Wadiah ada dua jenis insyaAllah. begini...

  Sebelum baginda berhijrah ke Madinah, baginda telah lantik Saidina Ali untuk pulangkan semua wadiah kepada pemiliknya. Tindakan Rasulullah SAW telah dilanjutkan dan dikembangkan sehinggalah zaman para sahabat. 
---ini dinamakan WADIAH YAD AMANAH.

  Sampai satu peristiwa,....awq tahu? Seseorang telah mengamanahkan kepada Zubair Al-Awwam untuk menjaga wangnya. Tapi beliau khuatir kalau2 duit tersebut akan hilang ataupun terguna. SO, beliau lebih selesa untuk terima amanah tersebut sebagai PINJAMAN. 
---so inilah WADIAH YAD DHAMANAH.

Oleh sebab tu, bila amanah berbentuk disertakan dengan niat sebagai pinjaman, maka pemegang amanah dibenarkan untuk menggunakan wang tersebut kerana wang tersebut telah menjadi haknya. Btw, peminjam (pemegang amanah) wajib pulangkan duit tersebut tanpa ada pengurangan walau sedikit pun tau.
Maka tersebutlah kisah timbulnya prinsip pada yang kita kenal pada hari ini WADIAH YAD AMANAH yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan WADIAH YAD DHAMANAH yang telah dipraktikkan oleh Zubair Al-Awwam. Kedua-dua kaedah tersebut dibenarkan oleh syariah setelah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui.


S E L E S A I. cam best je kan wadiah ni. saya suka   awq faham x? kalau faham Alhamdulillah. ^^ tapi kalau tak faham atau awq rasa saya yang salah faham tinggalkan respon awq ae :D BIG THANKS. sbb bace ^^,

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)