-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

26 Februari 2013

Home » , » Bayi Berwajah Topeng

Bayi Berwajah Topeng


Assalamualaikum. hai (!)


Sekarang ni macam-macam perkara pelik berlaku. Berkaitan cerita ni, rasanya mungkin ramai yang dah tahu kan? *terasa kuno di situ. ouh xpelah kuno dunia kan..daripada kita tahu semua benda yang yang berlaku kat dunia ni, tapi perkembangan agama? habuk sebesar zarah pun tak dek. eheheh sama2 beringatlah eh awq2 yang bijak-bijak, yang kaya-raya dengan ilmu ^^ (oh,  AMIIIN..)

eh so? baca yang kat bawah ni =..=




CHINA : Wajah bayi ini dilihat seperti memakai topeng. Keadaannya seperti bayi ini mempunyai 2 muka, dan muka ini tertampal pada muka yang asal.


Kangkang kini berusia 14 bulan.Menurut ibu kepada bayi istimewa ini,Yi Xilian tiada apa yang aneh ketika mengandungkan Kangkang dan kandungannya juga normal ketika itu.


Selepas Yi Xilian melahirkan Kangkang, doktor tidak membenarkan untuk melihat Kangkang. Namun, Yi Xilian merayu kepada suamiuntuk melihat wajah anaknya.Dia terkejut dan menangis ketika melihat keadaan bayinya.


Doktor hanya memberikan kemungkinan hal ini berlaku, tiada kepastian mengenai kelaianan yang berlaku pada anaknya.

Doktor beranggapan mungkin berlakunya jangkitan ketika perkembangan embrio ketika mengandung atau kesan ubat-ubatan yang diambil ketika mengandung.Namun, tiada sebab yang jelas yang dapat dibuat oleh doktor.


Kos untuk melakukan pembedahan kepada Kangkang dianggarkan 80 – 100 ribu US Dollar. Pembedahan ini dilakukan untuk menyamakan 2 bahagian wajah Kangkang dan tulang muka.Bagaimanapun Doktor tetap tidak dapat memberikan jaminan akan hasilnya.





Masa saya tengok gambar yang paling atas tu, semacam tak percaya. tapi Allah punya kuasa, tak ada sapa yang boleh halang. Kalau Allah kata siang, sianglah. Doraemon pun tak boleh balik ke masa lalu dengan mesin masa. SEBAB, semua makhluk Allah tunduk dengan perintah Allah. syaitan tunaikan janjinya sampailah hari kiamat. Manusia? Bersyukurlah apa adanya kita. Rendah, ho..hohodoh, kurang kekurusan, kena ngata 'tambhi' or what ever..., Allah lebih tahu segala2nya yang terbaik untuk kita.

Teringat pesanan seseorang kepada saya,(sape ek?? semoga dia sentiasa di bawah perlindungan Allah. aminkan ! hehe ) bila kita mintak sesuatu dari Allah, mintaklah DIA berikan apa2pun yang terbaik untuk kita. bukan kita asyik mintak apa yang kita rasa kita suka. .sebab.., kadang2 bukan semua yang kita mahukan, yang kita rasa bagus adalah yang terbaik untuk kita. awq tahu, saya pasti. ^^ 

”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

cthnya, kita mintak nak straight A+ SPM. Apalah gunanya Allah bagi kita straight A+ tu kalau akhirnya kita jadi riyak sampai kita lupa. tup tup. x jadik apepun. riyak bangga je dapat..alahai...aiman tak kisah..^^v vice versa dengan Allah bagi kita apa yang kita kecewa sekarang, mungkin akhirnya membuahkan semangat, dan kejayaan yang kita harapkan. kiata tak tahu apa yang akan jadilah. kann ? haha

eh, bila pusing2 tentang ni, 20 MAC '13 ni result SPM '12 diumumkan insyaAllah. Wish me and all my friends and kenalan, dari sekolah rendah > SMAKJ > sampailah SAMURA akan dapat result yang terbaik. ingatlah ALLAH PASTI AKAN BERIKAN YANG TERBAIK ^^ tak kiralah berapa ribu 'A' pun yang awq dapat hatta result awq tu bukan seperti yang awq harapkan. ok? hope x dela tahun ni dengar sesapa gantung diri kat kat pokok tauge. kalau gantung result kat balai raya tu sukati korangla kan..ehehe *better result dunia kita yang gempak kelak tergantung sampai syurga kan. faham x? kih3 :D

Ok, bai ! Assalamualaikum salam satu ummah (!) ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN.



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 ulasan :

  1. subahanallah . takut la jugak tengok . kesian dia :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..moga seluruh ahli keluarga kita terpelihara dari kejadian sebegini. amiin. kalau jadik pun, boleh jadi setabah yg spatutnya.

      Padam
  2. Balasan
    1. ape boleh buat kann. kita yang masih sihat wal-afiat nilah kena bykkan doa dan mndekati Allah insyaAllah :)

      Padam
    2. harap2 macam tu...
      mudah2 kita pun sihat wal-afiat... aminn! :)

      Padam
  3. I hopе mу ωгiting abilities
    ωill bе able tο feеl juѕt like yоurs, your рοsts was so goοd written
    аnd thought awaу evеn ѕhowѕ it abѕolutely was plаіnly rеѕeaгched.


    Feеl free tо surf to my homeраge; Http://Garciniacambogia.Org/

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)