-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

27 Disember 2012

Boleh saya berzina?



Cerita ni credit to seorang sahabat-- Hikmah Jupri :)
saya suggest semua yg singgah sini utk baca. sekejap je ok ! coz cerita ni memang luar biasa ^^
sho sweeet  ! ^^
Alkisah..

Dalam satu kawasan perumahan di pinggir bandar.., ada satu pasangan kekasih ni nak keluar. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya, maka berlakulah dialog berikut.. --

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap.

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ?? 

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan
ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.


Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah..bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah- merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi..? Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah- megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.
Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.


Bapa Gadis : Apa kaitan kamunak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan dah berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.


Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau
orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak- anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. 

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah.. Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej. 

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )” “Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
*Did you get it? best kan.. ^^ Alhamdulillah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Disember 2012

Tips Menghadapi Ujian Hidup


Assalamualaikum. hai ^^v 
Everybody inseparable from the test. Am i right? speaking jap. hehe Ujian tu mematangkan hidup. BETUL ! ce awq uji diri awq sendiri (bole ke?)

Apa–apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.  Masa diuji tulah terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. 
Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, or family problem telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun elektronik. (ceh ayat ! teringat belajar BM sekolah dulu. ^^) Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya? Bersediakah? Tak ada ujian yang datang diminta kawan. Kita mesti kuat  ! sebab, Allah tak akn bagi ujian yang tak boleh nak tanggung kan? yakin.   ! so.... check it out .


Tips untuk menghadapi ujian hidup 
Alhamdulillah ini je tips yang mampu saya kumpulakn . Berguna untuk saya. awq? hehe insyaAllah k ^^v

First

Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. wah bestnya ! Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari). 

Second

Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat (!), kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik :) . Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi). 

Third.

Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim). 

Fourth. 

Selalulah untuk think positif bahawa papepun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan :) . Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim). 

Fifth.

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea2 yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan ! Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. Kerana "sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6). 

Sixth.

Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan. Allah tak akan bagi ujian yang di luar kemampuan hamba-Nya percayalah. ^^. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. "Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286). 

Seventh

Menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). 


NOTA KAKI.
Don't worry, papepun yang menimpa diri kita, insyaAllah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian insyaAllah. So jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT   ! semangat ! semangat !




Dah baca ? klik SINI lagi. ok awq thanks . 
k bai  ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Disember 2012

Awesome IKRAM


see?
bila bulan 12 tiba, keje saya tanam anggur jelah kat rumah. tapi kali ni memang betul2 tanam anggur + ternak lemak. Mana taknya, spm dah habis ^^' Alhamdulillah..tapi, ni yang beria2 nak cite ni..sebelum persekolahan habis, saya and geng2 BGN (bilik gerakan naqibah) dapat satu poster daripada PERSATUAN IKRAM MUAR. memang gila2 punya excited nak join  ! yelah drpd tenung tv je, lebih join aktiviti2 b'faedh kan2 ^^but, my point is what have i learnt along 3 days n 2 night i was there :) wakil samura memang tak ramai but i have salsabila. thanks sal :) n yg teruja sikit sbb jumpa kwn dri smakj, munirah husna. still cute like before n_n

schedule mmg menarik n islamic. One of them, ceramah by Dr. Adnan Omar, head of counseling and psychological services. opss, actually motivasi by topic : 'menuju puncak'. Yg mnariknya, motivasi yg biasa saya atau awak semua dgr, bila namanya menuju puncak, yg saya pikir of course la puncaknya tu 'cita2' kita, x gitu biasanya? but, this counselor who studied at non-muslim-major country, said --> the 'puncak' is syurga firdaus. sape yg x nak?
no one. kami turut buat perbincangan  membahaskan beberapa ayat popular dari surah Al-Mukminun(1-11) *kagum.

Dr. Adnan Omar                                
mane2 kem yg saya pernh pergi pun,yang paling best ape lagi, x-plorace laa ^^. penat kemain + hujan lebat + hujan x b'henti2 + sejuk + basah kuyup + BUSUK. HAHA(!) yg tak tahannya, masuk air gunung kat tempat tinggi yg sejuknya sampai ke tulang..( ni blom tercapai lagi hasrat nk bljr or melancong kt ngr bersalji !hahaha) agagagaga..bila dh panas, checkpoint lain, masuk air lagi, kene denda? masuk air lagi..memang involuntary action-- menggigillllla saya..huaaha. okay, we learnt to be patient and understand to each other. n also ! to respect our 'panglima' n group leader.

Xplore D'Legend @ SUPER MyKEM 2012





                

      

Itu semua memory yg mahal. ^^ BUT, yg lebih teruja, saya dapat pengalaman dan ilmu yang nilainya sgt tinggi. :) kawan2 yang baru. ukhuwah mestilah kukuh walau baru kenal. sebab diorg sgt sporting n best, kitorg macam dh kenal lama. Saya refresh balik apa yang saya belajar secara formal atau tak. Masa x-plorace, yang paling best n buat saya kagum, is this is the first camp i join yg gunakan hadis n ayt Quran sebagai checkpoint n clue ^^ see? mereka sangat hebat ! saya jugak jumpa seorg fasi (kak nirwana) yang merupakan ex-samurian ^^ sekolah saya *tumpang bangga dengan kejayaan dia :) we use Al-Quran as our guide along the journey in the scary legend forest of gunung ledang. (huh..) memang banyak kalilah kitorg naik turun gunung tu sbb sesat kann--' haha..penat weyy. penat? apa yang kitorang belajar lagi kat sana? *ada hikmahnya. ^^

kawan baru yg awesome !


my lovely sporting group of  'wardatul jannah'
Pengalaman hebat yang insyaAllah saya tak lupakan, bila saya mengimami solat jemaah ahli group saya dalam keadaan yang basah2 kuyup yg entah kat mana2. it's great. Alhamdulillah :)  from that, we learnt-- nak pastikan yang pakaian kita betul2 menutup aurat atau tidak? lihat n perhatikanlah kalau2 pakaian yg kita sedang pakai boleh dibawa sembahyang atau sebaliknya. ^^ check out this.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Disember 2012

Dengar dengan hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yg berusia 7 thn : "Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal, dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu ada?" Sepantas kilat murid itu menjawab dengan yakin : "Empat." Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yg diberikan ialah tiga. "Mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu.




Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti. Murid tersebut dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama2, dengan harapan agar jawapan yg diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapa yg tepat. Tanpa ragu2, diulang jawapan yg sama, "Empat, cikgu!" Gurunya , masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubah sikit soalan itu. 


"Kalau cikgu beri kamu sebiji strawberi , sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yg kamu miliki?" Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "tiga, cikgu!" Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri. "Bagus. Tepat sekali jawapan kamu tu." "Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal, dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu ada?" soalan yg awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yg dibrikan tetap empat.
Kali ini guru telah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan perasaan marah : "macammana kamu dapat jawapan empat pula ni?" Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: "Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu."
NOTA KAKI.
Fingerprints kita semua berbeza kan? Jadi, mungkin kita memahami dari sudut yg berbeza dalam sesuatu perkara, tapi jgnlah kita dengar dan terus buat satu tanggapan yg mungkin sudah dijangka. ^^ Masih segar di ingatan saya, seorang ustaz saya pernah berpesan, dengarlah dengan mata hati. Malah jika pendpt kita berbeza, tdk bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua puhak salah. Selidik dengan cermat.
So nilai semula kaitan cerita ini dengan kehidupan kita. kita sering menilai sesuatu dari sudut negatif dulu kan? ^^ jgn nafikan, kerana itu benar adalah berdasarkan kajian manusia yg menunjukkan manusia lebih cenderung nampak yg negatif berbanding positif. Jika kita x macam tu, syukurlah, kita sedang dibimbing Allah ke jalannya. Gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana :) Barakallahufik.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 Disember 2012

Masjid TER'UNIK' di dunia, dibangunkan oleh si miskin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamaualaikum.


Bentuknya sederhana, namun jamaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu solat masuk  :)

Mungkin kita tidak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun sangat unik, yaitu “Shanke Yadem” yg maksudnya, Anggap Saja Sudah Makan. Pelikkan? Disebalik nama Masjid yang aneh itu ada cerita yang sangat menarik dan mengandung pelajaran yang sangat berharga bagi kita.




Ceritanya begini :

Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang wara’ dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Ketika merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: 


Anggap saja sudah makan dalam bahasa Turkinya “ Shanke Yadem” .
Apa yang dia lakukan selepas itu? wang yang seharusnya diguna untuk membeli makanan, dimasukkan ke dalam kotak.  Begitulah yang dia lakukan setiap bulan dan sepanjang tahun. Ia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan belanja kecuali untuk menjaga kelangsungan hidupnya sahaja.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi konsisten dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa terasa, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya pun sangat sederhana, sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.

Akhirnya, Khairuddin berhasil mewujudkan cita-citanya yang amat mulia.inilah manusia berhati besar dan berjiwa mulia.




NOTA KAKI
The most important is,, niat kita ikhlas dan bersungguh2. :) kerana jika kita ikhlas, andai lemah mahupun kuat, gembira mahupun sedih, kita kan lakukannya ! Moga islam terus bersinar hingga sampai waktu yang Allah tetapkan. :)) insyaAllah

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Disember 2012

Istidaraj itu apakah ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamaualaikum.

awl2 dengar perkataan ni, mmg x tau..apebende istidraj tuu?
and now, i already know from a junior..thnx junior^^

Ramai org kafir mahupun yang Islam tapi x solat, boleh berjaya..bisnesnya menjadi..pelajaran cemerlang. sdgkn yg taat, hidup dengan penuh dugaan dan cabaran..
Kita tahu bahawa siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
no.we must understand about this.   istidraj.
Istidraj adalah satu kalimah yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. mcm cecita yg selalu kita dengar tuu,, ‘Qarun ditelan bumi’. InsyaAllah, saya pasti anda pernah dgr, kan?^^ Dia ini adalah seorang manusia yg teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya pun x mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Subhanallah! betapa kayanya dia.

Harta Qarun melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam pun x luak diguna.Tapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang dripd ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. 'Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU.' Dia nyata smakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.





Nah… Itukah yang kita nak?
Maka jangan gusar bila x berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yg pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya bina hubungan keimanan yg baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya. betul x? insyaAllah..^^(bantulah ya Allah.)
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. =)
eh eh..ade lgi satu cite! hehe, saya suka cite ni tau ! ^___^,

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya.”

subhanallah.
jadi? kita x harus cepat mengalah dan berputus asa! Allah berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. maknanya, setiap kali kita ditimpa masalah kita harus bersyukur. Itu tndnya Allah masih sentiasa dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. kan? ^^
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula..+_+
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Disember 2012

Sabar

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.

                             

"Tak malunya lelaki ni.....dah la tak minta dari aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!" rungut wanita itu dalam hati.


Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang dan bersahaja terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.

Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya, "Berani sungguh lelaki ni.Memang muka tak malu. Pencuri besar..!"

Wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.

Apabila dia sampai ditempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elok belum terbuka. "Jika biskut ni ada dalam
beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi,".....Ya ...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.

Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.....!





NOTA KAKI.
Alangkah pentingnya bersangka baik. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 November 2012

7 Keajaiban dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

Boon Kok Keong : Piramid cikgu..

Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!

Gopal : Taj Mahal cikgu !

Cikgu : Bagus...lagi !

Husin : HATI..cikgu..!!!

Cikgu : maafkan saya..kenapa pulak hati ? boleh kamu terangkan pada kelas ?

Husin : Sebab hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar.Dalam hati ada macam2 rasa..marah,geram,kecewa,gembira dan macam² lagi. Tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende² yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende² yg serupa dengan bende² tu semua.tapi xde sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!! 

Cikgu : (tersenyum)

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Abu Nawas dan jubah

Alkisah..


Abu Hasan menceritakan kisah seorang lelaki yang mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

“Aku dengar suara pekikan di rumah tuan, apakah yang berlaku?” tanya lelaki itu kepada Juha.


“Jubahku jatuh dari atas rumah,” jawab Juha.

“Err...jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?”

“Engkau ini bodoh. Jika kau sedang memakai jubah dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersama?” kata Juha.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 November 2012

menuju wawasan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

So this one of my favourite songs from unic. 5Star ! Dapat lagu ni versi yang dahpun dibaharukan oleh UNIC dari HPA(Herba Penawar Al-Wahida) yang merupakan lagu tema syarikat HPA. 




Menuju Wawasan 

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC

Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah

Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata umat Islam sentiasa boleh

Umat Islam zaman lampau taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari

credit lyric : LirikNasyid

















.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 Oktober 2012

Tarbiah Cinta


Akisah..




Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.


Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.




Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..
Mak takut pada Allah...
Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong..
Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?
Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..
Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..
Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
Cuba kakak renungkan..
kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..



Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..
Hatikita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

              

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

untuk renungan dan muhasabah..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Oktober 2012

Masjid Canggih Pertama Di Dunia Akan Dibina Di Jerman

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. hai ^^v

Kenapa masjid mesti ada menara?, kalau zaman dahulu menara menjadi tempat muazzin naik untuk melaungkan azan agar dapat didengari oleh masyarakat sekeliling.

Sekarang ini boleh dikatakan semua masjid menggunakan sistem pembesar suara yang canggih dan muazzin tak perlu lagi panjat menara untuk azan. Cukup dengan melaungkan azan di depan mikrofon, maka azannya akan didengari oleh semua penduduk sekeliling.

Jadi kenapa menara masih lagi dibina pada setiap kali pembinaan masjid, apa kegunaannya sekarang?. Bagi sesetengah orang menara hanya sekadar menjadi lambang atau mercu keagungan Islam, akibat dari itu negara Eropah mula mengenakan larangan pembinaan menara di masjid-masjid eropah.

Bagi menyelesaikan masalah menara yang tidak ada kegunaannya, seorang erkitek di jerman telah mereka bentuk sebuah masjid di mana terdapat 2 menara yang berfungsi sebagai penjana kuasa elektrik.

Menara yang dipasang dengan sistem kipas itu akan menjana kuasa eletrik melalui kuasa angin yang mampu menyumbang sebanyak 30% daripada keperluan tenaga letrik masjid tersebut

Wallahu'alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Oktober 2012

6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook


Assalamualaikum. hai ^^v
sebelum tu maih baca SINI dulu ^^


Di mana ada laptop dan internet, di situ ada Facebook. Hebatnya fenomena Facebook yang melanda dunia hari ini. Hari ini, dari kanak-kanak berumur 1 hari, hingga seorang datuk yang sudah bercucu-cicit mempunyai akaun facebook. Hebat tak hebat kann..

Pernah ada satu ketika, terdapat cubaan dari sesetengah orang Islam ingin memulaukan laman sosial Facebook kerana selain ia adalah ciptaan seorang bukan Islam, ia banyak membawa kelalaian kepada umat. Beberapa laman sosial yang agak Islamik diwujudkan. Namun mungkin kerana kurang daya tarikan, ia kurang mendapat sambutan dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Facebook juga yang menjadi pujaan hati orang-orang Islam. Yang jelasnya, buat masa sekarang Facebook sudah menjadi kegilaan ramai orang termasuk umat Islam. Memang dah terang lagi berspotlight you..


Tidak kisahlah ia ciptaan siapa, alangkah baik dan beruntungnya jika seseorang Muslim dapat menjana PAHALA mudah dengan kemudahan laman sosial ini. Sekurang-kurangnya daripada 3-4 jam seseorang menghadap Facebook dalam satu hari, ada juga pahala yang tercatit di buku amalan, yang diharapkan dapat meneutralkan balik dosa-dosa yang terhasil disebabkan Facebook. InsyaAllah kan


Kita mampu je nak buat, sekurang2nya share jelah kan ;P



6 Cara Membuat Pahala Melalui Facebook


 Update status anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, kata-kata salaf, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.


TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain. really true.


 Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda sebarkan status tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, bolehlah tolong-tolong sebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput hehe. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah. InsyaAllah ^^


 Awq kongsilah maklumat tentang program-program ilmu yang awq tahu, bolehlah mengiklankan program tersebut di laman Facebook masing-masing *dengan memberikan tajuk, nama penceramah, dan jadual pengajian. Baik punya  !


 Atas semangat silaturrahim dan atas kesedaran betapa besarnya kewajipan mengeratkan silaturrahim, alangkah baiknya jika setiap kelurga mempunyai group tersendiri yang boleh menghimpunkan segala suku-sakatnya. Dalam group seperti ini, banyak kebaikan dapat dibuat, contohnya bertanya khabar antara ahli keluarga, mengupdate berita-berita keluarga, menyelesaikan permasalahan ahli keluarga secara tertutup dan macam-macam. Walaupun perkara kecil, namun siapa sangka dengan semangat silaturrahim, Allah Taala akan memberkati hidup seseorang. (setakat ni family saya pun belum ada lagi ^^'. insyaAllah2 nanti.)


 Jika anda mempunyai komen bernas dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh adab dan sopan seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. (masalahnya ada yang cakap depan2 pun macam nak mintak penampar je kan erkk--' ) Mungkin awq yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.


Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai tempat perbincangan. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.


Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil comel2 kat atas tu, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim. No biggie2 ok ! awq tak akan dapat apa2 ^^ deal  !


NOTA KAKI.

Eh sekarang ni pun ada satu laman sosial yang bukan sekadar sosial, dibangunkan oleh orang ISLAM tau ! betul tak betul, wallahu'alam la kan..tapi macam betul. hehe so meh daftar sini meh, kita meriahkan dan sokong islam  ! >>MY HEPPI<<. Nanti add la saya ^^v

Ada yang awak nak tambah lagi sini ? meh2 kita share2 pendapat :)
Saya dah ngantuk nak pi tidur ni. Awak thanks . 
k bai  ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Oktober 2012

Tips Menghindari Ghibah



Assalamualaikum. hai ^^v

Haa kebiasaan yang satu nilah paling senang menjangkit pada seseorang lagi-lagi yang perempuan macam saya kann. Datang melalui televisyen, kegiatan2 tak berfaedah, berjumpa mengeteh tak de kerja, hatta masa study group pun. 

Apa tu ghibah?

ha meh tengok sini ! dengan bantuan dari cik wikipedia ^^v *ni la jalan mudah namanya hihi


Ada faham? Alhamdulillah faham la tu insyaAllah.

Tips menghindari GHIBAH.

 Isi waktu terluang dengan kegiatan positif.

 Muhasabah diri ni eh.
Bayangkan bagaimana jika keburukan kita pun di bicarakan orang, ingatlah hadis bahwa ‘ Allah akan menutupi keburukan kita selagi kita tidak membuka keburukan orang lain, sebaliknya tak payah pelik jika allah pun akan membuka keburukan kita di depan orang lain jika kita membuka keburukan orang.

 Berfikirlah sebelum berbicara.
Tanyakan diri sendiri, “perlukah saya mengatakan hal ini? ‘apa manfaatnya? apa mudharatnya?’

 Berbicara sambil berzikir.
Berzikir di sini maksudnya selalu menghadirkan ingatan kita kepada Allah SWT, ingatlah betapa buruknya ancaman dan kebencian Allah kepada orang yang berghibah.

 Tingkatkan rasa percayakan diri
Orang yang tidak percaya diri, suka ikut apa je perbuatan orang lain sehinga dia mudah terseret perbuatan ghibah kawan2 lain, bahkan dia pun berpotensi menghebahkann ghibah  sebab tak ada kebanggaan terhadap dirinya sendiri sehingga lebih senang memperhatikan, membicarakan dan menilai orang lain. Check hati check iman diri sendiri dulu. baru orang lain. Eh eh tak yah. diri sendiri je ^^

 Buang penyakit hati
Kebanyakan ghibah tumbuh karena di dasari rasa iri dan benci, juga ketidak ikhlasan menerima kenyataan bahawa orang lain lebih beruntung, lebih kaya, lebih cantik or lebih whatever daripada kita. Sedarlah masih banyak orang lain yang lebih sengsara daripada kita.

 Hindari, Ingatkan dia atau Pergi.
Hindarilah segala sesuatu yang mendekatkan kita pada ghibah dimana saja dan bila2 jelahh. Jika terjebak dalam sistuasi ghibah contoh tengah study group ke, ngeteh ke, ingatkanlah mereka akan kesalahan, jika tak mampu setidaknya diam dan tak menanggapi ghibah tersebut. Atau anda memilih hengkang dan menyelamatkan diri.

Dah baca ? klik SINI lagi. ok awq thanks . 
k bai  ^^

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai