-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

5 Disember 2012

Home » , » Istidaraj itu apakah ?

Istidaraj itu apakah ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamaualaikum.

awl2 dengar perkataan ni, mmg x tau..apebende istidraj tuu?
and now, i already know from a junior..thnx junior^^

Ramai org kafir mahupun yang Islam tapi x solat, boleh berjaya..bisnesnya menjadi..pelajaran cemerlang. sdgkn yg taat, hidup dengan penuh dugaan dan cabaran..
Kita tahu bahawa siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
no.we must understand about this.   istidraj.
Istidraj adalah satu kalimah yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. mcm cecita yg selalu kita dengar tuu,, ‘Qarun ditelan bumi’. InsyaAllah, saya pasti anda pernah dgr, kan?^^ Dia ini adalah seorang manusia yg teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya pun x mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Subhanallah! betapa kayanya dia.

Harta Qarun melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam pun x luak diguna.Tapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang dripd ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. 'Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU.' Dia nyata smakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.





Nah… Itukah yang kita nak?
Maka jangan gusar bila x berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yg pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya bina hubungan keimanan yg baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya. betul x? insyaAllah..^^(bantulah ya Allah.)
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. =)
eh eh..ade lgi satu cite! hehe, saya suka cite ni tau ! ^___^,

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya.”

subhanallah.
jadi? kita x harus cepat mengalah dan berputus asa! Allah berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita. maknanya, setiap kali kita ditimpa masalah kita harus bersyukur. Itu tndnya Allah masih sentiasa dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. kan? ^^
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula..+_+
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. subhanallah! serious saya tak tau pasal ni sebelum.
    tau site qarun di teln bumi jek...hehe, thank you Nahwal Imtiyaz. saya suka =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, kisah tu memang satu pengajaran dan contoh yang jelas. moga bermanfaat :)

      Padam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)