So nilai semula kaitan cerita ini dengan kehidupan kita. kita sering menilai sesuatu dari sudut negatif dulu kan? ^^ jgn nafikan, kerana itu benar adalah berdasarkan kajian manusia yg menunjukkan manusia lebih cenderung nampak yg negatif berbanding positif. Jika kita x macam tu, syukurlah, kita sedang dibimbing Allah ke jalannya. Gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana :) Barakallahufik.
19 Disember 2012
Home
»
Angguk geleng
,
Seorang pelajar
»
Dengar dengan hati
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yg berusia 7 thn : "Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal, dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu ada?" Sepantas kilat murid itu menjawab dengan yakin : "Empat." Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yg diberikan ialah tiga. "Mungkin dia tidak mendengar dengan baik," bisik guru itu.
Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti. Murid tersebut dapat membaca kekecewaan pada wajah gurunya itu, mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama2, dengan harapan agar jawapan yg diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapa yg tepat. Tanpa ragu2, diulang jawapan yg sama, "Empat, cikgu!" Gurunya , masih kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat bahawa muridnya itu amat menggemari strawberi, maka diubah sikit soalan itu.
"Kalau cikgu beri kamu sebiji strawberi , sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yg kamu miliki?" Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. "tiga, cikgu!" Kali ini jawapannya tepat. Wajah guru tersebut berseri-seri. "Bagus. Tepat sekali jawapan kamu tu." "Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal, dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu ada?" soalan yg awal diulangi lagi buat kali ketiga, namun jawapan yg dibrikan tetap empat.
Kali ini guru telah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan perasaan marah : "macammana kamu dapat jawapan empat pula ni?" Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid itu menjawab: "Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya, cikgu."
NOTA KAKI.
Fingerprints kita semua berbeza kan? Jadi, mungkin kita memahami dari sudut yg berbeza dalam sesuatu perkara, tapi jgnlah kita dengar dan terus buat satu tanggapan yg mungkin sudah dijangka. ^^ Masih segar di ingatan saya, seorang ustaz saya pernah berpesan, dengarlah dengan mata hati. Malah jika pendpt kita berbeza, tdk bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah. Boleh jadi kedua-dua pihak betul atau kedua-dua puhak salah. Selidik dengan cermat.
So nilai semula kaitan cerita ini dengan kehidupan kita. kita sering menilai sesuatu dari sudut negatif dulu kan? ^^ jgn nafikan, kerana itu benar adalah berdasarkan kajian manusia yg menunjukkan manusia lebih cenderung nampak yg negatif berbanding positif. Jika kita x macam tu, syukurlah, kita sedang dibimbing Allah ke jalannya. Gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana :) Barakallahufik.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
Dengar dengan hati
So nilai semula kaitan cerita ini dengan kehidupan kita. kita sering menilai sesuatu dari sudut negatif dulu kan? ^^ jgn nafikan, kerana itu benar adalah berdasarkan kajian manusia yg menunjukkan manusia lebih cenderung nampak yg negatif berbanding positif. Jika kita x macam tu, syukurlah, kita sedang dibimbing Allah ke jalannya. Gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana :) Barakallahufik.
Labels:
Angguk geleng
,
Seorang pelajar
"dengarlah dengan mata hati" =)
BalasPadamya betul. terima kasih :)
BalasPadam