-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label MFI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MFI. Papar semua catatan

4 Disember 2014

Bulatang gumbira dan hatiku pun gumbira

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum, bonjour  


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Allahuakbar ! 
Gua tak tahulah nak cakap tang mana syukurnya gua sepanjang berada di UNITEN ni sampai semacam ce bunyi tajuk entry ni. ecehh anounce belajar kat mana siap bold kaan. heh (not that important lah). jadi bulatang gumbira yang dimaksudkan adalah bulatan gembira a.k.a usrah  nampak tak lep di mata menunjukkan gua sedang tersenyum dan ada lep di mata gua, menaip dengan rasa sukaaa. hihi ! ok kembali kepada fitrah blog ni; gua kepada saya. sambil mendengar lagu berjalan tanpa henti by devotees mari teruskan~


Noob

kali pertama saya dengar berkenaan usrah adalah ketika mula-mula menapakkan kaki yang suci mulus ini *muntah* di sekolah kesayangan saya, SMAKJ. that time senior anounce mengarahkan kitorang; budak-budak noob form 1 untuk turun ke surau di satu blog asrama yang lain untuk program usrah. dipanggil pula tepat waktu tengah hari buta jumaat iaitu semasa student muslimin gi solat Jumaat dan masa kemuncak untuk mengular bagi student muslimat. maka suara rungutan akan menjadi biasa kedengaran. and  well, first time kan. masa tu semua pun garu kepala dan asyik tanya satu sama lain;
"wehh usrah tu bukan maksudnya keluarga ke ? kita nak buat apa ni ?"
"usrah bukan rancangan yang ada tazkirah-tazkirah kat tv9 tu ke ? yang ada ustazah arab tu haa"
".....usrah tu apakah ? -.-' "
"amendanya menatang usrah ni? aku nak tidooo"
"..." krikrik.


maka terucaplah ayat yang second tu dari mulut noob saya. apa je yang saya tahu waktu tu ? lap hingus lagi der. (even it is the same situation till now kan) lepas je join usrah masa tu, group usrah saya kekal sampai saya form 3 dengan naqibah dan groupmate yang sama. mention sikit; naqibah saya ketika itu adalah seorang yang comel dan baik budi bicaranya ;kak Nurunnabihah binti Rushdan yang sedang menuntut di usim sekarang. alhamdulillah. seronok menimba dan menghadam ilmu, menghafal, berkongsi, bertukar hadiah dan makan makan sesama ! semoga akak dan semua rakan usrah diampunkan dosa, dan sentiasa dalam bimbingan dan rahmat Allah. ameen. eh kita tahu tau korang semua study mana sekarang ! hehee. tapi tu jelah yang kita tahu :p sampai form 4, saya dilantik menjadi naqibah tapi belum sempat apa-apa, saya dah angkat kaki dulu. bai .



SAMURA

maka permulaan langkah saya ke bumi bertuah ini ketika form 4 adalah satu saat yang sungguh mencengkam (metaphorrrr) sebab awal-awal lagi ketua dan timbalan ketua naqibah dah pasang mata-mata yang menghendap saya tanpa bagi salam. if only spy will spying do their work dengan bagi salam dulu. mashaAllah.

ringkasnya, saya hanya mampu sujud syukur; terlalu syukur dan gembira dengan berakhirnya kebimbangan saya tu, apabila bermula pula kebimbangan kedua dengan kedudukan dan amanah yang Allah kurniakan kepada saya ketika tingkatan 5 iaitu sebagai penolong ketua naqibah; dan bukannya ketua naqibah. hehe. kerana sedikit amanah dan tanggungjawab tambahan sebagai seorang budak yang baru nak belajar buat kerja, saya sendiri kurang keep on eye on ahli usrah punya hal (dormmates). maafkan gue deh dormmates. sobss. vtw, bukankah perancangan Allah itu lebih baik ? smile yo. dapat berkongsi ilmu dan membuat mereka teruja untuk dapat ilmu tetiap minggu dah lebih dari cukup menjadikan saya rasa sangat puas dan syukuur. takde pulak orang datang backhand saya sebab tegur diorang ituini begitu begini. syukuur. lagi. sayangnya Allah pada saya. banyaknya nikmat dan kemanisan hidup beragama yang saya berpeluang dapat. 
hmmmppph, tarik nafass. sambung..



Unikl MFi

saya sedikit down la jugak beb masa baru masuk sini. selama ni study ada usrah, tetiba tak ada langsung pun yang official ataupun yang tak official yang saya nak join. pelik juge. rohani nak makan juga melalui usrah :) tepat masanya, first sem tu; senior saya di smakj iaitu akh Khair bin Sujud yang sangat saya hormati (he held the high position in islamic malaysian student associations and he is currently studying in UKM-eh dah grade ke ? --') sendiri ada contact saya untuk ajak saya join usrah beliau. so saya hanya dapat join beliau semasa pertengahan bulan Ramadan di KUIS. emang seronok amat tuantuan puanpuan. nikmat apa lagikah yang mahu kita dustakan. allahh. 

sem kedua lagilah beronok-beronok disebabkan keprihatinan dua insan yang dirahmati allah (ameen); kak Wani dan kak Ismah yang wujudkan sendiri usrah dan ajak junior-junior diorang ni (kitorang le tu) untuk sama-sama give and take dalam usrah setiap minggu. penat lelah dan pengorbanan mereka yang kitorang tak bayar sesen pun tu; hanya Allahlah yang maha menghitung dan memberi kedudukan yang baik di sisiNya. Sesungguhnya jasa kalian, sungguh comeii di mata kami. namun terlalu hebat di mata Allah. walaupun kurang, sudah sepatutnya terlalu bersyukur. maka nikmat yang mana yang kita dustakan ?
kesat air mata. rindu suasana mfi lah jugak. 



Uniten

balik-balik usrah, di  malam yang gulap gulita yang buta tanpa mata ni jugak saya menaip. huyoo. malam buta sebab dia tak ada mata, manusia pulak buta kalau dah ada kebenaran depan mata tapi buat-buat rabun power 10000. buta la kot. eh lari topik. uniten ni saya, senanya nak cerita berkenaan usrah kat sini. semangat berombakombakrindu lepas usrah tadi untuk taip la sikitsikit nih. huh. selepas smakj, uniten adalah institusi kedua yang good impression saya banyak sangat. oleh kerana dah lewat malam so saya compresskan cerita ya buk. seniors here were just too nice ! the environment here were just full of calmness. the students and lecturers here were just great and ...hm pokoknya nicelah extremely nice :D ewahh and the thing yang memang influence me to make my life lebih tenang dan ada rohh adalah dengan menyertai usrah. 

alangkah gembiranya kan kalau korang pegi kedai buah just nak beli sebungkus buah jambu rm1, tapi dapat pulak lagi percuma honey dew sebungkus yang sedap mashaAllah ! begitu nikmat dan lazatnya usrah saya. hehe  ! specialnya usrah saya berbanding yang lain beacuse we had the least group members of 6 person in a group. the least the members, the cantik the flow lah. ahli usrah pun mashaAllah daebak ! (sebab my ummi really hate perkataan like happy 'gile' ! so i change to mashaAllah. cool transformation right ?) 

how excited i am bila tahu kak Nabila a.k.a kak bella who recently became my group's facilitator for orientation week, ditukar masuk jadi naqibah kitorang pulak. ini sudah terlalu baguuus since i know her. she's beautiful and nice inside and outside and one more naqibah we had in the usrah is Najah Mustafa which she's the same age with me. diorang banyak ilmu beb. gua terasa begitu rendah diri dan kerdil di sini. allahuakbar. I feel very grateful. syok dengar diorang ni menyampaikan selain kepetahan setiap ahli usrah berkongsi pendapat, cerita, dan tazkirah. allahh.

usrah malam tadi pulak like seriously awesome because i actually never knew the infos n knowledge they shared; about surah al-fatihah, maqosid syariah, tawawur, ciri-ciri syariah islamiah, dan ciri-ciri islam. sebab before ni pun baru dapat join usrah sekali je dek kesibukan kelas yang asyik ada ganti mengejut. even before kitorang pernah jumpa pun, in any forum or event yang saya nak join tapi takde transport diorang akan usaha tolong hantar kawan2 diorang untuk hantarkan saya pergi forum dan ceramah-ceramah tu. how touching *blushed*

Harapannya semoga saya terus teranjak melonjak nak pergi usrah dan mengikuti segala bentuk program dan majlis ilmu tanpa rasa jemu. korang pun yah !

ayuh geng super lillah ! inilah masanya. transformasikan diri kita menjadi muslim profesional.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri!"
[ar-Ra'ad, 13:11]

sebab tak ada gambar dengan mereka lagi, kita pinjam gambar google jele.

bertemu berpisah kerana Allah.
unic-seiring sehaluan yang berjaya sebagai finalist top 10 anugerah nasyid ikim 2015. tahniah !


nah ! beberapa entry inspirasi dari inche gabbana; semoga Allah merahmati usaha beliau. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 Oktober 2013

Hard what ? Study kerana Allah ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum tout les monde. Hai 

terima kasih ustaz google.
masa nak menaip sekarang hanyalah masa curi saja. hanya bila sempat tapi nak juge update *sengih* Sampai rumah untuk adiiladha ni haa barulah dapat internet laju sikit nak menghupdate. pun taklah sebegitu menarik yang nak diceritakan kann. heh. almaklum every exam memerlukan study dan tumpuan sepenuhnya as carry mark for final n for the whole result. allahu allahh. let's be positive !

episod running man bertangguh lama dah.  tapi tidak penting itu semua. *sengih lagi* saya dah banyak sangat bookmark short video, and download filem islamic but then, tak sempat langsung nak tengok. Sekarang just tunggu habis sem1 je bulan 12 nanti. Tupun, sekejap je sebulan tu wehh. Memang kena study habis gakk. eh apa ni ? stop mengeluh.
How great para ilmuwan islam yang terdahulu. Memang daebak ! Mereka sendiri yang cipta formula, kaji, hasilkan teori, buku ilmiah, and many morelah. Kita yang belajar je pun, merangkak. Apetah lagi kita orang Islam. AllahuRabbi. Nak motivasikan diri tak payah mana, cuma diri sendirik yang tak macam termotivasi pun. astaghfirullahh

Groupmates preFrance12 :)

Makin terasa keHARDan study in this course. But, since we are here, so kena teruskan usaha jelah selagi boleh . pheww series pheww. doakan kami ^^ Belajar mana-manapun ada tensyennye, just kena manage jelah kan. Bohonglah kalau saya kata saya langsung tak stress.  korang ? tettt. Yang penting niat kita belajar dan jangan tinggal yang wajibla compulsorynya kan. Mudah-mudahan dipermudah semuanya.insyaallah.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 September 2013

tanpa tajuk.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour 

Maaf entry yang ntah pape terselit kat blog saya ni tak tahu terus nak letak tajuk ape. Boo baik takyah letak entry ni kan. Hee takpe tak suka boleh cari entry lain duluu. ehemm. Ma blog ! tu me manques  ececeh praktikkan sikit french. Talking about french. How far saya belajar kan ? Ahaaa lalala memang seronok gak belajar french dengan lecturer2 dari France sendiri. No doubt. Tapi makin jauh saya study French makin saya rindu nak belajar bahasa Arab. AllahAllahhh. Sebab belajar bahasa Arab ni berpahala dan sangat berguna. Bahasa Quran pun 

And this is our jamuan Hari raya baru-baru ni. Dah masuk zulkaedah pun baru sempat sambut jamuan raya. -.- saya tolong snapkan gambar orang je banyakla kan. I'm totally not a photogenic. :3

with Marie Jamie kuk, sarawakian ^^
ok ini series pinjam balik gambar-gambar yang saya sendirik snap n ofcourse saya takdek di dalamnyaa. haa
My Math lecturer-Monsieur Kolia :) How strict is him. But yet still 'lawak' and kadang-kadang weird. hahah francais biasalah .

Math lecturer Kolia + Monsieur Mourad n he is one of the muslim francais (gambar belah kiri)^^

fine betapa bosannya entry ni. bai nak sambung study.

Jazakallah. Au revoir  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 Ogos 2013

Kemeriahan Ramadan Mubarak di Masjid

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 

Lebih seminggu tak update blog ni. *peluk blog ketatketat*. Apa boleh buat kalau wifi labih seminggu takdek kan. Memang agak susah takde kemudahan wifi ni kat asrama sebab lecturer bagi homeworks, latihan semuanya melalui fb. so ? tak boleh bukak fb adalah sesuatu yang sangat susah lagi menyusahkan. well, no can do lah. Alhamdulillah sampai pun rumah semalam untuk merasai sambutan hari Aidilfitri kat kampung nan indah permai ni. Alhamdulillah3. :)
Nak ceritalah sikit kegembiraan saya sambut Ramadan sepanjang kat MFI (Malaysia France Institute). Uwahh hidup dekat dengan Masjid yang sangat aktif ternyata sungguh membahagiakan jiwa rohani hina dina ini yang dahagakan ilmu dan bimbingan agama. AllahAllahAllah. Memang tak sia-sia langsung kalau saya berpeluh-peluh tiap hari pergi balik masjid dari maghrib sampai habis terawikh. *excitedexcited*


Majlis Ilmu
Masjid As-Solihin, Bangi hampir tiap-tiap hari ada majlis ilmu. Means ada je tazkirah dari penceramah-pencermah jemputan especially lepas je 15 Ramadan. Memang hari-harilah ada tazkirah before or after terawikh. Ahaa masa tu barulah kita kena sedar betapa ruginya kalau dengar or tenung je wajah suci penceramah tanpa rakam atau catat apa-apa. Kita kena sedar dan ingat, ilmu tu takkan lekat 100% kalau kita setakat mendengar sahaja. Tulis dan catat. memang tak rugi pung. ^^


Buka Puasa
Alhamdulillah hampir setiap hari saya pergi berbuka kat masjid As-Solihin nan permai itu berbuka dengan orang-orang qoryah teras jernang yang ramah dan baik belaka. Ada gak moreh, and sahur untuk 10 malam terakhir. Kelas gitu. haa tapi yang pentingnya di sini ialah kita kenalah jaga niat kita supaya tak terpesong datang masjid semata-mata nak makan ye. uhuu salah tu. Kadang-kadang ada program jelajah masjid yang penuh masjid dengan orang dari kawasan lain + meriahkan suasana. Allahh. ya Ramadan :')
(gambar takde amek so korang bayangkan kat sini susana masjid yang penuh dengan Muslimin)
ni haa siap ada page fb pun --https://www.facebook.com/pages/Masjid-As-Solihin-Kg-Teras-Jernang-Bangi/108613845838856
Masjid As-Solihin Kg, Teras Jernang. *credit : Monsieur Google.*

10 malam terakhir
Yang ni part paling menarik dan peluang keemasan untuk semua penduduk berdekatan. But dukacita bagi saya yang langsung tak dapat nak join program-program yang ..subhanallah bagus-bagus. rasa beremang :') bermula Ramadan Kareem ke-20, dah start program untuk kejar Lailatul-Qadr. Penduduk tidur situ and awal pagi bangun sama untuk buat solat sunat tahajajjud, sunat tasbih, tafakur, zikir dan muhasabah dan sahur serta solat subuh berjemaah. Menarik tak menarik kan. Yang saya tertarik lebih tang solat sunat Tasbih tu. Aduhaduhh saya tak pernah buat sekalipun and teringin nak buat sangatsangatsangat. Tapi kamikami dah nak balikpun and dah sibuk dengan kerja dan sebagainya. so ? tahajjud and lain-lain sendiriklah kat bilik. T_T . Perasaan yang berbeza bila kita boleh buat datang sendirik rumah Allah dan bila kita buat nafsi-nafsi(sendirik2) kat bilik. hm. Again, no can do. 
Sabda Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muthallib:

“Wahai Abbas bapa saudaraku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu, aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi maupun yang terang-terangan. Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu”
[H.R. Abu Daud]
Nanti insyaAllah saya cerita pulak kelebihan dan cara melaksanakan solat sunat terawikh. :) InsyaAllah ye.
berbuka dengan roomate. ni belum bulan ramadan lagi pun. thihii

Lepas je 15 Ramadan, saya pergi mana-mana such as pergi masjid india *series tak suka pegi situ--'*, supermarket or else lah, dah boleh dengar lagu raya . Haishh . Saya tak pasti pendapat orang lain tentang ni, but on my own opinionlah, better kalau bukak alunan yat-Quran. Bukak lagu raya dpat hepi je. ^^ Awk yang bukak dapat pahala, hati tenang, tambah lagi pahala semua orang yang mendengar. AllahAllahh. Tak susah nak tambah pahala dalam bulan Ramadan tau. So jomla kita rebut selagi Ramadan masih berbaki ni. yokyok bangun tahajjud !


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Julai 2013

Lil intro to France

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Sementara break kelas nak share sikit. Gilagila semangat carik info berkaitan France sebab lecturer dah bagi amaran . Hahah apejelah yang saya tahu berkaitan France ? egal zero. So far bestlah kat sini. Lecturer pun sangat ok, cumanya kena betul-betul gigih study baru boleh berjaya and sambung kejayaan di France. hee insyaAllah2.

Bila saya search about MFI, France semuaa barulah saya sedar betapalah yang saya tahu cuma la Tour Eiffel and baru sedar, bahawasanya syarikat-syarikat besar macam Michelin, Kilang STmicroelectronics, L'oreal and Careefour adalah milik France. wahahaa. Memang patut pun kena sound dengan lecturer :P Meh share sikit berkaitan France.

BACA penuh >>http://maragov.files.wordpress.com/2011/07/mm240411_unikl.pdf
dan ini program kami insyaAllah :)
Haa tudia. Tetibe semangat untuk sambung sampai sem4 . Ada pengajian ISLAM :D:D
Doakan saya tau insyaAllah ^^
Batch Pre-France 10 masa graduated MFI bulan April 2013.
Senior saya ada tuu. dah fly ke Nice* dahh. electrical engineer*bravo !

BACA LAGI.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Julai 2013

New environment, new experiences

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hait  


This year of Ramadan is reallyreallyreally great because kedudukan MFI yang betul-betul depan masjid buat rasa rasa comfort sangat dapat terawikh masjid everyday. Berbeza dengan keadaan kampung saya. kihkih Super bestnya Masjid As-Solihin, kat Bangi ni sangatlah active. Ada tadarus, tazkirah, iftar, moreh, usrah, gotong-royong bersihkan masjid & qiamullail + sahur on the last 10 nigts of Ramadan Kareem. Oh I thought that maybe one of the advantage here is because sini memang tempat 'hijau'. erkk paham ? kalau tak paham pun bagus. hihi walahh saya semangat kalau boleh nak join semua activity yang ada. But cannotlah sebab saya dah start dengan kelas-kelas & of course the gunung of homework. 


Kegembiraan saya untuk minggu ni as my most gracious Allah make ease my concern about mara, unikl documents and stuff. Dahpun selamat hantar jumaat lepas. Alhamdulillah3. Hari selasa and Rabu parents n my sis datang so jimat duit buka :P Then khamis lepas ada iftar jamai'e + masak bubur lambuk unikl kat dewan besar sampailah habis terawikh. Sodapnya ayam masak merahnya weeee dapt pulak lagi sebungkus buat sahur. Haa tudia nak khabaq sedapnya. Almaklum hari-hari makan sesimple mungkin & carik menu paling murah nak jimat punya pasai. *elaun Mara belum masuk ><* Korang pun tak heran sebab korang makan lagi enakenakkk kan. hahah. tak kesah meh. 


Hari jumaat iftar kat masjid and semalam hari sabtu semua student program Pre-France MFI buka kat UKM Puri Pujangga. Bayar rm20 wa cakap lu mahalnya. Itupun mfi and Masaf dah bayarkan rm40. kufkuf. Kalau bukan sebab wajib, better saya buka kat masjid je, pahala iktikaf dapat, jimat dapat, pahala sembahyang jemaah lagi and confirmlah kalau duduk masjid kita akan fokus buat ibadah kan. Haihh makan sedap tu tak dapat pahala pun. Eh tapi memang sedap Alhamdulillah. :) Balik pukul 9:30. sempat terawikh ? terawikh sendirik lat bilik ajelaaa sobsobsob.


Just wanna to saya program Edutalk yang Masaf anjurkan semalam memang boleh tunjuk cap jempol sebab memang membuka mata saya nak pilih course apa and laluan yang terbaik untuk study kat France semua ni . Well sebelum ni memang blurr seriesly -..- Yang lagi seronok fasi group saya untuk petang my own senior SAMURA from batch 25. wahwahh apelagi sampai dorm saya bawak kak Hanis naik. sembangsembang panjang. yeahh. Akak tu baru kawin tahun lepas with her husband which also the same batch with her-Pre France 6. *saya PF12* Kalau dah jodoh. 


Best what kawin masa study.Banyak kemudahannya lagilai study overseas macam akak tu kan yang masih study kat France. hahah but i'm not going to give you hint that i wanna 'kawin' masa study. insyaAllah not for me lah. I'm not ready yet lah tetambah takde siapa pandang saya punn. hahah dan saya merasakan bahawasanya itulah salah satu kelebihan atas kelemahan saya. As long as saya tak berkhayal macam puteri dan berangan nak kahwin. Allah is watching and pelihara saya as seorang muslimah kecik. Jaga hubungan dengan Allah dah cukup buat saya. Bukan saya tahu kalau saya mati dulu sebelum jodoh saya sampai. Rugi je buang masa carik jodoh bagai. huahh macam menyimpang pulak ni. kfine. dahdah k.

with kak Hanis, senior samura yang masih study
di France with husband.
And so lepas ni saya akan sangatsangat sibuk dengan homework, and saya baru je dapat peluang buat pahala lagi dengan menjadi ajk makanan untuk sambutan hari raya*sibuk masa ramadan je* + ajk iftar unikl untuk setiap isnin and Rabu. Hope tak terlupa je kewajipan dan tanggungjawab tu. insyaAllah saya cuba. Oh seriesly nak update blog dah tak menyempat-nyempat. huhuk oh my blog i miss you. Nanti saya publish jugak entry-entry autopublish insyaAllah.



Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 Julai 2013

Ramadan suasana baru

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Alhamdulillah dahpun  daftar MFI sabtu lepas on 6th July. Sibuk orientasi and of course tak ada banyak masa nak online rilekrilek cam sebelum ni. Well penganggur terhormat. Eh ni pun curik masa sementara break kelas. rushrush. So da tahu kan kenapa dah lama sangat tak update .hihi Alhamdulillah ramadan pun dah start. Sementara orang lain balik rumah termasuk my cousin and my elder sister untuk sambut ramadan then i'm still here. Baru daftar kan jangan nak ngada-ngada sangatla nak balik. Kalau boleh saya nak cerita macam-macam tapi tak menyempat-nyempat je ni. *well, internet tengah laju*
Malam tadi kitorang satu dorm pegi solat tarawikh kat Masjid As-Solihin .Very the depan je mfi. So memang senangla nak pergi. Alhamdulillah3. I got 5 roomate which comfort me very well. Alhamdulillah. And jangan lupa khatam Quran ramadan ni. Do pray Tarawikh even cannot pergi tarawikh kat Masjid everyday. uhuuu sdeyhhh. Rasa suasana yang sangat berbeza when i'm here because sampai-sampai je, dah puasa ramadan. For the first time saya puasa hari first yang bukan kat rumah. But, at least saya dapat satu pengalaman yang baru and maybe learn to berdiri atas kaki sendiri ? yes. This year i learn a lot do anything that and that that that that semuaa sendiri. Blank~~ hihi ok jer. saya dah besar. 18 dah weh jangan nak manja sangatlah. :P

library MFI.

depan bangunan pentadbiran. cantik gak mfi. Alhamdulillah :)


So saya tak ada dalam gambar tu. ehemm. Masa ni nak keluar gi kedai makan with dormmates. Ok kelasa dah nak start. Bai Semoga ramadan kalini membawa seribu satu hukmah dan perubhana untuk diri kita. Harapan saya kat tempat baru untuk ramadan kalini adalah untuk 'ajak mereka'. Faham ke ? Nanti saya cerita lagilah . Nak siap pegi kelas. Merci. 
P/s : ecehh best belajar bahasa French tau. lecturer french yang baik n best2. Hee tak sabar nak cerita lagi ^^ Oh ye selamat menjadikan Ramadan Kareem ini satu bulan yang dapat membantu buka pinyu kita ke syurga ! Amiin . :)
Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai