29 Mei 2013
Sarah and ISLAM
Labels:
Alkisah
,
Because Allah is GREAT
,
komik
28 Mei 2013
Pilhan agama atau nafsu ?
setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk
solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. “yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni” “takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat” isterinya berbisik perlahan..
seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir…lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. “bismillahirrahmanirrahim…” seman pun turut membaca bismillah dengan lantang… “bismillahirrahmanirrahim…” aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik..
lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. “ish! gila ke menantu aku ni??” pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim.
pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. “seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?” “ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari..
NOTA KAKI.
Kaji and siasat dulu deeply. We are human. well. We had done uncountable mistakes and sins. Turn to Allah. He never far away. insyaAllah.
Labels:
Angguk geleng
,
Love is cintaq
27 Mei 2013
Pewaris pejuang agama
Beliau tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah,sebagaimana Bilal --akidahnya tidak berganjak. Beliau dapat melihat syurga dihadapannya. AllahuAkbar. AlFatihah.
Teguhnya iman beliau biarpun diambang maut, beliau tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah, sebagaimana Bilal, akidahnya tidak berganjak. Beliau dapat melihat syurga dihadapannya. AllahuAkbar. AlFatihah.
Pemuda ini bernama Husain Khudri.
Beliau berasal dari suku Kurdi,Iran.. Pemuda hebat ini dihukum gantung oleh kerajaan Iran kerana beliau merupakan Aktivis pro-sunni dan aktif menyebarkan dakwah ahli sunnah wal jama'ah.. Lebih mengagumkan Husain Khudri menyambut kematiannya dengan senyuman..
Allahu Akbar !
p/s : InsyaAllah syurga untuk beliau. oh teringinnya. jom kita usaha ! chaiyok !!
Labels:
News and Info
,
Our Brothers Our Responsibility
26 Mei 2013
5 Tempat Paling Misteri Di Dunia
Assalamualaikum. hai ^^.
P/s : Sebelum tu, kepada USTAZ AZHAR IDRUS, tahniah pengantin baru ! walaupun saya tahu ustaz tak baca btw, ustaz memang daebak !! ok dah.
Dunia kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
Easter Island Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai ‘moai’. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini. *Patung2 tu dipanggil '7 stone' jugak kan ? kalau tak silap sayalah
Piramid Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini. Subhanallah !
Segitiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.
Terdapat satu tempat di Xinjian yang dipanggil “Moguicheng” atau kota iblis. (dengar je macam dah seram) Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi, pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa, suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala. (agaknya sebab angin tu terkena batu yg bersegi2 tu tak )
Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO. (ufo ? yg ni peliks --' )
p/s : Mesti awq pun dah biasa dengar 7 keajaiban dunia kan ? tapi jom kita baca kisah menarik yang berkaitan ni jugak :D --> TEKAN.
Labels:
Because Allah is GREAT
,
News and Info
25 Mei 2013
RENUNGAN
Labels:
Seorang pelajar
24 Mei 2013
Si Tukang Kayu
Assalamualaikum. hai ^^
Di suatu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan.
Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.
Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.
Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.
Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata “Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara.”
Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia keranamenyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.
NOTA KAKI.
Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita?
Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara. insyaAllah
p/s : Walaupun amanah yang pegang RINGAN, tapi jangan sesekali ambil ringan ^^
Labels:
Alkisah
,
Angguk geleng
23 Mei 2013
Mut’ah Dengan Adik Sendiri Di Hotel Gelap
Assalamualaikum. :)
gambar hiasan. |
Ditanyakan kenapa boleh jadi demikian.
Dia menjawab, ketika dia menuntut ilmu di Iran, dia mempunyai sahabat iaitu orang tempatan Iran dan sudah tentunya akidahnya adalah Syiah.
Sahabatnya itu memperkenalkan suatu tempat yang setiap malam Jumaat selalu dijadikan sebagai tempat nikah mut'ah. Sahabatnya itu kerap datang ke tempat tersebut.
Tapi ada suatu yang ganjil dari proses nikah mut'ah tersebut. Setiap malam Jumaat, semua lampu dalam hotel tersebut dimatikan. Alasan pemilik hotel, supaya masyarakat yang melakukan nikah mut'ah di tempat tersebut tidak saling mengenali dan jika bertemu di siang hari tidak malu.
Si sahabatnya itu ingin tahu. Sudah beberapa kali dia nikah mut'ah namun tidak mengetahui dengan siapa dia bersetubuh.
Kemudian dia mempunyai idea pada saat ijab-qobul (dalam suasana gelap), dia memberi cincin sebagai mas kawin dan agar selalu dipakai oleh wanita tersebut.
Setelah aqad persetubuhan selesai, dia pulang ke rumah nya dan wanita itu menunggu menjelang siang hari untuk pulang.
Pada awal pagi dia pergi ke hotel tersebut dan mencari wanita-wanita yang dia mut'ahi pada malam harinya.
Dia mencari perempuan yang memakai cincin dan setelah dapat dapat dia mengesan dan membuka hijab perempuan tersebut, dia sangat terkejut.
Wanita yang disetubuhinya semalam adalah adiknya sendiri yang juga sedang menuntut pengajian di situ !
Dari peristiwa hitam tersebut dia sangat menyesal, dan begitu merasa bersalah.
Setelah kejadian tersebut banyak yang terbongkar dengan siapa mereka mut'ah (bersetubuh), ada yang bersama sepupunya, bahkan ada yang bersetubuh dengan ibunya sendiri. Naudzubillah.
p/s : Astaghfirullah--Syiah bukanlah sebahagian dari islam. Janganlah sesekali kita buka pintu untuk syiah di Malaysia ini nauzubillah.