-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Ummul Mukminin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ummul Mukminin. Papar semua catatan

18 September 2014

Mariah Al-Qibtiah ; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Baiklah jom sambung baca kisah salah seorang ummul mukminin ini dari #PART1 yang saya post semalam.

Hafsah bersa tidak senang hati. "Ya Rasulullah ! Mengapa mesti ada orang lain di sini ? Tidakkah engkau tahu bahawa perbuatanmu itu telah menyinggung perasaanku ? Aku tahu, dia juga isterimu tetapi secara peribadi aku tidak suka melihat keadaan ini !" ada bibit-bibit cemburu di sebalik kata-kata Hafsah itu. Rasulullah SAW kecewa dengan reaksi Hafsah itu. Untuk tidak memanjangkan situasi, baginda memujuk Hafsah. Denagn separuh berbisik baginda berkata bahawa selepas ini baginda tidak akan menyentuh Mariah lagi. Pada masa yang sama baginda berpesan agar tidak disebarkan kepada sesiapa tentang kata-katanya itu.

Malangnya apa yang nabi SAW harapkan tidak kesampaian. Hafsah yang masih diselubungi rasa kecewa memberitahu hal tersebut kepada isteri-isteri baginda yang lain. Tindakan Hafsah itu pada awalnya tidak diketahu nabi SAW. Hal tersebut singgah di telinga Aisyah RA. Seperti Hafsah, Aisyah RA turut berasa cemburu. Lalu Asiyah RAmenyarankan agar Mariah segera diusir keluar dari Madinah. Akhirnya baginda nabi mengetahui juga sikap ister0isterinya. baginda berasa marah dan ingin menghukum mereka. Hukumannya ialah baginda tidak akan mendekati mereka selama sebulan

Lantaran peristiwa itu, maka turunlah wahyu Allah untuk menegur dan memberi ketetapan yang sebenarnya. Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Wahai nabi ! Mengapa engkau haramkan (denagn bersumpah akan meyekat dirimu dari menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu ? (Dalam pada itu, Allah mengampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi amat Mengasihani. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu(wahai nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda kifarat); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana . Dan ingatlah ketika nabi memberitahu perkara secara rahsia kepada salah seorang daripada isterinya-isterinya, rahsia tersebut (kepada seorang masdunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada nabi (maka nabi pun menegur isterinya itu), lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah nabi menyatakan hal itu kepadanya, dia bertanya: "Siapakah yang memebritahukan hal ini kepada Tuan ?" Nabi menjawab, "Aku diberitahu oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan tersembunyi)."
{Al-Tahrim: 1-3}

Hafsah menyedari kesilapannya yang telah membocorkan rahsia Rasulullah SAW. Dalam hal ini ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah selepas itu. Apabila penceraian ini diketahui Umar RA yang merupakan ayah kepada Hafsah, beliau berasa sangat kesal. Kekesalan itu ditunjukkan dengan menaburkan pasir di atas kepalanya sendiri. Ketika itu terkeluar dari mulutnya : "Selepas ini Allah tidak akan pedulikan Umar dan anaknya lagi."

Tidak lama kemudian, turun wahyu Allah yang memerintahkan agar Rasulullah SAW merujuk kembali Hafsah. Ulama' berpendapat, ketetapan ini menunjukkan bahawa isteri yang tidak memegang amanah suami, mengaibkannya sehingga suami berasa tersinggung, boleh dihukum. Sekiranya diceraikan, suami boleh merujuk kemabli setelah isterinya benar-benar insaf. Setelah turunnya wahyu tersebut, Hafsah dirujuk kembali. Namun Rasulullah masih tetap mengasingkan diri sebagai hukuman terhadap isteri-isteri baginda. Sementara itu, tersebar berita bahawa baginda telah menceraikan kesemua isterinya. Keadaan ini menimbulkan kegusaran di hati Umar Al-Khattab lalu beliau segera menghadap Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah ! Jika tuan menceraikan isteri-isteri tuan, sudah tentu tuan tidak akan disakiti lagi. Allah, para malaikat dan Jibril sentiasa bersama Tuan. Diriku dan Abu Bakar serta orang Mukmin tetap bersamamu," ucap Umar yang terharu melihat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tersenyum mendengarnya. Baginda pun menjelaskan keadaan sebenarnya. Katanya, baginda tidak menceraikan ister-isterinya. Cuma baginda menjauhkan diri selama sebulan yang bertujuan memberi pengajaran kepada mereka. 

Dari sini, saya merasa sangat kagum dengan sikap Saidina Umar. Ingatkan saidina Umar nak tanya atau pujuk nabi, rupanya, beliau dengan  rela hati menangkan hati dan sentiasa menyebelahi nabi. Allahuakbar.
Saidina Umar sangat gembira mendengar hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa itu. lalu beliau pun keluar dan mengumumkan perkara itu kepada orang ramai tentang pengakuan Rasulullah SAW. Pengkhabaran itu telah menggembirakan orang ramai yang sebelum ini resah dengan khabar angin tersebut. Sejak peristiwa itu, isteri-isteri nabi sentiasa berhati-hati dengan tindakan mereka.
Kira-kira dua tahun kemudian, datang lagi cubaan dari Allah SWT. Ibrahim jatuh sakit dan kesihatannya merosot dari hari ke hari. Mariah dan Sirin sentiasa berada di sisi Ibrahim untuk merawatnya. Ketika nyawa Ibrahim hampir ke kerongkongnya, Rasululah SAW mendokong lalu berbisik ke telinganya: 
"Anakku Ibrahim, ibu dan ayah tidak dapat menolongmu dan kami juga tidak dapat berbuat apa-apa terhadapmu."

Ketika dalam dokongan itulah Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menyaksikan hal itu, baginda berasa sedih. Air matanya bercucuran turun ke pipi. Baginda sempat berbisik :
"Mata mencurahkan air da hati dipalu rasa sedih dan pilu. Tiada ucapan kami selain mengaharapkan keredaan dari Allah SWT. Sesungguhnya kami sangat sedih untuk berpisah denganmu, wahai anakku.."

Ketika Rasulullah SAW dan para sahabat pulang dari pengkebumian Ibrahim, kebetulan berlaku gerhana matahari. Maka terdengarlah suara-suara sumbang yang mengatakan gerhana itu berlaku ada kaitan dengan kematian Ibrahim. Apabila perkhabaran itu sampai ke telinga Rasulullah SAW, baginda terus menegur seraya bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti kebesaran Allah SWT. Gerhana ini tiada kena mengena dengan hidup atau mati seseorang."

Mariah meninggal dunia selepas lima tahun kewafatan Rasulullah SAW. Kisah rumah tangga yang dialami perempuan bernama Mariah ini tercatat dalam Al-Quran sekaligus menjelaskan tentang menangani masalah rumahtangga.

Ada cerita yang mengatakan Mariah diceraikan selepas Hafsah berasa cemburu, malah mengatakan Ibrahim merupakan anak yang terhasil hasil hubungan Rasulullah dan Mariah sebelum mereka berkahwin kerana nafsu berahi Rasulullah. Nauzubillah. Astaghfirullah. Sesungguhnya kisah tersebut mempunyai unsur Israeliat yang bermaksud ada unsur pertambahan cerita fitnah dari golongan yahudi, nasrani dan golongan yang tak bertanggungjawab. So kalau ada terbaca kisah-kisah para nabi yang pelik-pelik, contoh; Nabi Nuh mabuk, Nabi Isa menipu dan sebagainya yang saya sendiri ada membacanya dalam Bible, jangan terlalu mudah percaya. carilah sumber yang betul, dan bertanyalah kepada orang yang lebih arif.
Wallahu'alam. 

Jazakallah. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 September 2014

Mariah Al-Qibtiyyah; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 
Di saat menulis entry tentang Mariah Al-Qibtiyah RA ini, saya terjumpa satu blog yang telah menfitnah Nabi Muhammad kita yang tercinta dengan memaparkan kisah yang bercampur dengan israeliyat yang banyak menggunakan ayat Al-Quran yang pastinya telah disalah gunakan untuk memburuk-burukkan nabi SAW. Yang buat saya marah betul adalah, dilukisnya gambar nabi, Mariyah Qibtiyah, Hafsah, dan ummul mukminin yang lain. Dan yang jelas, saya nak ingatkan diri saya dan korang, sila periksa dulu kesahihan maklumat sebelum menyampaikan terutama yang korang kutip dari google. Sebab memang ada yang nampak Islamik, tapi hakikatnya menghina dan menfitnah Islam.Nampak tak permainannya tu. Eh hangin juga saya bila cerita tentang blog tu. Yang pasti, blognya adalah beritamuslim.wordpress.com . Harap maklum. Saya bukan suruh check ya..cumatake note the url, and just tak payah tengok langsung. Ok. back to the topic.

Gambar hiasan saje.
Semua orang tahu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Selepas mengislamkan kaum keluarga dan kerabatnya, tugas baginda adalah mengajak penduduk di sekitarnya dan penduduk di luar semenanjung tanah Arab beriman kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul yang membawa berita gembira (kepada orang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar); akan tetapi ramai manusia tidak mengetahui (hakikat itu)." 
{Saba':28} 
Selain orang awam, baginda turut berdakwah kepada pembesar dan raja. Salah satunya ialah raja Mesir. Raja Mesir atau pemeintah Qibti turut dikenali sebagai Al-Muqauqis. Rasulullah SAW menghantar Hatib untuk menghantar surat kepada Al-Muqauqis. Berikut adalah isi surat tersebut;
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. daripada Muhammad bin Abdullah kepada Al-Muqauqis, pemerintah Qibti. Salam kepada yang mengikut petunjuk, Amma ba'du. Sesungguhnya aku mengajak kamu dengan petunjuk Islam. Masuklah kamu untuk memeluk agama Islam, nescaya akan selamat dan Allah akan limpahkan pahala dua kali ganda. Jika kamu menolak dan berpaling, kamu akan menanggung dosa seluruh kaum Qibti. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai ahli kitab ! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah SWT, dan kita tidak menyekutukan dengan-Nya sesuatu juga pun, dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang yang dipuji dan didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka; Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam."
Setelah menerima surat itu, Al-Muqauqis membacanya dengan penuh hormat. Selepas itu baginda bertanya kepada Hatib untuk mendapatkan penjelasan. Al-Muqauqis membalas surat rasulullah SAW dengan sisi kandungannya adalah seperti berikut : "Aku menghormati utusan kamu dan mengirimkan bersamanya dua orang hamba perempuan dari kalangan kaum Qibti. Mereka ini perempuan yang berkedudukan terhormat di sisi kami. Bersama ini juga dikirimkan persalinan (pakaian) dan kenderaan. Sekian disudahi dengan salam dariku untukmu."

Kedua-dua hamba perempuan yang dikirimkan oleh Al-Muqauqis itu bernama Mariah dan Sirin; yang merupakan adiknya. Selepas itu, Rasulullah SAW bernikah dengan Mariah manakala Sirin dinikahkan dengan Hasan bin Tsabit. Hasan adalah jurutulis wahyu bagi pihak Rasulullah SAW dan juga merupakan seorang ahli syair yang hebat. Isteri-isteri rasulullah SAW yang lain berasa cemburu terhadap Mariah. Ini kerana Allah SWT memberi kelebihan yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri lain kecuali Khadijah iaitu beliau dikurniakan cahaya mata. Antara hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan melalui pernikahan Rasulullah SAW degan Maria ialah, Allah SWT mahu menunjukkan layanan suami terhadap isteri, termasuk ketika isteri sedang hamil. Seperti yang kita ketahui, rumahtangga Rasulullah adalah teladan kepada rumahtangga Islam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Rasulullah SAW pernah bercerita kepada Mariah tentang Nabi Zakariah AS. nabi Zakaria AS dikurniakan anak iaitu Nabi Yahya ketika usianya sudah lanjut lalu baginda membacakan firman Allah dalam surah Maryam yang bermaksud: Nabi Zakaria bertanya, "Wahai tuhanku, bagaimanakah caranya untuk aku peroleh seoranga nak, sedang isteriku seorang yang mandul, dan aku sendiri pula telah mencecah usia uyang lanjut?" Allah menjawab : "Demikianlah keadaanya-janganlah dihairankan. Hal itu mudah bagiku. kerana sesungguhnya aku telah menjadikanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada tanda apa-pun."{Maryam 8-9}


Kelahiran Putera Nabi

Demikianlah apabila sesorang itu dikehendaki Allah SWT mengikut kemahuanNya. Selepas Khadijah dunia, tiada seorang pun antara isteri-isteri nabi yang dikurniakan cahaya mata sehinggalah Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Mariah. Putera baginda dan Mariah diberi nama Ibrahim. Sewaktu Mariah sedang mengandung, baginda sering menceritakan kepadanya kisah Nabi Ibrahim AS. Sama seperti Nabi Zakaria, Nabi Ibrahim diberikan anak ketika lanjut usia. Mariah mendengar cerita tersebut dengan penuh minat. Selepas itu dia berkata kepada nabi SAW : "Akan tetapi, usiamu tidak setua Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria wahai suamiku !"
Mariah selamat melahirkan seorang putera walaupun kehamilannya kurang dari 9 bulan 10 hari. Putera itu diberi nama Ibrahim. Kelahiran Ibrahim bukan sahaja dikongsi oleh ibu bapanya tetapi juga oleh seluruh penduduk Madinah. Kelahirannya bagaikan mencetus satu pesta di Madinah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pergi ke rumah Hafsah. Apabila baginda tiba di rumah Hafsah, didapati Hafsah tiada di rumah. Lalu baginda pun menunggu. Kebetulan ketika itu, mariah sedang melintasi rumah Hafsah. Baginda segera memanggil Mariah dan mereka berbual seketika di situ. Sedang mereka berbual, Hafsah pun pulang. Hafsah ternampak Rasulullah SAW bersama Mariah. Melihat keadaan itu, Hafsah berasa tidak senang hati..
Bersambung part #2 besok.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 Jun 2014

Ummu Habibah; Mimpi Menjadi Nyata

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Alangkah seronoknya saya nak menaip bercerita tentang salah seorang ummul mukminin ni. 



Biodata ringkas Ummu Habibah

Nama Sebenar : Ramlah binti Abu Sufian
Nama panggilan : Ummu Habibah 
Ayah : Abu Sufian bin Harb [Pemimpin kaum musyrik Quraisy Mekah yang mempelopori penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW menggantikan Abu Lahab dan Abu Jahal selepas Peraang Badar]
Kelahiran : Tiga belas tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Kelebihan : Mempunyai keperibadian yang unggul, kefasihan dalam berbicara, sangat cerdas, dan memiliki paras rupa yang menawan.
Suami : Ubaidillah bin Jahsy [Pemuda yang terkenal sebagai seorang teguh memegang agama Ibrahim AS. Suaminya bukan penyembah berhala dan berusaha menjauhi minuman keras dan judi. Bahkan Ubaidillah telah bertekad untuk memerangi agama berhala.]





Selepas berkahwin, hidup Ramlah berubah sepenuhnya. Lebih-lebih lagi selepas tersebarnya berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah hadir membawa agama baharu. Mendengar kekuatan dan kesungguhan Rasulullah, Ubaidillah dan Ramlah mengambil keputusan untuk memeluk agama tersebut yang merupakan agama Samawi yang berbeza dengan agama orang Quraisy. Maka bermulalah penganiayaan terhadap orang muslimin, termasuklah kepada Ramlah dan suaminya. Melihat keadaan yang berlaku, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin agar berhijrah ke Habsyah.
Ubaidillah dan Ramlah mengambil kesempatan itu untuk turut berhijrah. Pada ketika itu, Ramlah sedang mengandung. Setibanya di Habsyah, Ramlah telah melahirkan seorang puteri yang diberi nama Habibah. 

Beberapa tahun tinggal di Habsyah, kaum muslimin di Mekah terus-menerus ditindas. Dalam hati setiap mereka sentiasa mengharapkan penderitaan cepat berlalu dan muslimin menjadi kuat berbeza pula pada Ubaidillah yang mula berputus asa dan merasakan bahawa umat Islam tidak akan pernah kuat. Sedikit demi sedikit, hatinya mula terarah pada gama Nasrani (kristian), yang dianuti kebanyakan orang Habsyah. Suatu malam, Ummu Habibah bermimpi bahawa suaminya berubah menjadi manusia yang buruk bentuknya. Dia sungguh terkejut dan paginya Ubaidillah telah berkata kepadanya, "Wahai Ummu Habibah, aku melihat tidak ada agama yang lebih baik dari agama Nasrani, dan aku telah menyatakan diri untuk memeluknya. Setelah memeluk agama Muhammad, aku akan memeluk agama Nasrani." Ummu Habibah sungguh terkejut, lantas menceritakan mimpinya namun tidak diendahkan Ubaidillah. Malah suaminya itu terus-menerus meminum minuman keras sehingga meragut nyawanya.

Ummu Habibah tetap kukuh di dalam Islam dan mempertingkatkan keimanannya kepada Allah SWT dan beliau pun berhijrah ke Mekah kerana berasa terasing di tengah kaum Muslimin kerana terlalu malu dengan kemurtadan suaminya. Ummu Habibah berasa tidak selamat di rumahnya setelah keluarganya meninggalkannya lalu kembali ke Habsyah dengan menanti takdir dariapada Allah dengan derita yang berpanjangan. Kisah penderitaan Ummu Habibah sampai kepada Rasulullah SAW ketika baginda memantau keadaan umat Islam di Habsyah. Hal ini membuatkan baginda berniat untuk membelanya.




Mimpi menjadi nyata

Pada masa yang sama, Ummu Habibah telah bermimpi bahawa; "Dalam tidurku, aku melihat seseorang menemuiku dan memanggilku dengan panggilan Ummul Mukminin. Aku terkejut. Kemudian aku mentakwilkan bahawa Rasulullah SAW akan menikahiku. Hal itu aku lihat setelah masa eddahku habis"
Takwil mimpinya itu menjadi nyata apabila seorang utusan Najasyi yang bernama Abrahah datang menyampaikan berita pemingan baginda Rasulullah SAW. Ummu Habibah berasa sungguh gembira mendengar khabar itu, lantas dia menghadiahkan Abrahah dua gelang perak, gelang kaki, dan sbentuk cincin perak.
Pernikahan Ummu Habibah telah diwalikan oleh Khalid bin Said bin Ash. Berita pernikahan itu merupakan tamparan hebat kepada ayahandanya, Abu Sufian. Tentang hal itu, Allah SWT telah menurunkan ayat Al-Quran ;
"Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka..." (al-Mumtahanah:7)

Setelah menikahi Ummu Habibah, baginda Rasulullah SAW mengajak isterinya itu ke rumah. Pada ketika itu juga baginda telah menikahi Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab, puteri salah seorang pemimpin Yahudi Khaibar yang ditawan tentera Islam.Rasulullah SAW telah membebaskannya dan menikahinya. Ketika kedatangan Ummu Habibah, isteri-isteri Rasulllah yang lainnya telah menyambut kedatangan Ummu Habibah dengan baik sekali serta rasa penuh hormat, berbeza pula dengan sambutan terhadap Shafiyyah. 
Perjalanan hidup Ummu Habibah bersama Rasulullah SAW tidak banyak menimbulkan konflik. Kedudukan Ummu Habibah di antara ister-isteri baginda sungguh istimewa kerana ayahnyaadalah seorang pemimpin kaum musyrik ketika Ummu Habibah mendapat cahaya keimanan. 



Cintanya kepada Rasulullah SAW

Dikisahkan ketika orang-orang Quraisy mengingkari perjanjian Hudaibiyah, denagn serangan yang dilakukan terhadap Bani Qazaah, Rasulullah SAW telah bertindak menyerbu Mekah yang di dalamnya tinggal Abu Sufian dan keluarga Ummu Habibah. Hal ini dapat diagak oleh kaum Quraisy, bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Megetahui kekuatan pasukan muslimin membuatkan kaum musyrikin memilih untuk berdamai. Maka diutuslah Abu Sufian yang terkenal dengan kemampuan dan kepintarannya dalam berdiplomasi untuk berdamai dengan Rasulullah SAW. 


Sesampainya di Madinah, Abu Sufian tidak terus berjumpa Rasulullah SAW, tetapi terlebih dahulu bertemu dengan Ummu Habibah dan berusaha untuk memperalat puterinya untuk kepentingan dirinya sendiri. Saat melihat kedatangan ayahnya itu, wajah Ummu Habibah sungguh terkejut kerana sudah lama tidak menemui ayahnya. Abu Sufian telah masuk ke dalam rumah anaknya itu dan mahu duduk di atas tikar. Melihat keadaan itu, segera Ummu Habibah melipat tikar tersebut sehingga tidak dapat diduduki oleh Abu Sufian. Ternyata sikap puterinya itu mengecewakan Abu Sufian, lalu dia berkata, "Apakah kau melipat tikar itu kerana tidak mahu aku duduk atau kerana mahu menyingkirkanku ?" Lantas Ummu Habibah menjawab, "Tikar ini adalah alas duduk Rasulullah, sedangkan engkau adalah orang musyrik yang najis. Aku tidak suka engkau duduk di atasnya." Di sinilah nampak keteguhan iman dan cinta Ummu Habibah kepada Rasulullah SAW.


Setelah itu, Abu Sufian pulang dengan merasakan tamparan yang hebat daripada puterinya. Di merasakan usahanya untuk menggagalkan serangan kaum muslimin ke Mekah tidak berjaya. Ummu Habibah telah menyedari apa yang akan terjadi, lantas dia berdoa agar kaum muslimin akan memperoleh kemenangan, walaupun di Mekah terdapat keluarganya, namun fikirannya hanya mengingati Rasulullah yang dicintainya.
Allah SWT mengizinkan kaum muslimin membebaskan kota Mekah. Abu Sufian dapat ditawan. Akhirnya ayahanda Ummu Habibah membuat keputusan untuk memeluk Islam dengan kerendahan diri dan sepenuh hati kerana Allah SWT.
Setelah baginda wafat, Ummu Habibah hidup menyendiri di rumahnya hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Mei 2014

Ummu Salamah ; Wanita Jelita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Hindun binti Abi Umayyah Al-Mughirah bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyah RA. Beliau dikenali dengan nama Ummu Salamah. Seorang Ummul Mukminin yang berkeperibadian kuat, cantik, menawan serta mempunyai semangat jihad dan kesabaran dalam menghadapi cubaan, lebih-lebih lagi setelah berpisah dengan suami dan anak-anaknya. Berkat kematangan berfikir dan metepatan dalam mengambil keputusan, beliau mendapat kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah SAW. Beliau seorang isteri yang penuh setia dan cinta kepada suaminya Abu Salamah 'Abdullah bin 'Abdil Asad bin Hilal bin 'Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Muurah bin Kaab Al-Makhzumi RA.  Dalam beratnya cubaan dan gangguan, mereka meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Habsyah, membawa keimanan. Di negeri inilah Ummu Salamah melahirkan anak-anaknya; Salmah, Umar, Durrah dan Zainab. Tatkala terdengar khabar tentang Islamnya penduduk Mekah, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. Ternyata semua itu berita hampa semata hingga mereka pun harus beranjak hijrah ke Madinah.


Pemergian Abu Salamah
Selang beberapa lama di Madinah, seruan perang Badar bergema. Abu Salamah RA masuk dalam barisan para sahabat yang terjun dalam kancah pertempuran. Begitu juga ketika perang Uhud berkobar, Abu Salamah RA berada di sana sehingga tercedera. Akibat luka-luka yang dideritainya, Abu Salmaah kembali ke hadapan Rabbnya. Tatkala terdengar khabar tentang Islam, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. melepaskan pemergian Abu Salamah pada bulan Jamadil Akhir tahun keempat Hijriyah dengan pilu. Beliau mengatakan; "Siapakah yang lebih baik bagiku melainkan Abu Salamah?". Berulang kali beliau mengucapkannya sehingga beliau mengucapkan doa yang diajarkan oleh kekasihnya, Abu Salamah, beberapa hari sebelum Abu Salamah meninggal. 

Ketika itu Tatkala terdengar khabar tentang Islam, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. berakata kepada suaminya, "Aku telah mendengar bahwa seorang wanita yang suaminya tiada, dan suaminya itu termasuk ahli syurga, kemudian dia tidak menikah lagi sepeninggalnya, Allah mengumpulkan mereka berdua di syurga. Mari kita saling berjanji agar engkau tidak menikah lagi sepeninggalku dan aku tidak akan menikah lagi sepeninggalmu." Mendengar perkataan isterinya, Abu Salamah  mengatakan, "Apakah engkau mahu taat kepadaku ?" Kata Ummu Salamah,"Ya". Abu Salamah berkata, "Kalau aku kelak tiada, menikahlah ! Ya Allah, beriknalah kepada Ummu Salamah sepeninggalku nanti, seorang yang lebih baik dariku, yang tak akan membuatnya berduka dan tidak akan menyakitinya."


Dilamar Insan Paling Mulia
Waktu terus berjalan. Ummu Salamah pun telah melalui waktu 'idahnya sepeninggal Abu Salamah. Datang seorang yang paling mulia setelah Rasulullah SAW, Abu Bakar RA untuk meminang Ummu Salamah, namun beliau menolaknya. Setelah itu, datang pula Umar Ibnu Al-Khattab RA, menawarkan pinangan pula ke hadapan Ummu Salamah. Kembali Ummu Salamah menyatakan penolakannya. Ternyata Allah SWT hendak menganugerahkan sesuatu yang lebih mulia daripada semua itu. Datanglah Rasulullah SAW kepada Ummu SalamahRA, mebuka pintu baginya untuk memasuki rumah tangga Nubuwwah. Ummu Salamah RA menjawab tawaran itu, Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah wanita yang sudah cukup berumur, dan aku meliki anak-anak yatim, lagi pula aku wanita yang sangat cemburu." Dari balik tabir, Rasulullah SAW menanggapi, "Adapun masalah umur, sesungguhnya aku lebih tua daripadamu. Ada pun anak-anak, maka Allah akan mencukupinya. Sedangkan cemburumu, maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkannya."

Tak ada lagi yang memberatkan Ummu Salamah untuk menyambut huluran tangan Rasulullah SAW. Bulan Syawal tahun keempat setelah hijrah adalah saat-saat yang indah bagi Ummu Salamah RA, mengawali hidupnya di samping seorang yang paling mulia iaitu Rasulullah SAW. Berita tentang kecantikan Ummu Salamah sempat meletupkan kecemburuan Saidatina Aisyah RA. Ketika itu Saidatina Aisyah RA sangat bersedih. Dia menahan diri sehingga memiliki kesempatan melihat Ummu Salamah RA. Tatkala datang kesempatan itu, 'Aisyah melihat kecantikan Ummu Salamah berkali lipat dari gambaran yang sampai kepadanya. Dia beritahukan hal itu kepada Hafsah RA. Hafsah pun menjawab, "Tidak, demi Allah, itu tidak lain hanya kerana kecemburuanmu sahaja. Dia tidalah seperti yang kau katakan, namuan dia memang cantik." Aisyah un mengisahkan, "Setelah itu, aku sempat melihatnya lagi dan dia memang seperti yang dikatakan oleh Hafsah."


Perjanjian Hudaibiyah
Ummu Salamah melalui rentetan kehidupannya bersama Rasulullah SAW. Salah satu peristiwa yang dialamainya adalah ketika Perjanjian Hudaibiyah. Ummu Salamah turut menyertai perjalanan umat Islam bersama Nabi Muhammad untuk menunaikan Umrah di Mekah. Namun, setibanya merka di Dzul hulaifah untuk berihram, kaum Musyrikin Quraisy menghalang kaum Muslimin. Dari peristiwa ini tercetuslah peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian itu antaranya berisi larangan terhadap kaum muslimin untuk memasuki Mekah sehingga tahun depannya. Betapa kecewanya para sahabat dan kaum muslimin pada ketika itu.
Setelah menyelesaikan penulisan perjanjian itu, Rasulullah SAW pun memerintahkan kepada para sahabat,"Bangkitlah ! Sembelihlah haiwan kalian, kemudian bercukurlah !" 

Namun tidak satu pun daripada mereka yang bangkit. Rasulullah SAW mengulangi perintahnya buat kali  yang ketiga, namun tidak ada yang berganjak. Kemudian Rasulullah SAW menemui Ummu Salamah RA dan menceritakan apa yang terjadi. Ummu Salamah pun memberikan cadangan kepada beliau, "Wahai Rasulullah SAW, apakah engkau ingin agar mereka melakukannya ? Bangkitlah, jangan berbicara pada sesiapapun hingga engkau menyembelih haiwan dan memanggil seorang untuk mencukur rambutmu."
Rasulullah SAW berdiri, kemudian segera melaksanakan usulan Ummu Salamah RA. Seketika itu juga, para sahabat yang melihat Rasulullah SAW menyembelih haiwannya dan menyuruh seseorang untuk mencukur rambutnya serta-merta bangkit untuk memotong haiwan sembelihan mereka dan saling mencukur rambut. 


Menjulang Ilmu
Semenjak bersama Abu Salamah RA, Ummu Salamah RA banyak mempelajari ilmu. Terlebih lagi setelah berada dalam naungan Rasulullah SAW, di bawah bimbingan nubuwwah dan juga puteri Nabi, Fatimah RA; Ummu Salamah mendulang ilmu, menyampaikan ilmu sehingga bertaburanlah riwayat darinya. Tercatat deretan panjang nama-nama ulma besar dari generasi terdahulu yang mengambil ilmu darinya. Dia termasuk fuqaha dari kalangan sahabiyah. Ummu Salamah RA telah melalui rentang masa panjang hidupnya dengan menebarkan banyak manfaat sewaktu pemerintahan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Pada masa inilah terjadi pembunuhan cucu-cucu Rasulullah SAW, Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA. Ummu Salamah sangat berduka mendengar berita itu. Dia benar-benar berasakan kepiluan. Tidak lama setelah itu, Ummu Salamah kembali menghadap Rabb tercinta. 
Tercatat peristiwa itu pada tahun ke-61 setelah hijrah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai