-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

24 April 2016

Malaysiaku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Whenever i watch this video..

or
this
sumber : Malaysiaku - Aemirage Production Facebook

I..*kesat ayaq mata*
syukur ya rabb..
aku dilahirkan sebagai seorang muslim di negara ini.
aman.


11 tahun menuntut ilmu di sekolah dengan sempurna. Tiada..
Tiada siapa yang merobohkan sekolahku mahupun aku merasa terancam menuntut ilmu.

12 tahun melalui zaman kanak-kanak. Aman.
Aku bebas berlari, memanjat, berbasikal sana sini. tiada aku bimbang keseronokan itu bakal dirampas.

Aman, aku menganuti agama islam ini.
Ke manapun aku pergi, ada masjid atau surau atau sekurang-kurangnya musolla kecil untukku
angkat takbir, syukur, sujud menunaikan kewajipanku.

Di manapun aku berada dengan menutup aurat ini, aman.
Tiada siapa yang akan menarik tudung, mencaci, apatah lagi mengangkat senjata memberi ancaman kepadaku.
...

Malaysiaku yang kini kian dihimpit ujian dan dugaan dari Tuhan.
Semoga kau sihat kembali menjadi negara yang disayang Tuhan.
Yang rakyatnya bagaikan isi dan kuku,
Yang pemimpinnya amanah dan takutkan Tuhan,
Yang rakyat dan pemimpinnya cintakan Ilahi.
Hingga wujudnya simfoni yang Tuhan redhai.

Syukur ini..tiada pernah berpisah dari hati yang mencintai kemakmuran dan ketenangan
Syukur ini..ingin aku buktikan padaMu Tuhan negara ini !
kerana mencintai daulah ini, adalah amanah dariMu :)

Alhamdulillah..


Rabb yang Maha Pemurah yang telah mengajarkan Al-Qur’an
Dia telah menciptakan manusia
Mengajarnya pandai berbicara
matahari dan bulan beredar menurut perhitungan
Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada Nya
Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan)
Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya)
Maka Nikmat Rabb kamu yang manakah yang akan kau dustakan lagi?
(QS.Ar-Rahman)

i like this.


well, sesekali patriotik. i'm malaysian what ?
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

31 Mac 2016

TEGUR ! Sebelum aku tertidur.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!


Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!


Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat?

Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!

Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!


Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!


Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa...!
Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!".

[kredit : IPJ, Inche Gabbana]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Mac 2016

Masalah saya, bukan mereka..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk :  2)

Alkisah..



Seorang pemandu teksi kelihatan sugul. Dia memarkir teksinya di bahu jalan. Sudah lumrah keretanya yang dah berusia lebih 10 tahun asyik rosak itu dan ini. Si pemandu teksi menelefon mekanik. Mekanik tiba dan memeriksa keretanya dan akhirnya keretanya terpaksa ditarik ke bengkel. Ada kerosakan serius yang memerlukan kos membaiki yang agak tinggi.

Pemandu teksi mengeluh. 
Nampaknya wang simpanan untuk anak-anaknya pula yang terpaksa dikorbankan. Pemuda mekanik tersebut yang sedari tadi memerhati kegelisahan pemandu teksi tersebut menawarkan untuk menghantar pemandu teksi tersebut pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, si pemuda melihat pemandu teksi berdiam diri seribu bahasa dengan wajah yang muram. barangkali, berat benar masalahnya, bisik mekanik dalam hatinya.

Sebaik sahaja tiba dirumah, pemandu teksi tersebut mengajak si pemuda singgah di rumahnya. Sebelum memasuki rumahnya, pemuda tersebut melihat pemandu teksi tersebut menyentuh-nyentuh dahan pokok di halaman rumahnya.

Setelah memberi salam, mereka pun masuk. Wajah sugul pemandu teksi tiba-tiba berubah. kini dia tersenyum manis. Huluran tangan isteri dan anak-anak disambut penuh gembira sambil memeluk seorang demi seorang anak-anaknya. Kemudian mereka makan bersama-sama dengan tetamu mereka dengan gembira.

Pemuda tersebut lalu meninta diri, Dalam hatinya, dia mengagumi sikap ceria pemandu tersebut bersama bersama keluarganya.

"Apa yang encik buat di depan rumah tadi ? Seolah-olah mengusap dahan pokok." tanya pemuda tersebut sebaik sahaja mereka di luar.

"Oh, saya gantungkan seketika masalah dan beban kerja di dahan pokok itu ! Apabila saya keluar besok pagi, saya akan kutip semula. Saya tidak mahu membawa masalah masuk ke dalam rumah."

 ...
well, sikap orang yang cemerlang adalah mengetahui ketika, keadaan dan tempat yang sesuai untuk "meletakkan" seketika masalah yang ditanggung.
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.
dan ingatlah firman Allah,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Mac 2016

Apa yang aku berikan untuk Allah ?

Alkisah..


"Satu hari seorang syeikh datang ke sebuah rumah orang kaya untuk meminta derma bagi pembangunan masjid dan anak yatim. 

Sambil menadah tangannya si syeikh meminta sedikit sumbangan daripada orang kaya tersebut.
Tanpa diduga, orang kaya tersebut meludah tadahan tangan syeikh itua. Tindakan kurang ajar orang kaya itu sungguh tak diduganya.

Namun begitu syeikh tetap tenang. Tiada riak wajah marah di wajahnya. Beliau kemudiannya menggosok ludah orang kaya tersebut dgn kedua tangannya dan menyapunya di janggut dan jambangnya.

Perbuatannya membuatkan orang kaya tersebut kekok dan terkejut.
Syeikh kemudian menadah tangannya kembali dan berkata, 

"Yang engkau beri tadi (ludah) adalah untukku dan aku telah menyapunya ke mukaku. Sekarang ini apa yang engkau akan berikan utk Allah?"

Mendengar jawapan syeikh serta akhlak mulia yg ditunjukkannya, orang kaya itu tertunduk dan menangis teresak2. Dia insaf dan memohon maaf lalu memberikan hartanya utk berjihad di jalan Allah."

credit : tps kalam ulama'

teringat aku akan kata-kata seorang ustaz, warga islam kita.., masih terlalu ramai yang kurang pergantungannya dan nipis keyakinannya pada janji Allah.
kita terlalu kedekut dan berkira dengan harta pinjaman kita !

Allah SWT telah berfirman:“Perumpamaan (infak yg dikeluarkan oleh) orang-orang yg menginfakan hartanya di jalan Allah adalah serupa dg sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiapbulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui(QS.Al-Baqarah:261)

Rasulullah SAW juga bersabda:“Barangsiapa bersedekah senilai satu biji kurma yg berasal dari mata pencaharian yg baik—dan Allah tidak akan menerima kecuali yg baik—maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dg tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara untuk pemiliknya, sebagaimana seseorang diantara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi (besar) seperti gunung”

mashaAllah.



 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Februari 2016

Didikan dari Rabbi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum earthlings !
Jika kau ragu dan merasa berat pabila dipilih menyertai nadwah, usrah, naqibah, daurah, jaulah, dan segala jenis tanggungjawab dan kem tarbiyah. aku ibarat ingin berkongsi seluruh rasa yang tidak kadang tidak terluah kepadamu. Allah...rasa yang manis sekali. seluruh tubuh, akal, dan hatiku tidak puas mengukir senyum kerana rasa terima kasihku ini yang tidak keluaq dari hati.

Pengalamanku mengikuti kem tarbiyah dan kempimpinan, tidaklah begitu banyak dan 'wawwww' atau 'pehhhhh' sehingga boleh menjadikan orang yang mendengar ceritaku berasa kagum atau merasa keseronokan apa yang aku rasa.  tapi yang sedikit itulah kesannya agak dahsyat. aku tak boleh lupa kot setiap aktiviti dan modul2 dalam kem-kem atau majlis ilmu yang pegi. (hendaknyalahh)  yang semestinya telahpun menyentap dan menepuk nampar bahu pipi dahi telinga etc. juga membuka kelopak mataku yang selama ni sepet (omaa ini tak betul !) ok.  aku tulis macam nak tulis cerpen untuk dihantar ke majalah dewan siswa. lol -.-

Pengalaman dipilih menjadi mas'ulah (penghuluwati) dalam salah satu kem yang aku sertai menjadikan aku sungguh........stress~~ tujuan aku yang benar-benar ingin menimba ilmu tetiba menjadi agak ralit, dan aku makin hilang semangat. hanya kerana aku tidak yakin yang aku boleh jadi pemimpin yang baik. namun syukuuur. Allah menguji dengan kemampuan kita. Ianya adalah kepercayaan dan peluang yang mungkin aku takkan dapat lagi lain kali.

Sudahnya, sem ini menjadi sem aku melatih diriku dengan kepimpinan. sebab ingatkan lepas jadi penghuluwati dalam kem tu aku bebas babas dah, rupanya enggak sihh. segala macam jenis bentuk kepimpinan aku kena train. kali ni, praktikal. bukan sekadar teori dalam pembawakan usrah atau dalam silibus-silibus subjek agama, tapi ini betul-betul !, praktikal.


DAKWAH & TARBIAH

Term-term yang dahulunya agak asing bagi aku, kini dah semakin meresap dalam nadi aku. nadi yang memungkinkan aku bernafas sebagai seorang muslim yang berjuang di jalan Allah. Allahhh. (yang juga memaksa aku untuk terus belajar dan luaskan ilmu Tuhan yang sememangnya mendekatkan diri dengan Tuhan ini.) subhanallah.

Zaman sekolah memang mantap tarbiahnya sehingga berjaya menyentuh hati ramai penuntutnya. dengan kata lain, dakwah dan tarbiah di sekolah ini praktikal, tetapi lebih tertutup. sasarannya lebih khusus. namun, di sini di universiti kita berjuang dengan diri sendiri. untuk orang macam aku yang belajar di kampus yang kurang bi'ah islamiknya, yang memang bukan universiti yang ada course khusus dalam agama, ianya adalah cabaran. rasa syukur itu datang bila kita sedar kita adalah yang terpilih. lebih banyak dan luas konsep dakwah dan tarbiah ini yang semakin mendapat tempat dalam hatiku.

Susahnya nak bawak nama islam ni memang langsung tak sama di saat duduk dalam bi'ah yang solehah. bi'ah seperti yang aku dapat masa kat sekolah lower form aku, smakj. stage pertama kurang bi'ah solehah yang aku lalui adalah di sekolah aku masa form 4 form 5. SM Sains Muar (samura). memandangkan samura bukanlah sekolah agama (oh oh obviously), cabaran nak bawak dan sampaikan memang agak mencabar. namun penerimaan mereka masa aku form 5 juga mengagumkan ! dan kini di sini, di uniten bersama sahabat ikhwah dan akhawat yang aku tak pernah nampak diorang mengeluh buat kerja islam ni.

Satu je. mereka ni sebelum bawak islam kat sini dan di asah diberi kefahaman kenapa, untuk apa, dapat apa kita semua buat menda ni. menda yang memang kalau orang tengok dan nilai luarannya memang nampak penat dan payah sungguh lah senang cite. nama pun buat kerja agama, cariklah tang mana yang mudahnya.

Dan kefahaman dan keyakinanlah yang menjadikan team dakwah ini satu medan yang tidak memenatkan malah terlalu menggembirakan buat pencinta-pencinta syahid.
Allah.. *kesat ayaq mata*

Mereka yakin dengan janji Allah ini;
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongMu dan meneguhkan kedudunkamu."
[Muhammad : 7]
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. "
[At-Taubah 9 : 41]

aku petik bait-bait indah ini, sebagai salah satu pencambah semangatku.
Allah ma'ana :)

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabbani mengatakan; 
Wahai anak muda ! Waspadalah jika Allah melihat di dalam hatimu ada selain DiriNya. Waspadalah bahawa Allah melihat di dalam hatimu ada rasa takut kepada selain DiriNya, ada harapan kepada selainNya , dan ada kecintaan kepada selain kepadaNya . 
Maka , Hendaklah engkau berusaha membersihkan kalbumu dari selain DiriNya . 
Hendaklah engkau tidak memandang kemudaratan ataupun manfaat kecuali bahawa itu datang dari Allah . Engkau selalu dalam "rumahNya" dan menjadi "tamuNya" . 
 
Wahai anak muda ! Ingatlah bahawa segala sesuatu yang engkau lihat berupa wajah wajah yang dikenal dan kau cintai adalah cinta yang semuanya "bayang bayang" yang menyebabkanmu dikenakan hukuman. Kerana cinta yang benar dan tidak akan mengalami perubahan adalah cinta hanya kepada ALLAH. Dialah yang seharusnya engkau lihat dengan kedua mataharimu. 
Itulah cinta orang orang Siddiq yang dipenuhi limpahan keruhaniaan . Mereka tidak mencintai dengan keimanan , tetapi dengan keyakinan dan kesaksian . Hijab mereka tersingkap dari mataharimu sehingga engkau melihat perkara perkara yang ghaib . Engkau melihat segala apa yang tidak mungkin dapat mereka jelaskan !” 


Inspirasi aku adalah para nabi a.s, para sahabat r.a, dan ikhawah akhawat seperjuangan yang tak pernah lelah tunjuk ajar, sumbangkan tenaga dan bakat, penat lelah semata-semata meraih mardhatillah dalam jalan ini. uhuuu. begitulah insyaAllah.

Aku petik kata-kata seorang akhawat kesayanganku,

'Malulah seorang da'ie itu andai dia sibuk dengan urusan dakwahnya, urusan dunianya tapi dia tidak sibuk dengan urusan dia dan al-Quran'

ohoi mauuu tak sentap. aku petik lagi lirik lagu saujana...hmm. tetibe macam m**** nak petik-petik, takpelah pi je dengar lagu  saujana; sekeping hati.
nak semanhat sikit dengaq lagu langkah pejuang-soutul amal dan lagu bingkai kehidupan-soutul harokah.



jauh lagi perjalanan ini. jauh yang dijamin ganjaran daripada kepenatannya.

yang namanya perjuangan di jalan Allah itu, jalannya tidak pernah sunyi dari didikan onak duri.
kerana luka itu, akhirnya mendidik hati merapat dengan ilahi.
ma'assalamah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai