-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

31 Julai 2014

Masih Gagal

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Perbezaannya di antara bumi dan langit.


1967 :

Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Irak dan beberapa negara Arab lain yang membantu.

Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).






2014 :

Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat). Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.
Andsaya dapat info lagi panjang lebar lebih mendalam dekat Blog Angel Pakai Gucci; Perang Dedaun Hancur Dimakan Ulat - Satu Analisa Marhaen. So ayuh singgah tambah pengetahuan k.

Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).

Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat, Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa.

Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membisu !

Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.

Kenapakah rejim Zionis gagal kali ini ? Ok kite kena sentiasa alet dan tahu perkembangan . InsyaAllah kita ada doa, kita ada Allah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 Julai 2014

Golongan Yang Paling Suka Perkara Khurafat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v



“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, “Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir”. Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, “(QS. Al-Baqarah: 102).



KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya.




Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.


Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan dapat dikawal perasaan dan fikirannya.Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan ke rusakan di tengah masyarakat.

Mereka menggunakan sihir untuk menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara suami isteri.Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri, sekalipun dengan cara-cara sihir.


Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.


Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir

Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Julai 2014

Khasiat berwuduk sebelum tidur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai  (!)
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).


Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.


NOTA KAKI.
Syukur Alhamdulillah, walaupun sometimes datang masalah nak terbuang angin seribu puluh kali sehari, saya akan tetap amalkan ambil whuduk setiap kali ke bilik air ayau ke dapur bila tak ada whiduk. Kerana kita tidak tahu bialkah ajal akan menjembut. Alangkah indahnya jika Allah menjemput kita dalam keadaan kita berwudhuk. insyaAllah. Allahh. ALlahh.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Julai 2014

Apabila Puasa Dimusuhi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 

Habib Bourguiba


Memusuhi ibadat puasa, Memerangi bulan Ramadhan dan Meragui agama Islam. Itulah kesimpulan yang dapat kita rumuskan apabila memperkatakan tentang Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba.


Pada tahun 1961, Presiden Tunisia yang sering disama tarafkan denggan Mustafa Kamal Ataturk ini telah mengemparkan dunia islam. Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutamanya dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan RamadhanAlasannya, berpuasa akan mengurangkan produktiviti negara.


Tidak cukup dengan itu, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai. Itu cerita lama, cerita tahun 1961 dan Habib Bourguiba telah pun meninggal dunia. Cuma ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba masih wujud dalam kalangan muslim mana-mana pelusuk bumi. Mereka ini tidaklah seteruk Habib Bougirba sebab mereka tidak pernah mengharamkan amalan berpuasa, cuma mereka meninggalkan puasa tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak, atau dengan istilah mudah mereka ni ponteng puasa.


Lihat sekali lagi alasan Habib Bourgiba dan benarkah berpuasa mengurangkan produktiviti? Jika kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai kayu ukur, tentu sekali kenyataan Habib Bourgiba itu salah dan tersasar dan terbabas masuk gaung.


Malah, kalau kita rujuk sejarah awal islam, di dapati kenyataan Habib Bourgiba memang silaplah ! Sebab sejarah telah menjilidkan detik-detik gemilang yang diraih oleh umat islam di sepanjang bulan Ramadhan. Perang Badar yang dimenangi oleh umat islam berlaku di bulan Ramadhan. Kota Mekah dibebaskan juga di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam dan begitu juga dengan Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar juga berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi pun berlaku di bulan Ramadhan. (fakta ni dipetik dari Ustaz Hasrizal Jamil ).



FREDERIC KANOUTE

Tak cukup dengan menyelongkar ‘kisah-kisah lama’ kita hidangkan pula realiti semasa. Perlu sekali dihidangkan agar ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba ini dapat ditundukan. Pasti ramai yang mengenali Frederic Kanoute, seorang bintang bola sepak. Setelah memeluk islam, beliau telah mencuba sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu untuk menterjemahkan islam di dalam hidup dan kehidupannya. Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan puasa walaupun terpaksa menjalani latihan sepanjang Ramadhan. Ini yang ingin saya paparkan, iaitu puasa tidak sesekalipun mengurangkan produktiviti Kanoute. Malah dia dikatakan tetap lincah mengharungi perlawanan demi perlawanan dan menjaring gol demi gol walaupun berpuasa. Kanoute antara bukti terbaik, sesungguhnya ibadat puasa tidak sesekali mengurangkan produktiviti diri.


Untuk pengetahun sahabat, Kanoute juga pernah dikenakan denda sebanyak 3,000 euro (RM14,500) (!) oleh Persekutuan bola Sepak Sepanyol kerana beliau telah menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Paling hebat, beliau telah bertindak menyelamatkan sebuah masjid (sekali gus maruah agama islam). Masjid tersebut merupakan sebuah bangunan yang disewa oleh penduduk islam Seville. Pemilik bangunan tersebut ingin menjual bangunan itu setelah kontrak sewaan tamat. Ini bermakna umat islam di Seville tidak lagi mempunyai tempat untuk bersolat jemaah terutamanya solat jumaat dan hari raya. Dalam keadaan getir sebegini, Kanoute telah tampil dan membeli bangunan tersebut untuk kegunaan umat islam Seville. Bangunan itu dibeli dengan harga 510.860 euro (RM2.26 juta) dan yang paling mengharukan harga atau nilai tersebut hampir menyamai pendapatannya selama setahun. sobss. Ini memang terharu.


Berpuasa mengurangkan produktiviti ? Pandangan yang ternyata salah dan silap. Kenyataan yang tersasar dari orbit iman dan terbabas dari fakta sejarah.

Walaupun begitu, janganlah pula kita ‘membenarkan’ pandangan ini menerusi sikap dan perbuatan kita. Bukan apa, sebab di bulan yang diwajibkan berlapar dan berdahaga ini, kita wajibkan pula diri kita untuk malas dan culas. Amat malang jika rakan sekerja dengan kita itu terdiri daripada rakan-rakan bukan islam. Dan, lagi malang, jika majikan kita pula bukan islam. Mereka akan memandang ibadat puasa sebagai satu penyeksaan dan seterusnya mengurangkan produktiviti. Sama-samalah kita muhasabah diri, agar kita tidak menjadi duta yang menghakis dan mengikis imej islam, meskipun kita tidak menjadi ‘jelmaan semula’ Habib Bougirba.


P/s : Hanya orang yang tidak mengkaji dan cetek fikirannya akan menganggap puasa megurangkan produktiviti negara sedangkan para saintis, doktor dan tokoh-tokoh hebat tidak menafikan kebaikan berpuasa :)

Allahua'alam.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Julai 2014

Petua Imam Ghazali menemui malam LAILATUL QADAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum !


All praises to Allah. We are in the holy Month, Ramadan. So you know Lailatul Qadr? Let's study and recall some. May Allah accept and bless.


Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.



Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan .
Isnin > 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat > 27 Ramadhan
Khamis > 25 Ramadhan
Sabtu > 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda-tanda Lailatul Qadar


  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Itu sahaja dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.

Allahu'alam.

 
Alfun syukran. Moga bermanfaat walau sikit. baibai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Julai 2014

Islami Ya Quds

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

The important thing that we have to understand.

Oh Palestin, Kami bersamamu ! Al-Aqsa juga merupakan tanggungjawab semua orang Islam AllahuAkbar  .

Photo: ‎#GazaUnderAttack | Terkini 

Briged Saraya Al-Quds menyerang Netanya buat pertama kali dengan roket Buraq 100, dan Tel Aviv dengan dua roket Buraq 70. 

#OperasiBadar 

Sumber : شبكة قدس الإخبارية [IH]‎
Briged Saraya Al-Quds menyerang Netanya buat pertama kali dengan roket Buraq 100, dan Tel Aviv dengan dua roket Buraq 70


Photo: Maklumat ringkas untuk anda.
Pada pendapat saya sendiri, ada baiknya juga demonstrasi demi demonstrasi dilakukan untuk menyuarakan dan membantah tindakan pelampau Israel Zionis. Sedangkan orang-orang yahudi sendiri membuat bantahan atas kekejaman melampau ZIONIS ISRAEL.
Apa kata orang-orang Yahudi ?

"Engkau akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik." (Surah Al-Ma'idah: 82)"

Photo: Para penunjuk perasaan di Turki melakukan bantahan di hadapan bangunan kedutaan Israel di sana Malam semalam.

Bantahan dilakukan di atas serangan ganas jet perang Israel terhadap rakyat Gaza.

Sumber;
Team Palestina
Para penunjuk perasaan di Turki melakukan bantahan di hadapan bangunan kedutaan Israel 
di sana Malam semalam.
Bantahan dilakukan di atas serangan ganas jet perang Israel terhadap rakyat Gaza.
Photo: Demontrasi di Holland membantah serangan kejam tentera Israel ke atas penduduk Gaza.

Sumber;
pcomalaysia
Demontrasi di Holland membantah serangan kejam tentera Israel ke atas penduduk Gaza.
Demonstrasi di Pakistan.
Gambar menunjukkan rakyat Saint-Etienne di timur Perancis menyatakan sokongan mereka terhadap Gaza.
Solidariti dari Australia.
\
Sokongan dari Turki.
Rakyat Jerman turun padang menyatakan sokongan terhadap Palestin.
Rakyat Amerika Syarikat berkumpul bagi menyatakan solidariti mereka terhadap Gaza.
Photo: #GazaUnderAttack | Protes serangan Israel di seluruh dunia!

Sweden, France, German, Belanda, Belanda, England, Belgium, Indonesia, Afrika Selatan dan Chile. 

Malaysia?

Nantikan makluman dari kami berkenaan Demo dalam masa terdekat.

Anda besedia?

#OperasiBadar
Sekarang kita tunggu di Malaysia.
Saya tolong tambahkan McD di situ. Lanjut.
Please. We know ? So why deny ?
McD


Photo: ‎#GazaUnderAttack | Terkini 

Lantai salah sebuah hospital di Gaza dipenuhi dengan darah para syuhada dan mereka yang tercedera. 

#OperasiBadar 

Sumber : غزة الآن [IH]‎
Keadaan lantai di hospital Gaza. Dipenuhi darah para syuhada' dan mangsa-mangsa yang tercedera.
And how about this ?


And this ?

STAY UPDATED.
Muslim Care Society
Don'y forget to donate even just RM1. Buat kerana Allah, ganjaran adalah di sisi Allah. Kemenangan insyaAllah untuk Islam.

 Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Julai 2014

Apabila non-muslim menegur orang Muslim

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. hai (!)

Tersebutlah kisah..

Semalam dalam tak berapa sihat aku terpaksa menghadiri "meeting" yang telah dijadualkan untuk aku..dan selepas mesyuarat aku mengajak rakan untuk makan tengahari di KLCC..maklum lah tekak tak beberapa bagus ingin mencari makanan yg menambat seleraku.

Sambil berjalan aku berkata pada dia..... I want to take something light...not too heavy dan dia menjawab "me too" dengan kata sepakat kami memilih satu restuaran yang hanya menghidangkan roti dan sandwich sahaja...dan kami memilih makananan kami sandwich roast chicken...dalamnya penuh dengan ayam, salad, buah zaitun, dan timun mmmm yummy...memang sedap...betul memenuhi selera ku...alhamdullilah...

Sambil menikmati hidangan kami, kami berbual2 dari kisah mesyuarat kami,keadaan semasa dan hingga ke perbincangan ugama Islam...Rakan ku ini seorang berbangsa Tionhua dan mungkin berugama Budhist atau Kristian aku kurang pasti...

Ada satu seolan yang di tujukan pada ku ...I want to ask something from you...I live in an area of which 80% is Malay and Islam and in my area have 3 "suraus" I am just wondering during the call for prayers...what muslim people should do...? dan dia sambung lagi...I believe you people must respect the "azan" right ....but I see my neighbours during the azan they continue their activities such as talking, laughing and so on....I dont think this is right...?



Amat terpukul dengan soalan itu...lalu ku terangkan padanya kita sepatutnya menghormati azan dengan berdiam seketika dan sunat menjawab azan itu...lepas tu dia berkata... "ya I think you are right....These people really spoil your religion..."lagi satu pukulan ku dapat, lantas ku teringat rakan dari fb yang selalu menghentam perangai orang Melayu yang mendakwa mereka Islam tapi perangai macam hantu...memang ada kebenaran kata2 rakan fb ku dan juga rakan ku ini...aku ambil nya sebagai ubat...yang boleh menyembuhkan penyakit...

Masyaallah...bayangkan lah orang yang bukan Islam mengetahui kita sepatutnya menghormati azan tapi kita orang Islam tidak pandai menghormati azan...masih terus dengan gelak ketawa, perbualan dan lain2....malu nya aku sebagai seorang Islam....walaupun perkara ini nampak ringan tetapi impak nya pada orang bukan Islam amat berat...ianya seolah2 kita tidak menghormati dan mematuhi perintah Allah bersiap2 untuk kita melakukan solat...yang kita mendakwa diri kita sebagai orang Islam.

Pengertian Azan dari segi bahasa ada lah memberitahu dan dari segi syarak adalah perkataaan yang tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuk nya waktu solat.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud : "Apabila masuk waktu solat, hendak lah seseorang dari kamu melaungkan azan bagi kamu"

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud "apabila mendengar kamu akan azan, maka berkata lah kamu seperti yang di azankan." riwayat oleh Al Bukhari dan Muslim...

Nah, terang-terang kita telah di ajar keutamaan azan dan sunat menjawab nya...tetapi kita sebagai orang Islam mengabaikan nya...masih terus lagi dengan perbuatan kita...alangkah malunya bila orang yang bukan Islam mengetahui nya....

Wahai rakan2ku sekurang2 nya apabila kita mendengar azan hormati lah nya dengan berdiam diri dan sunat menjawab nya...jangan lah kita terus bergelak ketawa atau sebagainya...kerana itu perintah Allah mengerjakan solat...nampak sangat hati kita gelap tidak merasai2 apa2 ketika azan....aku terasa amat malu bila rakan ku bertanyakan kerana dia yang bukan Islam pun tahu akan menghormati azan....jangan lah jadi bahan ketawa orang yang bukan berugama Islam...Fahami lah apa yang di tuntut dan tunaikan nya...tanda kita cinta pada Allah...dan berterima kasih pada Nya apa yang kita nikmati di dunia ini...

Di sini aku amat menghargai kedua ketuaku apa bila kami tengah rancak bermesyuarat (management meeting) ..tiba2 mendengar laungan azan terus dia meminta kami berhenti dan menghormati azan...dan pergi ke masjid untuk bersolat...kerana masjid berdekatan dengan pejabat kami...dan selesai menunaikan kewajipan kami sambung semula mesyuarat dan aku harap ini akan berterusan sampai bila2 insya Allah...

[cerita yang dikongsi]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Julai 2014

Ramadan Kareem, Allahu Akram !

Assalamualaikum. Ramadan Kareem  

Ramadan bukan hanya berpuasa tahan lapar, tapi tahan juga segala apa yang patut ditahan. Tambah ketatkan penjagaan mata, hati, mulut, telinga, akhlak dan segala anggota kita. DAN penjagaan hubungan kita sesama manusia dan of course lah our KING of the king, Allah  
Solat adalah tiang agama, Bukan puasa yaa. Bukan juga terawikh. Kalau nak cerita suasana terawikh di Malaysia yang ada naik surutnya, biasa dengar dah. Jadi dipendekkan cerita, utamakanlah yang utama. Bahkan solat sunat rawatib itu lebih dituntut, maka tunaikanlah. Moga solat terawikh kita cantik letaknya di sisi Allah insyaAllah.

Keduanya, jagalah lisan kita dari berkata perkara-perkara yang tidak atau kurang baik, bergurau berlebihan, lagha, ghibah, dan mengumpat apatah lagi menfitnah. Na'uzubillah. Sebaliknya, perbanyakkanlah berzikir, membaca Al-Quran, berdoa, dan berbicara perkara-perkara yang baik.
Saya juga ingin sekali mengajak rakan-rakan saya yang muslimah khususnya dan duduk rumah lebih khususssnya lagi, untuk ringan-ringankan tulang membantu ibu kita mengurus rumah tangga. Pleaselah. Jangan bangun tengah hari. Kucing dah berlari berjogging keliling rumah, burung dah berangkat pi kerja, hampa duk mengular melingkar lagi dalam selimut. Atoyaii. Walaupun memang ramai yang buat, saya nak jugak cakap. Buruklah sungguh perempuan bangun pagi lambat. Huduhlah sungguh gelaran muslimah itu kalau tak jaga kebersihan *kesopanan bagi perkataan 'pengotor'*. Ruginya jadi perempuan muslimah kalau pemalas. Muhasabahlah kitaa. Jangan jadikan puasa itu alasan. Puasalah best ! Makin banyak tenanga kita sumbang, makin banyak kita dapat ! Sepatutnya bulan Ramadan menjadi motivasi dan pencetus kita menjadi Muslimah yang lebih baik *Menjaga lisan khasnya*. Bila lagi kalau bukan sekarang ;)

Tahun ni insyaAllah sepanjang Ramadan saya akan berpuasa di rumah setelah bertahun-tahun memang duk asrama jaa. Alhamdulillah. Terasa semangat dan kelebihan di situ. Mana tidaknya..umi berkerja pada sebelah petang. Jadi, tanggungjawab memasak untuk berbuka, bertukar tangan kepada saya. What a rezeki !

Kesempatan menyelami sirah para anbiya' dan para sahabat Nabi bertemankan buku-buku-buku-bukuu saya sering menyentuh dan menyentakkan hati saya. Begitu juga dengan ceramah-ceramah di ikim, tv-alhijrah,astro oasis, masjid-masjid, dan yang paling best, teguran percuma tanda kasih sayang dari sesetengah rakan-rakan saya secara langsung atau tidak. Sungguh, aku berasa malu wahai Allah. Diri ini berasa sungguh kerdil di hadapanMu. Ilmuku terlalu cetek. Moga Allah menemani hajat kita untuk memperbaiki diri dengan bimbingan dan kasih sayangNya. 

Teringat saya ketika sedang mambaca kisah perjuangan salah seorang sahabat Rasul yang dijanjikan syurga, Panglima Saad bin Abu Waqqas R.A. Sewaktu beliau dalam misi yang diarahkan oleh Khalifah Umar untuk menakluk Parsi, kejatuhan beberapa daerah jajahan Parsi ke tangan tentera Islam memaksa Raja Parsi yang ketakutan meninta bantuan ketenteraan dari negara Cina. Namun maharaja cina menolak untuk memebri bantuan. Apa sebabnya dia enggan memberi bantuan kepada Parsi ? Katanya, selagi tentera Islam patuh kepada agama mereka dan taat kepada pemimpin mereka, mereka tidak akan dapat dihancurkan.

Bagaimana pula kedudukan kita sekarang sebagai seorang Islam di mata dunia ? Lihatlah diri kita. Lihatlah sekeliling kita. Lihatlah.

Semoga Ibadah kita diterima. Jangan kita pentingkan diri di saat saudara-saudara kita dahagakan pertolongan dari kita. Jangan kita pentingkan diri sehingga kita menjadikan agama kita sebagai jinjingan dan meletakkan urusan dunia sebagai junjungan. Muhasabahlah kitaa.

Beberapa Hadith Nabi Tentang Amalan Sunat Pada Bulan Ramadhan ...
credit

ANEKDOT
Lazimi Tilawah Quran. Imarahkan masjid. Berbuka puasalah dengan penuh kesederhanaan. Moga Allah menerima puasa kita. Ameen.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Julai 2014

DOSA 4 peringkat

Dosa Peringkat PertamaSeseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa.. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik ke dosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat KeduaSeseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang. Nauzubillah .

Dosa Peringkat KetigaSeseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, “Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat KeempatSeseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, “Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini.” Rasullullah menjawab, "Ya, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut. “Rasulullah menjawab, “Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”

“Hendaklah kamu cari ulama ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya.”

Wallahualam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai