-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

20 Jun 2014

Peluk Islam Selepas Baca Kisah Nabi Isa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain. Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam. Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

“Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya di sini hari ini.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

16 Jun 2014

MUHAMMAD ALEXANDER PERTZ; Kisah kanak-kanak Amerika mengenali Islam hanya melalui buku

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


ALEXANDER PERTZ dilahirkan dari kedua orang tua Kristian pada tahun 1990. Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.
Apabila dia boleh membaca dan menulis, maka ibunya memberi untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi. Setelah membaca buku-buku secara mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim. Padahal ia tak pernah bertemu muslim seorangpun.

Dia sangat cinta dengan agama ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar’i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal sebahagian surah dan belajar azan. Semua itu tanpa bertemu dengan seorang muslim pun. Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya menjadi Muhammad Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah SAW yang dia cintai sejak masih kecil.

Salah seorang wartawan muslim menemuinya dan bertanya pada anak tersebut. Namun, sebelum wartawan tersebut bertanya kepadanya, anak tersebut balik bertanya kepada wartawan itu, "Apakah engkau seorang yang hafal Al Quran?" Wartawan itu berkata: ”Tidak.” Namun wartawan tersebut dapat merasakan kekecewaan anak itu atas jawapannya. 

Anak itu kembali berkata, ”Akan tetapi engkau adalah seorang muslim, dan mengerti bahasa Arab, bukankah demikian?” dia menghujani wartawan itu dengan banyak pertanyaan.
”Apakah engkau telah menunaikan ibadah haji? Apakah engkau telah menunaikan ’umrah? Bagaimana engkau boleh mendapatkan pakaian ihram? Apakah pakaian ihram tersebut mahal? Apakah mungkin aku membelinya di sini, ataukah mereka hanya menjualnya di Arab Saudi saja? Kesulitan apa yang engkau alami tinggal sebagai seorang muslim di komuniti yang bukan Islami?”

Setelah wartawan itu menjawab berdasarkan pengetahuannya, anak itu kembali berbicara dan menceritakan tentang beberapa hal berkenaan dengan kawan-kawannya, atau gurunya, sesuatu yang berkenaan dengan makan atau minumnya, peci putih yang dikenakannya, ghutrah (serban) yang dia lingkarkan di kepalanya dengan model Yaman, atau berdirinya di taman umum untuk mengumandangkan azan sebelum dia shalat. Kemudian ia berkata dengan penuh penyesalan, ”Terkadang aku kehilangan sebahagian solat kerana tidak tahu tentang waktu-waktu solat.”


Kemudian wartawan itu bertanya pada beliau ”Apa yang membuatmu tertarik pada Islam? Mengapa engkau memilih Islam, tidak yang lain sahaja?” dia diam sesaat kemudian menjawab.

”Aku tidak tahu, segala yang aku ketahui adalah dari yang aku baca tentang Islam, dan setiap kali aku menambah bacaanku, maka semakin banyak kecintaanku pada Islam.”

INGIN MENUNAIKAN HAJI
Wartawan bertanya kembali, ”Apakah engkau telah puasa Ramadhan?”
Muhammad tersenyum sambil menjawab, ”Ya, aku telah puasa Ramadhan yang lalu secara sempurna. Alhamdulillah, dan itu adalah pertama kalinya aku berpuasa di dalamnya. Dulunya sukar, terutama pada hari-hari pertama”.
Kemudian dia meneruskan : ”Ayahku telah menakutkan aku bahawa aku tidak akan mampu berpuasa, akan tetapi aku berpuasa dan tidak mempercayai hal tersebut”.
"Apa cita-citamu?” tanya wartawan. Dengan cepat Muhammad menjawab, ”Aku memiliki banyak cita-cita. Aku ingin menunaikan haji ke Mekah dan mencium Hajar Aswad”.


"Sungguh aku perhatikan bahawa keinginanmu untuk menunaikan ibadah haji adalah sangat besar. Adakah penyebab hal tersebut?” tanya wartawan lagi.

Ibu Muhammad untuk pertama kalinya turut menyampuk dia berkata: ”Sesungguhnya gambar Ka’bah telah memenuhi biliknya, sebahagian manusia menyangka bahawa apa yang dia lewati pada masa sekarang hanyalah semacam khayalan, semacam angan-angan yang akan berhenti pada suatu hari. Akan tetapi mereka tidak mengetahui bahwa dia tidak hanya sekadar serius, melainkan mengimaninya dengan sangat dalam sampai pada tahap yang tidak boleh dirasakan oleh orang lain”.

Kelihatan senyuman di wajah Muhammad Abdullah, dia melihat ibunya yang membelanya. Kemudian dia memberikan keterangan kepada ibunya tentang tawaf di sekitar Ka’bah, dan bagaimanakah haji sebagai sebuah lambang persamaan antara sesama manusia sebagaimana Tuhan telah menciptakan mereka tanpa memandang perbezaan warna kulit, bangsa, kaya, atau miskin.
Kemudian Muhammad meneruskan, ”Aku sudah menabung dengan mengumpulkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Aku mendengar bahawa perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar.”

Aku sudah menabungkan baki wang sakuku agar aku boleh pergi ke Mekah Al-Mukarramah. Perjalanan ke sana memerlukan perbelanjaan 4 ribu dollar, dan sekarang aku mempunyai 300 dollar....
Ibunya menghampirinya lalu berkata untuk berusaha menghilangkan kesan kebimbangannya, ”Aku sama sekali tidak keberatan dan menghalanginya pergi ke Mekah, akan tetapi kami tidak memiliki cukup wang untuk menghantarnya dalam waktu terdekat ini.”


"Apakah cita-citamu yang lain?" tanya wartawan kepada anak ini.
“Aku bercita-cita agar Palestin kembali ke tangan kaum muslimin. Ini adalah bumi mereka yang dicuri oleh orang-orang Israel (Yahudi) dari mereka,” jawab Muhammad.
Ibunya melihat kepadanya dengan penuh kehairanan. Maka dia pun memberikan isyarat bahawa sebelumnya telah terjadi perdebatan antara dia dengan ibunya kerana isu ini. Muhammad berkata, ”Ibu, engkau belum membaca sejarah, bacalah sejarah, sungguh benar-benar telah terjadi perampasan terhadap Palestin.”

CITA-CITAKU INGIN BELAJAR BAHASA ARAB, MENGHAFAL AL-QURAN, dan BELAJAR DI NEGERI ISLAM.
”Apakah engkau mempunyai cita-cita lain?” tanya wartawan lagi.
Muhammad menjawab, “Cita-citaku adalah aku ingin belajar bahasa Arab, dan menghafal Al-Quran.”
“Apakah engkau berkeinginan belajar di negeri Islam?” tanya wartawan
“Tentu!” tegasnya.
”Apakah engkau memiliki kesusahan dalam hal makanan? Bagaimana engkau menghindari daging babi?”
Muhammad menjawab, ”Babi adalah haiwan yang sangat kotor dan menjijikkan. Aku sangat hairan, bagaimanakah mereka memakan dagingnya. Keluargaku mengetahui bahwa aku tidak memakan daging babi, oleh kerana itu mereka tidak menghidangkannya untukku. Dan jika kami pergi ke restoran, maka aku beritahu kepada mereka bahawa aku tidak memakan daging babi.”
”Apakah engkau solat di sekolah?”
”Ya, aku telah membuat sebuah tempat rahsia di perpustakaan. Aku solat di sana setiap hari,” jawab Muhammad. Kemudian datanglah waktu solat maghrib di tengah wawancara. Anak itu langsung berkata kepada wartawan, “Apakah engkau mengizinkanku untuk mengumandangkan azan?”Kemudian dia berdiri dan mengumandangkan azan. Dan tanpa terasa, air mata mengalir di kedua mata wartawan ketika melihat dan mendengarkan anak itu menyuarakan azan. Subhanallah!!


Beliau sudah berumur 24 tahun pada hari ini. [riafariana/voa-islam.com]
Alhamdulillah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Jun 2014

Cukup kuatkah engkau ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Disebalik kesibukan mohon IPTS, jangan lupa, jom kita berselawat ke atas Nabi SAW. Sollu 'ala nabi. Sebagai seorang blogger yang tak diketahui ramai walaupun kengkawan sendiri, jadi mungkin ramai tak tahu apa yang berlaku pada saya sebenarnya. Dah kenapa nak mohon IPTS ? Saya kan tengah buat foundation ?Tak apa. Actually saya dahpun tamat pengajian di Unikl MFI. Ha Ha. Tapi belum official lagi sebab belum ambik surat terminate dari lecturer. Maybe minggu depan berangkat insyaAllah. Di sini saya bukanlah nak jadi minah kepoh mintak simpati dan sebagainya dengan kisah saya yang agak sedih kononnya. Dalam keadaan yang agak rumit dan masalah yang bagaikan tangga bertimpa-timpa dan ada orang di bawahnya, saya harap kita semua dapat pencerahan tentang kehebatan Allah dalam merancang dugaan untuk kita, hambaNya. Lailaha illallah. *saja ajak zikir hiks*


Dah berhenti tu for surelah tak mungkin saya berhenti atas sebab saya dengan mengada-ngadanya nak menyusahkan mak ayah saya, pegi pejabat hulur surat berhenti sebelum tamat pengajian memandangkan foundation saya selama 20 bulan tapi saya baru je buat 2 semester ? Ya Allah. Tidak sama sekali. Ampunnnn. Sesungguhnya kita sebagai hamba, sangat lemah dalam mengatur perjalanan dan merancang rempah ratus dalam menempuh masa akan datang. Bagi saya seorang pelajar yang terus terangnya, dah kena kick out dari program pre-france, saya berasa sungguh terkilan. Di hati ini..hanya Allah yang tahu. 


Ada yang bertanya, "Masa awak dapat tawaran MFi, kan awak ada dapat UMS dan dah nak mohon tukar UIA, jadi sebenarnya awak boleh elak, jadi kenapa eh awak tak nak ?" Wahai kawan yang budiman lagi dirahmati Allah, saya tanya awak balik, adakah semua orang dapat tawaran Mara atau jpa ? Persoalannya di sini bukan nak atau tak nak tukar. Jadi bila awak dapat adakah awak akan terus menolak atau bertanya dahulu kepada orang lain, beristikharah dan kemudian baru buat keputusan ? Sudah tentu kita akan mempertimbangkan tawaran tersebut dahulu. Begitu juga saya. 


Saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang-lenang goyang kaki. Jadi tawaran dari mara adlah satu peluang yang baik untuk saya malah walaupun lepas saya kena kick. Sebab insyaAllah, saya masih ada peluang untuk teruskan pinjm Mara. Dan adakah saya akan tahu musibah atau ujian yang agak berat ini akan datang menghempap saya? Sudah tentu tidak. Kalau saya dah tahu, hmmmphhh.. ! Masa orientasi kat MFi lagi saya dah cabut lari masuk UMS balik. Saya lebih sanggup duduk Sabah balik kampung nunnn kat semenanjung setahun sekali dari kena kick macam ni. Allah. Tapi saya yakin, perancangan Allah adalah lebih baik dan terhebat  Redalah redalah redalahhh.


Maaf, sungguh ! Saya tidak perlukan anda menelefon saya semata-mata nak tahu kenapa saya kena kick. Saya tak perlukan suara-suara ingin tahu kenapa saya pilih dan daftar atau teruskan belajar dalam program ni kalau akhirnya jadi macam ni, dan banyak persoalan yang berada di minda. Sudah cukup sudah. Saya bukan raja, bukan abid, bukan nabi. Nampaknya memang silap kalau kita menganggap orang boleh faham dan bersangka baik. Tapi hakikatnya hanyalah seciput orang yang faham walaupun manusia-manusia seperti lecturer, kawan-kawan, dan seniors yang terlibat dalam course saya. Kalau saya tak jelaskan kenapa, bolehkah anda bersangka baik ? InsyaAllah. 


Sebelum saya dapat call yang menyampaikan berita yang agak mengoyak hati ni, saya dah bersedia awal-awal. Terinspirate daripada jutaan buku-buku dan novel-novel sejarah yang saya baca, tentang tokoh Islam seperti Nabi junjungan kita SAW,  Para Wanita Syurga, Para Sahabat, dan tokoh-tokoh Islam selepasnya. Contoh yang hebat, Salahudin Al-Ayubi, Ummu Habibah, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqqas, dan raaaaaamai lagi. Hebat-hebat-hebat-hebat-hebat. Jadi masalah saya ni hanyalah ? Sikit jelahaii. OK. Fine. Seriously fine. Remeh kan?  So marilah kita kembali bersyukuuuur ke hadrat yang Maha Berkuasa. Alhamdulillah100x.


Dengan tidak mahu berceloteh dan naik darah pulak, saya stop sini jelah. Hihi. Doakan perjuangan saya, Doa dan kefahaman korang akan dugaan manusia di dunia seperti saya amat saya hargai dan perlukan. Sobs. Saya hanya mampu menganggap apa yang dah berlaku ni sebagai satu permulaan semula untuk saya terus melangkah dan study ! yeayyy ! 'Tuntutlah ilmu sampai liang lahad'. Walaupun Hadis ni adalah Hadis Maudhu', tapi maksud yang nak disampaikan baik, jadi saya ambil sebagai pendorong 

Letakkan tangan di dada, dan katakan, 'Tak apa, Allah ada. Dia menyayangi dan memahamimu' . Keep smiling and continue your life for the sake of Allah. 

Sebab pembaca blog hingusan saya pun tak ramai, jadi syhhhh. Saya rilekla cerita kat sini. Elehhh nabi-nabi dan para sahabat dulu lagi hebat ujian diorang tau. Tapi diorang rilek je. Sebab ? Diorang bergantung sepenuhnya pada Allah. Hbeat kan mereka ^^ Heee


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Jun 2014

Abu Nawas ; Kebijaksanaan Tuhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alkisah..
Waktu siang yang panas, Abu Nawas sedang duduk beristirehat di bawah pohon kedondong. Di sana dia melihat buah labu yang hidup menjalar. Dia juga melihat buah kedondong tumbuh di atas pohon yang besar.
"Terkadang aku tidak memahami ciptaan Tuhan ! Buah kedonong yang begitu kecil tumbuh di tas pohon yang besar dan labu yang kecil tumbuh di atas tanaman yang kecil !"
Saat itu buah kedondong lepas dari tangkaiannya dan jatuh di tas kepala Abu Nawas. Dia terkejut dan lantas berdiri, menadah tangan lalu berkata, "Wahai Tuhanku ! Ampunilah aku yang mempersoalkan caraMu. Engkau sungguh bijaksana. Apa yang akan jadi padaku jika labu itu yang jatuh di atas kepalaku."
 
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Jun 2014

MOVIES awesome

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. bonjour 

Bila ditanya movie apa yang orang tahu, of course orang akan sebut-sebut movie-movie yang well-known macam Harry Potter, Indiana Jones, Twilight, Ombak Rindu, Percy Jackson, Impak Maksima (?), & blabla. Which means movie popular yang menghujani industri seni sama ada dalam or luar negara. Memang tak payah nak nafikan kehebatan movie-movie macam ni  :) Cumanyaaa. hihi tengoklah cariklah jomlah mehlah sesesesekali kita tengok movie-movie yang bawak pengajaran yang baik untuk kita  ye dok .
Mohla kita sama-sama kurangkan khayalan dunia kita ni. Carik akhirat jugak, baru seimbang insyaAllah. Drama pun ada gak haa :) bukan senang saya nak tengok drama melayu mashaAllahh..hee
MELAYU

Drama
Movie


INDONESIA


ENGLISH VERSION


Others



NOTA KAKI.
InsyaAllah cerita-cerita yang saya suggest ni cerita-cerita yang banyak pengajaran di samping membuat bulu-bulu roma saya tegak takmo turun. Tidaklah sempurna, di mana silapnya movie-movie ni kita jadikan sempadan bukan kita ikut tau. Doakan industri seni Malaysia untuk hasilkan lebih banyak cerita-cerita berkualiti dan islamik like cap jempol macam yang lain-lain tu. Barulah bertambah-tambah list movie 'Malay' tu. hee  .InsyaAllah. May Allah bless us.

others suggestions ?

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 Jun 2014

Ummu Habibah; Mimpi Menjadi Nyata

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
Alangkah seronoknya saya nak menaip bercerita tentang salah seorang ummul mukminin ni. 



Biodata ringkas Ummu Habibah

Nama Sebenar : Ramlah binti Abu Sufian
Nama panggilan : Ummu Habibah 
Ayah : Abu Sufian bin Harb [Pemimpin kaum musyrik Quraisy Mekah yang mempelopori penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW menggantikan Abu Lahab dan Abu Jahal selepas Peraang Badar]
Kelahiran : Tiga belas tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Kelebihan : Mempunyai keperibadian yang unggul, kefasihan dalam berbicara, sangat cerdas, dan memiliki paras rupa yang menawan.
Suami : Ubaidillah bin Jahsy [Pemuda yang terkenal sebagai seorang teguh memegang agama Ibrahim AS. Suaminya bukan penyembah berhala dan berusaha menjauhi minuman keras dan judi. Bahkan Ubaidillah telah bertekad untuk memerangi agama berhala.]





Selepas berkahwin, hidup Ramlah berubah sepenuhnya. Lebih-lebih lagi selepas tersebarnya berita bahawa Nabi Muhammad SAW telah hadir membawa agama baharu. Mendengar kekuatan dan kesungguhan Rasulullah, Ubaidillah dan Ramlah mengambil keputusan untuk memeluk agama tersebut yang merupakan agama Samawi yang berbeza dengan agama orang Quraisy. Maka bermulalah penganiayaan terhadap orang muslimin, termasuklah kepada Ramlah dan suaminya. Melihat keadaan yang berlaku, Rasulullah SAW telah memerintahkan kaum muslimin agar berhijrah ke Habsyah.
Ubaidillah dan Ramlah mengambil kesempatan itu untuk turut berhijrah. Pada ketika itu, Ramlah sedang mengandung. Setibanya di Habsyah, Ramlah telah melahirkan seorang puteri yang diberi nama Habibah. 

Beberapa tahun tinggal di Habsyah, kaum muslimin di Mekah terus-menerus ditindas. Dalam hati setiap mereka sentiasa mengharapkan penderitaan cepat berlalu dan muslimin menjadi kuat berbeza pula pada Ubaidillah yang mula berputus asa dan merasakan bahawa umat Islam tidak akan pernah kuat. Sedikit demi sedikit, hatinya mula terarah pada gama Nasrani (kristian), yang dianuti kebanyakan orang Habsyah. Suatu malam, Ummu Habibah bermimpi bahawa suaminya berubah menjadi manusia yang buruk bentuknya. Dia sungguh terkejut dan paginya Ubaidillah telah berkata kepadanya, "Wahai Ummu Habibah, aku melihat tidak ada agama yang lebih baik dari agama Nasrani, dan aku telah menyatakan diri untuk memeluknya. Setelah memeluk agama Muhammad, aku akan memeluk agama Nasrani." Ummu Habibah sungguh terkejut, lantas menceritakan mimpinya namun tidak diendahkan Ubaidillah. Malah suaminya itu terus-menerus meminum minuman keras sehingga meragut nyawanya.

Ummu Habibah tetap kukuh di dalam Islam dan mempertingkatkan keimanannya kepada Allah SWT dan beliau pun berhijrah ke Mekah kerana berasa terasing di tengah kaum Muslimin kerana terlalu malu dengan kemurtadan suaminya. Ummu Habibah berasa tidak selamat di rumahnya setelah keluarganya meninggalkannya lalu kembali ke Habsyah dengan menanti takdir dariapada Allah dengan derita yang berpanjangan. Kisah penderitaan Ummu Habibah sampai kepada Rasulullah SAW ketika baginda memantau keadaan umat Islam di Habsyah. Hal ini membuatkan baginda berniat untuk membelanya.




Mimpi menjadi nyata

Pada masa yang sama, Ummu Habibah telah bermimpi bahawa; "Dalam tidurku, aku melihat seseorang menemuiku dan memanggilku dengan panggilan Ummul Mukminin. Aku terkejut. Kemudian aku mentakwilkan bahawa Rasulullah SAW akan menikahiku. Hal itu aku lihat setelah masa eddahku habis"
Takwil mimpinya itu menjadi nyata apabila seorang utusan Najasyi yang bernama Abrahah datang menyampaikan berita pemingan baginda Rasulullah SAW. Ummu Habibah berasa sungguh gembira mendengar khabar itu, lantas dia menghadiahkan Abrahah dua gelang perak, gelang kaki, dan sbentuk cincin perak.
Pernikahan Ummu Habibah telah diwalikan oleh Khalid bin Said bin Ash. Berita pernikahan itu merupakan tamparan hebat kepada ayahandanya, Abu Sufian. Tentang hal itu, Allah SWT telah menurunkan ayat Al-Quran ;
"Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka..." (al-Mumtahanah:7)

Setelah menikahi Ummu Habibah, baginda Rasulullah SAW mengajak isterinya itu ke rumah. Pada ketika itu juga baginda telah menikahi Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab, puteri salah seorang pemimpin Yahudi Khaibar yang ditawan tentera Islam.Rasulullah SAW telah membebaskannya dan menikahinya. Ketika kedatangan Ummu Habibah, isteri-isteri Rasulllah yang lainnya telah menyambut kedatangan Ummu Habibah dengan baik sekali serta rasa penuh hormat, berbeza pula dengan sambutan terhadap Shafiyyah. 
Perjalanan hidup Ummu Habibah bersama Rasulullah SAW tidak banyak menimbulkan konflik. Kedudukan Ummu Habibah di antara ister-isteri baginda sungguh istimewa kerana ayahnyaadalah seorang pemimpin kaum musyrik ketika Ummu Habibah mendapat cahaya keimanan. 



Cintanya kepada Rasulullah SAW

Dikisahkan ketika orang-orang Quraisy mengingkari perjanjian Hudaibiyah, denagn serangan yang dilakukan terhadap Bani Qazaah, Rasulullah SAW telah bertindak menyerbu Mekah yang di dalamnya tinggal Abu Sufian dan keluarga Ummu Habibah. Hal ini dapat diagak oleh kaum Quraisy, bahawa kaum muslimin akan menyerang mereka. Megetahui kekuatan pasukan muslimin membuatkan kaum musyrikin memilih untuk berdamai. Maka diutuslah Abu Sufian yang terkenal dengan kemampuan dan kepintarannya dalam berdiplomasi untuk berdamai dengan Rasulullah SAW. 


Sesampainya di Madinah, Abu Sufian tidak terus berjumpa Rasulullah SAW, tetapi terlebih dahulu bertemu dengan Ummu Habibah dan berusaha untuk memperalat puterinya untuk kepentingan dirinya sendiri. Saat melihat kedatangan ayahnya itu, wajah Ummu Habibah sungguh terkejut kerana sudah lama tidak menemui ayahnya. Abu Sufian telah masuk ke dalam rumah anaknya itu dan mahu duduk di atas tikar. Melihat keadaan itu, segera Ummu Habibah melipat tikar tersebut sehingga tidak dapat diduduki oleh Abu Sufian. Ternyata sikap puterinya itu mengecewakan Abu Sufian, lalu dia berkata, "Apakah kau melipat tikar itu kerana tidak mahu aku duduk atau kerana mahu menyingkirkanku ?" Lantas Ummu Habibah menjawab, "Tikar ini adalah alas duduk Rasulullah, sedangkan engkau adalah orang musyrik yang najis. Aku tidak suka engkau duduk di atasnya." Di sinilah nampak keteguhan iman dan cinta Ummu Habibah kepada Rasulullah SAW.


Setelah itu, Abu Sufian pulang dengan merasakan tamparan yang hebat daripada puterinya. Di merasakan usahanya untuk menggagalkan serangan kaum muslimin ke Mekah tidak berjaya. Ummu Habibah telah menyedari apa yang akan terjadi, lantas dia berdoa agar kaum muslimin akan memperoleh kemenangan, walaupun di Mekah terdapat keluarganya, namun fikirannya hanya mengingati Rasulullah yang dicintainya.
Allah SWT mengizinkan kaum muslimin membebaskan kota Mekah. Abu Sufian dapat ditawan. Akhirnya ayahanda Ummu Habibah membuat keputusan untuk memeluk Islam dengan kerendahan diri dan sepenuh hati kerana Allah SWT.
Setelah baginda wafat, Ummu Habibah hidup menyendiri di rumahnya hanya untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai