-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

26 November 2011

MENGUASAI SEMPADAN HATI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


DOA ITU ADALAH ZIKRULLAH. MEMULAKAN SESUATU TANPA MEMOHON IZIN TUHAN SEKALIAN ALAM BERERTI KITA INI MAKHLUK YANG SOMBONG DAN BONGKAK.


Jadi? sebagai seorang Islam, apa yang selayaknya kita lakukan?
ya! memulakan setiap pekerjaan dengan 'Bismillahirrahmanirrahim',,
dan jangan lupa diakhiri dengan 'Alhamdulillah'..bila lagi kita nak start kalau bukan sekarang? ya! sekarang!..klau yg dh amalkan tuu, Alhamdulillah..

Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia buruk, maka buruklah seluruh jasad. Maka daging itu ialah hati manusia."

Ramai orang yang ingin berubah, tapi terasa sangat sukar, dgn erti kata lain, kurang berjaya.
Untuk mengekalkan kekuatan jiwa, seseorang itu wajib menjaga sumber makanannya. Asal hati itu putih bercahaya, ia sgt sensitif terhadap makanan halal dan haram.
Menjaga kesucian makanan adalah antara perkara yang pernah diajarkan oleh Rasulullah..
Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yg memakan makanan yang halal, maka bersihlah agamanya, lembutlah hatinya dan doanya tidak akan terhijab."
Tak nak ke kita tergolong dalam kalangan orang yang nabi sebutkan tu?? subhanallah! indahnya jika dikasihi sang kekasih ALLAH! Nah! maka hati kita x kan mudah tumbang dek keranapistol atau senapang! dgn imanlah kita lindungi diri kan..x kan nak panggil doraemon pulak? eishh..x mungkin2..

bukan setakat makan minum jek, macam2 benda yg kita kena jaga..sye pernah terbaca dlm satu buku (x igt buku ape aek..==') , orang yang paling berjaya, adalah yang berjaya menundukkan nafsu.bukan mudah, tapi x mustahil untuk kita lakukannya..!
Maka, untuk kita mengubati hati drpd merasa berahi terhadap dosa perlukn konsistensi yg tinggi. macammana aek? iaitu mengelak makanan yang haram daripada memasuki perut dan mengelak pancaindera daripada menerobos bts dosa..
Insya-Allah hati kita akn tenang kern sentiasa ingtkan ALLAH sng pencipta..
ayuh! lazimi lidah kita dgn istighfar, tasbih, tahmid dan takbir setiap masa..! x rugi malah berganti..insyaALLAh..
*sesungguhnya sye juga khilaf dan sye sedar akn kesilapan diri..dgn izinnya, marilah kita merubah diri kita kpd yg lebih baik...berikan kekuatan ya-Allah..amiin.

wallahua'alam...
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 November 2011

bersih ke? ^-,

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Jadi pembersih?


ntah kenapa tetiba terpikir tentg ni lak..

pagi tadi, sebelum umi keluar mencari rezeki,umi pesan,

"adik, kemas rumah ae,, basuh baju dan jgn lupa jemur, kemas dapur, sapu sampah, kalau boleh, basuh bilik air tu sekali.."


"...."

"ok, insya-Allah.." 

without wasting time, sye pun cepat2 buat semua yg umi suruh lepas sarapan ( buat sendiri tau!) ,

basuh bilik air? kene buat jugak tahu! ~' (kalau boleh =equal to= mengharap '..)

....

pnt gak aeh..sye dgr ikim, dye jemput Irfan Makki lahh! wow! 

sukasuki. (hehe..ni x de kene mengene pun ^^')


lepaskn pnt jap, kenapa perlu bersih? jaga kebersihan? 'Annazofatu minal iman'? why?

umi selalu igtkan, seboleh-bolehnya, kat mana pun kita pergi tempat tu jadi bersih, dan bukan sebaliknya..

kenapa kita perlu selalu bersih? sebab nanti ALLAH suka..=) kan..

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang yang mensucikan diri"

kenapa persekitaran kita kena sentiasa berkeadaan bersih? supaya kita akan rasa selesa..=) kan..

kita kan digalakkan untuk sentiasa menngingati ALLAH..kan? jadi, kenalah bersih..=)

x susah, senang je, 

---- ingat! ALLAH suka kebersihan,

---- ringankan tgn kita..., dan kutip sampah depan mata,

---- buang di tempat yang sepatutnya



dan




persekitaran kita bebas dari sampah! Alhamdulillah..



peri pentingnya kebersihan tu dalam islam terbukti hingga Rasulullah s.a.w berasbda yang bersabda yang bermaksud: "Ath-Thur Syarthrul Iman" atau yang biasa kita dengar, "Annazofah minal iman" (kesucian itu adalah sebahagisan daripada iman). Bahkan dalam kitab-kitab fiqh pun, para ulama' selalu menempatkan "bab Thaharah" (BAb tentang kebersihan) pada bab pertama dalam kitab-kitab mereka.


Kesucian dan kebersihan yang terdapat dalam islam sebenarnya mempunyai dua sisi;

  1   KEBERSIHAN FIZIKAL

-kebersihan diri, pakaian, dan oersekitaran..


  2.  KEBERSIHAN BATIN

-dijaga dari segala macam kemasksiatan. Mata, telinga, hidung, lidah, kulit hanya boleh digunakan pada pekerjaan yang mendatangkan keredaan Allah.


Janganla rasa berat sgt nk kutip sampah depan mata, x patah tangan! dpt pahala lagi..=)mana satu nak? bersih ke? atau kotor ke?..pandaila fikir sendiri aek..

okeyh, sdg penat ^^', jom sama2 jaga kebersihan!--,

moga bermanfaat walau sikit..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 November 2011

Fear and Acception

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
At first...it really dissapointed. But then, i like it. I think they are major of 'open mind' people. It's New York. Agree ? Yes. Because we don't and can't judge people based on their association, religion or something like that. If you want to know how someone is, you should know him. If you want to know how some association or religion is about, learn about it. Not the people. Not the believers. But the religion. MashaAllah. Together we pray, InsyaAllah, one day, Islam will win. You know how hard to make others understand about Islam sometimes. So what i'm talking actually ? Eheh let's watch this video.


Finished already ? Yeah. Alhamdulillah. And one more news that make me said. And i'm sure you too. 'Gejala Murtad' di Sabah. Allahuakbar. Let's read and Muhasabah.

Syeikh Saad Al Kandahlawi,"Gejala murtad tidak akan berlaku dalam ummat ini jika setiap ummat menajdikan diri mereka dae'i "

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 November 2011

Hanya kerana Allah



beberapa minggu yang lepas, di sekolah saya ada perlantikan MT naqib naqibah dan para Amir & Amirah lujnah serta MT kerisma -kesatuan remaja islam- untuk sesi 2012..~
Alhamdulillah, sya telah terpilih sebagai penolong ketua naqibah..salah satu tugas yang pada kiraan saya agak besar..wlupun hnye sbagai penolong kepada ketua, tetapi sya tetap harus menjalankan tanggungjawab yang besar terhadap 'agama'..

Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan hikmah..

sebagai seorang muslim yang mungkin ada lebih 'sikit' ilmu agama berbanding rakan-rakan, saya diamanahkan dengan tugas ini,..
segala yang berkaitan agama sebenarnya langsung tidak boleh dianggap remeh..betul x?
sedihnya bila kita yang bertindak menegur dengan cara yang baik lagi lembut, langsung tidak dihiraukan..

berdakwah..
bukan mudah..
dari itu ya ALLAH, aq mohon,
berikanlah kekuatan dan ketabahan kepadaku untuk menyampaikan yang hak dan menafikan yang batil..
ilmuku yang tidak seberapa yang telah Kau berikan kepadaku ini,
aku harapkan, agar dapat aq manfaatkan dengan sesungguhnya sebagaimana yang telah disampaikan oleh kekasih-Mu..nabiyyuna, MUHAMMAD sallallaahu alaihi wasallam..
lindungilah aku dari kemurkaan-Mu..ya Ghaffur..
amiin..
dalam pada tu,
saya teringat do’a nabiyullah Muhammad saw. Doa ketika da’wah beliau kepada orang-orang Thaif disambut dengan lemparan batu dan tuduhan-tuduhan yang menyakitkan. Saat itu beliau saw memanjatkan do’a kepada Allah swt dengan mengatakan:


اَللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَ يَعْلَمُوْنَ

'Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayah kepada mereka, sebab mereka tidak mengetahui..'

Wahai sahabat,
Dunia ini umpama lautan yang luas..,

dan kita adalah kapal yang belayar di lautan yang di dalamya terdapat banyak kapal yang telah karam..,
andai muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa,
nescaya kita akan selamat di lautan hidup ini :)

semoga Allah sentiasa membimbing diri ini ..
insyaALLAH.. ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 September 2011

Yakjuj dan Makjuj


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

Semalam, siaran RTM di Negeri Pahang tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya kpd semua yg bergelar muslim. Hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Yakjuj & Makjujl yang berusaha untuk naik ke muka bumi ini. Sebarkan kepada umat ISLAM yg lain. Wallahualam.


DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu


orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..


“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Gambar hiasan

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Misteri Yakjuj dan Makjuj

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Misteri: Yakjuj, Makjuj dikurung dalam tembok ajaib Oleh Nasron Sira Rahim di sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri. Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.



Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi. Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu


seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat! Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. “Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya. Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: 40. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya.

Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas. “Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. “Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus. Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu. Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat. “Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi.

Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. “Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati. “Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” FAKTA Yakjuj dan Makjuj Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.

Wallahualam
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 September 2011

Kejujuran seorang saudagar permata

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alkisah..

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya.


Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"


Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."



NOTA KAKI.

Jika kisah ini dapat dijadikan teladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Subhanallah,, Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan. =)

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

Wallahu'alam. Barakallah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 September 2011

Syawal oh Syawal

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tengok tajuk dah macam panggil org nama 'SYAWAL' plak kan? HAHA..
mne ade lah,, semua org tahu syawal kan..? bulan syawal..non-muslim pun boleh jelaskan apa tu syawal bukan..? bulan dimana semua muslimin dan muslimat di serata dunia meraikan kemenangan setelah melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan mulia, bulan RAMADHAN..kan3? hehehe..

tersebutlah kisah,, pada suatu petang nan indah di bulan syawal, ada seorang puteri merangkap muslimah duduk mengadap internet di rumah lepas penat melayan org beraya..hak2..dye pun menggunakan hikmah internet tu utk merayau-rayau mencari serba sedikit info berkenaan bulan syawal..hak2..

yelahh..kite raikan syawal ni, kita tau ke rahsia dan sejarah di sebaliknya?
cuma bulan sambut raya je ke? monolognya sendirian..hak2..

tekan pun tekan, klik punya klik, rayau punya rayau (eh,, dah2.),, tetibe dye menjerit kecil,"yes!!+ALHAMDULILLAH!! jumpa pun!"
puteri tu baik hati nak kongsi setelah teringat satu tazkirah di sekolahnya,
sabda nabi, "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat" makaaaaa,,,,
dye pun postlah kat sini....hak2..
(errr..cite n i betul, tapi agak terpesong dari segi penceritaan, hak2,, ntah pape...=D)

nak tau tak??
kalau nak tau bacalah,, kalau dah tau, kita recall balik ya ~ ^________^ ~





Syawal menghimpunkan pelbagai peristiwa yang perlu diteliti dan diambil iktibar oleh seluruh umat Islam. Lipatan sejarah pada bulan ini menyaksikan perjuangan umat Islam yang sentiasa istiqamah dan bersungguh-sungguh bergerak untuk menobatkan agama setinggi kemuliaannya. 



Antara peristiwa yang berlaku pada bulan mulia ini ialah,

1perutusan tentera ke Batnu Rabie dipimpin oleh Ubaidullah bin Al Harith bin Abd Al Mutallib pada tahun pertama hijrah.


2Pada bulan ini juga menyaksikan kelahiran Abdullah bin Az Zubair, anak pertama bagi orang Muhajirin di Madinah selepas peristiwa hijrah. Kehadiran orang baru berketurunan Mekah ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh kaum Muslimin.


3Perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Aisyah ra turut berlangsung pada bulan ini.


4Pada tahun kedua hijrah, setelah selesai peperangan Badar, Nabi saw selesai menguruskan dan melepaskan tawanan perang Badar tanggal 1 Syawal. Kemudiannya Baginda saw mengetuai tentera Islam menyerang Bani Sulaim di Kadar pada 5 syawal, 60 km di tenggara Madinah. Ini kerana telah sampai kepada pengetahuan Rasullulah saw keingianan kafir Quraisy untuk membentuk pakatan bersama dengan Banu Sulaim dalam usaha untuk menyerang kaum muslimin.


5Pengusiran yahudi Bani Qainuqa’ juga turut berlaku pada bulan Syawal.


6Manakala Peperangan Uhud pada 15 Syawal (ada pendapat pada 7 syawal) tahun ketiga hijrah, adalah peperangan pertama yang merugikan kaum Muslimin. Peperangan ini membawa pengajaran besar kepada umat Islam.


7Peperangan Hamra’ Al Asad terjadi tanggal 16 Syawal tahun ketiga hijrah. Baginda saw keluar bersama para sahabat selepas peperangan Uhud mengekori dan mengejar tentera Quraisy bagi memperlihatkan kekuatan tentera Islam.


8Peperangan Al-Khandak atau Al-Ahzab pada tahun kelima hijrah. Pakatan ahzab yang terdiri daripada musyrikin Quraisy, yahudi Bani Nadhir, Qabilah Ghatfan, Bani Fazarah, Bani Murrah dan yahudi Bani Quraizah, seolah-olah gambaran gabungan Amerika, Britain, Israel dan lain-lain dalam usaha menyerang umat Islam sekarang ini.



9Peperangan Hunain pada 10 Syawal tahun kelapan hijrah. Tentera muslim seramai 12000 pejuang, mengajarkan kita agar tidak berbangga dengan kuantiti yang ramai kerana pada awal peperangan umat Islam hampir tewas. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan perolehan harta rampasan yang banyak.l



10Syawal juga menyaksikan kejayaan khalifah Umar Al-Khattab ra menawan bandar Madyan. Juga pada bulan ini tentera Islam berjaya menawan istana raja Parsi yang dikenali dengan nama Istana Putih. 


11
Kelahiran Imam Al-Bukhariy Muhammad bin Ismail, seorang ahli hadis yang terkenal, pengarang kitab As Sahih pada 194 hijrah. Beliau meninggal dunia pada Syawal, 256 hijrah ketika berusia 62 tahun setelah berkhidmat sepanjang hayatnya dalam bidang hadis.
*Himpunan kisah-kisah ni bukanlah sekadar tatapan sejarah tau, namun ianya menyimpan seribu pengajaran yang perlu kita fahami dan amalkan dalam kehidupan mendatang. Jadikanlah kehidupan sirah para salaf sebagai pedoman hidup kita bersama=) .Insya-Allah..
banyak nama oerang disebutkan di atas? ta tak kisah perang2 tersebut..ha! saya ada letak dalam blog ni tau! page: perang.. cariklah kalau nak tau lebih lanjut..=)
Selamat mendaulatkan Islam dalam diri dan masyarakat..!Wallahu'alam..


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Ogos 2011

kem kepimpinan modal insan


Alhamdulillah..sangat seronok! 19/8/2011
Ketua Dorm f4 n NUQABA' f5 gi
kem kepimpinan MODAL INSAN at Sungai Rambai..
Alhamdulillah,, segalanya berjalan dengan lancar..

hari first è 19 0gos-jumaat
kami sampai, dgr taklimat n bhgikan kumpulan..kebetulan sekali, kumpulan kami
satu-satunya kumpulan yang semuanya f4...=p


then, kitorg buat head banner untuk setiap org n setiap kumpulan..
kupulan kitorg, SAIDINA HAMZAH ASADULLAH..
cmnilah rupe dye,,
mcm2 aktiviti yg kitorg buat sepanjang kat sne..setiap kali after siap satu aktiviti,
kami akan buat kesimpulan, dan ustaz Hairul akan buat rumusan..
aktiviti yg sangat seronok, mestilah explorace!wah..!! satu pengalaman baru buat aku! teutama mse pegang belut..erkk...=='











perbincangan dalam kumpulan masing2..actually, ni bukan kumpulan aq..huhu..
kumpulan aq x byk bergmbr..but selalu ceria..=)



pembentangan tentang cheers, etika dan sirah saidina Hamzah..
haa! nilah kumpulan kami..




erk..ape ntah nii..















solat jemaah bersama..=)
sabtu-20 0gos, lepas explorace,,,,,,, apa lagi, jom berbuka puasa!
setelah penat beraktiviti terutama hari second ==>;



sebelum majlis penutup, aktiviti terakhir kami adlah spider web,, sgt best..
yang legi bestnye, kaum hawa menang mendahului kaum adam! yeah...!
banyak benda baru yang aq belajar kat sne untuk jadi
seorang pemimipin yang baik..


keberanian, ketegasan, keyakinan, kepercayaan, kerjasama,
dan macam2 lagi..
terima kasih kem modal insan!
terima kasih barisan fasilitator yang berdedikasi..!
May Allah bless u all..XD

abg Faiz, Ust Hairul, dan kak Amna..
abang Faiz a.k.a abg tepuk..hak2 ^^,

ade lagi senanye,
ust Azizi, n ust..err,, x igt larh..haha..
btw, aq sgt gembira di sne..=)

ALHAMDULILLAH...

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Ogos 2011

31 Julai 2011

Marhaban Ya Ramadan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Ahlan ya Ramadhan! Ahlan Ya Ramadhan..wah..besok puasa! yehoo!!!


doa mustajab sepanjang ramadhan ni tau! jadi, jom kte sme2 berdoa, insyaAllah,,
Allah maha-mendengar :)


D a i l y   D o a  fo r  t h e  m o n t h  o f  R a m a d a n

DAY 1
ALLAH, on this day make my fasts the fasts of those who fast(sincerely), and my standing up in prayer of those who stand up inprayer (obediently) , awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins , O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.


DAY 2

ALLAH, on this day, take me closer towards Your pleasure, keep me away from Your anger and punishment, grant me the opportunity to recite Your verses (of the Qur'an), by Your mercy, O the most Merciful.


DAY 3
ALLAH, on this day, grant me wisdom and awareness, keep me away from foolishness and pretension, grant me a share in every blessing You senddown, by You generosity, O the most Generous.


DAY 4

ALLAH, on this day, strengthen me in carrying out Your commands, let me taste the sweetness of Your remembrance, grant me, through Your graciousness, that I give thanks to You. Protect me, with Your protection and cover, O the most discerning of those who see.


DAY 5
ALLAH, on this day, place me among those who seek forgiveness. . Place me among Your righteous and obedient servants, and place me among Yourclose friends, by Your kindness, O the most Merciful.


DAY 6
ALLAH, on this day, do not let me abase myself by incurring Your disobedience, and do not strike me with the whip of Your punishment,keep me away from the causes of Your anger, by and Your power, O the ultimate wish of those who desire.


DAY 7
ALLAH, on this day, help me with its fasts and prayers, and keep me away from mistakes and sins of the day, grant me that I remember You continuously through the day, by Your assistance, O the Guide of those who stray.

DAY 8
ALLAH, on this day, let me have mercy on the orphans, and feed [thehungry], and spread peace, and keep company with the noble-minded, O theshelter of the hopeful.


DAY 9

ALLAH, on this day, grant me a share from Your mercy which is wide,guide me towards Your shining proofs, lead me to Your all encompassing pleasure, by Your love, O the hope of the desirous.


DAY 10

ALLAH, on this day, make me, among those who rely on You, from those whoYou consider successful, and place me among those who are near to you,by Your favor, O goal of the seekers.


DAY 11

ALLAH, on this day, make me love goodness, and dislike corruption and disobedience, bar me from anger and the fire [of Hell], by Your help, Othe helper of those who seek help


DAY 12
ALLAH, on this day, beautify me with covering and chastity, cover me with the clothes of contentment and chastity, let me adhere to justice and fairness, and keep me safe from all that I fear, by Your protection,O the protector of the frightened.


DAY 13

ALLAH, on this day, purify me from un-cleanliness and dirt, make me patient over events that are decreed, grant me the ability to be pious,and keep company with the good, by Your help, O the beloved of thedestitute.


DAY 14

ALLAH, on this day, do not condemn me for slips, make me decrease mistakes and errors, do not make me a target for afflictions andtroubles, by Your honor, O the honor of the Muslims.


DAY 15
ALLAH bless me and my family and all muslim for forgiveness


DAY 16

ALLAH, on this day, grant me compatibility with the good, keep me away from patching up with the evil, lead me in it, by Your mercy, to the permanent abode, by Your God ship, O the God of the worlds.


DAY 17

ALLAH, on this day, guide me towards righteous actions, fulfill my need sand hopes, O One who does not need explanations nor questions, O One whoknows what is in the chests of the (people of the) world. Bless Muhammadand his family, the Pure.


DAY 18

ALLAH, on this day, make me love goodness, and dislike corruption and disobedience, bar me from anger and the fire [of Hell], by Your help, Othe helper of those who seek help.

DAY 19
ALLAH, on this day, multiply for me its blessings, and ease my path towards its bounties, do not deprive me of the acceptance of its good deeds, O the Guide towards the clear truth.


DAY 20

ALLAH, on this day, open for me the doors of the heavens, and lock the doors of Hell from me, help me to recite the Qur'an, O the One who sends down tranquility into the hearts of believers.


DAY 21

ALLAH, on this day, show me the way to win Your pleasure, do not letShaytan have a means over me, make Paradise an abode and a resting placefor me, O the One who fulfills the requests of the needy.


DAY 22
ALLAH, on this day, open for me the doors of Your Grace, send down on meits blessings, help me towards the causes of Your mercy, and give me a place in the comforts of Paradise, O the one who answers the call of thedistressed.


DAY 23

ALLAH, on this day, wash away my sins, purify me from all flaws, examinemy heart with (for) the piety of the hearts, O One who overlooks theshortcomings of the sinners.


DAY 24
ALLAH, on this day, I ask You for what pleases You, and I seek refuge inYou from what displeases You, I ask You to grant me the opportunity toobey You and not disobey You, O One who is generous with those who ask


DAY 25
ALLAH, on this day, make me among those who love Your friends, and hateYour enemies, following the way of Your last Prophet, O the Guardian ofthe hearts of the Prophets.


DAY 26
ALLAH, on this day, make my efforts worthy of appreciation, and my sinsforgiven, my deeds accepted, my flaws concealed, O the best of those whohear.


DAY 27

ALLAH, on this day, bestow on me the blessings of Laylatul Qadr, changemy affairs from (being) difficult to (being) easy, accept my apologies,and decrease for me [my] sins and burdens, O the Compassionate with Hisrighteous servants.


DAY 28
ALLAH, on this day, grant me a share in its nawafil (recommendedprayers), honor me by attending to my problems, make closer the means toapproach You, from all the means, O One who is not preoccupied by there quests of the beseechers.


DAY
 29
ALLAH, on this day, cover me with Your mercy, grant me in it successand protection, purify my heart from the darkness of false accusations,O the Merciful to His believing servants.


DAY 30

ALLAH, on this day, make my fasts worthy of appreciation and acceptance, according to what pleases You, and pleases the Messenger,the branches being strengthened by the roots, for the sake of ourleader, Muhammad, and his purified family. Praise be to ALLAH, the Lordof the worlds.

Wallpaper Ramadhan

p/s: taon ni sye akn berpuasa di sekolah baruu,, suasana baru..cmne la puasa kt sne nnti aek? hii2..baek punye :)  insyaAllah..
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai