-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

1 September 2011

Home » , » Syawal oh Syawal

Syawal oh Syawal

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tengok tajuk dah macam panggil org nama 'SYAWAL' plak kan? HAHA..
mne ade lah,, semua org tahu syawal kan..? bulan syawal..non-muslim pun boleh jelaskan apa tu syawal bukan..? bulan dimana semua muslimin dan muslimat di serata dunia meraikan kemenangan setelah melaksanakan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan mulia, bulan RAMADHAN..kan3? hehehe..

tersebutlah kisah,, pada suatu petang nan indah di bulan syawal, ada seorang puteri merangkap muslimah duduk mengadap internet di rumah lepas penat melayan org beraya..hak2..dye pun menggunakan hikmah internet tu utk merayau-rayau mencari serba sedikit info berkenaan bulan syawal..hak2..

yelahh..kite raikan syawal ni, kita tau ke rahsia dan sejarah di sebaliknya?
cuma bulan sambut raya je ke? monolognya sendirian..hak2..

tekan pun tekan, klik punya klik, rayau punya rayau (eh,, dah2.),, tetibe dye menjerit kecil,"yes!!+ALHAMDULILLAH!! jumpa pun!"
puteri tu baik hati nak kongsi setelah teringat satu tazkirah di sekolahnya,
sabda nabi, "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat" makaaaaa,,,,
dye pun postlah kat sini....hak2..
(errr..cite n i betul, tapi agak terpesong dari segi penceritaan, hak2,, ntah pape...=D)

nak tau tak??
kalau nak tau bacalah,, kalau dah tau, kita recall balik ya ~ ^________^ ~





Syawal menghimpunkan pelbagai peristiwa yang perlu diteliti dan diambil iktibar oleh seluruh umat Islam. Lipatan sejarah pada bulan ini menyaksikan perjuangan umat Islam yang sentiasa istiqamah dan bersungguh-sungguh bergerak untuk menobatkan agama setinggi kemuliaannya. 



Antara peristiwa yang berlaku pada bulan mulia ini ialah,

1perutusan tentera ke Batnu Rabie dipimpin oleh Ubaidullah bin Al Harith bin Abd Al Mutallib pada tahun pertama hijrah.


2Pada bulan ini juga menyaksikan kelahiran Abdullah bin Az Zubair, anak pertama bagi orang Muhajirin di Madinah selepas peristiwa hijrah. Kehadiran orang baru berketurunan Mekah ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh seluruh kaum Muslimin.


3Perkahwinan Nabi Muhammad saw dengan Aisyah ra turut berlangsung pada bulan ini.


4Pada tahun kedua hijrah, setelah selesai peperangan Badar, Nabi saw selesai menguruskan dan melepaskan tawanan perang Badar tanggal 1 Syawal. Kemudiannya Baginda saw mengetuai tentera Islam menyerang Bani Sulaim di Kadar pada 5 syawal, 60 km di tenggara Madinah. Ini kerana telah sampai kepada pengetahuan Rasullulah saw keingianan kafir Quraisy untuk membentuk pakatan bersama dengan Banu Sulaim dalam usaha untuk menyerang kaum muslimin.


5Pengusiran yahudi Bani Qainuqa’ juga turut berlaku pada bulan Syawal.


6Manakala Peperangan Uhud pada 15 Syawal (ada pendapat pada 7 syawal) tahun ketiga hijrah, adalah peperangan pertama yang merugikan kaum Muslimin. Peperangan ini membawa pengajaran besar kepada umat Islam.


7Peperangan Hamra’ Al Asad terjadi tanggal 16 Syawal tahun ketiga hijrah. Baginda saw keluar bersama para sahabat selepas peperangan Uhud mengekori dan mengejar tentera Quraisy bagi memperlihatkan kekuatan tentera Islam.


8Peperangan Al-Khandak atau Al-Ahzab pada tahun kelima hijrah. Pakatan ahzab yang terdiri daripada musyrikin Quraisy, yahudi Bani Nadhir, Qabilah Ghatfan, Bani Fazarah, Bani Murrah dan yahudi Bani Quraizah, seolah-olah gambaran gabungan Amerika, Britain, Israel dan lain-lain dalam usaha menyerang umat Islam sekarang ini.



9Peperangan Hunain pada 10 Syawal tahun kelapan hijrah. Tentera muslim seramai 12000 pejuang, mengajarkan kita agar tidak berbangga dengan kuantiti yang ramai kerana pada awal peperangan umat Islam hampir tewas. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan perolehan harta rampasan yang banyak.l



10Syawal juga menyaksikan kejayaan khalifah Umar Al-Khattab ra menawan bandar Madyan. Juga pada bulan ini tentera Islam berjaya menawan istana raja Parsi yang dikenali dengan nama Istana Putih. 


11
Kelahiran Imam Al-Bukhariy Muhammad bin Ismail, seorang ahli hadis yang terkenal, pengarang kitab As Sahih pada 194 hijrah. Beliau meninggal dunia pada Syawal, 256 hijrah ketika berusia 62 tahun setelah berkhidmat sepanjang hayatnya dalam bidang hadis.
*Himpunan kisah-kisah ni bukanlah sekadar tatapan sejarah tau, namun ianya menyimpan seribu pengajaran yang perlu kita fahami dan amalkan dalam kehidupan mendatang. Jadikanlah kehidupan sirah para salaf sebagai pedoman hidup kita bersama=) .Insya-Allah..
banyak nama oerang disebutkan di atas? ta tak kisah perang2 tersebut..ha! saya ada letak dalam blog ni tau! page: perang.. cariklah kalau nak tau lebih lanjut..=)
Selamat mendaulatkan Islam dalam diri dan masyarakat..!Wallahu'alam..


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)