BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Sakit hati atau sakit jantung? Perkataan “jantung” dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver. Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza. |
Heart atau jantung bertindak mengepam dan membersihkan darah dalam badan kita dan hati atau liver pula menyimpan glukosa. Dalam Webster’s Dictionary heart disebut sebagai “...the seat of emotion” yakni tempat tersimpannya perasaan atau emosi. Oleh itu nyatalah perasan kita terletak di jantung – bukan hati.. Begitu juga semua ahli psikologi dan psikiatri menganggap emosi terletak di jantung (heart). Contohnya ketika kita marah kenapa muka kita jadi merah ? Jawabnya ialah kerana darah dari jantung kita sudah di pam oleh jantung naik ke muka kerana perasaan kita terletak di jantung..
Nyatalah di sini jantung memainkan peranan mencetuskan perasaan kita – bukannya hati (liver). Tetapi ramai yang menganggap perasaan itu datangnya dari hati hinggakan terlalu banyak simpulan bahasa kita yang menyatakan perasaan dikaitkan dengan “hati” misalnya sakit hati, busuk hati, tawar hati, keras hati dll.
Apakah kita berpendapat perasaan itu datangnya dari hati (liver) bukan jantung (heart) ? Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu ialah jantung – bukan hati ! Begitu jugak istilah “broken-hearted” bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” ! Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati.
Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung ? Nabi kita Muhammad s.a.w pernah berkata,
“Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.”
Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ? Nyatalah ulama kita kita telah menterjemahkan seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart). Hati atau Jantung,mana- mana istilah sekalipun yang digunakan…. Kita masing-masing mengetahui apakah yang dimaksud dengan “hati..
Akhir kalam...Terpulanglah kepada anda bagaimana mahu memahami, menterjemahkan dan mengertikan istilah “hati”…
Wallahu'alam..
sumber penulisan : wiki,Syamil Yusuf website,etc. .
sumber penulisan : wiki,Syamil Yusuf website,etc. .
sebuah perkongsian yang menjernihkan pemikiran,
BalasPadamtahniah student smakj! :)
pernah dibahaskan dalam kelas hadi masa form 2..bersama ustaz hairul~
BalasPadamtahniah untuk pmr~harap masih hangat~
@amir baim terima kasih ^^
BalasPadam@Syihabudin Ahmad Alhamdulillah alfun syukran akh :)
BalasPadam