BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Suatu hari Abdullahbin bin Mas'ud melihat Rasulullah SAW sedang berbaring. Apabila baginda bangun dari tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang baginda. Ini disebabkan tikar alas baginda diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amat ketara. Timbul rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas'ud.
Berkata Ibnu Mas'ud,
"Ya Rasulullah, sekiranya engkau perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut untukmu nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya."
Akan tetapi Rasulullah bersabda:
"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."
p/s: Cerita ini adalah sebagai peringatan terhadap manusia,, kita lah kan... bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia hidup di dunia ini bukanlah untuk kekal selama-lamanya. Sebaliknya, dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekal bagi mencari suatu penghidupan yang abadi di akhirat kelak..
tapi sekarang manusia lebih mengejar dunia sedang akhirat berciciran..why?? kenapa jadi begini?? sedangkan kebanyakan dari kita tahu bahawa dunia hanya sementara..
cuba kita lihat dan tenung sekelililng kita..menyedihkan bukan??huhu..
mudah-mudahan saja kita tidak tergolong dalam golongan yang berfikiran sempit seperti 'mereka' kerana sesungguhnya selemah-lemah iman adalah mencegah dengan hati..
so, ayuh tingkatkan prestasi iman kita!~