-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

2 Februari 2010

Home » » Nabi sulaiman

Nabi sulaiman

PADA suatu hari Nabi Sulaiman a.s. yang memiliki enam puluh orang isteri berkata kepada dirinya, ``Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam.
``Sudah tentu, kesemua isteri-isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki dalam masa yang sama.
``Dengan demikian dapatlah aku membentuk sebuah pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku ini untuk berjuang dan berperang di jalan Allah.''


Pada malam yang ditentukan itu, Nabi Sulaiman pun meniduri isteri-isterinya tersebut secara bergilir dalam satu malam sahaja.Namun, malangnya daripada seramai 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.Kisah Nabi Sulaiman di atas diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Rasulullah s.a.w. selanjutnya bersabda, ``Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata `insya-Allah' (jika
Allah menghendaki), sudah tentu kesemua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimanayang diharapkannya.''


Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa kita sebagai hamba Allah atau makhluk-Nya tidak mempunyai sedikit pun kekuasaan untuk menentukan atau memastikan berhasilnya sesuatu rancangan yang telah kita atur, walau serapi manapun kita usahakan.


Manusia hanya merancang dan merencanakan sesuatu yang diharapkan. Ini kerana sememangnya kita sebagai hamba disuruh merancang dan seterusnya berusaha melaksanakannya sambil berharap dan berdoa kepada Allah, bukan sekadar menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan bertawakal tanpa berusaha sedikit pun.Namun, yang perlu diingat ialah keputusan terakhir terlaksananya segala yang dirancang hanyalah ada pada Allah s.w.t.


Oleh kerana itu sebagai pengakuan terhadap kekuasaan-Nya dan ketidakmampuan kita sebagai makhluk, kita disuruh mengucapkan `insya-Allah'-jika Allah menghendaki atau sekiranya Allah menghendaki, dengan keyakinan bahawa segala yang dirancang dan dikerjakan hanya akan berhasil dengan kehendak Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 23-24, ``Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: ``Sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok'', kecuali dengan menyebut : `insya-Allah'.''


Ayat ini mengingatkan kita semua tentang kekuasaan mutlak yang ada hanya pada Allah, supaya sebagai makhluk yang lemah, setiap kali kita melafazkan janji atau bersumpah akan melakukan sesuatu perkara, hendaklah kita ingat bahawa ia hanya akan terlaksana dengan kehendak Allah, iaitu dengan mengucapkan `insya-Allah'.


Menurut riwayat Ibnu Jarir, ayat 23-24 surah al-Kahfi tersebut diturunkan oleh Allah s.w.t. ekoran berlakunya suatu peristiwa antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum Quraisy.
Pada suatu hari kaum Quraisy mengutus dua orang utusannya, an-Nadr bin al-Hars dan Uqbah bin Abi Muith menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah.


Tujuan mereka untuk mempastikan kenabian Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dengan cara menceritakan sifat-sifatnya dan segala yang telah dikatakannya.
Kaum Quraisy beranggapan bahawa para pendeta tersebut mempunyai kepakaran dalam memahami kitab-kitab lama yang telah diturunkan dulu, serta memiliki pengetahuan yang mendalam tentang tanda-tanda kenabian.Kedua-dua utusan tadi mengemukakan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh kaumnya kepada para pendeta yang ditemui.


Para pendeta itu pun menyarankan:
``Untuk mempastikan benar tidaknya kenabian Muhammad, tanyakanlah kepada Muhammad tiga persoalan ini. Sekiranya dia dapat menjawabnya, bermakna dia sememangnya seorang nabi yang telah diutus oleh Tuhannya.
``Tetapi seandainya Muhammad tidak dapat menjawabnya, maka jelaslah dia hanya mengaku sebagai nabi.


Tiga persoalan itu ialah:
1. Tanyakanlah kepadanya mengenai pemuda-pemuda zaman dahulu yang pergi mengembara. Apakah yang telah terjadi kepada mereka? Ini kerana cerita mengenai pemuda-pemuda tersebut sangat menarik.

2. Tanyakanlah kepadanya mengenai seorang pengembara yang telah sampai ke Masyriq dan Maghrib. Apakah pula yang terjadi kepadanya?

3. Tanyakanlah kepadanya tentang roh. Apakah roh itu?''Sebaik pulang kepada kaumnya, kedua-dua utusan tersebut menceritakan segala pesanan yang diberikan oleh para pendeta Yahudi itu.``Kami datang membawa sesuatu yang dapat menentukan sikap di antara tuan-tuan semua dengan Muhammad,''jelas kedua-duanya.Kemudian mereka pun berangkat menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan mengemukakan tiga persoalan tadi.Selepas itu mereka pulang setelah Rasulullah s.a.w. berjanji dengan pasti bahawa baginda akan menjawab ketiga-tiga persoalan yang dikemukakan.


Dari sehari ke sehari baginda menanti turunnya wahyu yang akan menerangkan ketiga-tiga persoalan tersebut, tetapi Malaikat Jibril tidak juga kunjung datang, sehingga orang-orang Mekah mulai merasa goyah terhadap baginda.
Sementara baginda sendiri merasa sedih dan bingung, apakah yang harus dikatakannya kepada kaum Quraisy yang sedang menunggu jawapan daripadanya?


Akhirnya setelah lima belas malam berlalu, turunlah Malaikat Jibril membawa beberapa ayat daripada surah al-Kahfi dan al-Isra, yang menjawab ketiga-tiga persoalan tadi, sambil menegur sikap baginda yang berjanji tanpa mengucapkan `insya-Allah'.
Manusia merancang, Tuhan menentukan. Dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya, insya-Allah segalanya akan berjalan lancar. :)



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)