-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

17 Februari 2010

Bayangkanlah..

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita..

Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan
sangat berbahagia, memeluk
Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda
masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi
menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum... .....
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat Video CD rated
18xxx yang ada di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu
video tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum... .....
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita
kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada di
ruang samping dan kita meletakkannya di ruang
tamu. Baginda tentu
tersenyum.Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW

Bersedia menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat
daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita
tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak kita.



Baginda tentu tersenyum... .....
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak
mengetahui satupun nama
keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di
luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar
mandi menjadi ruang Solat.
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah
kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan
kepada Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum... .....
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahwa kita tidak
pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Baginda tentu tersenyum... .....
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
Maghrib keluarga kita malah
sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu

kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al-Qur'an.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita.

Baginda tentu tersenyum... ....
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita
siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di
depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan
alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah kita......
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan
mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah
kita ? Ataukah akhirnya
dengan berat hati, kita akan menolak Baginda
berkunjung ke rumah kerana hal
itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah.. .......
Masihkah Baginda tersenyum ? Senyum pilu, senyum
sedih dan senyum getir....... .
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.. ......



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

10 jenis solat yang tidak diterima Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

wali'yazubillah..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Februari 2010

Nabi sulaiman

PADA suatu hari Nabi Sulaiman a.s. yang memiliki enam puluh orang isteri berkata kepada dirinya, ``Aku akan meniduri isteri-isteriku yang seramai 60 orang ini secara bergilir-gilir dalam satu malam.
``Sudah tentu, kesemua isteri-isteriku ini akan mengandung dan melahirkan anak-anak lelaki dalam masa yang sama.
``Dengan demikian dapatlah aku membentuk sebuah pasukan berkuda yang terdiri daripada anak-anak lelakiku ini untuk berjuang dan berperang di jalan Allah.''


Pada malam yang ditentukan itu, Nabi Sulaiman pun meniduri isteri-isterinya tersebut secara bergilir dalam satu malam sahaja.Namun, malangnya daripada seramai 60 orang isterinya itu, hanya seorang yang mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.Kisah Nabi Sulaiman di atas diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Rasulullah s.a.w. selanjutnya bersabda, ``Kalaulah Nabi Sulaiman a.s. menyertai azam atau hasratnya itu dengan kata-kata `insya-Allah' (jika
Allah menghendaki), sudah tentu kesemua 60 orang isterinya itu akan mengandung dan melahirkan anak lelaki, yang boleh dijadikan pasukan berkuda untuk berjuang di jalan Allah sebagaimanayang diharapkannya.''


Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa di atas, jelas menunjukkan bahawa kita sebagai hamba Allah atau makhluk-Nya tidak mempunyai sedikit pun kekuasaan untuk menentukan atau memastikan berhasilnya sesuatu rancangan yang telah kita atur, walau serapi manapun kita usahakan.


Manusia hanya merancang dan merencanakan sesuatu yang diharapkan. Ini kerana sememangnya kita sebagai hamba disuruh merancang dan seterusnya berusaha melaksanakannya sambil berharap dan berdoa kepada Allah, bukan sekadar menyerahkan segalanya kepada Tuhan dan bertawakal tanpa berusaha sedikit pun.Namun, yang perlu diingat ialah keputusan terakhir terlaksananya segala yang dirancang hanyalah ada pada Allah s.w.t.


Oleh kerana itu sebagai pengakuan terhadap kekuasaan-Nya dan ketidakmampuan kita sebagai makhluk, kita disuruh mengucapkan `insya-Allah'-jika Allah menghendaki atau sekiranya Allah menghendaki, dengan keyakinan bahawa segala yang dirancang dan dikerjakan hanya akan berhasil dengan kehendak Allah s.w.t. Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 23-24, ``Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu: ``Sesungguhnya aku akan mengerjakannya esok'', kecuali dengan menyebut : `insya-Allah'.''


Ayat ini mengingatkan kita semua tentang kekuasaan mutlak yang ada hanya pada Allah, supaya sebagai makhluk yang lemah, setiap kali kita melafazkan janji atau bersumpah akan melakukan sesuatu perkara, hendaklah kita ingat bahawa ia hanya akan terlaksana dengan kehendak Allah, iaitu dengan mengucapkan `insya-Allah'.


Menurut riwayat Ibnu Jarir, ayat 23-24 surah al-Kahfi tersebut diturunkan oleh Allah s.w.t. ekoran berlakunya suatu peristiwa antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum Quraisy.
Pada suatu hari kaum Quraisy mengutus dua orang utusannya, an-Nadr bin al-Hars dan Uqbah bin Abi Muith menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah.


Tujuan mereka untuk mempastikan kenabian Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul dengan cara menceritakan sifat-sifatnya dan segala yang telah dikatakannya.
Kaum Quraisy beranggapan bahawa para pendeta tersebut mempunyai kepakaran dalam memahami kitab-kitab lama yang telah diturunkan dulu, serta memiliki pengetahuan yang mendalam tentang tanda-tanda kenabian.Kedua-dua utusan tadi mengemukakan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh kaumnya kepada para pendeta yang ditemui.


Para pendeta itu pun menyarankan:
``Untuk mempastikan benar tidaknya kenabian Muhammad, tanyakanlah kepada Muhammad tiga persoalan ini. Sekiranya dia dapat menjawabnya, bermakna dia sememangnya seorang nabi yang telah diutus oleh Tuhannya.
``Tetapi seandainya Muhammad tidak dapat menjawabnya, maka jelaslah dia hanya mengaku sebagai nabi.


Tiga persoalan itu ialah:
1. Tanyakanlah kepadanya mengenai pemuda-pemuda zaman dahulu yang pergi mengembara. Apakah yang telah terjadi kepada mereka? Ini kerana cerita mengenai pemuda-pemuda tersebut sangat menarik.

2. Tanyakanlah kepadanya mengenai seorang pengembara yang telah sampai ke Masyriq dan Maghrib. Apakah pula yang terjadi kepadanya?

3. Tanyakanlah kepadanya tentang roh. Apakah roh itu?''Sebaik pulang kepada kaumnya, kedua-dua utusan tersebut menceritakan segala pesanan yang diberikan oleh para pendeta Yahudi itu.``Kami datang membawa sesuatu yang dapat menentukan sikap di antara tuan-tuan semua dengan Muhammad,''jelas kedua-duanya.Kemudian mereka pun berangkat menemui Nabi Muhammad s.a.w. dan mengemukakan tiga persoalan tadi.Selepas itu mereka pulang setelah Rasulullah s.a.w. berjanji dengan pasti bahawa baginda akan menjawab ketiga-tiga persoalan yang dikemukakan.


Dari sehari ke sehari baginda menanti turunnya wahyu yang akan menerangkan ketiga-tiga persoalan tersebut, tetapi Malaikat Jibril tidak juga kunjung datang, sehingga orang-orang Mekah mulai merasa goyah terhadap baginda.
Sementara baginda sendiri merasa sedih dan bingung, apakah yang harus dikatakannya kepada kaum Quraisy yang sedang menunggu jawapan daripadanya?


Akhirnya setelah lima belas malam berlalu, turunlah Malaikat Jibril membawa beberapa ayat daripada surah al-Kahfi dan al-Isra, yang menjawab ketiga-tiga persoalan tadi, sambil menegur sikap baginda yang berjanji tanpa mengucapkan `insya-Allah'.
Manusia merancang, Tuhan menentukan. Dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya, insya-Allah segalanya akan berjalan lancar. :)



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai