-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

26 Disember 2010

Pengemis dan isteri cantik

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''
Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata 'Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .


  • RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu
kejahatan''.


  • Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda
yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaannya. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Disember 2010

Banyak lagi yang kita tak tahu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Sebenarnya sye ni memang suka jalan2..sbb tu sye jumpa macam2..ni lagi info yang sye jumpa..~bace..bace..

# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).
# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.
# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.
# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.
# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’. # Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri). # Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.
# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
# Unta mempunyai 3 kelopak mata.
# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.
# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
# 13% orang di dunia adalah kidal.
# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
# Saudi Arabia berasal darinama Raja Saud.
# Kanak-kanak mempunyai 20gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
#Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.
subhanallah! hebat ya..

Wallahua'alam..~

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Janganlah janganlah jangannn

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membacaBISMILLAHdan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah..


Jangan
mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.




Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.



'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
masa untuk berubah! jom menuju kejayaan..=)
Wallahu'alam..~


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

sakit hati, atau jantung??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


                                                 

Sakit hati atau sakit jantung? Perkataan “jantung” dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai “heart”; manakala “hati” pula ialah liver. Kedua-dua organ dalaman ini terletak di tempat yang berlaian dan mempunyai fungsi yang berbeza.

Heart atau jantung bertindak mengepam dan membersihkan darah dalam badan kita dan hati atau liver pula menyimpan glukosa. Dalam Webster’s Dictionary heart disebut sebagai “...the seat of emotion” yakni tempat tersimpannya perasaan atau emosi. Oleh itu nyatalah perasan kita terletak di jantung – bukan hati.. Begitu juga semua ahli psikologi dan psikiatri menganggap emosi terletak di jantung (heart). Contohnya ketika kita marah kenapa muka kita jadi merah ? Jawabnya ialah kerana darah dari jantung kita sudah di pam oleh jantung naik ke muka kerana perasaan kita terletak di jantung..

                                                       

Nyatalah di sini jantung memainkan peranan mencetuskan perasaan kita – bukannya hati (liver). Tetapi ramai yang menganggap perasaan itu datangnya dari hati hinggakan terlalu banyak simpulan bahasa kita yang menyatakan perasaan dikaitkan dengan “hati” misalnya sakit hati, busuk hati, tawar hati, keras hati dll.

Apakah kita berpendapat perasaan itu datangnya dari hati (liver) bukan jantung (heart) ? Akibatnya kita telah tersalah terjemah ungkapan “sweet-heart” sebagai “buah hati” yang sepatutnya “buah jantung” kerana heart itu ialah jantung – bukan hati ! Begitu jugak istilah “broken-hearted” bukanlah “patah hati” tetapi lebih tepat lagi disebut “patah jantung” ! Dalam Islam sendiri perkataan heart itu dirujuk kepada jantung – bukan hati.

Misalnya dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “qalb” atau kalbu. Apakah yang kita maksudkan “kalbu” itu sebagi hati atau jantung ? Nabi kita Muhammad s.a.w pernah berkata,
“Dalam diri manusia ada seketul daging yang jika baik daging itu akan baiklah orang itu; begitu juga sebaliknya.”

Apakah maksud “seketul daging” itu hati atau jantung ? Nyatalah ulama kita kita telah menterjemahkan seketul daging itu sebagai “hati” (liver) yang sepatutnya “jantung” (heart). Hati atau Jantung,mana- mana istilah sekalipun yang digunakan…. Kita masing-masing mengetahui apakah yang dimaksud dengan “hati..

                                                     
Akhir kalam...Terpulanglah kepada anda bagaimana mahu memahami, menterjemahkan dan mengertikan istilah “hati”…
Wallahu'alam..

sumber penulisan : wiki,Syamil Yusuf website,etc. .


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Penguin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Tidak ada seekorpun burung penguin yang hidup di Kutub Utara. Belahan bumi bagian Utara bukanlah habitat alami penguin. Keseluruhan 17 sub spesies penguin tinggal di belahan selatan bumi.

Penguin adalah satu-satunya burung yang tidak boleh terbang namun bisa berenang. Penguinsangat ahli berenang. Walau bernapas dengan paru-paru, penguin sering menyelam hingga sepanjang 18 minit, tanpa mengambil udara sekejap


sekalipun.

Selain ahli berenang, penguin memiliki keunikan karena memiliki organ desalinasi khusus di daerah sekitar matanya. Dengan organ ini, penguin dapat mengubah air asin menjadi air tawar.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Disember 2010

Iskandar bukan Zulqarnain

Once I herad Iskandar Zulqarnain bukan Alexander The Great pastu dengar pulak Iskandar bukan Zulqarnain..yang mana sebenarnya ni??..
saya pun bacalah satu buku yang pada perkiraan saya  satu ilmu yang menarik..aq memang sesangat nak tau tentang tajuk sudah hangat diperkatakan ni, maka tersebutlah kisah (over plak..) saya bacalah buku ni sampai tamat..
Sekali lagi, buku ni bukan kepunyaan saya, kawan saya punya..kalau saya tak ada buku yang saya nak, saya memang biasanya pinjam kawan saya yang ada...pemilik buku yang aq baca ni, AINA NUR ANIS.


Kefahaman saya, bahawasanya Iskandar adalah Zulkarnain.

Buku ini dimulakan dengan kupasan mengenai empat raja agung dunia purba mengikut turutan sejarah hidup mereka iaitu RAJA NAMRUD, NABI SULAIMAN, RAJA BUKHTANASAR dan ZULQARNAIN. Ketiga-tiga raja pertama dipanggil dan diketahui dengan nama mereka sendiri sedangkan Zulqarnain pula adalah satu gelaran yang disandarkan kepada beberapa tokoh hebat termasuklah Raja Iskandar (Alexander).
penulisnya juga, mempunyai latar belakang yang bewarni..(bewarna-warni la tuu.) kagum..sangat kagum.. sapa penulisnya?? ahaa!.., nama beliau,
Afareez Abdul Razak Al-Hafiz..Pengarang bersekolah rendah di US, menamatkan pengajian dalam bidang Quran sehingga menjadi al-Hafiz dan kini menjadi pelajar PhD di UIAM. Pengarang turut sama terlibat (sebagai interviewee) dalam produksi dokumentari yang disiarkan iaitu Alexander Bukan Zulkarnain.
Menurut ahli kaji al-Quran pula, Zulkarnain bersama-sama bala tenteranya menuju ke utara Negara Armenia melalui Persian dan Azerbaijan. Disana, beliau menjumpai satu bangsa yang hidup dalam ketakutan dan tinggal di antara dua buah gunung, iaitu gunung Armenia dan gunung Azerbaijan. Mereka menggunakan bahasa yang amat sukar untuk difahami. Menurut mereka, bangsa Yakjuj dan Makjuj seringkali datang dan membuat kerosakan termasuk membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya. Kemudian mereka meminta Zulkarnain membantu dengan membina sebuah tembok yang mampu menahan dari diceroboh oleh bangsa yang kejam itu.

Zulkarnain bersama bala tenteranya dan bantuan penduduk, akhirnya berjaya menyiapkan tembok yang dibina hasil campuran batu-batan, serta diperkuatkan dengan besi yang dicampurkan tembaga setelah dicairkan dalam suhu yang amat panas. Tingginya tembok tersebut hampir menyamai puncak kedua-dua gunung tersebut.

dimanakah lokasinya?
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..

Doa kita mudah-mudahan semua muslimin terlindung dari kejahatan makhluk tuu...namun buat para pembaca yg dihormati, kita sama2 tahu, sejauh mana kebenarannya HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..terlalu banyak sumber yang memperbahas tentang tajuk yang rumit ini..bagi tajuk ini, sebenarnya masih belum habis diperbahas, dan mungkin tiada penghujungnya dalam bentuk yang betul-betul pasti..
wallahu'alam..~


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Dari bulan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Satu-satunya benda buatan manusia yang dapat dilihat dari permukaan Bulan adalah Tembok Besar Cina. Tembok utamanya berdiri sepanjang 3.400 Km, atau hampir tiga kali panjang negara Inggris. Tembok utama diselesaikan di masa pemerintahan Kaisar Shi Huang Ti (221 - 210 sM) , yang kemudian diperpanjang hingga 2.800 Km oleh dinasti-dinasti berikutnya.

Ketinggian tembok bervariasi antara 4,5 hingga 12 meter, sedangkan ketebalannya mencapai 9,75 meter. Tembok ini merentang dari Shanhaikuan di Teluk Bohai, hingga ke Yumenguan, dan Yang Guan.

Beberapa bagian tembok sepanjang 60 Km telah dihancurkan untuk pembangunan bendungan. Di bulan Maret 1985, sebuah laporan dari tim penyelidik Pemerintah China berdasarkan penelitian selama 5 tahun berhasil membuktikan bahwa panjang total Tembok Besar China mencapai 9.975 Km. Beberapa kalangan masih meragukan laporan ini.

Berlawanan dengan kepercayaan umum Tembok Besar China bukan diciptakan untuk membendung serangan penyamun yang tinggal di sekitar wilayah itu. Para penyamun sebenarnya dapat dengan mudah melewati tembok itu dengan menggunakan tangga, tetapi saat akan membawa barang rampasan, mereka akan kesulitan membawa ternak ataupun barang-barang besar lainnya melewati tembok. Dan itulah fungsi tembok besar China sebenarnya..


**namun kta ada jge mendengar tntg ka'bah yg dilihat dri bln bkn? seperti yg kta tahu, semua itu adalah kuasa Allah..Tembok Cina adalah buatan manusia, berbeza dgn ka'bah yg sememangnya diperinthkn Allah utk dibina dan kepunyaan Allah..Allah maha Kuasa..subhanallah..~



~
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai