-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

30 Disember 2009

Perempuan v/s Rama-rama

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama2,kita menjadi
suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.

Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa
rama2 mahu hinggap di situ, tentu ada yang tidak kena.




Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.

Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.

Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.

Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.

Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.



Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.

Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Jazakillah !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 Disember 2009

ujung tahun??



MENDEKATI detik terakhir penghujung tahun ini,
sememangnya agak gementar mengimbas kembali catatan kealpaan diri sepanjang tahun. Orang mukmin yang jujur suka mengorek rahsia hatinya dengan mencari kelemahan dan menangisi kerugian yang ditanggung.

jom tanya diri kita..iman kita..
semua orang kena muhasabah diri sendiri..
apa khabar agaknya iman kita tu yerk..
terbiar atau terjaga..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Disember 2009

Dunia Ibarat air laut

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM





Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah.

Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu. Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya

Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolonganAllah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).





Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Disember 2009

Cinta bermonyet beruk

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan hai 



Kepelikkkan. Hanya berpesan. Cinta bukanlah milik kita sepenuhnya untuk kita gunakan sesuka hati nafsu saja. Janganlah sampai mencintai manusia dan makhluk Allah sampai mengabaikan cinta kepadaNya yang memliki dan menganugerahkan rasa cinta itu kepada kita.

Tetapi..lupakah kita ?
Sesungguhnya, orang yang paling berjaya adalah orang yang berjaya menundukkan nafsunya.
Pelihara dan sayangilah rasa cinta. Kerana cinta tersangatlah istimewa bak berlian zamrud dan zabarjad dan sebagainya jika kita dapat menjaga dengan rapi. Bajai dengan iman dan keredaan dari Yang Maha Mencintai. MashaAllah. Tidakkah kita perhatikan ? Bermuhasabahlah.

Jalan yang terbaik untuk kita kurangkan rasa cinta pada makhluk yang datang tu, berdoalah pada Allah..redha dengan ketentuan-Nya..mudah-mudahan kita dapat kawal perasaan kita..dan yang sebaik-baiknya, tak perlulah kita beritahu kawan2 perasaan istimewa kita tu pada si DIA. bila macam tu,, insyaAllah setiap kali kita nampak atau jumpa DIA, kita akan mengadu pada Allah sentiasa..keranakita hanya tuhan yang tahu bukan??

kerana jikalau kita bercinta sekalipun, kita yakin ke akan kekal??
Tahukah kita kesudahan cinta kita pada manusia ?
kalau memang kita ada iman, yakinlah di dalam hati kita bahawa setiap orang, ada jodoh. Allah telah menentukannya..insyaAllah.

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi.
Dan sebaik-baik cinta itu, adalah mencintai ilahi.
Yang sentiasa setia dan kekal abadi.




.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

IKTIBAR

Seorang yg soleh berkata.. "Syaitan masuk ke dalam hati manusia melalui sepuluh pintu :

1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan menaruh kepercayaan adn berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar.

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri (ujub), lantas aku menghadapi dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat Qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhlukNya.

7. Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada di sisi Allah itu akan kekal.

9. Takabbur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawaddhuk.

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia. "

Semoga Allah permudahkan kita untuk mempertahankan hati daripada gangguan syaitan.

Wallahualam. . Wassalam..



.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Kedekatan kiamat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


biasanya orang dengar cerita pasal hari kiamat je, takut..tapi
adakah kita berusaha untuk berubah ke arah itu??
agar kita berjaya melaluinya dengan cemerlang???
jomkita sama-sama bermuhasabah diri atas setiap perkara yang kita lakukan..
sia-sia ataupun tidak..
kerana Allah atau kerana kejarkan dunia semata-mata..

tepuk dada, tanyalah iman kita..

استغفرالله العظيم..

22 tanda kiamat semakin hampir..

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah....

kebanyakan yg dinyatakan diatas, banyak yg telah berlaku dikalangan kita..

adakan antum setuju??

so, beruntunglah bagi mereka mereka yang beriman


NOTA KAKI.
Namun begitu, masa hitungan kita di dunia adalah berbeza dengan masa hitungan Allah. Bagi kita, tak lama lagi mungkin dalam 2/3/4 tahun akan datang atau mungkin besok. Bagi Allah, mungkin 100 tahun ? Yang penting, berusalah kita sebelum menyesal. Kerana mati itu pasti. Allahu'alam.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Racun dan Penawar

5 RACUN DAN 5 PENAWAR..


1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya

4. Seluruh Umur itu racun, Taat itu ubatnya

5. Seluruh Tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya


sama samalah kita menyampaikan pesanan sesama insan..=)
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Syabab wa Fatayaat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan hai 

Pemuda dan pemudi..

Sesetengah remaja zaman moden kini suka buat benda2 yg tak m'dtgkan manfaat.. contohnya klu lelaki,, mereka pi keluar jadi hantu rayau..
kalau tak kacau org x pe.. ganggu lah gak..menyakitkan mata..
itu lain..yg mengganggu ank gadis org tu.. Masya-Allah..mcmlah dh tak de kerja lain..ish..ish..ish.. yg mengenai internet-nye dah lain pulak..
perempuan pun sama..

ada yg tak reti dok diam..punggung tu pns je nk klr rumah..
wat pe nth..
kn elok dok umh tlg mak ayh..tp jgn t,perap je kat rmh plk..
mesti ad aktiviti ckit..ermm..klu x pun.. ad sesetengahnya x keluar..
tp dahsyat...sentiasa buat senaman jari.. tkn punat handphone..huh..
klu ngan mk bpk ke,,sedare mare ke,,takpela gak..ni..dok bolayan
'pakwe' n 'makwe' tu..kesian2..blum ape2 dh dpt gelaran 'mak..' n ' pak..'..
drpd kita dok angau entah ape2 tu.. baik kita cari ilmu Allah..
buat baik ngan org sekeliling.. kita cuba dekatkan diri kita dengan Allah..
insyaAllah.. kita akn merasa tenang..dan jauh drpd jurang kemaksiatan.. bukankah tuhan telah b'firman..

"Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang.."

cuba kita lakukan apa sekalipun yg hadir dlm hidup kita utk MARDHATILLAH..
insyaAllah..kita x sempat nk buat benda sia2.. ingatlah..
ape pon belajar dulu ok.. br bercinta.Insya-Allah..
ana ingatkan diri ana jgk..


MASA UNTUK BERUBAH..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Cuti-cuti bercutilah kita



'sEkarang ni waktu cuti..
waktu cuti mcm ni,,inilah masanye utk aku tolong mak bapak aku
dan buat benda2 yg baik..dan x lupa,aku mesti study utk p'sediaan imtihan
besar tahun depan..huh.. mudah-mudahan aku dpt lakukan yg terbaik..
MARHA!!MARHA!!..' hah..tulah dye azam ana tiap2 kali cuti..
atau lebih tepat lagi,, azam yg ana sendiri tak tau ana buat ke tak..
hem.. sebelum ana wa semua pelajar2 muslimat sekolah ana(..SMAKJ..)
tinggalkan sekolah utk sesi 2009', nahnu dibekalkan satu buku sebagai panduan utk mengisi
waktu2t'luang dgn p'kara yg b'faedah... tajuk buku tu, AN-NAJMU THAQIB..
buku tu, ditulis oleh akk2 yg caring2 dr exco kerohanian dan pendidikan..
dalam buku tu
ada terangkan makna cuti..ha..makna C.U.T.I ialah Cuba Untuk Terus Istiqamah..
tak salah kalau kita kongsi kan??..

antara yang menarik..

Yang biasa kedengaran keluar dari mulut ibu bapa pabila ditanya mengenai anak-anaknya semasa cuti di rumah, "balas dendamlah tu, tak cukup tidur".." tv je 24 jam","melingkar lagi di bilik","habis kosong peti sejuk"..dan banyak lagi..
inikah warisan dan adt turun-menurun pelajar muslim?? yg terutamanya adalah
pelajar asrama..bagaimana hendak menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH? mampu
menarik kembali saudara2 seislam yg leka dek arus kemodenan dan kemaksiatan?

Ayuh...Sedarlah! Bangunlah kawan2..Ayuh kita bangkit dari lena yang panjang..
Ingatlah wahai mukminin dan mukminat!
setiap ciptaan yg di sekeliling kita mahupun jauh di sisi kita...
semuanya milik dan hak mutlak Allah s.w.t.
Tetapi satu je yg Allah beri kepada makhluk ciptaan-Nya, iaitu pilihan.
nk buat benda sia2 @ tidak, nak tidur @ belajar, nk mengumpat @ tidak..n many more.. dan ingatlah juga firman Allah s.wt yg b'maksud;

"maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.."(surah Al-Insyirah 94:5)

Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa setiap perkara yg berlaku itu ada baik dan ada buruknya. Dalam gelak tawa ada muram durjana, dalam kegembiraan ada kesedihan, dalam suka ada juga benci...
Firman Allah s.w.t lagi yg b'maksud;

"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(surah Al-Baqarah 2:216)

Jelaslah di sini bahawa tidak semestinya benda yg kita suka buat itu Allah suka dan tidak semestinya perkara yg kita malas dan tidak suka melakukannya disukai dan mendapat redha ilahi.

Firman Allah yang b'maksud; "Mereka manjawab,'maha suci Engkau, tidak ada ynag kami melainkan apa yg telah engkau ajarkan kepada kami.Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana'"(Surah Al-Baqarah 2:32) 'c.u.t.i. Cuba Untuk Terus Istiqamah'. Marilah kita b'usaha sepenuhnya...


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Disember 2009

Detik pemergian Rasululllah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


Detik Kewafatan Rasullullah SAW

Dari Ibnu Mas'ud ra bahwa ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:

"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah." Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya:
"Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?
Baginda menjawab:Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyi la' la."


Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?Rasulullah menjawab:Salah seorang ahli bait.



Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."


Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.Kemudian baginda bersabda:
"Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."



Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakit yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.

Sehari menjelang baginda wafat yaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah ra. selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah SAW, kemudian memberi salam:


"Assalamualaikum ya Rasulullah"
Kemudian dia berkata lagi
"Assolah yarhamukallah."


Fatimah menjawab:
"Rasulullah dalam keadaan sakit"

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah SAW bersabda:
"Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan saja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar ra. agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya beliau pengsan.Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi panik sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW.

Baginda bertanya:
"Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"
Fatimah rha. menjawab: "Orang-orang menjadi kelam kabut bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan ibnu Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:

"Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, yaitu pada hari Senin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali saja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa.

Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah rha berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." 
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"

 Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayah, saya katakan kepadanya bahwa ayahanda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"Fatimah menjawab: "Tidak wahai Rasulullah."

Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: 
"Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."  
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut.

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah SAW pun menjawab: "Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.
Rasulullah SAW bertanya:
"Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?
"Saya tinggalkan dia di langit dunia" Jawab Malaikat Maut.
Baru saja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW.

Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahwa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, Wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda:
"Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?
Jibril pun menjawab: "bahwa pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?

Jibril menjawab lagi: bahwa pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-
sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi:
"Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku.



"Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?"
Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?

Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah SAW:
"Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku.Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?"

Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?

Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata.
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah SAW bertanya:
"Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?
Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.  Anas ra: "Ketika aku melalui depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar dari singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."



Kecintaan Mu'adz bin Jabal ra pada Rasulullah SAW

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahwa Mu'adz bin Jabal ra telah berkata:
"Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih tidur juga wahai Mu'adz, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'adz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim" Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'adz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?" Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.

Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'adz berkata kepada mereka:
"Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'adz menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).

Maka menjeritlah Mu'adz, sehingga ia tak sadarkan diri. Setelah ia sadar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)

Maka Mu'adz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?" Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?" Lalu iapun pergi meninggalkan mereka.

Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'adz mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'adz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'adz, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'adz terjatuh dan tak sadarkan diri. Lalu orang itu menyadarkannya, ia memanggil Mu'adz: Wahai Mu'adz sadarlah dan bangunlah." Ketika Mu'adz sadar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu'adz melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.

Mu'adz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah"
Mu'adz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah"
Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sadarkan diri lagi.
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'adz yang sedang pingsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'adz, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'adz, aku telah mendengar dari
Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'adz." Maka Mu'adz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahwa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."

Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'adz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'adz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata,

"Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'adz bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."

Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'adz" Fatimah rha lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah salam saya kepada Mu'adz dan khabarkan kepadanya bahwa ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'adz bin Jabal keluar dari rumah Fatimah dan menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.

wallahua'alam.

Moga bermanfaat ! :D
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai