-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

19 Disember 2009

Home » , , » Cinta bermonyet beruk

Cinta bermonyet beruk

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan hai 



Kepelikkkan. Hanya berpesan. Cinta bukanlah milik kita sepenuhnya untuk kita gunakan sesuka hati nafsu saja. Janganlah sampai mencintai manusia dan makhluk Allah sampai mengabaikan cinta kepadaNya yang memliki dan menganugerahkan rasa cinta itu kepada kita.

Tetapi..lupakah kita ?
Sesungguhnya, orang yang paling berjaya adalah orang yang berjaya menundukkan nafsunya.
Pelihara dan sayangilah rasa cinta. Kerana cinta tersangatlah istimewa bak berlian zamrud dan zabarjad dan sebagainya jika kita dapat menjaga dengan rapi. Bajai dengan iman dan keredaan dari Yang Maha Mencintai. MashaAllah. Tidakkah kita perhatikan ? Bermuhasabahlah.

Jalan yang terbaik untuk kita kurangkan rasa cinta pada makhluk yang datang tu, berdoalah pada Allah..redha dengan ketentuan-Nya..mudah-mudahan kita dapat kawal perasaan kita..dan yang sebaik-baiknya, tak perlulah kita beritahu kawan2 perasaan istimewa kita tu pada si DIA. bila macam tu,, insyaAllah setiap kali kita nampak atau jumpa DIA, kita akan mengadu pada Allah sentiasa..keranakita hanya tuhan yang tahu bukan??

kerana jikalau kita bercinta sekalipun, kita yakin ke akan kekal??
Tahukah kita kesudahan cinta kita pada manusia ?
kalau memang kita ada iman, yakinlah di dalam hati kita bahawa setiap orang, ada jodoh. Allah telah menentukannya..insyaAllah.

Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan pergi.
Dan sebaik-baik cinta itu, adalah mencintai ilahi.
Yang sentiasa setia dan kekal abadi.




.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)