-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

16 Oktober 2017

Hamka - Peribadi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

Kupasan poin penting dari buku:
Hamka - Peribadi 


Point-point penting
Bebanmu akan berat . Jiwamu harus kuat . Tapi aku percaya langkahmu akan jaya. Kuatkan peribadimu

Intro
20 ekor kerbau yg sama gemuk pedati , sama kuat dan sama pula kepandaianya menghela pedati tentu harganya tidak jauh berbeza. Akan tetapi 20 orang manusia yg sama tingginya, sama kuatnya belum tentu sama "harganya". Sebab bagi kerbau tubuhnya sahaja saja yang berharaga. Bagi manusia adalah peribadinya.


1. Daya tarik
 daya dapat dipelajari dengan pergaulan yang luas dan ada juga kerana dipusakai , pendidikan ibu bapa , sekolah , teman sejawat , dan linkungan masyarakat.

2. Cerdik
peribadi orang yang cerdas nyata pada cara mengeluarkan kata-kata mengunakan fikiran , perasaam , berfikir tersusun , bermanthik .

3. Menimbang rasa(empati)
perlu ada rasa bagaimana orang lain juga merasa. Jangan fikirkan masalah kita sahaja yang perlu didengari tapai tidak masalah orang lain.

4. Berani

- Peribadi yang berani adalah yang sanggup menghadapai segala kesulitan atau bahaya dengan tidak kehilangan akal.
- Tanda berani adalah sikap tenang dan tidak gugup, sehebat apapun pihak yang dihadapinya
- Takut gagal adalah gagal yang sejati. takut mati adlah mati sbelum mati . Hidup adalah gerak dan gerak adalah maju , berjuang dan naik, jatuh lalu naik lagi.
- Menagkui kelemahan diri adalah tangga untuk kesempurnaan diri
- Barangsiapa tidak sanggup atau tidak berani menguasi diri , jangan harap akan sanggup menguasai orang lain. keberanian adalah kesanggupan berkelahi dengan hawa nafsu

5. Bijaksana
- Timbulnya kebijaksanaan adalah kernan ilmu , ketetapan hati dan kerana meletakkan sesuatu pada tempatnya , serta menilik sesuatu menurut harganya. orang yang bijaksana tepat pandangannya, jauh pandangannya dan baik tafsirnya.

"Kurang cerdas dapat diperbaiki dengan belajar , kurang cekap dapat dihilangkan dengan pengalaman. tetapi kurang jujur , sulit memperbaikinya,"


6. Baik pandangan
 - Jika menginginkan peribadi yang kuat , pandanglah alam dengan segala keindahnanya dan berusahalah menegakkan kebajikan . Penyakit muram dan memandang buruk adalah sikap pesimistis yang sangat berbahaya bagi diri sendiri. penyakit turunan dari hal itu sangat banyak, di antaranya benci dan dengki. dan itulah pangkal sakit jiwa yang sulit diubati dan runtuhlah peribadi .


7. Tahu diri
- Erti lain tawadhuk
- Kita menyedari kedudukan kita yang sebenarnya sehingga tidak sombong dan tidak pula rendah diri.Jadi bukanlah merendahkan diri sebagaimana yang dikira orang.
- Orang yg mengangkat dirinya lebih dari yang semestinya ,membesar-besarkan diri , tidak jujur dan sebagainya nescaya dalam waktu yang tidak berapa lama yang akan kelihatan kebodohan atau kelemahannya.

8. Kesihatan tubuh
- Jagalah kesihatan.. Jika terdapat kekurangan pada tubuh,janganlah putus asa membangun peribadi yang sejati iaitu jiwa itu sendiri. Dalam waktu yg sedemikian itu, haruslah kita ingat bahwa kita datang ke dunia ini semata-mata bukan untuk berlagak. Apalah ertinya gagahgahahan tubuh jika jiwa kosong

"Hadapkan perhatian kepada jiwa , tegakkan sempurna budi utama , dengan jiwamu dengan tubuh , engkau akan sempurna menjadi insan"

9. Bijak dalam berbicara
- Lidah wakil kebatinan kita. ia menunjjukaan kecerdasan fikiran , kedalaman pemahaman dan penelitian , dan banyak pengalaman.Bagaimanapun gagah atau manisnya seseorang , berapa pun banyaknya ilmu yang dimiliki, jika lidahnya kelu , apalah jadinya!
- Banyak berkata-kata mencjkup 3 hal - perasaanyg halus, kefasihan berbicara dan kekayaan bahasa
- Sedikit-sedikit perkataan adalah sedikit tetapi bermanfaat daripada banyak bicara , tetapi kosong
- Kata-kata yg keluar dari hati akan masuk pula kedalam hati. Akan tetapi, kata-kata yang keluar dari hanya mulut tidaklah sampai hati, hanya sampai ke telinga.

10. Percaya kepada diri sendiri
- Orang yang mempercayai diri sendiri adalah orang yang merdeka sejati. Bukan orang lain yang menentukan ini salah , ini baik , ini buruk melainkan kemerdekaan dan kepercayaan kepada diri sendiri yang menentukan peratuan itu. Orang lain tidak perlu cemas atau takut kerana jiwa yang bebas itu sentiasa mengejar kebenaran

Point tambahan
Perkara yang menguatkan peribadi
1. Memiliki tujuan
2. Keinginan bekerja
3. Rasa wajib
4. Pengaruh agama dan iman
5. Pengaruh solat dan ibadah

Yang melemahkan peribadi
1. Menjadi bayang-bayang orang lain
2. Ikatan adat-lama pusaka-usang
3. Hamba kitab
4. Tidak tentu arah
5. Benalu


Terdapat banyak kata-kata yang menarik dan puitis yang boleh dijadikan iktibar.

Antaranya:
1. Takut gagal adalah gagal sejati.
2. Takut mati adalah mati sebelum mati.
3. Hidup itu adalah gerak dan gerak itu ialah maju, berjuang dan naik dan jatuh dan naik lagi.
4. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besok, sebab itu kita tidak ada tempuh yang harus terbuang.
5. Sebagai bangsa, dahulu kita berjuang mempertahankan kemerdekaan, dan setelah diakui kemerdekaan itu kita berjuang mengisinya, supaya bangsa dan negara kita berdiri, dan hidup terus.
6. Apabila perjuangan telah berhenti, apabila kesulitan tidak ada lagi, apabila kita sudah puas saja dengan apa yang ada, ertinya matilah negara kita dan kita sendiri.
7. Dengan keberanian menempuh kesukaran, orang hendak melihat peribadi kita.
8. Mencari kemenangan bukanlah mudah; beranikanlah diri tertawa pada waktu "kematian angin", sebagai tertawa pada waktu dihembuskan angin beranilah dan kumpulkanlah kekuatan pada waktu gagal untuk tegak dan melompat sekali lagi, dengan lompat yang lebih keras, sehingga orang yang tadinya tertawa melihat kita jatuh, bertukar menjadi takjub





Boleh dapatkan dari Bookcafe

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Mei 2017

Ada Udang di Sebalik Mee Goreng Keras

Alkisah di sebuah restoran bernama "Al-Mee Udang Sedap Kerasss" dan tag line-nya, "Tak Cuba Rugi Seumur Hidup !" (ceh tagline dia !). Restoran ini telah menjadi bualan manis dan pilihan masyarakat di kalangan penduduk setempat mahupun di luar tempat tersebut, dek pekena mee goreng udangya yang sedap kerass ! terbaiklah orang kata. 

Tanpa melepaskan peluang, dua sahabat baik bernama Nurul Syakirah dan sahabatnya Siti Syakirin yang kebetulan lalu di situ, dengan bersemangat positifnya berkunjung ke restoran tersebut yang sangat menarik namanya seindah khabar-khabar yang sampai ke telinga mereka. Kena pulak tu dengan makanan kegemaran mereka, mee goreng dan udang ! Alhamdulillah.

Dapat duduk port baik (bawah kipas dan jauh dari tandas), mulalah mereka memesan menu utama yang special di restoran tersebut iaitu mee udang dan air pilihan mengikut tekak masing-masing. Dan.. ting ! Terhidang sudah menu istimewa 5 minit selepas itu. Ffuh. Dengan bismillahirrahmanirrahiim Syakirah dan Syakirin pun menjamu makanan tersebut. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berimannn. Baru sesuap, ups ! "MashaAllah, mashaAllah..mee ini benar-benar keras ya ! kupikir namanya keras itu sebab sedap kerass gitu" kata Syakirah kepada Syakirin. 

Mee Udang
[kredit]

Maka jawab syakirin, "Haha memang nama mee tu 'Mee Udang Sedap Keras' tu sebab 'sedap keras' lah..bukan sebab mee tu keras. sedap je aku makan ni ? keras betul ke kau punya mee ?" *hairan, dan tahan gelak* "keras weiii haha" sambung Syakirah. "Tapi selama ni orang kata sedap je dan pelanggan ramai je ni kan.. mungkin Allah nak pick kau harini sebagai salah seorang hambaNya yang nak diuji. Special dan terpilih ongkataa.." Jawab Syakirin. 
 
"Alhamdulillah..takpelah keras sikit, ada orang nak merasa mee pun takde kan. Terima kasih ingatkan aku Syakirin, hampir aku merungut dan tak melahirkan rasa syukur dulu dengan nikmat Allah ni.." Tersenyum kambing Syakirin melihat gelagat sahabatnya sambil menawarkan sekali meenya yang 'tak keras' kepada sahabat kesayangannya untuk dirasai bersama. Sedang Syakirah menguis-nguis mee tersebut, tiba-tiba..."Eh..wait wahh banyaknya udang di sebalik mee aku ni ! weee sedapnyaaa alhamdulillahh..!" "Haa tuu..bukan Allah sekadar nak uji, ada Allah bagi bonus lagi ! terus nampak hikmah di sebalik ujian ! favourite kau tu udang gemuk-gemuk gitu, aku pulak lebih minat kat mee ni. haa sesuai la tu ! boleh bantu kau habiskan mee tu insyaAllahh" kata Syakirin lagi.

Setelah selesai makan, maka Syakirah dan Syakirin pun melangkah menggunakan hak mereka sebagai seorang pemakan bijak dengan berbisik dan memberitahu perihal 'mee keras' tersebut kepada staff kedai. Alhamdulillah, staff kedai menyambut baik teguran tersebut dan meminta maaf. Siap belanja air bungkus ikat tepi lagi sebagai tanda maaf dan terima kasih.
Mudah-mudahan berjaya dan terus cemerlang perniagaan orang-orang Islam kita, insyaAllah. 

-THE END OF THE VERY SHORT STORY-

---
Jelas rasanya apa yang saya nak kaitkan antara cerita tersebut dan tajuk artikel ni.
Kaitan di sebalik cerita ni pula, MEE GORENG KERAS dianalogikan ibaratnya ujian yang Allah kurniakan kepada manusia. Bilamana dikatakan ujian ni, maka tiada siapalah yang suka atau menjemputnya melainkan didatangkan khas oleh Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kenapa 'Allah kurniakan' bukan 'Allah berikan' ?
 
Biasa kalau dalam bahasa Melayu ni kita gunakan perkataan 'kurniakan' untuk yang berupa nikmat. Contohnya, dikurniakan rezeki, anak, umur panjang, macam-macam lagi. Tapi jangan kita lupa, ujian juga adalah salah satu nikmat Allah, sama ada kita suka ataupun tidak ialah adalah satu nikmat dan langkah mendekatkan diri dengan Allah, agar kita bersyukur mcm Syakirin dan Syakirah tdi. Nama pun memang betul-betul bersyukur punyalah insyaAllah. 
(Maksud nama; Syakirah = Seorang serempuan yang bersyukur, Syakirin = Orang-orang yang beryukur)

 
UDANG pula ibaratnya hikmah yang terlalu indah dan surpriseeee ! gituu. Bila tengah makan-makan mee goreng (yang kita tak berapa suka tu) tiba-tiba jumpa udang yang sangat-sangat kita suka ! MashaAllah ketika itu akan terasalah lazeeznya udang itu plus bertambah la selera nak habiskan mee goreng tersebut. (asifla saya suka udang jadi saya umpamakanla udang hehe !). Begitulah apabila kita tanam dan suburkan sifat positif dalam diri kita. Bermula dengan bersangka baik dengan Allah ! Bersyukurlah dengan sekecil-kecil ujian. Trust him, and trust yourself babe, ujian tanda Allah ingat dan sayangkan kita.

How to Become More Optimistic - ICF Foundation
[kredit]
 
6/5/2017 adalah hari di mana saya kembali diuji dengan kesakitan (benda biasa ni). Tapi yang luar biasa sikit adalah kerana ketika ini saya sedang menghadapi final exam 3 hari berturut-turut dan sakit datang pada hari pertama. Demam kerana resdung (selesema dan bersin tajam). Alhamdulillah tak teruk mana, tapi jadi worst lepas paper kedua, (sabtu, 8/5/17). Balik dari exam lebih kurang pukul 11.30 a.m saya dah tercungap-cungap kerana nafas yang jadi makin pendek (disebabkan paru-paru saya yang terganggu sebab selesema dan bersin tajam tadi). Dan ekoran dari itu, saya diserang semput/lil athma pada petang yang sama. Kemuncaknya adalah bila tiba maghrib, (sesak/pendek sangat dah nafas waktu ni sampai buat apapun rasa tak kena) sehinggakan semasa solat jemaah maghrib bersama di rumah sewa saya waktu tu, sepanjang solat, hanya dengar nafas saya  yg trurun naik tak tertahan. Saya perasan, saya sorang je yang dengo nafas saya  tu. Rupanya, sebaik lepas je solat maghrib, semua mata sahabat-sahabat dah tertumpun pada saya . I'm like "whaaaat ?" Rasa mcm ada buat kesalahan beso pula. ahaha. 

Lepas solat, saya mengunci diri dalam bilik air (sakit perut + menahan sesak nafas + mual nak muntah) sampailah saya keluar balik dari bilik air sebab housemates panggil solat isya' plus dyorang risau dah saya lama sangat dalam bilik air (yelah, dari maghrib sampai ke isya' ). Then saya keluarlah  sebab saya fikir sahabat-sahabat nak amek wudhuk, tapi bila je saya keluar saya dah tak boleh berdiri tegak, atau senang cite, nak pengsan dah sebab menahan sakit. (kelam kabut housmates saya tak tahu nak buat apa..maaf sahabat2 --')

Semasa saya berperang dengan diri sendiri dalam bilik air, saya terfikir bahawa alangkah Allah menguji saya ketika ini, saya tak tahu nak buat apa, dengan tak berdaya (lepas dah muntah-muntah), bagaimana pula persediaan saya dengan ujian-ujian yang bakal Allah datangkan pastinya nanti ? Adakah bakal kuat kesabaran dan kekal positif saya dan mampukah saya mengahdapainya dengan dalaman saya yang tersangatlah lemah ? Allahu akbar. lemah dan hinanya kita manusia di hadapan Yang Maha Kuasa.
 
Alhamdulillah, reda sikit lepas jumpa doktor, kena sedut oksigen punyalah lama dan jumpa doktor dua kali. Ha ni dah kena paksa dengan sahabat-sahabat prihatin, dan dah sakit sangat barulah seorang budak yang degil pegi juga klinik. Tapi kembali sakit bila malam tengah tidur, sampai ke pagi menyebabkan akhirnya saya tak menduduki peperiksaan ahad pagi (7/5/17). Allahu. Final exam ni. nak buat macammana buku tak baca nak jawab apa kan. heh. sebanarnya kesihatan la concern yang paling utama. pergi jawab exam dalam keadaan tak stabil dan tak sihat, tak jadi apa juga nanti.
 
Sudahnya saya pulang ke rumah dan bercuti sem dengan buku selagi belum tiba tarikh exam make-up (kena ambil juga paper yang tak ambil masa sakit tu, pada hari lain yang kolej tentukan). ohoho. Sangat bermanfaat cuti kali ini. 
 
Alhamdulillah, ketika saya sakit, ada orang yang diuji jauh lebih sakit. Jika saya diuji dengan sesak nafas, ada orang yang athsmanya pernah saya saksikan sampai macam dah nazak sangat, nak bangun, nak bercakap pun takdan. Allah.
Nak kata saya skip exam, ada orang yang pernah skip semua paper final sebab denggi dan ada juga sebab excident bro. Allahu.
Di saat kita diuji dengan sakit yang datang sekali sekala, jarang-jarang, ada orang menahan sakit yang continuous. Allahuu.
Nikmat mana lagi yang kau dustakan?
 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Positiflah dan ambillah pengajaran dari setiap perkara yang berlaku setiap saat dari hidup kita bahkan apa saja yang berlaku di sekeliling dan tak ada kena mengena dengan kita pun. Pandanglah dengan mata hati.
Akan selalu ada udang di sebalik mee udang keras kita. 
 
Kedua, (ada nombor satu ke tadi ?) tak pernah berhenti walau sekejap dalam hati dan fikiran saya mempunyai sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Dari awal saya sakit yang cuma bersin tak berhenti-henti sahabat-sahabat dah tawarkan diri nak hantarkan ke klinik. walhal mereka pun busy nak study, nak exam. Allahu.
Berejam dekat klinik, sahabat-sahabat tunggu, pimpin dan teman saya yang jalan pun tak stabil sampailah selesai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap zarah kebaikan kalian.Betapa bezanya rasa dan keadaan apabila dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan sahaja bersama-sama berjuang dalam akademik, tetapi dalam jemaah, mendokong prinsip tarbiah dan dakwah, juga sama-sama faham dan berukhuwah kerana Allah.
 
ketahuilah, ubhibukunna fillah. nah strawberi sorang satu . Nak coklat cari sendiri. he he.
 
Alhamdulillah 'ala kulli haalin.
Peperiksaan make-up saya untuk subjek yang saya tak pegi exam tu (THERMODYNAMICS 2) akan berlangsung pada isnin minggu depan (15/5/2017) jam 9 pagi insyaAllah. Doakan saya !
Fighting !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Januari 2017

Cheat time

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Cheat time. yeeee !
ada bayang2 my phone. every pics that I've taken myself shows just how untalented my hand was whenever I hold a camera. even a phone's camera (people around me usually never ask me to take their photos. bcoz I'll ruin it. haha !).


Now, I realize it's best to sometimes have a cheat time like this. (since the day after tomorrow I'll sit for 1 final exam paper). because I'm also a hooooman. and hooooman needs a break, though.

*tarik nafas, hembus, Alhamdulillahh.*

well, this is just a short hint showing that I'll recontinue with another entry after I finish my exam in a few days from now. (padahal takda orang nak baca & nak kisah pun) haha. It's okayy. people didn't write to just get others' attention but Allah. insyaAllah.

I miss my belog tahap ultramen lapar. insyaAllah, I dont want to write something that will hunt me on judgment day. (nauzubillah.)

I wish the best of us all duniawi ukhrawi. insyaAllah semua yg baik2 akan kembali membawa kebaikan kepada semua yg mendoakan :)  Semoga panjang lagi umur sehingga diizinkan bangkit lagi pada hari yang dirancang untuk dimanfaatkan semaksima mungkin.

Allahu yusahhil.
Allahu musta'an.

Allahuu Allahuu Allahuuuu *lagu raihan* eh.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai